Thursday, December 31, 2009

me, EOD suits and abah.


bangun2 pagi cuaca mendung. hujan siap. checked my wardobe and looked for something that i won't have to gosok. malas..malas.. dan mestilah tidak meleret sebab jalan raya pasti basah. and mesti pakai something kalis air jugak. few minutes later, ada matahari pulak. nevermind, i'll stick to the rain possibility.

jalan2 dalam udara sejuk memang nyaman, masuk je dalam hall dah mula macam cacing kepanasan. lebih panas dari summer? yelah, summer hall pasang aircond, now they pasang heater.

on my way to beli air kat nursing, i saw myself in the reflection pada pintu2 kaca. besar betul (so-called) windbreaker aku ni. gara2 hantar dry clean when it's written DO NOT DRY CLEAN. nasib baik masih berfungsi dengan baik. beli kat Malaysia nih, dengan encik along, tak pasti pulak apekah sudah dibayar pada beliau. huahuahua.. then i realized, eh, macam baju abah pergi angkasa lepas. i used to look at one of abah's pics and it seems like he's going to the space, sebab gambar tu backgroundnye macam lapangan terbang (actually it's in kem polis kot). haha. i always thought abah is going to the moon lah at that time. dah lama2 abah bagitau it's his protection suit when he went to dispose bombs or explosives. mesti tanya abah ni karang. i texted him, "helo abah.abah kat ipoh ke kat parit buntar". he replied, "abah kat ipoh". yeay, call rumah saje, kan ada skype unlimited landline. =)

i looked like that. perhaps cuz the colour of my so-called windbreaker (so-called sebab i dont think sesuai kite panggilnya wind breaker). almost the same like abah-nak-ke-bulan-suit. so, i called abah,
"abah abah.. baju abah yang macam nak naik ke bulan tu namanya apa ye...?"
"oooo..yang itu... yang itu namanya... yang itu... ha... EOD suit" haha, can't believe he actually forgot it.
"EOD tu ape bah?"
"explosive.. explosive ordinant kot" (or so I heard him). I googled and still didnt find what EOD stands for.
"Itu pakai masa bila tu abah?"
"Tu pakai bila nak pegi musnahkan bom lah.. alah, die mcam bullet proof lah, tapi dia lagi resistant ada gegaran apa semua..."

My dad was in the police service for.... (dont know how many years, and he pronounce polis as pulis, haha) but retired when in 2005. born 1950, 2005 retire. he works in brigade persenjataan, kalau masa kecik2 dulu telepon kem PGA "helo, tolong sambungkan ke cawangan persenjataan. boleh saye bercakap dengan encik dahalan?". i still remember the smell of the bengkel senjata. explosive? haha. and I usually tak tahan ketawa bila dengar abah jawab tepon, "assalamualaikum, selamat pagi, S.I dahalan bercakap". lagi kelakar lagi, bila abah seorang sarjan, kite akan dengar org panggil abah "JEN". bila abah jadi sarjan mejar, kite dengar org panggil dy MEJA... kuang3... sib baik bila sub-inspektor panggil S.I. x begitu kelakar.

but dealing with senjata is not the only thing he does. he's also with Unit Pemusnah Bom. UPB . so sometimes he would receive calls ada bom ke.. ancaman bom ke... (i only know the ones he got when he's standby kat rumah.) kalau abah standby, kita semua tak boleh balik kuala kangsar atau keluar ipoh, it's not like banyak sangat call for bom pun... tapi, abah is just so dedicated with things he does. i hate it everytime abah has to go and destroy an explosives... kadang2 bom zaman jepun la.. ape la..polis pun ada on-call...

once he got a call ada bom in a shopping complex in Ipoh. abah kata jenuh nak scan sebab banyak sgt besi (yelah shopping complex kan banyak rak). turns out, fake threat je pun. even after abah pencen, sometimes when ada bom di kawasan berhampiran, he would still go hang out with the team jugak. i dont know why i am writing all this. perhaps i just miss him.



nah, macam ni lah sut abah nak ke bulan tu. tiba2 i terasa idea abah nak ke bulan tu macam datang dari encik along jer. korang ni memang suka memasukkan idea yang sangat merepek dalam kepala ikah kan. btw, muaz nampaknye ada gaya menjadi seorang hantu paku dan anak abah juga. ibu2 memang kesian dalam kes ini.

p/s: balik sekolah tadi hujan lagi. naik sarfis mitsubishi yang masih elok memang nikmat kan hujan2 ni. nak nak lagi duduk frontseat tak yah berhimpit2. indah sungguh.

p/p/s: cool jugak kerja pUlis ni ek. if abah watches any movie yang ada babak2 potong wayar tu, sangat cool when he knows which one to cut off.hoho.

