Wednesday, March 3, 2010

csi dinner : tche

"ola girls.bole ke hrni mkn kt tche" (msg una kpd kami).


so, after isya' we all pun dah dress up seme (dress up lah sangat kan) terus lah tahan cab lalu bergerak ke tche yg terletak di duwwar naseem.. dah lama tanda, ingatkan tggu selebrasi baru pegi, alih2 ade org nak berfoya2 awal pulak kan. sampai2 aje, welcoming boleh tahan.. meja mostly reserved, nasiblah ade lagi table yg available. tingkat atas mmg penuh dan ramai yg dok isap argeilla so, we asked for a table downstairs. aman damai sikit. 

then order lah.. masing2 kan... cik sopiah dan cik tambun, as olwez le dengan pasta nye.. ala, macam anak macik dalam iklan pasta tu, "anak makcik semuanya gilakan pasta". she got herself spaghetti, i got myself lasagna. cik rokoiah dengan pepper steak dan cik jah dengan  bbQ steak pula, (turns out ianya sandwich).

service :
after 15 minutes, beverages sampai dulu... iced mocha cik rokoiah adalah sangat pahit. huhu. i got slush orange je, of course lah tasted better than the one in abu mahmud yg  hari-hari minum itu. playsafe lah, nak makan pasta ni, bukannya boleh amik minuman muak2 sangat kan... within 30 minutes, semua order dah sampai, so, ViaVia dan venice mmg boleh bungkus lah dr segi kecepatannya.

taste :
obviously semalam tak bawak pen dah tak isi "borang muhasabah" restoran sampai terpaksa muhasabah kat sini pulak kan. out of 5, boleh bagi 3 je lah kak oiiii... cik sopiah merasakan spaghetti sbarrow lebih sedap, dan for lasagna, i think i've tasted better before. mungkin sebab sos nya kurang kick sket. 

presentation :
memuaskan. sepadanan lah tax 26% kau.. kalau papa john's ada gak cheese mozarella nak di amik wat puas hati bayar cukai, at tche boleh amik brown sugar lah kot bawak balik.  hahahahadoi.

environment:
not bad. no wonder belowe 18 is not allowed. mungkin boleh memberi bad influence? haha. tp annoying sket bila abg pintu tu asik je nak kutip sampah kitorg. meja kecik lah! jenuh nak suruh dy angkut seme ashtray ash tari tirana seme. bosan tgk arab kaya bising2 pasal meja mana nak duduk. urgh.

price:
sepadan je dengan surrounding dan konsep restorannya. lebih kurang via via saja, cheaper than TGIF. 

kesesuaian melepak:
sangat sesuai. ha sudah.

location:
boleh ke komen lokasi dek non???

overall :
bolehlah pergi kalau setakat nak merasa or for special occasion. tp nak regular tu, mcm tak berapa sesuai lah. bak kata cik rokoiah, it's not a place yg "pergi excited, balik pun happy". mungkin sebab makanan dy agak memuakkan dan bila ko tak habis makan mmg tension, cik tambun managed to clear her plate tho. dan mungkin papa john je tmpat yg pergi excited, balik pun happy? amacam?

nite before, we had butter prawn for dinner. i was making up to the girls sebab terlupa it was my turn. udang kecik, rasa cam gulai lemak pun ade. huhu. tp ok la... kalau udang real lagi best kot. point nye nak kata : rasa mcm garlic sauce papa john tu. kalau u all nak try buat sendiri, cuba letak butter, susu pekat manis + garlic. voilahh.




gambar oleh : cik sopiah.

p/s: muaz apabila ditanya "Muaz dah besar nak jadi apa???" jawap beliau "Dr.Muaz!!!"

maksu kata : renti kan ler...

Tuesday, March 2, 2010

selamat tinggal





Dan memang susah untukku pergi
Setelah bersama
Dan cintaku kepadamu
Tetap kan ku genggam
tapi saatnya telah tiba
untuk kita ...berpisah
Namun paras wajahmu dalam hatiku kekal...

Selamat tinggal... Selamat tinggal...
Usah ditangis... usah kau rindu
relakan kepergianku
selamat tinggal... selamat tinggal...

Walau ku pergi
kau tetap di hati
Cintaku ... kan kekal
Selamat tinggal...

