Monday, June 28, 2010

let's talk about LOVE

okay, tajuk ni, saje sensasi saje. i rearranged my room, and poooofffff!!!! i got new biological clock. i can finally sleep before midnight and stay awake after subuh prayer. tidur sebelum midnight has been something i've longed for almost a month dah kot sekarang. thank God. thank God.

so, during the unable-to-re-sleep moment, i did some reading and facebooking. then i found this video excerpt from a hindi movie, a musical on layla majnun. and i start googling, and read comments on how the  story resembles shakespeare classic, romeo and juliet. (that's why the title for the post is as mentioned above). then i was soooooo bosan. so i tried TV3. and there's this new series, and i click on it. cewah citer pendekar2 pulak. but it's one of KRU production. i decided to give it a try lah kan. effect dia boleh tahan, macam tengok cerita cina dulu-dulu pulak. ala2 Legend of Condor Lovers gitu, Yang Guo! Yang Guo! heronya sape lagi kalau bukan Adam Nur Kasih. (apsal i iklan lebih2 ni..)

okay. if u plan to watch the series, note that u might want to be prepared that some dialogues in the series adelah freaking funny, you might as well die from laughing. aneh gila kot, masa arjuna's parents plans to give him away, and during parting they say "semoga sakti kesatria mengiringimu". sekali ayah dia cakap, i was like WOW. then mummy dia cakap, i was like okay,hehehe.. then dayang tu balas the same phrase i was like, "wattaaa????kahkahkahkah". it was so funny. and instead of saying assalamualaikum, they keep saying "Sejahtera atas kamu" or "Sejahtera". hihihii.. i find it amusing. tak. or sebenarnya weird???

best2 mana pun citer omputih.. Glee ke...House ke.. Betty ke.. sekali sekala i nak jugak tgk catch up TV3 kan.

anyway. one thing that hit me on the 1st episode, is when arjuna's mom died. then his father got so sad and because they both had "bersumpah setia untuk sehidup semati" the father actually killed himself to be with his wife. so, it kinda relates back to Layla Majnun and Romeo & Juliet. kan?

so, i concluded that
When a heroin dies, the hero has two options ; he either get so angry at the villain and kill them, (then he win and cry and hug the heroin then continue living until he meets someone else or he got a student who then becomes the next hero), OR he could be so sad and be killed by the villains which is kinda dumb. but if he chooses to kill himself, that is just TWICE DUMBER
sekian. terima kasih.
"Semoga Sakti Kesatria Mengiringimu"
Sejahtera.

Saturday, June 26, 2010

the deserving

okay. today ada konvokesyen (perghhhhhh kuno ayat aku) i mean graduation day lah wey. mmg sebak betul. apsal sebak tah, mungkin sbb imagining that one day, hopefully we'll get to graduate soon. as compared to konvo yarmouk, it was much more decent dan terkawal. 

start around 6, ucapan2 sket, by 6.30 dah siap semua dah, graduates pun keluar stadium, kena lambung2 sembur2 dan gendang2 sket, then sesi bergambar, berjoget dan sebagainya. near 8 pm pakcik guard datang halau semua, and Malaysians are among the last to leave the crime scene. and i put on the robe, macamlah aku yg grad. saje je bg chance akak2 tu esok bukan dpt tgk kite grad kan... ;-)

i didnt snap many pics pun, sebab ada ramai pro phorographers, and im sure we can get those pictures. gambar2 yg snap td pun for personal collection sajorrr..

okay. cukup bab graduation day JUST.

**********

imam muda minggu ni punya theme "remaja menuju kedewasaan". aku ni mmg suka lah kan nak komen2.. hehe. apepun, minggu ni, start2 je murshid imam muda dah buat brainstorming. aku rasa soalan murshid tu mmg relevan dan cantik. tapi respon imam muda macam agak hambar dan kadang2 tak menjawap soalan. kalau imam-imam muda tu boleh perbaiki lagi, mmg nampak lebih best. apa-apa pun tahniah pada produksi imam muda, sebab dpt liputan meluas worldwide. 