Wednesday, December 30, 2009

Muaz Memanggil Azam di seberang sungai

my sweethearts and my darlings.
thanx to phatroco atas suggestion nye. tak terfikir plak saye nak mengupload di youtube,
entry pencinta wedges di bawah.

Tuesday, December 29, 2009

how to make cheezy wedges if u're in Jordan

somewhere last summer, I fall in love with nachos. It was my first, the girls and i were celebrating cik jah's birthday at TGIF. her treat, of course.


The one we had looks almost like this except they didnt put the salsa on the tortillas, just the cheese and hots.

Few months ago, I bought nachos in a kiosk in a foodcourt. doesn't worth my 4 JDs cuz they simply put doritos (I saw him pouring doritos) and some cheese dip and salsa. well, the cheese dip was not like the one in TGIF - that one tasted a lot different, and the salsa too, of course!

Few weeks ago, I craved for nachos, so i thought of preparing them myself. I went to buy some tortillas, and i bought Fritos tortillas (i think that's the brand I bought) cuz they look so original, as compared to dorritos. then i caught my eye on Fritos Cheese Dip. hey, even better then having to make them myself! safeway mmg sgt smart to put bottled salsa next  to them. heheheh..


so, enjoying nachos that night was heaven, till it pops on my mind, this cheese dip tastes exactly like the ones we have on KFC cheezy wedges. (too bad, Jordan KFC doesnt have this). the idea was to go and buy wedges to experiment. i swear i walked from duwwar jame3ah to dhaiah supermarket nuuuun jauh di sana. hampa betul takde wedges.

last night i found out zamzam ada wedges dah, so today i walked lah to get some. and taddaaaaaa.....~



looked up for cheese dip recipe on the net.. mostly tak lah sehappening cam Fritos ni... so, better beli jelah, tak payah nak cuba2 lagi kan. untuk wedges boleh lah kalau nak buat sendiri, just jangan peel off the skin, then gaul lah dengan paprika ke, ape segala seasoning yg ade kat rumah tu.. this one i use MacCain's.

p/s: it's not healthy at all.. sila berpada-pada.

Monday, December 28, 2009

dalam hati ada rindu, muazam gathering lagi.


azam driving atas riba

ajaaaammmmm

muaz mcm nk mendaftar jadi ahli PAS (quoting kakak)

muaz feeling minum roselle, bad mood ke dik

muaz tayang his eyelashes, gunting dan tampalkan wat bulu mate pelesu. hidung merah mcm reindeer, cuti krismas lah katekan... kalau yg merah itu adelah hidung maksu sebab jerawat, nescaya abahnye akan bahankan maksu habis- habisan.

babe uploaded a video on how muaz was excited terjerit2 memanggil azam, but it was on facebook and i have no idea how to share it here on the blog. sangat rindu budak berdua ni. thing like this makes u cant think straight. macam nak berlari balik saje.
rindu. rindu. rindu. selamat membesar ye sayang...!

Sunday, December 27, 2009

EMERGENCY WORKSHOP : look who's compressing your chest!!!

intro : The Emergency Training workshop will be given by Doctors and residents in King Abdullah Hospital. Participants will recieve certificates from King Abdullah Hospital.

Kali pertama melihat ikolan ni, di rak-rak lecture notes in tamridh (nursing). registered. saturday night malkawi texted me to check my email for group distribution. check2 nama, oh ok.. ade few names i'm familiar with yang satu group. ada miss texas, best friends forever tiga orang tu dan paling menyenangkan ada gounwa. hehe. so, this morning dah bersiap2 dengan attire yg bersesuaian untuk sebarang aktivi selain duduk atas bangku lalu berjumpa gounwa dan buat gaya excited same group.

habis saje biochemistry (Tuhan tahu betapa sukanya aku lecture biochem sekarang,hehe...) the girls and i terkedek2 ke patho lab lecture hall. sampai2 je aku pun nampak miss texas and her friends, Leen and her friends. tegur sapa sepatah dua lah, kena bersosial jugak sikit2. duduk2, aku terdengar miss texas kat blkg aku, so, terus pusing dan berkata, "Maha, hey.. how r u.. so, how's everything going on??" dan biaselah ayat berjumpe tak ikhlas kami tu, ok sana ok sini kan. haha.. tibe2 orang sebelah miss texas bertanya, dan terpacul lah jawapan paling tip top sekali di abad ini, "Ohhh, she's like the most popular Malaysian girl here" aku cepat2 pusing, "Noooo Im notttttt...!!!" dengan gaya american wannabe sgt menggeletis lalu ketawa beramai2. muka aku pun mula blushing cam pakai blusher murahan. (part blushing ni tambahan je eh)

start2 sepatah dua instructor ade kuar arab sket2, lalu seperti ada yang berbisik pada beliau , lalu beliau bertanye, "fee hada mush arabi???" aku pun angkat le tangan. maka beliau pun meneruskan lecture dalam bahasa ibunda state of liberty. he's one of AHA - american heart association volunteer, "we have many AHA volunteers around the work, they do their work for free." miss texas di belakang sudah "Is he trying to tell us that he didnt got paid for this?"

