Saturday, October 31, 2009

ini adelah entry nostalgic, utk bacaan kawan rapat


antara perkara-perkara penting dalam hidup aku masa skolah dulu selain berjaya dalam pelajaran adalah untuk menjadi femes dan disayangi cikgu-cikgu. wohaaa. tinggi tak cita2? tapi, sebenarnya, mmg perkara2 seperti  ini membuatkan hidup di sekolah adelah 18 kali lebih indah.

tapi antara yang paling berharga jugak adalam to be in pasukan pemantun sekolah. that was a real dream come true. aku suka sangat pantun ni sebab terpengaruh dgn my 2nd brother, encik angah. so, i wanted to do things that he do. form one lg dah gi tryouts. tp sbg form one, mmg takkan dapat lah biasenye. naik form 2, i made it as the apprentice. itu pun dah best sgt dah. boleh tgk akak2 training dan bila ada pesta pantun jadi eskort la. angkut costume beb... tlg salin pantun pihak lawan. kena study seme tu. pegi tgk game2 pasukan prospektif (yg ada kemungkinan akan bertemu pasukan kita di peringkat seterusnya) dan mula ada pemantun2 pujaan masing2. heh.

naik tingkatan 3 adalah drama to choose btwn pantun or debate. cuz u cant be on both teams sbb both require masa yang aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamat  banyak. i chose pantun lah cuz dat's my dream and aku mmg cepat mengalah kalau org yg asik nk rasa dy betul je. pantun lain, it's all about intelligence, confidence and being graceful. adelah sgt awesome bila ak dapat naik jd pemantun dan tak perlu duduk di kerusi simpanan, sbb nanti dpt piala tanpa beraksi, jd itu tidak menarik ye kawan2... masa tu, juniors la angkut costume aku. hahahahahahhh. being on the team adalah sgt best, lagi glamer dr keberadaan aku dalam english drama team. heh. masa pengetua bersara boleh jd gadis usherette - yela, wardrobe pantun kan baju best2... hari guru bleh berpantun ngn cikgu2. wohaaa..suka2.

bila state level, jauh sikit dr skolah so cikgu suhaimi importkan supporters dari SARJANA. dan masa tu kalah in semi-finals with alang iskandar. seriously was so crushed and menangis2 tak tentu hala. dan supporters juga sgt baik dan memberi kata2 semangat. cewah.

form4 kalah awal, dan form 5 lagi skali kalah kat semi-finals state, berbulan2 pemantun junior tu tak dimaafkan. itulah ye, senior mmg begitu. kejam dalam setiap tindakan. aiyo.

perkara penting bila start je training adelah meminjam jam randek dari lab dengan macik mesah. dan tahun form 5 tu, macik2 pejabat slalu kata, "uish, naik belon le kome ye tahun ni..." sedih betul tahun tu x dapat. jam randek tu adelah supaya kita dapat cuit fellow teammates kita bila dah dekat2 nak habis masa. sebab if u lambat, mmg 0 markah je untuk pantun u tu.

pantun adalah acara mgedik2. dan kalau dah state level biasenye 1st game lagi dah mekap2 dan pakai mcm pengantin. hehe. skali tu kite bertanggak di masjid, haha...cikgu mesti syahdu je tgk anak dara die dah besar. huhu. ak hanya akn berpantun untuk training saja dpn cikgu Ya, dan masa pertandingan. tidak akan bpantun untuk kawan2 sbab aku maluuuuu amat. hehe. kalau komsas ada nk kena baca pantun, ak tak akan volunteer bace. malu lah.

perkara2 penting yg anda perlu tahu ttg sebuah pertandingan dalam pesta pantun

  1. study pantun2 klasik adalah sgt membantu. sbb pembayang org dulu2 adalah sgt relevan dan indah.
  2. paling penting ketika berpantun adalah untuk seorg pemantun lelaki menjadi "gagah dan sasa" dan pemantun perempuan mestilah lemah lembut dan ayu. lelaki lembut biasanye akn diketawakan oleh pelajar perempuan terutamanya dr skola perempuan mcm aku.
  3. confidence adalah rahsia utama kejayaan sbb ia menghasilkan lontaran vokal yg mantap.
  4. senyum berseri2 adalah WAJIB dan main mata dengan pasukan lawan adalah satu senjata yg amat berharga.
  5. ketika mendengar pantun yg dijual, mestilah pay attention pd pihak lawan, bg respon berminat (to make the show more fun) dan senyum2 balas tp jgn khayal.haha
  6. memanggil pihak lawan kekanda/dinda mmg exciting. haha.
  7. eye contact adalah lambang konfiden, jd sila bermain mata dgn ahli pasukan sendiri, pasukan lwn dan pengadil serta audiens dalam 4 baris pantun tersbut. wow.
tips2 lain adlh sulit. sworn to secrecy. haha. exaggerate sket. yg penting cikgu Ya mmg menekankan untuk kelihatan hebat. seperti nota/cue cards jfn berterabur. biasanya kitorg akan buat envelope dan susun warna cue cards yg sama btw the 3 of us. simpanan jugak biasanya akan ada set pantun dia sendiri.

mmg indah, aku try search piala sirih pulang ke gagang kat internet tp x ada gambarnye. tapi aku boleh bayang je sampai skrang dgn jelas bentuk piala tu. satu plak pesta pantun dijumpai dlm stor abah n abah ingatkan nak bukak plak tu utk letak tanduk rusa kepunyaan arwah aki. erk

semua org ada kenangan indah dekat skolah, n this is one of mine. tp kdg2 being in this team boleh buat kita jd kurang berhatiperut dan kejam jugak. oh! dan mungkin jugak boleh jadi glamer skejap. hihi.
rindu sekolah~
pointnye : aku mmg pandai wat senyum2 plastik

Thursday, October 29, 2009

ada apa dengan 1 jam itu?

jadi, sebentar lagi penduduk di jordan akan mereset jam masing-masing kepada GMT/UTC +3:00 hour. yang mana selama ini, kita berada dalam GMT/UTC +2:00 hour dan Daylight Saving Time in use +1:00 hour. yang mana, maksudnye, beza waktu Malaysia dan Jordan menjadi 6 jam. so bila u 6 pagi, I baru 12 midnite.

the happiest person tonight would be cinderella cuz she could have like two midnight. well, bukan semua orang pun happy ke? jadi soalannya adalah, jika cinderella ada 2 midnites, apekah dia akan bertindak bijak dgn berterus terang pada prince charming, atau cinderella akan terus syok dancing je dgn prince charming, lalu midnite kedua pun dtg menjemput dan cinderella terkocoh-kocoh lagi menuju labu-labunya meninggalkan prince charming terkapai-kapai lalu bersusah payah pula memusing kampung utk sesi fitting kasut. nonsense! manusia kan mmg macam tu. kita nak 2nd chance, tapi bila 2nd chance dtg, kadang2 kita terlepas pandang and let history repeats itself. cliche lah!
ok lah. itu cinderella. btw, aku bukan racist tp my favorite cinderella adelah yg brandy as cinderella and whoopi goldberg as fairygodmother dan some chinese hottie was the prince. (hah, hottie?) of all fairy tales aku suka Mulan, tapi english aku suka beauty and the beast. tapi aku suka beast instead of prince charming after sumpahan tu berakhir. SANGAT SANGAT SANGAT suka shrek hijau. =)

ok. jadi nak katanya, baru tahun ni, aku ada inisiatif nak google on daylight saving time ni. it's not really appropriate utk kata it's winter time actually. sebab, it is not winter time, tapi adalah the real time zone yang kita guna pakai. cuma, in summer... to optimize kan penggunaan sunlight pada waktu siang, so kita ada Daylight Saving Time. so, pagi jadi pendek, tapi tengahhari jadi panjang. so, pointnye adelah, malam ni, berakhirlah daylight saving time kita, so kita kembali ke pangkal jalan..i mean, waktu asal kita... ye, winter pun dah say hello to everyone =). malam ni csi pergi berdonut la kononnye. sejuk2 dapat hot drinks and donut adelah sgt awesome, cuma donut house agak sesak dan donut pun sikit je, maka we go some place else. cehh. walhal ptg td makan mansaf.

