Wednesday, June 3, 2009


ok. lagi skali aku nak buat entry hari ini. esok2 mana tau ak tak buat dah. yela, tomorrow is never guaranteed. ak balik ngaji jalan kaki je sebab hari dah redup. aku mmg suke jalan2 share3 jame3ah dalam bahasa penjajahnya University Street. ada banyak kedai dan jalan paling banyak CC di dunia. wooo... x caye sila search wiki.

singgah beli ink. ini lah masalahnya. ink aku hanya ada dijual di kedai FUTURE mujamma3 nadi 3rabe. tapi, kadang2 aku jalan jugak sampai isharah iskan (dulu umah aku kan dekat je ngn situ) carik ink. pastu semua kedai aku akan pergi walaupun setiap kedai kata ada jual kat future tu. yela, kalau kita banyak kali tanya, lama-lama skill bertanya tu jadi makin baik. eh. betol2.

pastu, aku setiap kali pergi, abang tu akan suggest aku refill, beli refill. jangan beli cartridge baru. printer aku harge JD 100 (Rm500). aku beli summer last year. cartridge baru, sekali beli, hitam 12jd tak salah aku (rm60). colour 21jd (seingat aku last beli). setiap kali pergi aku akan tanye, mana-mana kedai pun. "aku pakai HP ni, orang kata rosak kalau pakai ink tak ori. pastu kalau refill pun rosak" org semua akan jawap "Boleh, tak ada masalah. kawan2 kau pun semua refill aje" semua kedai. aku dalam hati, "Mungkin dia tak faham maksud soalan aku" walaupun hakikatnya aku tanya in English.

atau kadang2 ada kedai offer nak jual cartridge XL yang lagi murah dari cartridge ori size regular. sungguh aku takkan beli. tapi, sebab baru2 ni aku rasa konfiden ngan abang Future tu dan die dah tutor aku camne nak refill dengan baik, aku beli la refill ink hitam. kalau refill ink colour... aku tak rasa aku akan beli. haha.

sebabnya. kakak aku kata (kakak aku kerja company printer) "HP ni bagus, printer murah tapi ink dy mahal. kalau pakai ink tak ori, rosak le. jawabnya kena beli printer baru" setiap kali aku tanya kali kedua, kakak kata "try la kalau berani.rosak akak tak jamin". disebabkan kakak sangat hebat. aku sangat percaya kakak. jadi semua pengedai ink gagal meyakinkan aku untuk beli cartridge tak ori dan refill. err.

balik kpd kedai future hari ni.

"nak ink, 141. eh. cartridge" -masuk2 tu aku dah bagi salam dah
"ada yang original je"
"ok. mo mushkile "(no problem)
"22 jd"-RM110
aku sambil beliakkan mata : "yeke 22? bukan 18???"(walla 21???mo 18?)
"jap. kawan aku haritu kata 18?"
aku teragak-agak. "yela, lebih kurang"
"ko penah beli kat sini dulu 18?"
"ye rasenye"
"ok. 18"RM90

(baru aku pasan. 20 hengget je beza nye pun) tapi minda aku berkata, jangan2 17 je biasanya. takpelah, next time aku tanye balik. tapi, kira-kira dalam setahun aku beli ink ini. dah cukup dah duit beli ink buat beli printer baru. serius la aku tak tipu.

p/s: aku singgah jugak beli dvd dekat movie box. kalau cartridge yang tak ori printer rosak, kalau cd pirate takdenye rosak plak driver tu. jadi, sebab tu aku xde masalah beli. hihi.

wohaaa...aku tumpas

air ini untuk kegunaan membasuh sahaja.bukan untuk diminum/makan

terpakse lah beb. sebab ni kalau disimpan jadi tak best.ok, i broke my 2 weeks leave.



(rupenye, aku update lagi kerap dari total2 blogs yang aku follow.mwahaaaha)

bangun-bangun pagi takde air. alhamdulillah haritu aku dah spare air dalam botol. wash-up, aku call haris bangunan yang best. abu omar. haris = penjaga bangunan. hah? janitor pun bukan. tapi dia la yang aku hubungi untuk sebarang kemusykilan. tapi pasang paip mesin basuh aku buat sendiri okeh (ini satu pencapaian yang membanggakan!bendenya...bukan susah pun.hoho)