so.. basically ianya adelah basic life support briefing mcm biasa, tapi aku belajar the right position to place my hand during  chest compression i.e; lower part of sternum, not below sternum dua jari yada yada yada. and for infants, children . and of course we discussed the heimlich maneuver as well. skali ade soalan, "Doc, kalau orang obese, gemuk amat tak muat nak peluk, camne?" - kita letak die ke dinding dan buat maneuver tu dari depan. "doc, kalau kita buat2 tapi x keluar2 jugak benda yang dia tercekik tu?" - do it until the person loss his concious, then we start CPR.

so, if u're alone and witness a person falls down, check his breathing. kalau takde, terus call for help, then u start rescue breathing, then check for pulse. fish pulse, mn3mal chest compression pula. dan kalau baby tercekik buat back slap bukan tonggeng die yer...


then come the most awaited part. practicals!!! It was so nice of encik penganjur to put me on the group A. hehe. so, my practicals were right after the tutorial, tp mmg sgt terkejar2 waktu untuk solat asar. jadi, we all moved to the brand new clinical skill lab. baru oke. inaugurated last week. disebabkan leceh nk buat atas stretcher, they took this dummy on the floor. the guys tried, beauty with the brains seme malu2, "no, it's okay i dont wanna try it". duha started first, then gounwa, then me, then the curly-gone-straight pulak. I know I've improved a lot since my first CPR trials. and if u see how the arabs do chest compression, needing a CPR from them is the last thing u'd want in your life. yang tekan sampai nak ke lantai kulit patung tu pun ade oke.

and of course the discussion goes on and on during the  practicals. like, it's better to have a patient in ICU with fractured ribs than to let him die. and contraindications of CPR as in rigor mortis (dah mati nak watpe CPR lagi...) and some Pt who requested not to be resuscitated, in setting of hospital. dan jordan belum ada Automated Electrical (External) Defibrilator AED. and, you dont stop doing CPR until help arrives. sebab tu call for help dulu. sini, df3u madani 119. aku gelak2 je teringat 911. hoho.

20 minits x sampai jugak bantuan, mungkin boleh berhenti. then ade lah isu pasal ape yang lawfully, ethically, yada yada yada.. panic ke ape ke.. so, doc kate paling penting adelah " JANGAN PANIC ".

ok lah, penat pulak membebel panjang ni... maklumlah bak kate orang tu, kelas dari 11 pagi sampai 5 ptg.. pancit la jugak..  till then, bye bye~

p/s: Tuhan telah menjawab doa hambanya dan mengurniakan aku  satu kelapangan dan kelegaan. Alhamdulillah. =) All you have to is have faith in HIM

Sehebat-hebat ketenangan


selalu. bila kita rasa terkecil hati dengan orang sekeliling kita, kita cuba buat hidupnya miserable kembali, by saying things or doing things or perhaps not saying anything or by not doing anything as in being not responding to the particular person. dan bila kita kecewa dengan orang yang mementingkan diri, kita akan ada rasa nak mementingkan diri juga. dan macam-macam lagi kita rasa dan kalau ianya sebuah program masa muhasabah kita rasa nak hentam cukup2 and so on. tapi sebenarnya, relieve yg kita dapat itu mungkin sementara, kerana sehebat-hebat ketenangan dan kelegaan itu akan datang bila kita mengadu pada yang maha layak, sebaik-baik pendengar yang ada, yang satu-satunya boleh menyelesaikan setiap satu kekusutan. ini adalah weekend yang hectic, dan aku sgt excited utk esok punya workshop. definitely will update here =)

dan kita berharap pengorbanan kita itu ada balasan. untuk itu tidak boleh ada rungutan, atau ungkitan. Tuhan itu ada, dan janjiNya paling benar.

p/s : aku harap Tuhan pelihara aku dari menjadi manusia yang membunuh jiwa dan semangat Muslim yang lain. kerana aku telah merasakan pedihnya.

Friday, December 25, 2009

happily married =)

marriage is about being together with the other half of you through happiness and sorrow, through success and hardships. to be able to accept each others' flaws, to cherish each others' good quality, and perhaps to value every single moment you spend together. and of course, to love unconditionally. and these two amazing figures in my life had led a beautiful journey together for 32 years, Happy Wedding Anniversary mama n abah, May Allah bless both of you, may every second you went through as husband and wife be rewarded in the hereafter. =) December 25th 1977

mom and dad in sungai mekong


come to think about it, how wonderful it is if every second of our life being married is regarded as ibadah and "get rewarded" for it, and most importantly it is one of the thing that brings us closer to Allah. You can never hope for anything better in love life except to be granted a person who loves you dearly and that the love you share makes you a better slave of Him.

it's a loss. i mean like a total loss that the understanding of love has been a real mess. there's nothing wrong about the feeling, it's the way you express it or channel it that determines the value of it. It is something that can lead you both ways, and you have to be the smart driver to make sure that your end destination would be Allah's blessing instead of His grieve. and I believe we all pray that Allah will give us the guidance to lead a healthy obeying love life, and we all hope that He would forgive us for every wrongdoings we had conduct previously.

instead of waiting for the other half of you to pops out in the middle of nowhere, perhaps it is best that we get ourselve prepared to be the one to complete our other halves. live love and radiate. =)

a lovely wedding vow, melts my soul upon listening to this. hahah.