so, usually, DST adjustment ni, we'll start in spring and end in fall..  tapi hairni mcm dah start winter. juniors dah bising sejuk, well... wait till the real coldness engulfs lah kan! yg penting, sejuk ni untuk dinikmati lah kan. jangan dok bawah hirom je (regardless lah ko sebut hiram ke hirom ke :P) dan jangan lupa qarar permai yang menjadi 9.00 pm (look who's talking)

jadi kepada cinderellies seme di luar sana, u choose lah. to make full use of your two midnites before ur carriage turns into pumpkin (oh, haritu i mimpi serve gulai labu kat dining skolah taayah.lol) or to miss it like u did the first one. jgn pulak ada yg tanya, "one, what do u mean by that?" semua org boleh jadi cinderella dan anything/anyone can be that precious prince charming.


till then, byes~

klik sini for more on daylight time saving

ini adalah entry break through

ketika entry ini ditulis, aku baru selesai masak dinner/lunch harini setelah dibantu oleh cik phatroco. sambil menunggu nobonobo yg masih belum pulang.kerana tidak boleh mkn sehingga cukup korum.

 setelah 3 tahun berada di irbid, sebenarnya 2 tahun, aku saja bagi ada unsur dramatik. setelah 3 tahun berada di irbid, kira-kira eid yg lalu sahaja baru aku sedar bahawa laban adalah sesuatu makanan yang edible untuk dimakan seorang penggemar tempoyak seperti aku. (oh, sedapnye cik T). selama ni, jika arab bertanya apakah aku makan mansaf, aku akan kata aku tak makan. sebab laban. sumpah selama ni aku ingat laban adalah laban putih tu. laban adalah yoghurt.

kunjungan aku ke daar yousef telah membuktikan laban adalah sedap dan mmg enak dimakan. jadi kelmarin untuk pertama kalinya aku order mansaf di mat3am dhoiah. haha. tadi aku gi pasar MSK dan tak tau nak beli apa, lalu terjumpa begdonese (aku mmg kenal dy sebagai begdonese. mgkn juga pegdonese). ak pun beli la seiikat rubu3, ya3ni sekita RM1.25.. lalu ligat kepala aku berfikir nak masak apa. yaaaa. maqlubah adalah sgt complicated sbb aku kena kuar plak beli terung. jadi ayuh kita masak mansaf. ya. untuk pertama kalinya aku menyediakan wajibah arabi utk ahli rumah yg tak kurang kearabiannya.

ini adalah entry break through, sebab aku tak pernah lagi letak resepi di onebonez. melainkan kat myR saje. jadi, kita buka tirai masakan di onebonez dengan menu mansaf. yeay.

Cara-cara membuat mansaf

  1. Panggang kacang almond didalam oven sehingga garing.
  2. Rebus ayam untuk mendapatkan stok ayam.
  3. untuk nasi, masak seperti biasa dengan ditambah minyak sapi berasaskan sayuran cap mazola. boleh tambah air stok ayam jika suka juga. dan pewarna jika mahu. jangan banyak sangat pewarna. aku jenuh pujuk diri sendiri untuk tidak menumis supaya nasik tak rasa macam nasik melayu. haha
  4. panaskan laban (plain yoghurt) dalam 400gm, sehingga smooth.
  5. pukul sebiji telur dan masukkan dan kacau. kacau satu direction saje ye.
  6. masukkan air ayam sehingga mendapat teksture yang diinginkan.
  7. adjust2 rasa dengan menambah garam, pepper atau sedikit daun begdonese. ya3ni parsley. huh.
  8. potong timun dan tomato dadu2 dan hiris halus begdonese. lalu digaul. tambah minyak zaitun jika suka.
  9. ayam tadi digoreng.
  10. hidangkan panas. dan telefon ahli rumah untuk pulang segera. taburkan almond panggang tadi di atas nasi.

selamat menjamu selera.

nasik itu terlebih kuning kerana excited sgt pakai pewarna. kids dont do this at home ok. highlight kita adalah laban oke. laban.

-daridapuronebonez-

p/s: thanx semua. exam was ok, alhamdulillah. paling penting sekali, keluar dengan perasaan puas hati.

soh seh malam exam

2.07 am irbid.
sejuk. musim sejuk is giving a warm welcome nampaknya.
spt mlm2 exam yg lain juga, ada rasa2 berdebar. bukan takut tapi berdebar.
sambil2 mohon pada Yang Memberi Ingat dan Yang Membuatkan Lupa.
tidak ada apa-apa yg tersandar pada aku, melainkan secebis usaha yang tak seberapa. tapi setiap kali pasca-exam pun semua akan berazam untuk menjadi yg lebih baik masa mendatang.
terima kasih abah sebab selalu pesan, yg buat lupa dan bagi ingat itu Allah. mintak tolong pada Dia saja.
abah n mama tolong doakan ye.
dan kamu juga.
mama dah suruh tidur. kalau tak suruh pun mmg nak tidur. ngee.
jom2 tidur. dengan harapan ada ikhlas dalam ibadah study ini. huhu.
selamat malam dunia. selamat pagi cinta. (tak bermaksud apa-apa, saja sedap je nk letak sini oke.)

Tuesday, October 27, 2009

mungkin oh mungkin


makin dekat nk exam mmg biase berlaku longgokan entry. agaknya lebih baik dari aku buat aktiviti2 selingan lain yg lebih banyak memakan masa. huhu. komplen sikit lah. strategy kali ni adelah utk kurangkan pergantungan dgn lecture notes. tp microbiology...terpaksalah!!! ak guna juga untuk subjek lain, cuma not as much mcm microb sbb mmg x ada source lain. hot betul lah bila ada facts yg bercanggah, ataupun susunan yg berbeza between lecture atyaf n morphine (abaikan kalau tak faham). sungguh lah, next system utk subjek yg kena depend sepenuhnya pd lecture notes, akan aku notakan sendiri je. sakit hati wooo time2 exam ni jadi camni. adepun, salah aku juga. what do u expect? to err is human kan.

ada doa yang Tuhan jawapkan, terlalu cepat dari yang aku sangkakan. alhamdulillah. sekejap aku rasa aku tak bersedia, tapi kalau tak bersedia, masakan Tuhan datangkan jawapan itu kan. ataupun Tuhan sebenarnya sekadar nak bagi hint saja, untuk menenangkan hati-hati kita. terima kasih ya Allah.

doa-doa yang terjawap

Tuhan telah mengabulkan permintaan ramai orang yang rindukan hujan.
(pehh. serious rasa lebih sejuk setelah tahu hujan turun, sebelum tu bajet sejuk2 manja je..)

aku doakan sembuh sebelum winter datang menjengah. rindu amat dengan musim sejuk walaupun ramai org tak suka. haha. Tuhan damaikan hati-hati kami dan sihatkanlah tubuh badan aku dan kawan-kawan. selamat maju jaya semua orang. wardrobe perlu rearrangement lah nampaknye.

