Tuesday, January 28, 2014

Access Kindle Apps on Amazon in Malaysia

I recently got myself a new kindle fire HD for an extremely affordable price from Kedai Kamera SF. Even cheaper then some china tablet sold in Irbid!

I'm going home in 25 days and will be studying for my finals and carrying 567 grams kindle is definitely more convenient than carrying at least 15 kgs of textbooks. Okay I exaggerate je... takkan lah nak baca semua dalam 2 bulan ni kan? Kalau angkut bawak balik semua pun membazir kilo je...



The downside of using kindle ni adalah if you are outside of the US, you cannot purchase anything from the Amazon appstore - even the free ones! You need a U.S credit card and U.S billing address. Today I will share with you HOW to solve this problem step by step.

  1. Create a generic email account on Gmail and set your location to the U.S.
  2. Create a new amazon account using the email you just created and use to register your kindle.
  3. Go to shopereaders.com click here . Choose  USA VISA pre-paid Credit Card + USA Address - 0 $ Balance for $5.99 . Kalau perasan ada lagi satu option lain yang kita boleh top up visa pre-paid ni, tapi untuk setiap tambah nilai you will be charged 20$. Beli duit dengan duit ni..ha.. takut terjatuh ke lembah RIBA' pulak kan. Visa prepaid ni sama je macam visa prepaid lain, ada card number, expiry date, CVV, billing address. Dalam masa 48 jam dari pembayaran kita akan terima maklumat ni semua melalui email. 
  4. Dengan adanya kad dan billing address ni, set up 1-click payment option - masukkan maklumat-maklumat yang dah diberi. Now you can download lah semua free content on Amazon Appstore.
  5. Try Amazon Prime - free 30 Days trial - buy books at waaaaaaaaay cheaper price and you can even borrow them for free!
Okay selesai dah satu masalah. Now, what if you want a content yang kena bayar? Buy a gift certificate. Untuk beli gift certificate, tak perlu US credit card, you can use Paypal ataupun guna kad debit biasa pun boleh. Gift certificate ni boleh beli serendah 0.01$ dan tak ada caj tambahan. Bila kita nak beli apa-apa dia akan tolak dari baki gift certificate kita.

I prefer buying ebooks on KOBO - sebab KOBO selalu ada discount coupon. So I got KOBO sideloaded on my kindle (next tutorial pulak) so now I can enjoy books from both KOBO and Amazon. Oh I am a happy reader these days! 

Wednesday, January 1, 2014

Rindu

Assalamualaikum!

Azam tahun baru 2014 masih dalam proses perangkaan... Speaking of which, sila la jemput baca my article on MMGazette.com - New Year's Resolution : A Clinical Approach .

Tahun 2013 diakhiri dengan pertama kali menyaksikan patient meninggal dunia, 3 orang dalam tempoh masa 2 jam.. Mudah-mudahan jadi peringatan untuk diri sendiri yang ajal datang menjemput tak kira usia. Sama-sama lah kita usaha untuk jadi hamba yang bertaqwa dan mendoakan satu sama lain.

Pernah dulu dengar di kuliah orang yang rindu pada Tuhan mengharapkan mati kerana ingin sangat bertemu denganNya. Ye lah kan, kalau kita rindu keluarga, mesti tak sabar nak balik kan?

Dalam satu buku lain pulak aku baca, kita mengisi hidup kita dengan kecintaan pada manusia, harta, dan kehidupan sebab kekosongan yang ditinggalkan bila kita terpisah dari cinta sebenar kita - Tuhan. Tapi sifat sementara dan tak sempurna ciptaan, menyebabkan kita sentiasa kecewa dan tak puas dengan apa yang kita ada. Sebab tu lah orang telah menemukan cintanya pada Tuhan akan segera mahu pulang. 

Tapi kan, kita pun banyak lagi lompong-lompang lagi. Tahu takut nak mati tapi selalu culas beramal dan berbekal. Allahu Rabbi... 



Yang kita tak tahu adalah kalau kita hidup hanya mengharapkan redha Allah, semua masalah akan jadi kecil. Cakap memang senang...

Syahdu-syahdu ni bukan apa... Hati ni rindu sangat nak ke tanah suci...Mudah-mudahan ada rezeki tahun ni. Doakan lah ye!

p.s. Semoga Allah merahmati awak yang membaca ni. :-)