Selamat Tinggal - Ferhad
credit utk budakhutan for the lyrics + audio



dilarang menangis sama sekali jika lagu ini berkena-mengena dengan anda. hohoho. suka hati i je kanz. sungguh tidak relevan pula aku rasa bila nak singkir org dari Raja Lawak pasang lagu ni. yela, raja lawak, pastu lagu syahdu pula...hua huahua.. okeh, selamatlah kepada semua org yg berpisah. ha..berpisah dgn apa, atau siapa, up to you lah. mungkin ada benda kita sayang kita terpaksa berpisah ke.. berpisah dengan org yg kita sayang ke...org yg kita tak suka ke kan. ha.. pasni ade la org speku aku putus cinta pulak. eceh. marah mak abah di kampung nanti.

terkadang ada benda yg perlu kita say goodbye to, untuk mendapatkan benda yang lebih baik. ;-) ok. take care semua org. cuti sebulan weh summer ni. best3... tp mungkin masih perlu utamakan balik in june jika mommy kata balik june. rindu budak masam 2 org itu.

Monday, March 1, 2010

bahulu kemboja kuih orang malas

tidak cukup tidur makes you cranky.
terlebih tidur pun kot. tidur lebih awal makes u sakit2 badan eh.

lately semua entry sangat cranky, sib baik in real life was totally different. tp bila bercakap tepon atau berym mungkin tampak cranky lagi. mula lah org nk kata aku baru jumpa perkataan cranky kan tu. (ceh, marah plak). aku harap semuanya kembali normal selepas ini dengan darjah kenormalan yg aku sendiri letak kayu ukurnya. tak boleh mengarut lama-lama nanti ada org susah hati pula.

td naik bas pergi skolah. dan ternampak seorang budak perempuan terlena dekat atas kerusi yg kusyen tp mcm tmpat letak beg je sebenanya tu. err ko boleh bayang tak? mula2 dy mcm excited, lepas tu dy tidur lena gila. masa nak turun, aku saja lambat2 nak tgk abah dy nak buat apa. sebenarnya sebab drressing dy mcm aku masa kecik2 dulu pegi cameron highland. dat's why aku excited sangat nk tgk. tp abah dy rilek je duduk, aku pun nak masuk kelas dah. 

dulu masa kecik, selalu jugak aku tidur dalam kereta supaya nanti abah dukung bawak masuk dalam rumah. yelah, sampai satu tahap, umur kau dah tak relevan lg untuk minta didukung, meskipun tidak ada adik kecik, tp abah pun dah tak larat nak angkat sbab berat. adik-beradik pastinya giveup lebih awal berbanding the dad kan. 

ada seorang abang begitu excited bermain dengan adik pempuannya yg comel lagi bijak. kebiasaannya, apabila uncle paper smpai, abang itu akan mengambil paper lalu masuk ke rumah. on that particular day, abang itu telah terleka dengan meletakkan adiknya di atas boot kereta lalu menyelak ruangan sukan di bahagian hud depan kereta (istilah ape aku ni). tiba-tiba "gedebuk". adik jatuh,aaaayuk...benjol kepala adiknya sehingga menjadi seperti flower horn. mungkin disebabkan rasa bersalah itu, abang itu telah mendevotekan dirinya menjadi abg yg best. (guilty lah katakan). dan sesekali meng-claim kejatuhan itu telah memberi manfaat kpd adiknya tadi. yeay, tepuk3 untuk karangan ini.

lastly nak kongsi resepi bahulu kemboja aka kuih orang malas.

syahdu betul buat ni sbab terkenang mama yg suka makan bahulu kemboja ni.. rupanya senang kacang goreng je membuat eh... pasni balik aku meniaga lah kuih.

1 cwn tepung
1 cwn gula
1 cwn santan
1 cwn air pandan
1 cwn susu cair sejat
3 biji telur

cara-caranya :

blend kan semua ingredients. 
minyakkan loyang, bakar for about 45 minutes. tabur bijan lah dulu, baru real bahulu kemboja beb.
tadaaaa~ dah siap.aku pun tak faham apa yg kemboja sangat.

sesuai untuk ibu-ibu yang busy mahupun malas. adei.

mungkin lepas ni patut cuba tepek pisang pulak.