Monday, October 26, 2009

pembaca yang budiman, saya nak pesan


sudah dua-tiga orang pandai bersastera yg aku tgk bercakap/menulis ikut sedap perkataan. kesian aku tengok org yg hidup dalam taksub kepada diri sendiri. aku pun manusia, aku pun mengata orang yang aku tak suka. tapi sedaya upaya juga kau dan aku perlu sediakan ruang untuk tidak terlalu sempit dalam melontarkan pandangan. aku boleh kutuk sampai lumat juga org yg aku tak suka. tapi aku siapa, bukan manusia sempurna. aku pun banyak cela.

Tuhan, tolong ingatkan kalau satu hari nanti aku terlupa. yang betul bukan aku sorang saja. yang aku benci, bukan salah sentiasa. kau kata orang berbuat ikut suka dia, kau pun apa kurangnya. aku pun sama. org yg bijak sastera bila extreme dalam pemilihan kata, kita kata dia mmg pandai main bahasa. hakikatnya kan sama, maksudnya dia nak mengata buruk orang jugak kan.

yang aku nak pesan. orang yang membaca, jangan cepat taksub pada bacaan. jangan sebab penulis tu kau suka, semua kata dia kau nak betulkan saja. fikir dulu. kalau kita bodoh tak apa, jangan bodoh ditambah pulak dengan ikut orang membabi buta. ada orang mungkin sudah lemas dalam ujubnya, tapi yang membaca, tolonglah jangan jadi bahan ketawa aku. aku selesa ketawa sambil tengok spontan atau wipeout saje. sekian.

itulah salah satu sebabnya aku malas membaca. ada penulis yang aku tak suka. hahaha.

Sunday, October 25, 2009

~happy birthday~


encik along,selamat ulang tahun ke *1 -->tak mahu anda merasa tua.kesian. itupun kalau anda membaca
sumpah. ada banyak benda nak kata, tp kat sini saja. sy pun tahu juga malu nk ekspresif lebih2 sgt.hhahaha

minta maaf tak pernah bagi kamu hadiah birthday walaupun setiap tahun kamu belikan ikah hadiah. err.. tapi semenjak ikah kat jordan pun, macam takleh recall sgt lah birthday present ape kamu bagi. thank you for ur ears utk "emergency" call ikah pagi-pagi buta walaupun sekadar nak mengadu rumah ikah takde air. huhu... pasni tak buat dah insyaAllah. akan call ketika waktu2 yang reasonable saja. thank you sbb bersabar saja kalau ikah call dalam keadaan tak dapat difahami butir perkataannya. thank you jugak untuk nasihat2 yang best, lagi cool cara penyampaian (ikhlas ni, bkn strategi oke)

terima kasih kerana menjadi seorang manusia knowledgable yang to some extent, in a way, makes me wanna be as knowledgable as you jugak. thank you for allowing (making) me to make my own decision. thank you for every single wisdom u instilled in me. thank you untuk setiap perkataan dan expression yang kamu ajarkan. thank you untuk setiap rasional yang kamu tunjukkan.

along adalah sangat superb, that i thank God for a brother like you. hope to be ur sister in heaven too.

semoga Allah berkati umurmu, murah rezeki, kaya-raya dan senang hati. lepas ni bayar tiket ikah balik holiday oke. Tuhan, tolong pelihara seisi keluarga saya.

Saturday, October 24, 2009

hospital besar sakit otak tg. rambutan


Nama : Nurul Atiqah Binti Dahalan
Tempat Lahir : Hospital Besar Ipoh
Tarikh Lahir 22 MAC 1989
Alamat Tempat Tinggal Ibu :
"NO 9, Lrg. Sg. Choh 14, Tmn Jaya Delima, TANJONG RAMBUTAN"

ye. saye tinggal di Tg.Rambutan. bahkan Tg.Rambutan adalah satu nama yg super significant in my life. Tadika pun di TASKI ABIM Al-Hamidiah Taman Indah TG RAMBUTAN. sekolah rendah pun SEK. KEB TG RAMBUTAN.

"abah dah teka dah kamu yg call...kitorg semua tgh tgk majalah 3 ni, harini cerita pasal hosp. bahagia..." -my sis

angah :ikah, majalah 3 tgh buat pasal tmpt kamu membesar ni...
ikah : apa, tanjung rambutan ke hospital bahagia?
angah : kan angah kata tempat kamu membesar...hospital lah..hahahah
ikah ; yiiiiiiiiiiiii..mane ade! bluwekkk

ye..silalah menonton majalah 3 mlm ni, part one ye. syahdu plak aku tetibe. tp cam x realistik je auntie matron and sister nak beramah mesra ngn patient cenggitu. doctor kot ye la rajin dengar luahan hati pesakit2 tersebut (ni betul, aku penah tgk sendiri doc tu layaaaan je Pt. tu story mory. huhu

so...my mom worked in hospital bahagia for more than 20 years i think, as a sister till she left for hospital ipoh few years back. and now she's moving to parit buntar (oh, sedihnye!). and masa primary dulu pun, most of my friends' parents work in HBUK. i often get to follow mama to the ward. best la jugak. and u know how mental patients can be quite funny yet sometime scarry. still, even by time...kadang2 ada jugak rasa takut2.

my history project for form 2, i do it on the history of HBUK. i remember that uncle penolong pengarah was so nice and helpful. and for my English for Pre-Med in INtec pun I did a presentation on mental disorder cuz ma has banyak giler references.

even after mama berhenti pun, sometimes i still go there sbb klinik gigi dia sangat tak de orang. hehe. though u have to be in line with some Pt. haiyah. mmg nostalgic giler. tp harini baru tau they used to call it "hospital besar sakit otak". kelakar amat oke.

dan i ada seorang kwn masa kecik yg tinggal di kuarters kakitangan. tp lepas tu tak pernah dengar pasal dia lagi. and few other friends yg tggal kat pangsa bahagia. not sure if the apartment is still there or not. point entry ini adalah nak kata, hospital bahagia tu hanyalah satu hospital di tanjung rambutan. bukan seluruh tanjung itu dipenuhi oleh pesakit mental ya. i still prefer pasar tanjung instead of Giant. and it's a nice pekan kecik where everyone knows each other (our family have been there for more than 20yrs, of course la we know people kan).

perhaps i just miss home. and yep, it would be nice if i could work there lets say for one or two years. hahah. jangan lupe ye tgk majalah 3.

ps:
walau apa yg terjadi pun, aku tetap kena berdiri juga
jadi aku berdiri saja.
kau tak perlu usaha nak tarik aku jatuh.
keji kau kalau buat gitu.
err. dan kau yang lagi satu pulak.
kau telah aku doakan supaya menjauh.
maafkan aku.
aku tak berdayalah

tanpetajuk


selamat hari sabtu. orang2 melayu irbid rata-rata masih sakit. boleh bersimfoni batuk bak kate cik phatroco kite. ye... aku pun dah x bape pasti dgn tahap kesihatan sendiri yg fluctuating.

was a rough month. bg aku, sbb keadaan kesihatan ni lah. dan lain-lain penyebab.huhu. x berapa hari lagi dah nak exam midterm utk musculoskeletal system. cepat sungguh seminggu berlalu. cewah. goodluck utk semua org yg nak exam. sejak dua menjak ni, bilik mmg memerlukan extensive dust cleaning.. nak2 plak pada objek2 berwarna hitam.ish3...

aku doakan semua org cepat sembuh, dan yg tak sakit mudah2an terus sihat dalam keadaan mensyukuri nikmat sihat itu. dan aku mintak Tuhan jauhkan semua org dari perkara2 yg boleh buat orang immunocompromised. amin.

aku harap peminat2 NUR KASIH TV3 tidak terjejas kesihatan mereka dengan rancangan2 jahat sarah saiko. dan aku harap penonton belajar sesuatu yg begitu bermakna, "KALAU ANDA MERAGUI SUAMI ANDA, SILA CONFRONT SUAMI ANDA, BUKAN PEREMPUAN LAIN". ish3... communication lah dik...communication..! hot la ni kan... dan para suami perlulah menunjukkan jalan pada isteri untuk berlaku jujur.kalau ada apa2 cakaplah dik non. haih~ i umur 20 pun tau oke.