this week they have to go mencegah maksiat. aku pulak yang seriau tengok. it was like, what were those people thinking kan masa berlakunya maksiat tu. i mean, why oh why laaaaaa. speechless plak. nyanyi lagu lady gaga kejap, *boy you left me speechless...so speechless....* and i believe those are just the tip of the iceberg, dan permasalahannya is definitely lebih besar, rotten to the core.

kalau lah boleh kita cari satu garisan yang mana boleh kita target untuk mengurangkan perbuatan2 macam ni. sekolah menengah ke...sekolah rendah ke.. university ke... satu point yang Islam itu boleh diimpliment dan meresap dalam hati manusia. nampaknya world memang is no longer a safe place. next year jom lah kita plan aktiviti mendekati golongan remaja peringkat sekolah menengah. buat mass projecy kan bg kesedaran, and perhaps plan some follow up strategy. ini cita-cita lah kan. tgh roping up with others.

mmg mengganggu betul lah. how can something so divine and pure as love being tarnished with such vices. hinanya cinta itu kalau semata-mata membawa kepada benda-benda macam ni. perhaps love has been misunderstood with nafsu. dan mungkin juga cinta telah disalahertikan dengan chemical reaction. ha?

***********
the deserving.

the one who deserves you,is the one who knows and appreciate the fact that you're the only one he/she needs. and you alone, is enough.

2 minutes to 2 am

1.58 am.
okay, the plan was to go night-picnic somewhere along share3 petra. so, lepas asar the girls and i pun bersiap2 menuju ke arabella mall, (bosan betul cuti ni almost everyday pergi arabella, dan satu hari pergi 2 kali pun ada, cett) and buy stuff for the BBQ. then cik rokoiah suggested kita BBQ di rumah saje. lebih efisien. efektif dan senang keja lah senang katenye ke. and i'm glad that we stayed home. kalau kat share3 petra, mau sampai 2 pagi tak makan. hahaha. pics will be updated soon.

10.30 start bakar2 and by 12.15 we started dinner/supper (dipers????) dan spend quality time (bluwekkkkk) sampai lah beberapa minit yg lalu. huhuhuhu... mungkin boleh jadikan ini sebagai cik jah pre-birthday..bau asap mmg menerjah ke stiap penjuru rumah. thank you guys for a nice, pleasant bbq. ;-)

apakah cik sopiah kecewa tidak dapat makan di open air surrounding?? huhu.. too sleepy to post the pics.

nite2.

Friday, June 25, 2010

anticipating friday =)

eh. i think lately my blog revolves more around things i think of, and others kot. tak banyak about what happened in my daily life kan. today was nice, and i realized that when it comes to holiday. it doesn't really matter where you spend it or what did you do (ok, the what matters a lil bit). but the WHO you spend it with matters the most. and now im anticipating friday cuz we have big plans to berjimba-jimba with the girls. mwahahahaha. speaking of the WHO, seriously i wont mind spending my holiday anywhere if it means all the family members are there with me. pegi tgk world cup nuuuun kat south africa pun boleh you!!!

Tuesday, June 22, 2010

tagged by meon


Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
eh.pagi tadi baru terbaca : a true friend stabs you at the front. kalau tikam belakang tu, memang i tak mengaku member pun.

6 orang di hati anda
♥ abah
 ♥
♥ mama 
♥ siblings 
♥ muazam 
♥ the csi's 
♥ pentos chickenos 

Anda rasa anda comel
gemuk. pendek. tidak comel.

Single or taken?
single.
Blog yang saya suka?
blog yang tuannya cool.

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
tak. lepas exam mesti kena ada massive lagi extreme room makeover.

Lagu terakhir yang anda dengar
teramat sangat - aznil haji nawawi, it was on his blog playlist.
Last text message
"Tlg sy 4wardkkn n sebarkan. InsyaAllah, sabtu ni, 26 june,pgi: 10 hngga pukul 1 ptg, akan diadakan program akhwt's building confidence (membina keyakinan dr) anjuran club orator dy bayt mus'ab, sesiapa yg berminat blhlah dtg, ajakLah kwn2. Kalau berminat utk mnjadi fesei blh jga bri nama pada YM aswadsky. Moga bmanfaat.plse n tq"
and i skipped that the text was in toggle case. (-_-')

Last phone call
mardottt ptg smalam. tanya ada kat rumah tak. i was at moviebox.