zohor, sempat lagi amik air semayang dengan air botol yang masih berbaki tu. yelah. Islam itu praktikal. =) lepas zohor abu omar tepon soh naik sutuh ( rooftop) aku pun excited la... wohaaa... aku ke kena angkat paip??? yela sebab abu omar tu nak kena tahan paip kat tebing bangunan so aku la angkat paip tu kan bawak masuk tangki. bajet2 adventurous, ringan je sebenarnye. ngehee

air pun masuk.excitement pun bermula sebab dah mula nak ada pressure la kononnye. aku dah mula bayang kalau paip tu(hoi,betul ke istilah paip???)yang warna biru tu la kan. kalau terpelanting pastu air terpancut seluruh alam. wohaaaa... mau banjir plak bangunan aku. berangan. pastu labun2 la dgn abu omar, weh- die main jalan2 je atas tangki2 tu. aku sekali sekala seram gak kot tergelincir henpon masuk dalam tangki tu. lemas wo.

ok.pastu dah stabil. tak payah la pegang dah warna biru tu. panas tau duk rooftop summer2 ni. tp mengenangkan nikmat air masuk tu - who cares anymore. pastu mencabar sket nak halakan ke tangki 2nd. of course bukan aku yang buat, aku tgk je la. kalau aku yang buat sorang2.. ade can gak la nak main air... suke sangat. katanya Irbid mmg tgh takde air,so supposed air masuk smalam, tunda malam ni.

tgh nak exam ni, xde masa nak fikir dah air masuk bile. panggil water tank tu ha senang. penuh tangki senang hati. Alhamdulillah atas nikmat air.

sape berminat? nombornye aku takde. yang penting, 3 meter 12 jd. :-) salam soiffi. aku cuba lagi tidak berblogging hingga abis exam. internet pun dah tinggal speed subsidi. jumpe lagi. orang mesia sila bersyukur bila guna air, ingatlah bahawa ada insan yang ada masalah seperti aku.

Monday, June 1, 2009

maaf,aku perlu berehat. mampu ke????




aku tidak ada masalah kopi seperti kebanyakan orang. satu, sebab aku tak rajin stay up malam2. aku tidor awal. dua, sebab aku memang minum decaf sahaja kat rumah. skali skala keluar, baru aku minum unsur-unsur caffeine sebab masa tingkatan dua aku ada insomnia jadi aku minum decaf ever since that. maksud aku, pada waktu malam. caffeine juga tak elok untuk kesihatan. ini betul, aku dah tanya Dr.Nidhal Khabbaz yang sangat comel lagi aku sayangi. hewah2


ok. entry ini matlamat nya nak bagitahu : aku nak exam ni, 6,7 - respiratory system. 11- cardivascular system. 15 hematolymphatic system. kerajinan aku blogging dan merayap tak tentu hala kat jaringan komputer gergasi ni (masa tingkatan 5 dalam buku iT aku tulis camtu) aku terkandas kat lecture microb yang hanya ada lapan itu dekat seminggu lebih dah. tapi takpe lah.


jadi, aku mohon maaf kalau 2 minggu tak berupdate rumah aku ni. langsir dah baru. tapi bersawang esok... tapi aku minta maaf lebih-lebih lagi pada diri sendiri dan abah mama di kampung, sebab leka. hehehehe.... bukan membazir masa, tak bazir cuma buat perkara berfaedah yang bukan aulawiyaaat yang nombor satu. eh. ke nombo satu la jugak???


ok. aku rindu semua orang. dan akan rindu ramai orang. entry ini hanya valid sehingga next entry. kalau aku mengada2 lagi sebelum 2 minggu - kita lupakan saja entry ini. .


aku tasjil sociology 821211. kali ini aku nekad. kalau bahasa arab, aku stay je lah jugak. aku nak sangat amik socio. sekian harap maklum. tapi kalau kena halau, aku drop lah kot. aku ada impian nak merawat society. bukan merawat diseases atau symptoms semata-mata. wellness and lifestyle ada kosong semalam, aku lah yang mengada sangat tak nak register sbb aku... kau tahu kenapa. aku suka subjek wellness tu. sangat. tapi bila ramai sangat... aku jadi kurang selesa. sekian.♥


tak sabarnya tunggu cuti. ngeh2... cuti summer lagi tak sabar.

aku kononnya nak berehat dari blogging. tapi mampu ke???

dikala hati mu gundah gulana - berzikirlah. hingga setiap denyut nadimu menyuarakan "Allah..Allah"

audio tafaquh ustaz fakhrurrazzi (sesi kongsi rasa,maulidurrasul 1430) credit to JKK PR permai