Thursday, October 22, 2009

cerita demam zaman sekarang


semalam tak semena2 suhu badan meningkat secara mendadak. minum air tak surut panasnye. mandi pun tak kurang2 jugak. makan ubat sikit then baru kebah sikit. ingatkan itu kemuncak acara penutup ke-tidak-sihat-an aku dah 2 minggu berlangsung ni. sekali malam tadi dia buat lagi kenaikan suhu mendadak itu sebanyak 2 serangan berturut2. maka terus aku menyusun ayat nak explain kat doc pagi ni.

seawal 8 pg lagi aku dah berangkat ke markaz sihhi. medical center lah senang citer. panjang lebar aku bersoreh dengan doc perempuan tersebut. bliau pun layan je la story aku kan. then she ordered CXR. normal je, so bukan pneumonia. pastu beliau bgtau jelah minggu ni ramai gila melayu mengalami fever + joint pain. nampaknye kita kena kendalikan satu epididemiology study la di kalangan melayu2 irbid. aku dah terfikir wabak baru ke ape ke kan.

jadi, conclusionnye doc tu telah memprescribekan (mati la...bahasa ape aku pakai ni...) zomax sejenis antibiotics azithromycin, paracetamol cap PANDA, ubat batuk soothex (pehhhh...dah 2 minggu batuk, 3 kali jmpe doctor, harini baru nk bagi ubat batuk...aneh sungguh..) ni dah tahap bila batuk diiringi abdominal pain skali.. sakit wo... serta Voltaren IM injection... for the fever katenye... Voltaren adelah trade name bg diclofenac sodium

takziah untuk semua warga irbid yang dirudung penyakit. mudah2an Allah ampunkan dosa kita semua. maaf pada sesiapa yg call nye tidak kujawab ataupun jawab dengan tak ikhlas.tsk tsk. setelah 2 minggu melayan kesakitan ini, minggu ni aku nak buat2 sihat je. cuma aku nk kurangkan berada di tempat awam. kang berjangkit kat anak org tak pasal je.

adepun harini aku memasak pakai mask + cuci tangan dgn hand-sanitizer cap dettol. atas dasar kasih sayang la katekan takut menjangkiti ahli bayt (wohaaaa)

p/S: doc tadi telah membuat satu statement yg tidak aku fahami.
"If you have swine flu, we have new protocol not to admit, just to treat you like atypical pneumonia" ketika hendak menjelaskan kenapakah aku diberi antibiotic lg harini. minta tolong decode kan ape yg cuba doc ini smpaikan.

Tuesday, October 20, 2009

zentel sejenis albendazole


 sambil2 nak dinner/lunch di popeyes, tepon pun dimasuki message. "Aalong". saje letak double A. kasik appear nama atas2 sikit. Aabah, Aalong, Aangah.

"Muaz dah bole makan ubat cacing e.g. zentel tak? Doc pusrawi suruh makan tp doc HKL kata 2 thn br bole. Please advice. Bapa Keliru"

Reply 1

"I'd go with doc HKL. sy cdg saudara  refer pada pakar - doc x btauliah - tgh mkn, nnt blk will check kitab"

balik check internet. no studies proven anything, but zentel is a tradename of albendazole. refer lippincott pg 433,434.

" Treatment of hydatid disease (3 months) has a risk of hepatotoxicity and, rarely, agranulocytosis or pancytopenia. Medical treatment of neurocysticercosis is associated with inflammatory responses to dying parasites in the CNS, including headache, vomiting, hyperthermia, convulsions and mental changes. The drug should not be given during pregnancy or to children under 2 years of age"

Reply 2

"sungguh x disangka ada jwpnnye dlm my textbook.zentel adlh dr group albendazole. effects due to the dying parasites; headache, vomiting, hyperthermia, convulsions and mental changes. The drug should not be given during pregnancy or TO CHILDREN UNDER 2 YEARS OF AGE. sy harap ini sedikit merungkai kekeliruan saudara"

teringat pesanan Dr.Hakam al-Hadidi. to keep a notebook, and REFER them everytime, before u prescribe anything to your patient. yelah, kalau dah silap info ke...dosage ke...tak ke naya je orang. ish3..
tapi macam ni lah dunia medicine. no clear cut. or black and white mcm blog onebonez. huhu. it's about weighing the pros and cons of a treatment and to put improving Pt's quality of life as priority.

insaf jap maksu. jadi. persoalannye skrg, if we can't give albendazole? what can we do? good question by Mr.Chung.  please leave your comments.
again credit saye untuk Mr.Chung lagi.


ps: masa kecik dulu, i dont eat zentel. but i forgot the name of the medicine. ada gambar budak perempuan ikat dandan. sedap sangat.

Monday, October 19, 2009

Tawaran Hebat!!! Percuma tapi Berharga...!!!





sila klik jika tidak cukup besar



kerana ilmu itu diperolehi dengan pembelajaran

Mohd.Firdaus bin Kinawan : 0779653023
Nurul Atiqah binti Dahalan : 0779849863

of white roses and lilies


white roses used to be my favorite. i mean, i still like them but lilies appear much more gracious to me. kesukaan terhadap white roses itu adelah pengaruh daripada sailormoon. kegemaran anak2 dara zaman muda2 dulu lah kan. hari ahad 9 .30 pagi agaknya. lepas tu nanti anak2 teruna pula akan berebut2  nak tengok dragon ball yg ada tujuh biji semuanye tu. setiap org yg nak jadi sailormoon a.k.a usagi certainly nak mamoru chiiba juge (^_~). ehem2. tak ke? i like sailor mars sebab dy mcm terer kan. (kuasa jahat pergilah..kuasa jahat pergilah). suka sailor venus juga sebab planet cinta. wee weet...

yang penting sekali. selepas satu battle, mamoru chiiba telah ingatan. so instead of menjadi tuxedo bertopeng die telah menjadi moonlight knight. wah. tak ingat sapekah namenye dalam bahasa melayu.mungkinkah satria berbaju putih ataupun suria perkasa hitam? rupenye kecik2 lagi aku da mmg taste 3rabee. wohwohwoh...

sebab-sebab menyukai lili : kerana ianye tahan lama. beli this friday, next friday baru tukar pun tak pe. huhu. cuma x de fragrance. tapi dulu bunga ros kat umah batu 8 tu bau cabai sebab abah tanah sebelah menyebelah.




boleh didapati di kedai2 bunga berhampiran. harga ikut bape kudup + bunga kembang setangkai. skrg tak beli lagi kerana meja sudah over crowded dengan cik msi. skian. babai~

ps: got my biochemistry report this evening. cholestrol level well controlled, alhamdulillah. so I guess, everyone pun boleh try la kurangkan makan red meat, NO BURGERS NO BURGERS NO BURGERS, kurangkan all processed meat, with that i mean nuggets & sausages. stop visiting fast food (tp i pegi jugak, n still maintain lagi) eat a lot of fruits and veggies dan paling penting skali, walk daily =) live life, healthy!