I could promise;
to hold you and to cherish you
I could promise;
to be  there in sicknes  and in healh
I could say;
till death do us apart,
but I wont,
those vows are for optimistic couples.
the one full of hope
and I do not stand here, on my wedding day,
optimistic or full of hope.
I am not optimistic, I am not hopeful
I am sure.
I am steady.
And I know I'm a heart man.
take them apart and put them back together,
I hold them in my hands.
I am a heart man.
So, this
I am sure; you are my partner
My beloved, my very bestfriend,
My heart beats for you
and on this day;
the day of our wedding,
I promise you this:
I promise you to leave my heart in the palm of your hands,
I promise you :
ME.

i swear it was beautiful. Preson Burke rehearses his wedding vow on Grey's Anatomy.

dan skarang aku plak nk kena study anatomy og endocrine. bye bye

p/s: keyboard ni apsal... asik salah je ejaan

Wednesday, December 23, 2009

seputar hari Malaysia


ak xde lagi gambar2 cik pengantin yang berkualiti. sebab photographers yang dah macam red carpet aku tgk pagi tadi, rata-ratanya belum mewarwarkan masterpiece masing2. tak dapat dinafikan, memang syahdu perasaannya bila tgk anak dara sorang ni dah siap cantik bagaikan seorang pengantin betul je kan. nasib baik pakcik kat bab iqtisod bagi masuk tadi, kalau tak mau menangeh budak tu dek malu kena sorak dgn arab nak sampai ke dewan. siapa sangka, less is more bak kate orang kan. tak payah nak bulu mata pelesu bagai utk kelihatan cantik, cewah. ayat mak handam sangat kan. ape pun, time kasih sangat kepada cik nobonobo selaku co-mak handam (suka hati buat term sendiri) dan memang sangat excited tapi syahdu ye perasaannya bila kawan kite kawen. tsk tsk.

habis je bersanding2cik phatroco dan encik psychedelicmundo - adik beradik ni...  jenuh aku nak explain kat org2 arab sekitar ttg keadikberadikan mereka berdua. ceh - arab terus serbu naik pentas nak amik bunga telur, what the...  sangat barbaric plak aku rasa keadaan tu. maka aku buat kesimpulan, melayu dan arab adalah dua ketamadunan manusia yang totally berbeza. kesian aku tengok AJK pelaksana nak melayan keberadaan orang2 tempatan ni... apa2pun, tahniah amat utk ajk pelaksanan Malaysian Day, yang julung2 kali diadakan kat Jordan ni.. memang terharu lah kan, tapi, kalau ikutkan hati, next year buat Malaysian day agaknya kena jual tiket. yang bertamadun je bleh datang. ha..

aku pun kena deliver a presentation tadi on Malaysia : Custom and Culture. cuak nye toksah kate lah. dah bape lame dah kusimpan kecuakan tu. hoho. tapi encik along tidak putus2 memberi kata semangat, dah dua kali aku dapat "That's so not like you" dan setiap kali dapat msg berbaur camni aku terpikir - menggeletis sungguh ayatmu along - lol. jadi, time kasih kepada ahli rumah, jugak semua kawan2 yang memberi support sebab aku mmg cuak habis la setelah sekian lama tak buat kerja2 camni. dan thanx jugak untuk perkongsian idea serta vocab yg sangat2 membantu ye. siap demam2 lagi aku akibat kenervousan yang terlampau. btw. tahun ni rasanya macam kerap pulak demam, selesema dan batuk (ayat cam main dokter2 mase kecik dulu). kaffarah dosa agaknye. =( abah pun noticed. mama thinks it was an excuse. heheh. *blush*

adepun, i was a little bit frustrated cuz feels like i didnt do my best, jadi apology to biro program; paie n kak ninah yang tak terhinggakan if i wasn't up to ur expectation. sangat2 time kasih pada u all for the opportunity. we did our job, dan sayang sungguh the audience was not that interested. =( sumpah rasa sangat failure tadi.