Hari terakhir anda menangis?
wow. lama dah kot. tipu kan. sehari sebelum CNS II, i was damn scared. nanges2 kat mama. then bergenang air mata sempena tgk glee finale season 1.
List 5 kaler feveret anda
putih hitam pink pink coklat
bila kali terakhir YM?
this morning. 
Game yang anda paling suka?
cluedo n monopoly

Adakah anda peminat MCR
tak.

Anda rasa tag ni best?
suam-suam kuku. tapi sebab meon yang tag, i'd say best! best!

Tagged lagi 10 orang
yana, sue ya, lela, phatroco, cik jah,  
as, rai (appreciate silent reader), imah, akak hawttt (tp dy busy)

imam muda : young leaders???

literal translationnya supposedly macam itulah. young leaders.

kot2 ada yang tak tahu lagi kan, imam muda is a new reality show yang disiarkan di Astro (???) - i tengok youtube je. search for imam muda, confirm keluar punya. so far dah 4th week. and i'm following the show every single week.

kalau selama ni kita asyik bising menyuarakan terlalu banyak reality show yang entertainment based, so nampaknya people are finally providing the alternatives. for me, i benefit a lot from the show, especially from trivia questions yang dia bagi every week. personally, it's a very good effort to familiarize people with Islam. basic stuff macam tu. other than that, of course u'll benefit a lot kalau menonton secara kritis.

the thing is that, orang kita memang suka benda-benda yang drama. so, maybe attaching knowledge to something like this have better effect to the community. not that healthy, but for the sake of delivering the knowledge, it's definitely a good start.

kalau dekat kampung i dulu, imam muda ni merujuk kepada imam tahfiz yang surau jemput jadi imam solat terawih sepanjang ramadhan. i think orang yang paling perlu tengok show imam muda ni adalah imam-imam sedia ada??? sebab it proves that, jadi imam is not just about leading a prayer session. an imam should be an all-rounder tau. someone people can look up to, someone reliable. then kita boleh keluar dari kepompong yang agama itu is just about solat,puasa, haji. it's a lot more than that. semua orang pun tahu, saja nak mention lagi. haha.

tapi. i think there's too much unnecessary drama pulak bila ada adegan menangis2 ni. haiz.

spacious space.

amacam wajah baru. serabut lah blog gelap2. lagipun it's summer time...!!!! kenalah floral sket (walhal theme colour hambar je pun). saje je, i think it looks much more spacious kot this theme. kalau tak suka sila maklumkan. SMS BURUK ke nombor phone i. dengan serta merta i tukar. eceh. tipu je. kalau suka, senyum je okey.

harini. harini adalah harini lah. semalam sunday, best jugak boleh baca postsecret kan. 

rumah baru lepas ops lipas. bilik pun dah halfway kena spring cleaning. tinggal wardrobe je lagi nak settle kan. poyo betul life as a wannabe ni kan. :P

tak ke mana kot cuti ni, duduk rumah, some movie, some gaming, some reading dan some baking lah kot coming soon. 

ok, this post adelah to test the new layout only. hope it soothes your day. nitey!

Sunday, June 20, 2010

abah saye

okay. silalah tahu that father's day is celebrated on different dates in different countries. US celebrates it on 3rd Sunday of June, which is today. Abah doesn't really celebrate this kind of occasion. but i used to wish him la jugak... because i like to celebrate abah on his birthday more than father's day. haha.

okay. abah saye nama nye encik Dahalan. seorang polis pencen. abah muaz name Mohamed Akmal. ayah azam name Encik Saiful Nazri. abah saye best sebab abah saye funny sangat. abah saye suka berkebun dan  kalau pergi holiday, abah saye suka tempat yg ada laut or sungai. abah saye suka makan gulai lemak. apa-apa yang dimasak gulai lemak abah saye mesti suka. abah saye orang kampung. arwah Wan saye cakap, abah saye anak yang baik dan manja, sebab tu saye pun manja. dan arwah aki suka bawak abah saye pergi jalan-jalan sebab abah baik dan dengar kata. jadi saye pun selalu nak ikut abah saye pergi mana-mana. saye mmg pantang tgk abah saye bersiap2, dan saye akan cakap, "abah, nak ikut!!!!". maka abah saye panggil saye, hantu paku.