Sunday, October 18, 2009

from medical textbooks to laymen's


cepat2 aku melangkah nak kejar bas (shuttle) tadi sebab nak balik rumah. panas terik. (kasi dramatik sikit). tiba-tiba terdengar suara "nur-al-atiqah" maksud aku, suara yang tidak biasa aku dengar. obviously bukan Melayu. dan kalau Arab juga, pasti bukan kawan yang close ni. sebab kalau dah biasa mesti dia panggil Ateqa ataupun Nur Amina. eh tak tak. Nur la i mean. aku pun berenti, sebab macam mustahil ada Nurul Atiqah lain pulak di sekitar aku. kalau bukan aku pun, boleh la buat2 betulkan kasut ke, tersepak batu ke kan. maka pemilik suara tersebut pun memintas aku dari hadapan. Oh... kawan lama lab genetics dolu2. nak bagi tau beliau adelah sepupu suhaib (anak tuan rumah). excited beliau kerana kunjungan saye ke dar-yousef tempoh hari.lalu dia pun beredar. tak pe weh, ko tak payah bagitau pun, aku tau ko yg mana satu.

aku baru sedar bahawasanya aku perlu memulakan dictionary from medical textbook to laymen's language untuk menjadi seorang dokter yg mesra alam. bukan sahaje bahasa arab bahkan bahasa melayu juga. bahasa arab tak pe jugak doc akan mention dalam kelas. nah, kalau bahasa Melayu??? jeng jeng jeng... medical jargon itu tak membawa ke mana weh kalo dah nak berjumpa dengan macik2 nun dari kampung hulu sana.
sekian harap maklum. sy pergi belajar. babai~

Friday, October 16, 2009

entry hujung minggu : sy kurang membaca


assalamualaikum... wahai pembaca yang best.

selamat hari jumaat, meskipun x berapa lama je lagi nk masuk waktu maghrib ni.

aku dulu suka membaca. suka sangat. yelah, baru dapat lidah dan mata, sama macam budak baru dapat kaki juga. asyik nak berjalan sini sana. zaman sekarang aku kurang membaca. buku teks lah kalau aku baca pun. novel, maaf saja. no thanks lah. tapi tak ada neccessity untuk panggil aku illiterate. aku kurang membaca, satu sebab malas. jujur. satu lagi sebab tak kuasa nak membaca benda-benda yg aku tak suka.

yg aku suka baca, cerita2 yg based on true story, buku2 dekat rak self-help dan benda-benda yg praktikal untuk dibaca. jangan bagi aku buku-buku penulis tak berwawasan. cuba bagitahu aku, sebab-sebab aku perlu membaca novel-novel islami yang sarat dengan mesej "bercinta selepas berkahwin itu adalah ahsan". ok, i got the point already, kau tak perlu lebih2 nk describe hubungan rumah tangga orang sampai aku meloya baca. kau nk bawak mesej islam ke kau nak buat cerita picisan. temanya, berpada-pada lah incik. baru la maju sket industri kita...

bosan. tapi, Honk!If you're Malaysian itu best. superb.

jadi. aku suka menambah thaqafah (cewah) dengan menonton movie. documentary kurang sikit, sbb kedai dvd tak jual. (alasan). movie aku kurang memilih. tengok je, kemudian baru nilai. buang masa lah jugak agaknya. jadi, yg nak dikongsi kali ini adelah filem the soloist.

lama dah tengok trailer. dari rumah lama lagi. tp baru2 ni je dapat tengok. sebelum start dawam haritu. pasal sinopsis, secara ringkasnye, baca nada jamie foxx dalam cerita tersebut, a guy who plays awesome music, be it violin, cello whatsoever, went to juliards, then he started to hear voices, dropped out, discovered by a journalist, became a higlight... yada yada yada. KENA TENGOK ok. it was just beautiful. based on true story, kalau pergi ke LA Times archive, still boleh baca article yg ditulis oleh journalist tu. starting with the two string violinist.



keduanya, bee season. terbaca satu review dalam siasah. makanya aku pun tertarik nk menonton filem lama ni. menarik, i must say. tapi lagi best kalau ada sedikit base on abu latfia's issue. dan boleh juga belajar mengeja origami. sampai mati pun takkan lupa. org malas membaca macam aku ni, terpaksalah guna alternative lain nak tau benda2 macam ni. dan kadang2 lepas kita menonton, baru la triggered utk discover more on a certain issue.


dan malulah pembikin filem melayu yang tak berwawasan. aku dah kata dulu, aku mmg tak de interest nak dengar org penang mengumpat sambil membunyi2kan gelang beli kat hot market tu. terima kasih je bang. sy tengok filem arwah yasmin dan chief kodok's saje. kabir bahtia sikit2 (too much lovey-dovey stuff is not healthy jugak bro)

sebut pasal filem. nak sebut jugak pasal drama Melayu. babe suruh tengok tari tirana kat tv3. dr segi konsepnya aku takde lah nk kondem sangat..dah mmg org mesia dan org jordan titik persamaannye adelah "omputih wannabe" semuanya. aku pun same ape. hadoi. cuma aku pandai berpantun, melayu lah sikit. biase jelah anak melayu mengelejat mcm cacing kepanasan-aku pun tak paham. aku terima dengan lapang dada lah story dia pasal budak2 nak menari2 ni kan. terpengaruh dengan street dancing culture lah tu agaknye. WALAUPUN!!! aku rase dah terlewat dah bang...org sekarang zaman tarian jaipong je ha...

mungkin jugak org buat cerita tu mmg minat dari zaman Bring it On lagi nk wat citer camni..maka, dimaafkan la dek non... temanya skarang yg aku tak puas hati tu. adelah pelajaran budak2 di kolej yg digambarkan dalam cerita tersebut mahupun cerita2 lain seperti Gol&Gincu dan sebagainya. anak2 jiran aku yg sekolah rendah agaknya kalau tengok tu mesti dapat wrong idea pulak  ttg sebuah institusi bernama universiti ataupun kolej. kalau mak dia teman boleh la mak dia pesan kan, "nak...nanti kat kolej jgn buat perangai macam ni ye..." tapi, buatnye mak dia masa tu tgh sibuk nak masak dinner and ayah die plak gi dengar kuliah kat surau. ha... sape nk gi counter balik misperception tersebut?

orang lain belajar bagai nak mati. nak cemerlang dalam peperiksaan. walaupun aku suka blogging. cewah. ini tidak. asik2 scene bersembang kat koridor...kena marah ngn mak guard, ataupun kalau masuk kelas pun, masuk lambat ataupun amik paper dengan result fail sambil yg perempuan pass kan sticky note bukan2 pada rakan sekelas. apoda. kalau ye pun realitinya macam tu. apa faedahnya exposure beria-ia kalau takde org nk amik tindakan. babak2 macam ni boleh tayang pada conference2 KPT. bagi nampak sikit, budak2 kat tertiary levels ni buat ape sebenarnya...

dekat anak2 kita kena tunjuk... org pergi universiti tu belajar rajin2. susah payah, kelas berderet2 tak sempat nak lunch. pastu kena menapak jauh sebab shuttle taknak berenti dan kalau berenti pun dia boleh mati lemas sebab ramai sgt org. pastu yg belajar overseas tak boleh nk balik selalu. sadistic tu. baru la budak tu bukak sikit mata hati. ini tak habis2 tunjuk org bercinta je...

tapi, in the end.. kita nak buat apa? aku bukannye kerja kat stesen TV mahupun pernah masuk TV pun... mampu nak pesan je lah pada readers yg best. awasi kotak hitam di rumah anda itu supaya tidak meracuni insan2 tersayang. ape ada lagi org tak faham konsep law of attraction. hari2 kalau dah tayangnya benda tak elok..mana nak menurun plak statistics. apoda.

penat lah membebel. sila jangan marah pula sy yg penat menaip. baba. salam 1goal, global education. aku pun omputih wannabe juga. sy suka Queen saye yg cantik. by that i mean, Queen of Jordan. =) cantik.

ps: sedikit sebanyak angin jugak ni nur kasih dah kul 6.30 tak kuar2 lagi ni.