sebagai rakyat Malaysia, i pun belajar banyak jugak hari ni. like puding raja adalah sejenis makanan pahang, dan kebanyakan negeri ada laksa masing2. ha? we learnt that Malaysia sangat kaya adat dan budaya, which is nice. oh ye, baru tahu yarmouk uni got korean students oke. (not a korean fan, tp mcm interesting jugak kan).

a big round of applause for the comittee members pastinya. it was fun, dan nampak semangat muhibbah ye di kalangan pelajar Malaysia. budak rumah semua dah terdampar keletihan. nampaknye semakin enterprame pulak csi semenjak dua menjak ni. cewah.

masih belum menghubungi encik along to update bout my day today, will do so tomorrow or on christmas. oh, mom n dad's anniversary pun dah nak mendatang, they've been married for 32 years, how sweet kan? eh2.. ye insyallah kite akan ada entry bab hati dan perasaan tak lama lagi, cuz the discussion was kinda heat up in mep7.

p/s:ada jual murtabak qishtoh kat hadramaut dekat dgn bank. serius rasa mcm roti planta kalau tak letak qishtah tu. sedap2.

Tuesday, December 22, 2009

kerja2 kawen yg pertama

di kala entry ini ditulis, beta baru saja selesai dress fitting dengan bakal raja hari-hari yang esok nak jadi ala-ala raja sehari.. sape lagi kalau bukan mama pocoyo kite, cik phatroco... entry ni akan diperam saje sehingga selesai majlis bersanding esok baru akan terpublish, dek kerana menjaga keekslusifan kerahsiaan sapekah yg akan bersanding sempena Malaysia Day esok... adepun dress fitting ni, saje je dibuat supaya esok skuad tidaklah gelabah... tadi siap shopping cincin bagai... ini adelah pertama kali I terlibat dgn kerja2 camni.. yelah, mase kakak i kawen dulu dy dah ade mak andam sendiri.. so, mestilah sangat excited, though it wasn't even real.. yelah, esok lusa entahkan sempat entahkan tidak nk tgk kawan2 kawen kan... jadi, sekiranya berminat nak mendapatkan khidmat andaman untuk pengantin muslimah, bleh la hubungi kami di CSI , belakang mat3am moqbel untuk tempahan. ececeh.. maka rasmilah cik phatroco as the 1st to naik pelamin from mep7, yg lain2 tu harap tak makan hati. huhu.

mak andam amatur dengan pengantin amatur jugak.


muka exhausted habis dah tengah2 malam..

p/s: rase dah macam attend wedding artist plak you, maklumlah...rehearsal kat dewan bagai... pengantin plak dtg rehearsal pakai jeans je.. mmg ala2 erra fazira u.. !

Monday, December 21, 2009

petua-petua ber inai

last night was hectic. (ayat nak dramatik saje...)

mmg sibuk pun with things.. esok adelah selasa, ada orang tunggu, ada org harap selasa x sampai2.. scheduled to present on malaysia's custom and culture. sigh~ nervous terlampau dan telah sore throat and flu lagi sekali... hopefully tak de cough yg menyusul. abah came out with "selalu sangat sakitnya kamu ni.." huhu.. i said it was the cendawan. abah kata mungkin cendawan tu panas. and i was like, "oooo.. abah maksudkan panas lain ke" i thought he meant makan makanan yg panas-panas. haiyah.

ok. last night ada sesi menginaikan cik seorang itulah. ttg hukum berinai boleh refer ustaz masing2 ye, tidak layak saya bincangkan di sini.

just some kepercayaan regarding inai.

-jangan pakai inai waktu siang, kalau ayam nampak, kemerahannya akan pergi kat balung ayam tu. (sebenarnya ni, oldies nak kata, jgn pakai time siang.. maksudnya anak dara nanti tak buat kerja sbb tgn dah penuh tempek)
-campurkan dengan gambir utk lebih merah, tested, proven to be true. last night tak letak lah tapi...cuz nak cepat.
-bila nak basuh inai, the next morning tu, basahkan dulu dengan air yg guna utk celup/adjust2 malam berinai tu so that tak hilang merah - i think kakak made this up, but i still believe it. lol

and after semalam, i realize kalau kita balut inai tu, ia akan lebih merah. lambat kering lagi merah la kot.

entry pendek saja. nak pergi sekolah, bye~

muhasabah : merapu betul entry ni, nah entry baru yang betul.