abah saye selalu pesan pada saye perkara-perkara penting, contohnye supaya hidup tidak melakukan syirik kepada Allah. abah saye jugak pesan, kalau saye faham ke, tak faham ke, hafal ke tak hafal ke, itu semua Allah yang bagi, jadi saye kena mintak pada Allah semuanya dan tak boleh ingat semua tu usaha saye. abah saye pesan jugak, setiap kali exam bila saye takut, abah saye kate "bukan ikah sorang je takut, semua org pun takut. bukan kamu sorang rase susah, semua orang pun rasa susah". abah saye sangat cool dan suka buat lawak. selepas menonton cerita cina di TV3 abah mesti cakap, "ha...dua orang budak sudah kena kelentong sama cina...." dua orang tu maksudnye saye dan kakak saye.. jadi kami jawap hehhhhh saje. 

abah saye suka minyak atar zahratul jannah ke ape namenye. abah saye pandai buat lemang. abah saye bila saye kecik-kecik bawak saye round naik motor satu taman sebelum hantar kakak dan angah pergi sekolah. sekarang abah saye bawak cucu dia pulak naik motor bila balik kampung. 

tapi.

abah suka kelentong saye jugak, jadi saya berpegang pada banyak teori2 yang salah sebab abah saye dan abah muaz keduanya telah merosakkan kefahaman saye. haiyo. tapi bila memancing abah saye jampi2 pada umpan di mata kail. abah saye kate, tak belajar ke sains. kalau cacing tu kena ludah kita, dy lagi sedap untuk dimakan oleh ikan. yang ini saye tak pasti abah saye cakap betul or kelentong jugak. tapi saye pun dari kecik lagi auta kuat. kahkahkah. takpelah. pointnye saye nak cakap. abah saye best. abah awak pun mestilah best di mata awak jugak kan. 

semoga abah saye dapat baaaaaanyak pahala membesarkan saye, dan keluarga saye. abah muaz apehal ntah tak sabar nak jumpe saye setelah sy menggemuk seperti doraemon. cett. terima kasih abah. 

abah n mama saye berucap sebelum saye fly di 2007. 2 tahun pertama tgk video ni, konfem menangis punya.

Friday, June 18, 2010

Belasungkawa

assalamualaikum WBT.

Baru saja dapat msg dari abah, "Pa.cik mahmud telah meninggal dunia jam 5 pgi tadi". cepat-cepat aku balas, tanyakan sakit apa. "Sesak nafas. paru paru be air, talipon le makcik pah nya".

*air hangat pada pipi*

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. 

arwah pak cik mahmud, aku panggil abah dari kecik. mak cik pah pulak aku panggil mak. entah pengasuh yang ketiga atau keempat, tapi dari umur aku tiga tahun sampai darjah 4, rumah nombor 26 itulah yang aku tumpang 6 hari seminggu (dulu kan sabtu kerja half-day). Pagi-pagi ada rutin naik vespa coklat abah round taman jaya delima tu. aku berdiri dekat depan sekali. kadang-kadang amik turn dengan adik, (adik beradik asuhan aku). 

setiap kali balik cuti, abah mesti akan pesan, "atiqah, kamu balik ni jangan lupa jumpa mak cik pah dengan pak cik mahmud....". tapi tahun lepas aku tak pergi. tahun sebelum tu aku pergi pun, arwah memang tak sihat. tahun ni balik, memang kena jugak balik jumpa mak. 

aku hilang kata lah nak menulis. semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan hambanya yang beriman. al-fatihah.

movie review : unthinkable


i have nothing to say. you have to watch it yourself, cuz it is totally
UNTHINKABLE.

Wednesday, June 16, 2010

blues malam exam part IV

heh. xde lah malam sangat. dah 4 pagi pun.
tak pernah lagi ade malam exam aku tido lambat macam ni. (sem ni)
management punye pasal. semangatnye bukan main lagi ye.
sebenarnye sebab lambat start study.
semoga Allah mudahkan urusan kita semua siang nanti.

masih belum check result lagi. haish.