Wednesday, October 14, 2009

too predictable???

usai kelas patho td aku membuat panggilan long distance ke encik along. ceritanya soal kerja lah. dan cerita si kecik muaz yg demam pelentong. kesian... along risau pulak kalau balik kampung nnti berjangkit ke azam. hoho. too young for pelentong. muaz pun too young i think. still waiting for along to upload muaz's recent pics sempena pelentong.

smpat aku refer Dr.Ziyad pula regarding tips2 org melayu minum air kelapa bagai. walaubagaimanapun, he resented the idea of making it worse in the beginning so that the boy can recover faster. lebih2 lagi minum2 air kelapa ni bukan evidence-based-medicine katanye. so, aku buat panggilan kedua pula mengulas lebih lanjut. balik nnt aku akan charge koman2 20jd sebagai khidmat konsultansi. hoho.

encik along pun bertanye. balik ke end of this year? aku ragu2. sbb siang td mcm terfikir jua nak balik. tp sebab aku telah membuat belian besar baru-baru ini. aku terpaksa tukar plan.

along dengar kamu beli komputer, betul?
betul, long. laptop takleh menyala. (baca:switch on)
hai. along datang haritu ok je. 
haritu mmg ok long. pastu dah tak ok dah.
i know lah.. u're making excuses je ni to buy a new one kan.
eh, tak... seriously takleh menyala laptop tu..

aku sertakan ini sahaja. pointnye aku nak kata.

adakah aku terlalu predictable sehingga setiap niat aku boleh dibaca? tp seriously aku start cari desktop utk dibeli setelah laptop itu terpadam2 sentiasa. bukan cari dulu baru dia terpadam2 okeh. saye yg innocent. tp sesekali aku usahakan juga bg menyala. fail banyak lagi tak transfer. maklum saje org busy amat. ataupun adik beradik aau family aku memahami aku tahap terlampau?



make my day~

sempena project heal, a friend shared this vid on fb. (hey, u should join project heal too! it feels awesome to be a part of something big)

btw, some said i looked moody lately, i'm terribly sorry for that. i hate to appear in such mood in public =P. sorry that i didnt smile much this week or joke around, it's the sorethroat - killing me and perhaps some other stuff that is lingering around in my head.

pray for me ok. for my health and for things to go smoothly.

trust me, i feel much better evertime you show me that you care. so, why not make my day, so i can make yours! =)

it's not that difficult to radiate love, isn't it?

Monday, October 12, 2009

kenalkan..mr muscles!!!

sakit tekak itu terlalu merengsakan aku sampai aku pun decide ke markaz sihhi saje pagi ni instead of menelaah buku pathology robbins itu. giler perit la...

sampai2 tu sambil menunggu nama nk kena panggil. (sini xde sistem nombor pun..tapi giler cepat je da dapat jmpe doctor... yg amik nombor pukul 6.30 pg, kul 10.00 baru selesai urusan kat klinik mesia tu ape hal??) seorang member arab pun menyapa aku yg khusyuk membace slide patho. (tipu, aku pun tak tau ape ak bace) sambil bertanye ak nak miss lecture ke harini. aku pun bg jawapan selebriti je, kalau smpat ak pergi. die pun offer kot2 nak gerak skali ngn die. aku rase die naik kereta sbb dy dtg ngn abg dy (kot). hoho. tak sia-sia minggu lepas aku puji dia nampak kurus. biaselah, pompuan. ngeh3.

masuk2 ade dekat 5-6 org senior aku kat dalam bilik tu. 5th year students. arab la bukan melayu. so, aku menjadi bahan testing la sekejap.. takpe je... tp yg ak tak faham tu, satu soalan smpai 5 kali kena jawab.. haih~ it's either dia nk test asking skill dy ataupun mase kwn dy tanye dy tak dengar. itu je la kemungkinannye. tp ak ttp jwp dgn muka manis. cewah. serta P/E pun 2 kali. nasib baik tak 5 kali. jenuh pulak nak nganga lama2 tu. alang2 da lame tak ke dokter ni, aku amik kesempatan je le check skali cholestrol.. lame dah x follow up kan.

habis seme amik ubat dan darah. dalam kul 11 lebih sikit. naik bas hospital, sempat la masuk kelas before 11.30. anat beb, nak miss pun sayang. cewah. tp bukan aku dpt sgt ape doc ckp, but something is always better than nothing. pagi tadi lah aku merasakan keberhagaan setiap minit dari lectures. ia bukan lagi soal attendance. setiap minit adelah berharga, termasuklah jokes doctor juga. 2 botol air masak habis sekelip mata, nak bagi reda sikit sakit tekak ni. tapi aku givap menjelang habis 2 kelas anat dan membawa diri pulang dek kerana sakit yg tak tertahan. giler drama.

berlalulah satu lecture system kali ini unattended. peh.

muskuloskeletal system adelah best. tak sangka plak. asik kena sogok bukan2 je before ni. tsk tsk. lab anat smlm x dpt diutilizekan optimally kerana hidung aku yg mmg x selesa ni ditambah pula bau formalin. selesai 5 stesen wet + 2 stesen models je. glove pun xde, so aku tak pegang pun encik mayat smlm. mama pesan don't touch anything without gloves.

ini adelah encik mayat yang aku suka semalam kerana dia masih intact. berbanding mayat sebelum beliau yg telah terputus kebanyakan musclesnye.

boleh kata aku cannibalistic atau horror atau terror atau rossa tapi kalau kau rasa susahnya nk membayangkan muscles2 ni melekat mcm mana kat tubuh badan... kau akan faham keinginan atau cravings aku yang terkini. kalau ada set skeleton yg legkap kat rumah, boleh aku bayangkan muscles origin,insertion serta actionnye. lebih best lagi kalau ada model muscles yg bergetah elastic mcm muscles sebenar. best lagi kalau ada mayat baru mati yg betul2 basah tapi lembut musclesnya untuk ku godek2. untuk masa sekarang, aku guna http://www.getbodysmart.com/ saje nampaknye.

ps: sbelum ada yg bertanye biar aku je jawap... aku tak ngeri tgk mayat ni. yg aku ngeri kalau mayat fresh dalam peti tu. sebab baru nampak unsur2 kematian.

pps: pertama kali dapat antibiotics setelah 3 tahun kat jordan. yelah, doctor markaz sihhi dulu pergi kelas pharma yg same je dgn aku. doc asik pesan je jgn bg antibiotics x tentu hala. mwahahah

Sunday, October 11, 2009

demam

aku bukan kalah pada microbes yg mendiami dan mengambil kesempatan atas keadaan aku. aku kalah pada diri sendiri yang tak berjaya mengawal otak ni dari memikirkan sakit. hoh. dah Allah nak bagi sakit, aku siapa nak menghalang. aku orang yg masih biasa-biasa. jadi, aku rasa tak selesa bila demam. aku tak mampu rasa suka. tapi aku didik hati, berdoa, minta Allah ampunkan dosa-dosa. terima kasih Tuhan.