Saturday, December 19, 2009

tomorrow is never guaranteed


mati itu pasti.

pagi-pagi hujung minggu ni, blogging pula saya. the plan was to review 2012. asik orang tanye je "one dah tgk belum?". Angah told me 2012 was disappointing, I lost interest to watch it in the begininning and keep saying i dont have the time to watch it, tho we already bought the dvd. but DR.Darren from DarrenMagic blogged about on of his Pt. who develop atrial fibrillation with the onset of watching 2012, it WAS in a way, a trigger.

most things look fake. perhaps because nothing like that has EVER happened. tapi kalau tak penah tengok yang real macam mana pulak boleh kata yang itu fake kan? ha ha. sangat menyentuh hati dan perasaan, and u start to see how people think. you know, bila kita berhadapan dengan situasi macam dalam 2012 tu, for me, the most important thing would be to repent and to die with people we love the most. mula-mula kita rasa bila tengok jenazah diturunkan ke dalam liang lahad + ditimbus dengan tanah tu adalah sangat menyesakkan nafas, tapi bila tengok yang tergambar dalam 2012 pun dahsyat, memang tak senang duduk dibuatnya. itu yang digambarkan manusia, tp when the REAL day comes, entah macam mana kedahsyatannya.

in 2012 ada yang sempat express love for each other, and I'm so touched when fathers start to say I love u to their sons. once i text abah, ikah sayang abah n mama, abah replied "mama dan abah lagi sayang, anak bongsulah katakan..." so, abah was caught red-handed sayang anak bongsu lebih. heheh.

memang tak ada tempat nak lari lagi. perasaan orang masa tu agaknya takut yang tak tergambarkan. lagi takut dari naik DNA mixer mungkin? tapi, itu 2012. bila berlaku kiamat nanti, kedahsyatannya akan membuatkan kita tak fikir lagi tentang orang lain. yang ada hanya kita. dan hanya kita. tetapppp jugak ada promosi President of the United States as a very selfless person. good try.

Tomorrow is Never Guaranteed.
It's the tragedy of war, not having said what needed to be said, not having done what needed to be done. - starship troopers.
We live in expectation and assumption. we assume that the sun will rise as usual tomorrow. We assume that our loved ones will pick up the phone like they always do in the weekends. We assume that the will always be there for us. We assume that we will still have tomorrow to get things done. We assume that we will still have time to spill out things we feel inside. We assume, and we live in assumptions.

these assumptions are totally misleading and make us take things for granted.

When is the last time you tell the one you love, that you love her/him.
When is the last time you call your parents and tell them how much you love them.
When is the last time you thank God that the Sun is still rising from the East.
When is the last time you thank God that you're still breathing.
When is the last time you thank God for every single blessings you possess.

I take things for granted too. and i regretted that. i regretted every single second i didnt spend well with people i love. (yet, i think i'm expressive enough cuz i often text mom n dad + siblings that i love them). but it's this moment that i realize that expressing your feeling is not the only way to appreciate things you do are a lot more expressive in a way. I wish i could spend more time with them. but now thet we're parted thousand miles away, you'll always be in my prayers.

you dont know for how long you will be in this world, so do things you should do. and things you wanted to do. and say things you should say  and you wanted to say. live life, radiate love while u still have the time.

it's not about when will be the end of days, what matters is HOW do you embrace it.

so, just like every japanese wannabe say : BENTO which means "bekal" i guess it's best for us to start reflecting how is our "bento" doing. haha. japanese wannabe jgn marah oke, saje je.. فإن خير الزاد التقوى

i'm kinda lost of words, simply cuz thinking of this thing gives me goosebumps. or perhaps, it's just me being too early in the morning.

make today ur best, cuz tomorrow is never guaranteed for you to make it any better.

p/s: I love you, God knows I do. to everyone who deserves this. have a great weekend people.

Friday, December 18, 2009

Pertahankan Izzuddin Taayah


di situ ada 1001 kisah cinta.
di situ ada 1001 kenangan.
bahkan mungkin lebih dari itu.

aku orang biasa-biasa. sekolah di sekolah yang biasa-biasa. tapi pengalaman yang aku ada di sekolah taayah tu mmg luar biasa. ada cinta. ada kasih sayang yang tak terhinggakan. sumpah aku sayang cikgu-cikgunya, kawan-kawannya. pendidik aku itu, bagi aku keluarga juga.

aku tak kisah kata orang, budak taayah keluar free-hair. atau budak izzuddin keluar tak jadi orang. aku tetap bangga juga dengan sekolah aku. aku terbentuk di situ. dan selalu orang kata, sekolah agama kebanyakannya, menjadi agama hanya kerana bahasa arabnya. tapi izzuddin taayah lain. taayah itu adalah satu pusat yang baik untuk melahirkan manusia berkemahiran pelbagai.

tahun ni nak sambut jubli emas SISTA, tak sangka pulak timbul isu perubahan pentadbiran. sini untuk maklumat lanjut.

sayangnya, tak nampak wakil2 dari Taayah yang terkedepan.

aku cuma ada satu pesanan untuk kawan2, mungkin kakak2 juga adik2. Ini adalah warisan yang perlu kita pertahankan, sayang sangat kalau I'dadi dan Thanawi dimansuhkan dari Taayah/Izzuddin. sesiapa yang ada kelapangan dan kemampuan, sama2lah sertai usaha PERTAHANKAN IZZUDDIN TAAYAH. jangan sibuk love life dan almari baju masing2 je, kita masih ada kerja yang lebih penting untuk dilakukan. dengar2 ceritanya akan buat petition dan memorandum untuk dihantar ke istana. wallahua'lam. sapa2 ada maklumat lanjut boleh roger2 lah.

