setelah bertenang 2-3 hari, tanpa update berkenaan pilihianraya Permai, malam ini saya kembali menulis. Setelah memerhati, dan meninjau-ninjau perkembangan semasa. Nama-nama yang disebut-sebut, calon-calon yang diharap-harap, tak lupa juga yang dijangka bakal membawa perubahan dalam masa depan masyarakat Permai di masa akan datang.
Malam ini kita mulakan dengan calon-calon siswi terlebih dahulu.
AKHAWAT JUST
2. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari
5. Wan Nabilah binti Wan Jamil
AKHAWAT YARMOUK
1. Afifah binti Hamdan
To be fair, I have no intention blogging on each candidate, bukannya kenal semua pun. So, I think it's better if I write only about those I know well, and whom I plan to vote for. (ha...dah tak "undi anda adalah rahsia" dah...)
Amaran : Tulisan ini adalah ikhlas dari hati seorang ahli. Jika tidak mampu berfikiran terbuka, sila klik butang pangkah di sebelah kanan-atas skrin anda.
Setelah hampir empat tahun berada di Irbid, saya pasti ramai rakan-rakan seangkatan akan bersetuju jika saya katakan perbezaan yang ketara dapat dirasa jika kita membandingkan struktur Helwi pada tahun 2007/2008 dan yang sedia ada pada hari ini. Pada ketika itu jawatan Timbalan Ketua Helwi masih belum diwujudkan, hanya pada tahun berikutnya, jawatan tersebut diwujudkan seiringan dengan peningkatan bilangan ahli Permai.
Secara peribadi, saban tahun, saya semakin kurang merasakan kewujudan Ketua Helwi mahupun timbalannya, mungkin saja seiringan dengan penglibatan yang semakin berkurang dengan program-program Permai, atau mungkin juga kerana kurangnya penonjolan diri oleh KH mahupun TKH sendiri. Kalau dulu, di setiap pertemuan akhawat, KH akan memberi peringatan kepada the so-called puteri-puterinya dan menjadi sumber rujukan terpenting kepada ahli. Sayangnya, budaya ini dilihat semakin hari semakin pupus.
Teknikaliti.
Mungkin kerana Ketua Helwi saya dan timbalannya terlalu disibukkan dengan tugas-tugas teknikal sehinggakan terkekang dari mendekati masyarakat Permai yang semakin ramai. Bagi saya, Ketua Helwi dan Timbalannya lebih diperlukan oleh ahli berbanding ahli mesyuaratnya. Bilangan adik-adik Permai yang semakin ramai memerlukan satu figure untuk dijadikan contoh. Kita mengharapkan budaya Helwi yang dulu dapat dikembalikan, apabila KH dan TKH mengenali dan dikenali oleh ahli secara rapat, maka komunikasi dua hala akan lebih mudah berlangsung. Bila berlaku masalah, ahli tidak akan sukar mengadu, dan pimpinan tidak sukar menyampaikan teguran. So, it will be easier for both parties to acquire information, and gain input from one another.
Untuk mengembalikan budaya ini adalah tidak mustahil. Yang penting, selepas mengundi sokongan terus diberikan kepada pemimpin yang telah diberikan mandat. Helwi memerlukan satu team yang mantap untuk meneruskan gerak kerja secara optimum. Dan yang lebih penting daripada kesediaan KH dan TKH mengenali dan dikenali ahli, serta team yang mantap adalah kesediaan ahli, berlapang dada dan belajar membina hubungan yang baik dengan pemimpin. Tak aci lah Ketua Helwi and the gang je semangat-semangat, tapi sambutan ahli, hambarr... Perlu ada give and take. And it will not be easy to re-establish this kind of relationship sebab kita sudah agak lama tidak punya budaya seperti ini.
Synergy.
Is the one thing the Helwi needs to change the atmosphere. Ada dua pihak yang perlu bersinergi dalam isu ini, gabungan KH-TKH dan antara Team HELWI dengan ahli kebanyakan. KH-TKH synergy adalah penting, sebab jika yang ingin kita capai adalah meringankan tugas KH, TKH perlu diberikan platform dan highlight yang seimbang atau setidak-tidaknya tidak jauh beza dengan KH. Mewujudkan sinergi antara ahli kebanyakan dengan Team Helwi will be the toughest part, and basically that is why KH will need the best team she could have.Mudah-mudahan synergy antara ahli dan kepimpinan ini akan membawa perubahan besar kepada masyarakat Permai. Tidak keterlaluan saya katakan, antara sebab kedegilan ahli dari mematuhi saranan Helwi berpunca dari lack of intimacy (if I can use the word) between leaders and the followers. So hopefully, penerimaan terhadap saranan-saranan Helwi pun akan berubah selepas ini.
Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, MT Permai memerlukan lebih ramai pemikir dari pelaksana. Jadi, calon yang akan mendapat undian saya dalam pilihanraya Permai kali ini adalah yang saya kira punya kekuatan mengemukakan idea dan punya prinsip tersendiri.
It doesn't matter siapa KH atau TKH, tapi saya melihat
Siti Fatimah Ismail dan
Nafeesa Ayesha Ahmad Fauzi sebagai satu gandingan yang cantik untuk menerajui kepimpinan Helwi untuk sesi akan datang. Cuma kombinasi ini perlu diperhalusi supaya tak berlaku over-shadowing each other dan both mendapat exposure yang seimbang untuk mendekati ahli Permai. Kedua-duanya ada kekuatan tersendiri, mampu menjadi figure as mentioned before, dan mudah-mudahan disenangi ahli Permai.
Untuk MMJ, Kauthar seems to be okay, since the current Timbalan MMJ pun suggested that name - hanya jauhari mengenal manikam. dan untuk satu lagi kekosongan AMT dari JUST, mungkin
Raihana is a good candidate. Capable of bringing new views
(hopefully) and perspective inshaAllah. Untuk calon-calon Yarmouk, I dare not say anything sebab tak kenal sangat, dan I have no idea of apa yang diperlukan oleh ahli MMY.
Penutup
Entry ini tidak ditulis atas dasar mengempenkan individu-individu tertentu. Just my two cents on penambahbaikan untuk masa depan Permai. Memilih pemimpin itu penting, tetapi memberi kerjasama untuk memastikan survival dan peningkatan Permai adalah twice more important. Keluarlah mengundi, tahu kenapa anda mengundi dan lepas tu, jom kita sama-sama berkerja dengan pemimpin yang kita pilih sendiri.
Dalam hati ini ada harapan besar, supaya masyarakat Permai can get over labeling, having pre-assumptions of one another and being judgmental. Put aside anything that makes us different, and let's find that one point that connects us together.
InshaAllah untuk calon siswa akan menyusul.
p/s : link ke blog calon mana-mana yg i tahu je. what better way to know a girl than her writings - when u can't or don't have the time to get to know her personally ;-)