Ramadan bukan bulan membodek pertama kali dengar ni waktu 2009, sekelip mata je dah 3 kali Ramadan berlalu. For me, a good way untuk analogikan beribadah di bulan Ramadan ni, kita kena jadi macam shopaholic. Shopaholic ni, memang kerja dia shoppinggggg je, sale ke, tak sale ke, dia memang nak membeli aje... Tapi, bila time ada SALE, lagi la bagai nak gila kan dia bershopping.
Macam tu lah jugak kita sepatutnya. Bulan lain kita kena beribadah secara tegar, tapi bila Ramadan kita LEVEL-UP sebab tengah ada SALE kan? Sesungguhnya tidak ada jual beli yang lebih menguntungkan berbanding dengan Allah SWT.
Bulan puasa ni jugak tempat untuk kita retreat. Setelah 11 bulan bermujahadah dengan syaitan, nafsu sebulan yang ini kita balik ke retreat camp masing-masing, bina semula kekuatan untuk menempuh 11 bulan mendatang.
Ok, untuk tahun ni I have a mission in Ramadan in terms of isu kemasyarakatan. Ewah. Yang pertamanya just popped up this morning in my head, ramai orang sekarang suka sebut pasal bila dah bernikah semuanya pahala; masak pahala, tengok muka pasangan pahala, yada yada yada. TAPI, apakah kita lupa, sebelum masuk ke era itu, ruang kita mencari pahala tu adalah dengan berkhidmat untuk ibu bapa? Tengok muka ibu bapa pun pahala, masak untuk mak pun pahala, tolong buat kerja rumah pun pahala, cakap dengan lemah lembut pun pahala.. (ewah, dah nak masuk ramadan mula la pahala-oriented sangat bahasa kan, lol).
So, I decided to do my best untuk berbakti, berkhidmat to my beloved mommy and daddy :-) at the same time nak encourage supaya benda ni jadi kebiasaan Bukanlah benda ni tak biasa orang buat, but I think nowadays people dah off-track sikit sampai lupa antara benda paling penting dalam hidup ni, untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Kita ni jadi suri orang belum tentu, tapi sah sah je kita dah memang anak mak ayah kita kita kan...
Secondly, this year I wanted to help people to quit smoking. Alhamdulillah, in my small family memang dah tak ada smoker. But I have friends who are smoking and I hope sangat this year I could help at least ONE person to quit smoking.. Reading about cancers was so depressing tau, and I don't think anyone should lose someone they love to cigarette. The problem is, masyarakat kita kurang support group. And most smokers ni pun tak study berkenaan nak berhenti merokok. So, I wanted to help orang yang nak berhenti merokok and also orang yang nak tolong orang lain berhenti merokok.
Tak ada masa yang lebih baik untuk buang habit-habit buruk melainkan Ramadan. Especially kalau smoking kan, sebab time bulan puasa, siang dah memang tak boleh hisap rokok. Sama lah apa-apa habit pun. Kalau you all perasan, usually bulan puasa ni, hati kita lembut sikit, ada soft-spot yang easily-reachable. So, semoga Allah beri kekuatan dan hidayah untuk kita semua untuk achieve kebaikan di bulan Ramadan nanti..
Till next time, Ramadan Kareem :-)