susah hati.

apehal anak2 zaman sekarang MAGIC FACE POWDER

agak kassar ye tajuk entry.

harini sangat pack meskipun dua kelas physiology batal. balik sebelum maghrib tadi cik phatroco telah mengingatkan diri yang lupa ini ttg ketibaan tahun baru hijrah. cewah. lepas maghrib keluar lagi dinner at pizza, balik hujan dan terus ada mesyuarat pula. perenggan ini adalah untuk menyatakan kenapa lambat entry ni ditulis.

tidak seperti hari-hari lain.. pagi tadi awal2 lagi dah get ready nak ke jamiah sebab nak berjumpa dengan orang. malam tadi sesi berkemas2 pasca exam dan paling penting sekali adelah nak mencari sebuah buku penting amat yg hilang dalam rumah sendiri, sehingga ke saat ini masih tidak berjumpa. haih~. bukak2 kotak buku terjumpa bedak silkywhite yang dibeli tahun lepas, agaknye. baby pink.

aku dah lama tak berbedak selepas dinasihati oleh kakak yg meniaga kat untung orangramai, dulunya udaocean yang bedak yang wangi walaupun bedak baby boleh menyebabkan jerawat. jadi, sejak bedak tak berpewangi habis/pecah berderai, aku pun malas berbedak (selekeh...selekeh..) cuma pagi tadi. entah kenapa aku terasa nak berbedak. tuang2 kat tapak tangan.eh, pink pulak bedak ni.. biaselah, mmg camtu, nanti dah sapu kat muka same je.

tak lama kemudian aku perasan ada benda berkilat. atas tangan. tengok cermin. apehal ADA GLITTER PENUH KAT MUKA NIH? aku recheck bedak tu. (pocoyo tibe2 pijak suis, lalu terpadam desktop) nasib baik dah save.

apehal anak2 zaman sekarang, pegi sekolah pun muka nak buh glitter ke? bukannye konsert omputih pun! paling hot skali, kenapa masa beli tu tak terfikir glittery finish means glitter on ur face?

jenuh aku basuh guna toner sebab nak cepat pegi jamiah. rupanya basuh dengan air lagi senang hilang. aku jalan pagi tadi tengok tar jalan, ada kilauan2 serpih kaca agaknya. cess. pakai bedak glitter pun muka masih macam jalan tar. sekian.

p/s : dancers skrg tak payah membazir beli skin glitter cream. beli ni je lah. sebotol rm3.75 sen agaknye.

pp/s: teringat movie arwah yasmin, mukhsin. mase tu femes lah bedak ni!u ingat kenapa i beli?

Sunday, December 13, 2009

what's wrong wit F.O.U.R??

dari blog imah. =)

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
-one
-munawwarah (sgt sikit lah)
-tiqah
-atiqah dahalan -> kelasss u!

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
-march 22nd - birthday saye!!!
-decemver 25th - mom & dad's anniversary
-october 2nd, 26th - dad's and along's
-february 5th - mom's
FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES
-talked to "sopiah" dan "phatroco"
-watched a movie - baru habis exam kan
-blogwalking
-see if there's any messages on the phone

FOUR WAYS TO BE HAPPY
-masak
-makan
-cuci toilet
-kemas bilik - mmg sangat relieving!
FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
-LG crystal gd900
-bluetooth devices for desktop (phhhsssh desktop baru xde built-in bluetooth)
-books
-cards
TOP FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES
-postcards making
-blogging (hobi ke?)
-corresponding
-thinking (berangan pun boleh)

FOUR PLACES TO GO FOR VACATION
-Paris.. Paris.. Paris..
-Bukit Tinggi Colmar Tropical - dying to go there
-Pulau Tioman - cantik amat!
-Bali - saje teringin

FOUR FAVOURITE DRINKS
-rootbeer float
-teh tarik
-air tut syria (berries)
-slush kafe handasah
FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG
-cellphone
-dompet (kerana sopiah tak bagi tulis "purse")
-vicks vaporub
-pen

FOUR FAVOURITE COLOUR
-black
-white
-pink
-brown

TOP FOUR HANGOUTS
-italian pizza home
-bilik sopiah
-halawiyat dhaiah
-fastfood sekitar duwwar naseem
TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH
-abah n mama
-along, angah dan kakak
-muaz + azam
-jeng jeng jeng... jawapan kena sensational gitu.