...dan bila kamu sakit, DIAlah yang menyembuhkan...

ps: teringat pesan abah, jaga tutur kata, jangan ambil ringan tutur kata.yg menyembuhkan itu Allah. bukan ubat.

Saturday, October 10, 2009

seminggu pertama dengan csi


baru seminggu rumah aku ni berisi penuh. dah 2 kali kena prank dengan budak2 ni. sekali tu bunyi bersin + percikan air dari spray iron baju tu. (boleh bayang tak, macam org bersin pastu air bersin tu kena kat ur neck. ewwwwww...) berjaye sungguh budak2 rumah aku ni. awas la hari pembalasan. jangan2 smpai lagi skali mayat tong gas aku hias kat katil u all time bangun pagi.

and then semalam habis semua gambar hummer yang aku tampal kat pintu2 yg ado kat dlm rumah ni ditampal dengan gambar aku zaman2 gonjeng dulu. cett. dan-dan kena treasure hunt untuk cari  keenam2 keping gambar (pose yg same) itu serata rumah. sungguh rajin budak2 rumah aku ini.

lepas raye permai kitorang pergi al-qurem, tangkap gambar raye la satu rumah kononnye. 1st shot aku tahan lagi sebab ammu tu suruh budak2 ni buat pose letak2 tangan plak kat bahu. tapi masuk 2nd shot, aku pun dah tak dapat menahan ketawa lagi kerana merasakan pose tersebut terlalu lucu. macam zaman2 saloma plak tangkap gambar nak kena letak tangan kat bahu bagai. sampai terpakse fotografer itu menunggu sebentar akibat aku yang tak boleh berhenti ketawa. mwahahhahahah. masih ketawa lagi ketika entry ini ditulis. adoi la kedai gambar...

aku telah demam BTW. dulu mase muda2 dulu... kalau demam mama kata kena dapatkan rehat yg cukup serta jgn stress. termasukla jangan menonton drama yang sedih2. aiseh.. ni bertambah teruk ni. mungkin kerana Katrina telah kembali la aku rase.. ceh. aku telah berjaye membuktikan pengaruh stress terhadap daya tahan badan.

Wednesday, October 7, 2009

yang rengkat lagi tempang


Tuhan,
Kalau yang pincang,
Yang compang-camping,
Yang rengkat lagi tempang itu;
ikhlasku,
KAU cetuskanlah,
KAU campakkanlah,
.dalam hati.
Sebab bukan hak aku,
Bicara soal itu.
IKHLAS

dont try to kill yourself with paracetamol




"an advice to suicidal patient is not to try to commit suicide with paracetamol, because the therapeutic index is almost 20 to 1" kata dr. pharma siang tadi (lawak la kot sebab budak kelas seme gelak je kan)sambil menceritakan kisah paracetamol dan dadah2 untuk rheumatoid arthritis. ada docs yg tak suka bila sebut dadah sebagai drugs woo.. maksudnye, kalau makan paracetamol utk bunuh diri, mcm x bape efektif la. tp kalau overdose sangat, mmg teruk la effect dia, cume nk menyampai ke tahap teruk tu la yg letih. ha?

bukannye nak ajar org bunuh diri pun. jangan2 pasni ade org arrive kat onebonez sbb search "how to commit suicide" plak. wohaaa. that's not the kind of message i'd give to my Pt. i meant, readers. BTW, juz want to remind u to live love and love life. take nothing for granted for tomorrow is never guaranteed.

i started GREAT today. tho i reached school at 8 (i thought my lab session was in the morning - it was at 2 pm by the way) and it was splendid. had some real fun. till later of the day, some things were bothering me. then i realize, u may started a good day and faces some intimidating things towards the end, still, u're the one to decide wether to let things ruin your day, or not. i chose not to.

i guess, it is all about being in control of yourself. and that's just it.

Sunday, October 4, 2009

2 malam ke Malaysia


Malam 1. aku beraya-raya ke rumah entah sape2 yang aku tak kenal. lepas tu baru aku sedar, eh ni dah hari jumaat, esok sabtu. ahad nak sekolah ni. kalau balik esok, mana sempat ni nak pegi kelas pagi ahad. aku dah berkira-kira macam mana nak ckp kat abah n mama kena balik harini jugak. malam tu aku tidur susah nk lena. tak boleh... tak boleh.. ini mesti mimpi.. apehal pulak aku nak balik beraya 2 hari plak hujung minggu2 camni. ini mesti mimpi... aku akan bangun dekat katil aku kat umah joden.. mesti aku bangun kat umah csi... mesti... ting! aku terjaga. memang kat umah joden.

malam 2. aku balik mesia lagi. kali ni bercampur aduk sikit mimpi aku. kejap ada rumah ummu suhaib. kejap ada kawan2 melayu joden. balik ada kerja mmj plak tu. lepas tu tiba2 ada mesyuarat dekat sebelah DM taayah. ni mesti sbb respon terlampau budak2 ni kat entry sekolah saye tu. mesyuarat pasal program macam sukan2 pulak tu. ahli mesyuaratnye melayu, tapi tak boleh nak aku tangkap siape. junior kot aku tak kenal. lepas tu aku berfikir plak tu dlm mesyuarat tu nk respon ape plak. isk. letih sungguh. lepas tu dah aku kena balik cepat2 sebab lagi la tak smpat, ni dah malam ahad. haih~ lepas tu dah smpai kat airport seme dah. ade org suruh makan kuih raye. woi. biskut badam mcm kitorang slalu buat mase kecik2 tu ha. nasib baik sempat smpai joden. fuh~

kalo tiap2 malam macam ni... letih wooo nak ulang alik irbid-malaysia. rajin roh aku berjalan sekarang ni. kalau boleh, nak mimpi tidur kat umah je dgn mama n abah. takde la letih sgt. he he


pelik tapi benar.

ps:dulu mase sekolah selalu doa,
"allahumma inna nas2aluka ru2yan solihatan, sodiqatan 3'aira kazibatan,nafi3atan 3'aira dhaaarah"

-ya allah, kami memohon kepadaMu, mimpi yang baik, yang benar bukan dusta, yang bermanfaat tidak memudaratkan.-

Saturday, October 3, 2009

penghinaan terhadap wanita secara terang-terangan


kalau ada gambar knorr pasti sedap, akan kuletak bersebelahan dengan gambar ini.

rumah aku dah selesai unpack seme stock2 dari mesia. banyak giler. yelah, yang perlu banyak kita banyakkan. yang tak yah banyak, takyah bawak la. yang penting xde sape bawak maggi cukup rasa atau knorr pasti sedap. ataupun ajinomoto.

aku tak tahan MSG. jadi, that's why aku tak makan maggi. kalau beli perencah aku kena amik yg no msg added. dulu aku berhenti sbb x elok utk otak. lama2 jadi badan mmg x tahan.

satu hari aku pergi kedai makan, order mee hailam. "bang, jgn letak ajinomoto ye". langsung tak edible mee hailam tu. dahsyat sungguh.

it's not healthy. apelah kepuasan makan dalam penipuan.

maggi cukup rasa. atau knorr pasti sedap bagi aku, is kinda insulting the female nation. oi, ingat ape... perempuan zaman sekarang bukannye tak reti masak sangat. apoda. memalukan betul produk2 camni. kalau ye pun, tunjuk la laki ke yang guna. logik la sket. haiyoo.

say NO to MSG.

telah lengkap


beberapa minit lepas azan subuh aku tersedar. tgk phone ade msg n missed calls. expected lah sebab budak2 ni nak tiba dah sepatutnya. keluar2 bilik, bersalam tidak bertanya khabar pun tidak, terus mula je talk-a-thon dan laugh-a-ton. jam 5 15 pagi rumah dah bising mcm usual nights in csi. alhamdulillah. rumah ini telah lengkap isinya. dan hidup aku kat jordan pun sama. terima kasih Tuhan.

semalam aku ternotis lagi percaturan Tuhan yang menyelamatkan aku. terima kasih lagi sekali.

