Friday, November 28, 2008

proaktif...reaktif...dan hidup segan mati tak mahu...


tadi aku dah menulis panjang.tp, dek kerana masalah teknikal..terpadam semua yang aku tulis, draft pun takde...sedih3...


jadi, kita ringkas dan straight to the point...



dalam hidup ni, aku dah menemui cik proaktif,P cik reaktif,R dan cik "hidup segan mati tak mau",H. satu hari mereka menaiki kapal terbang dan terhempas di sebuah pulau yang x pernah dijadikan lokasi pengambaran survivor mana2 season sekalipun. lalau P, sesuai dengan sifatnya terus meneroka pulau tersebut untuk survival... dan R, bila lapar dia mencari makanannya, bila panas dia bina tempat berteduhnya.bila dahaga dia menemukan sungai. Tapi H, duduk2 saja, dengan harapan sebatang pokok aneka buah akan tumbang di depan matanya dan plopp ade sebakul buah2an tropika terhidang di hadapannya....maka berlaparlah saja H sepanjang keberadaan mereka di pulau tersebut...



bila penyelamat sampai, H masih menunggu je lah sampai penyelamat tu jemput dan mendukungnya naik ke bot penyelamat... sedangkan P dan R dengar aje bunyi bot dah berlari2 ke gigi air... maka terselamatlah ketiga-tiga mereka ini...


aku pernah jumpa ramai P dalam hidup ini. antaranya mama. memang proaktif. bukan akulah orangnya nak bawak travel bag berisi sebuku roti gardenia jumbo, 2 pasang baju bersih untuk setiap orang, kek pisang dan pisau multipurpose polis hutan nak pergi snorkelling... aku siap fikir, malu nye...orang lain berlenggang je... kita dah macam nak naik gunung tido 2 malam... ye, akhirnya aku lah yang lapar, dan sebagai seorang R, aku pun mintak, "mama, nak kek pisang!!!" yeay...! aku melihat orang yang proaktif sebagai yang sentiasa berfikiran ke hadapan, dan dia memikirkan penyelesaian jika dia nampak ada masalah di hadapan. seorang proaktif nampak jalan-jalannya dan peluang2 yang tidak dilihat orang lain.


Aku melihat Reaktif sebagai orang yang mampu merespon pada persekitarannya. bila perlukan sesuatu, maka ia berusaha, by any mean neccessary. dia mungkin x nampak peluang dan jalan yang beyond the limits, tapi bila dia nampak jalan dan peluangnya, dia tahu dia perlu mengusahakan sesuatu.


tapi aku melihat H, sebagai manusia tidak berpersonaliti. baiklah, H sakit kepala, lalu dia mengulang2 "aku sakit kepala...aku sakit kepala..." adakah minyak cap kapak atau cap dua singa akan tiba-tiba membasahi dahinya? kalau dia lapar dan dia meratib "lapar..lapar..." apakah akan hilang laparnya??? kalau tak dipecah ruyung manakan dapat sagunye... x gitu cik nah... haih~ kita kena berusaha H,bergerak ke hadapan. baru la malaysia maju 2020...


Aku mahu sesekali menjadi P.tapi lazimnya aku hanya seorang R. Ya Allah, jangan jadikan aku H. jika anda H, maka masih tidak terlewat untuk anda berubah. tapi, jika anda terpaksa deal dengan H, rasanya tak ada apa yang boleh kita lakukan.mari kita doakan H berubah setidak2nya menjadi R.

aku menulis malam ini, break study genetics sebab tadi abah kata "bace la sikit2...ape yang patut..." huwahuwah

4 comments:

Anonymous said...

ak xtaw kenape ak rs lawak gler ayat ko nih..."" adakah minyak cap kapak atau cap dua singa akan tiba-tiba membasahi dahinya?" muahahhahaha...
hopefully,ak at least dlm group R...
tp ak nak group P gak..
R cam serasi jer ngn ak...acronim for Rifai'
P pon same laa...mmg serasi kot...hahaha
P for Paie...kui3

atiqahdahalan said...

tapi P, ak rase ko mmg P pon...amik2...ak declare P seorang yang proaktif...tahniah3...

Amin Jamil said...

Bila P pusing2 pulau, dia mungkin akan sesat.
Ada kemungkinan pasukan penyelamat gagal jumpa dia ketika dia pusing2 pulau.

R respon pada keadaan. tapi mcm mana kalau keadaan x mengizinkan dia bertindak mengikut keperluan? bayangkan dia lapar waktu malam, dan time tu hujan turun. dia hanya mampu berteduh tp x mampu cari makanan bawah hujan.

p/s: rasa x puas hati, explanation berat sebelah. P dan R pun ada keburukannye jugak. H xleh dikalahkan. memang golongan yang xleh dicontohi.

wee~

atiqahdahalan said...

haish~ im pointing out how H is unwilling to do things regardless how important it is to his well-being and life. Yet, even if P sesat sekali pun...being proactive, i think P can survive the island or at least die trying. =P

btw,i love to look at the glass half full instead of half empty. =)