Tuesday, June 15, 2010

Stand by Me =)

Sunday, June 13, 2010

kecukupan.

mudah berasa cukup itu nikmat. sebab kau mula boleh berasa cukup walaupun dengan yang sedikit. (aku, kecuali bab duit. hah hah hah.)


the glass is half full. bukan half empty.

kena rasa itu nikmat. sebab bukan semua orang dapat. kan.

bila dalam hidup ini ada kasih sayang yang melimpah ruah sangat, memang betullah kata orang, the world may fall apart but you know you'll be allright. terima kasih Tuhan. untuk lingkungan ini. 

okay sekarang mula rindu rumah.

Saturday, June 12, 2010

blues malam exam part III

wow. setelah hampir beberapa jam merefresh page blogger.com maka berjayelah aku meng-update blog. 
saje je bertanya khabar (ayat rutin bila call rumah).

bukti frust sangat sejam yang lalu

tak de ape pun. gap 6 hari. tapi hari2 akhir seorang calon exam CNS I jugaklah baru nak terkocoh2 kan. membuktikan kita sebenarnya takbergerak pada tahap optimum sejak day one. sesal pun tak guna dik.

sebenarnya tadi aku nak update. tp sebab takut lupa punya pasal, aku siap tulis lagi atas lecture note. kebetulan jam pun pukul 1.43 am masa tu. aisyahrkh7 mesti nak kata, "gedik ko one". =P 



in the middle of my biochemistry lecture.

begini bunyi tulisannya. (terus cari balik lecture tersebut)

hidup ini,
tak mungkin kau jadi
bukan siapa-siapa
kerana tentu ada,
yang kau adalah dunianya.
udaranya.
degup jantungnya.
nyawanya. 

p/s : sbb tu org dulu-kata "hai lah intan...payung...nyawa..." kot.
1.43 am, 12th of june 2010

p.p/s : sebenarnya aku tulis "kerana tentu ada orang, kau adalah dunianya, bla bla bla. tapi x sedap, jadi aku tukar. hah hah hah.

selamat malam. selamat pagi.

Thursday, June 10, 2010

orang sekeliling itu, nikmat Tuhan untuk kamu.

alhamdulillah.

masa aku fikir-fikir nak menulis ini malam tadi, aku dah risau, "matila, blog aku jadi macam blog budak sekolah, cerita pasal member-member pulak". haha. takpelah, sekali sekala, berjiwa muda. saja aku nak bagitau, orang sekeliling kita ini adalah nikmat, blessing dari Tuhan. syukur aku untuk dikurniakan satu lingkungan manusia yang sangat ...... (okey, lambang tak ada word to describe). tapi yang penting setiap yang ada di sekeliling aku ini, saling melengkapi satu sama lain.

terima kasih Tuhan untuk mereka yang selalu ada dalam senang aku, susah aku. suka aku, duka aku. dan paling penting sekali, yang aku ada mungkin kau tak ada, mereka yang bila ternampak khilaf aku, lantas diperbetulkan, sampai berbuih mulut cakap pun tak apa. bila aku malas study, datang berleter pun ye. =P kahkahkahkah. dan buat hari-hari aku berlalu pantas, sampai tak cukup2 masa nak study. 

thank you God for such amazing companions. 
bak kata cik rokoiah "syukur bukan setakat alhamdulillah". 

Tuesday, June 8, 2010

tembikai laici


tembikai laici. aku nyaris terlupa wujudnya minuman ni. aku rasa korang pun ada yang sama-sama lupa macam aku. (td before mula menaip aku ingat nak pos gambar dan tulis sebaris ayat je. tapi macam feel lebih plak, harap bersabar membaca). yelah, balik mesia asik order teh ais je. aku lupa jugak malaysia ada laici segar. aku ingat laici semua memang dalam tin. eh, tapi mana dtg dlm tin kalo takde yang real kan..?

manade tembikai laici sini. kedai cocktail lubnan yg hebat tu pun takde kot. cer bgtau aku kat mana ada kat irbid ni. aku minum syamam je petang tadi. heh heh heh. 