Thursday, October 1, 2009

sekolah taayah di hati saye


ini grabbed dari qasehdamia die adelah ili yang bertanda "aku" dlm gambar

semua orang yang berkenaan pun tahu aku berhenti dari sekolah taayah yang best tu masa tingkatan 4. poyo gila kan nak gi skolah kat kolumpo tu... biaselah, saye kan orang kampung. seminggu asik berlenang air mate je, biaselah paling lame tak jumpe mak pun 5 hari.. inikan duduk nuuuuuun jauh beribu batu. cewah. pastu, my parents made the arrangement lah dengan cikgu2 + admin sekolah untuk mengembalikan aku ke sekolah best tersebut. kaunselor SBPi pun tak larat dah nak convince aku stay. so berjayelah aku pulang sambil menyebabkan kerugian materialistik kepada kedua ibubapa, but thank you mom n dad sebab tak kisah pun ikah nak balik. i remembered mama kata "duit boleh dicari, tapi kalau ikah tak seronok kat sini, macam mana nak belajar". dan sebab cikgu sbpi tersebut mcm nk kata good results boleh dikatekan guaranteed kalo aku stay, makanye aku pun berusahalah supaye boleh membuktikan, it doesn;t matter pun kau belajar sekolah mana. with love, nothing is impossible. yelah kan, mase tu cinta aku memang tertinggal di sekolah taayah.

sekolah taayah tu memang ditakdirkan Allah sebagai yang terbaik untuk aku. banyak perkara yang nampak mcm co-incidence b4 my admission/qualification exam, tapi lama-lama aku sedar. itu bukan coincidence, itulah destiny. aku tak berpeluang mengisi borang SBP sebab masa tu pergi mengerjakan umrah, dan abah pesan, jangan doakan particular school, instead berdoalah supaye Allah aturkan yang terbaik. supposedly, aku tak sempat pun nak exam kemasukan, i remember mama call JAIPk nak mintak supaya aku boleh exam before/after the umrah. sorry lah nak dpat, beribu2 lagi candidates lain dy ade. ingat dy heran ke aku tak dapat datang exam. hoho. takdir Allah, trip umrah tu diawalkan, so aku sempat balik  sehari sebelum exam taayah tu. Subhanallah.

sekolahnya best. tarbiyyahnya best. belajar i'dadi. itulah pengikat hati yang menyebabkan aku tak sampai hati nk keluar. tapi kakak senior tak best. aku mintak jugak masa tu nak tukar sekolah. then mama kata kalau lepas PMR boleh keluar. before that, tak boleh sebut lg pasal nk tukar sekolah. mmg best pun. tiap2 weekend mama n abah will come, hari khamis nnt abah hantar makanan pasar malam.huwahuwahuwa. kalau birthday hari sekolah pun abah mama dtg hantar kek. hari2 call rumah pagi2 sebelum masuk kelas. smpai LK pun notice. hohohoho. salah ke ili...aku nak nostalgic sket...

kelas paling best adelah kelas tafsir ustaz zul. walaupun seme orang tidur, aku akan bersengkang mata jugak nak dengar ustaz cerita. ustaz kata berjihad. tapi kalau kelas hadith form one, dua baris je aku dah tersengguk2. naik form 2 suka kelas feqah juge, kelas ustaz khairil. ustaz zul ajar hadith pulak, best jugak. sekali tu arwah ustaz ramli gantikan ustaz zul sebab kelas kitorang asik tido je bila ustaz lalu. as-siaamu junnah. sampai sekarang aku ingat hadith tu, perbincangan dan gaya ustaz hari tu. masuk ke dalam hati tu. form 3 ada lagi i'dadi... tapi dah tak ada exam. ada kelas yg ganti dengan subjek bahasa arab. feqah mmg best, sebab ustaz karim. tak pernah sempat kitorang bagi salam/cakap terima kasih ustaz mesti dah keluar. sekarang ni, sekali sekala ada ustaz mengajar dkat surau dekat rumah tu. tapi puasa baru ni aku tak pergi masa ustaz datang tu. rugi...rugi..

sekolah taayah tu, tempat berkumpulnya banyak sumber2 rujukan. rugilah kalau masa berada kat situ kita tak ambil manfaat. cikgu-cikgunya semua macam parents sendiri. terasa dekat dalam hati. bila teringat ni, kadang2 sebak juga. ustazah fatimah especially,entah apa khabarnya. ustazah mula2 memang tak bagi pegi sbpi, balik tu ustazah juga yang aku cari dulu. 5 tahun jadi anak ustazah, sampai sekarang terasa rindunya. aku ingat lagi ustazah selalu sebak bila mengenangkan batch 42 dah nak meninggalkan sekolah. agaknya ustazah sedih permata-permata hatinya nak meninggalkannya. ataupun ustazah risau macam mana agaknya anak2 ini nanti diluar sana. tak apa ustazah, ustazah dah didik semuanya dengan sempurna.

di musolla hijau itu aku dilatih jadi manusia yang ada keyakinan diri. kadang2 di dewan ber-aircond tu. kalau bulan ramadhan tak berani nak seludup balik rumah untuk berbuka. takut ustazah perasan aku takde. sebab ustazah biasanya tanya kalau lama tak nampak di musolla tu, konggo ke. takpe. dewan makan pun makanan sedap kan. nak sedih apa tak dapat berbuka kat rumah. terima kasih encik dewan makan. ikhlas sungguh. tamat cerita dewan makan, rakan2 tak perlu sambung cerita. =P

indah giler kan sekolah. kecuali bila ada gangguan. kelakar gila pergi toilet pun segerombolan bawak kayu hoki dengan shieldtox. mwahahahahah. berguling2 aku ketawa.

cerita LK adalah warna warni paling indah dalam hidup ini. kadang2 buat aku tersenyum sampai telinga ataupun wajah nampak berseri2 walaupun jerawat penuh kat muka so, ili takyah la potong jari beliau.. istimewanya taayah itu pada tarbiyahnya. bukan pada subjek bahasa arab sahaja. istimewanya taayah itu pada warga pendidiknya yang mengajar dengan kasih sayang. ceria selalu sekolah tu. best kan.

salam rindu untuk semua warganya. yang mewarnai kanvas hidup ini, dan portionnya boleh tahan besar. tempat aku belajar menjadi manusia. tempat aku belajar, hidup jangan take things for granted. terima kasih Tuhan atas aturan ini.