ok, ayat sebaris yang aku nak tulis asalnya tadi,
Bila satu kdai xde tembikai laici,u can either order smthg else,or cari kdai lain that has tembikai laici.life pun mcm tu.;-) 
copyrighted to onebonez.blogspot.com okeh sayings di atas. mwahahaha.

mantap tak? silalah applu  apply  macamana macamana pun dalam life u all. lain kali kita discuss panjang ya.
selamat malam.

p/s: kepada peminat phatroco, dy dah kembali blogging. dan dy tidak akan typo lagi. hahahahaha 

Wednesday, June 2, 2010

wedding plans????


Telah di tag oleh si as 

1. How old are you?
21 years old

2. Are you single? 
Not yet married


3. At what age do you think you'll get married?
note the word "you think", so i think 25-26. (okay, now akak mula rasa uneasy mjawab tag ini ye)

4. Do you think you'll marry the person you are with now?
hopefully. (wow?)

5. If not, who do you want to marry?
owner sebuah kedai kek, jika ada.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
naemah saleh or hidayah tamizi jika mereka masih single waktu tu.

7. Do you want a garden/beach or tradisional wedding?
i wanted a garden wedding, but orang tua mesti nak tradisional kan, sedara ramai lah.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Jordan & Paris.

9. How many guest do you think you'll invite?
2000++ sahaja.

10. Will that include your exes?
what ex?

11. How many layers of cake do you want?
two. modest kan!


12. When do you want to get married, morning or evening?
evening.

13. Name of song/tune you'd like to play at your wedding?
canon in D major, pachelbel.

14. what is the theme colour of your wedding? 
white, pink and black.

15. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
normal spoon & fork. makan atas daun pisang sambil duduk bersila je lah.

16. Champagne or red wine?
sirap selasih.mwahahhaaha

17. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days after. it's a tradition in the family to visit all relatives houses dulu.

18. Money or household item?
both la. preferably duit yang dibalut dalam kotak yang besar???

19. How many kids would you like to have?
indecisive.

20. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
totally!

21. Ur dream present from your future husband?
sebuah mini cooper ataupun lebih baik lagi sebuah hummer. wohaaaa! kawen org teluk lah camtu.
jawapan modest nye, the perfectly-chosen wedding band.


22. Whose wedding plan would you like to know next?
if u wanna do it, just do it la. i taknak la panjang2kan.

Tuesday, June 1, 2010

blues malam exam part II

yang part I punye, tak ingat lah mase exam ape kan.

okeyh, esok mid term for UroGenitalSystem. name glamournye UGS. best je blaja.. tp inilah preparation exam paling tak semenggah skali sepanjang aku blaja 3 tahun ni kot. pfffftttttt. adrenaline rush, smpai mlm ni, dikuasai guilt je lebih. ha..mule lah kan nak bernada melankoli. jauh dari Tuhan le tu maksudnye. astaghfirullah...

teringat pulak abahanda dan mamanda di kampung halaman. one thing about my mom and dad, they're never disappointed by their children. markah sikit ke, lulus cukup makan ke, aaaaaaade je consolation words from them. thank you ma, thank you abah. (macam lah bace pun). abah setiap kali pun mesti pesan supaya sabar, kuatkan semangat. mama pulak setiap kali pun pesan suruh bersyukur. 

sebenarnye aku cuak sangat ni. sekian harap maklum. cuak amat. cuak kentang. cuak donut. dan teringin makan cucur jagung. kahkahkahkahkahkahkah.

aku dikelilingi orang yang sayang aku sangat, dan aku sayang kembali, dan ianya tak ada kena mengena dengan exam. haaa?? okay, sekarang semua org tahu dah aku dah smpai ke tahap nak mati kecuakan. ceh. tapi kita mana tahu kan, berjaya dalam exam bukan semata-mata atas sebab usaha. jadi jom je lah kita buat apa yg patut, mengikut sunnatullah dan syariatullah.

 (-_-') (#_#) (@_@)  

goodluck semua orang, kalau ko ade exam esok, apesal ko bace blog aku lagi nih????
tolonglah doakan aku. dan keselamatan members of freedom flotilla.