FOUR THINGS THAT ARE SPECIAL TO YOU
-laptop lama
-LG secret lama
-kekeng (spring pan)
-a book

TOP FOUR WHO DO YOU THINK WILL RESPONSE TO THIS SURVEY
-aisyahrkh7
-sopiah mungkin
-anonymous
-errr..
TOP REASON WHY YOU ANSWER THIS SURVEY
saja lah nak eksyen dah habis exam!

oh pasca exam!


apapun simptom2 yg anda alami pada minggu exam; palpitation, tachycardia, abdominal discomfort, headache, nausea, constipation ataupun diarrhea, increased urinating frequency, kalau berlaku dalam study leave, diagnosisnya hanyelah anxiety. aku mmg ada darah gemuruh kot

tidak ada ungkapan yang lebih baik berbanding "alhamdulillah" untuk keselesaian exam GI. keputusan tidaklah extravaganza, dn perlu usaha lebih for finals. adepun esok akan bermula system baru ya3ni endocrinology utk 3 minggu. dan ada 2 mggu gap lah nak ke final. sape nk balik mesia pun boleyh katenye. huhu.

so, habis exam terus call along, who's on the way nak ke kenduri pak we dollah bsama mom n dad, n kak ida n of course muaz toing2. he asked about arwah ustaz arman, then isu semasa irbid (beliau mmg poyo) dan ada juga cubaan2 nak menganggu gugat ketenteraman I dengan isu yang tidak dapat di paparkan di blog. huahuahua.

so.. abah n mama, as always..as supportive as ever.. malam sebelum exam, told abah about me being nervous and all, and he said,

"malam ni, tak payah study la..rilek2 je..."
"abah, tak bleh... ikah x abis study lagi.."
"ok, study2 la... jangan stres2"
kaki semua edema sbb "lama sangat duduk di meja study". seperti edema bila balik dari aqabah naik bas. then comes kak ida, my sister-in-law, with the greatest news ever.
"kak ida...bila muaz nak pandai cakap maksu ni.."
"eh, dy memang boleh cakap maksu lah..kalau tunjuk gambar pastu kita tanya, ni sapa? dy jawap "maksu...""
me (overexcited) : "laa.... ye ke??? pandainye!!! nanti balik kena bawak hadiah besar lah sbb dah pandai ckp maksu..."
"kalau nk hadiah lagi besar kak ida kena buat citer lain plak la pasni..hehe"

sangat teruja oke. next year by time like this mungkin azam plaks bleh cakap maksu. sangat syahdu ye perasaannye. finally org yg perlu panggil u maksu can call u maksu.

one more thing adalah... baru2 ni aku realize yang hidup kita ni mmg tak memiliki apa2. bila aku baca pasal engineer yang meninggal 4 jam selepas akad nikah tu, aku mula terfikir, yang kita sangka2 milik kita tu, bila Allah nak ambil balik pinjamannya, Allah akan ambil. dan masa tu kita akan tahu erti kata kerdilnya kita. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

dan membuatkan kita berfikir lagi, are we taking our loved ones for granted?

Thursday, December 10, 2009

THE REST OF MY LIFE - MAHER ZAIN

entry ini akan bergentayangan lama di sini aku rasa. sebab rasa sgt berdosa utk update blog ketika masih byk lg tak bace. haha.

enjoy lah ye, telah tersuka pula lagu ini bila berkunjung ke blog saudari http://xserata.blogspot.com

lyrics ade sedikit salah, tapi takpelah, yg penting u got the point. kdg2 ayatnye rasa nak ketawa jugak, tapi tetaappppp lah feet sweeping jugak lagunye. tolong doakan tuan blog yg nk exam this sunday. =)

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart

Wednesday, December 9, 2009

gastrik atau gastritis?


kadang2 masa cepat berlalu dah baper hari x berposting2 juga tidak sedar saya. huahua. maklumlah, sibuk bercinta. ha? statement.... mau mengamuk orang kampung ni, orang suruh pegi jordan belajar, pi bercinta plak die. tidak2..saye buat2 rajin study kerana exam gastrointenstinal system adelah bakal menjelang ahad ini..(T-T)

 hari ini adelah hari bertepon2 sedunia, puan yong tiba2 suda berada di hospital temerloh, pahang sempena lawatan sambil belajar. ha lagi. dan telah setengah jam bercalling2 beliau bercerita ttg menantu tandaannya untuk my beloved (bluwek) 2nd brother (matila aku dy bace ni).. jeng jeng jeng.. beliau juga telah mengeluarkan statement "tau takpe" yang menyebabkan aku terfikir, "mama terlalu terpengaruh dengan abah ni.. " cuz abah use muda-mudi slanga a lot. hip and the in thing lah kan kononnye.. so then setengah jam lagi terus calling babe (my sis) pula.. dengan headline "hot story..hot story.." code lah konon kan.. penat2 i story pasal mom's plan dapat respon,
 "itu je hot story kamu?"
"lerrrr..tak hot kew??"
"ok la..suam2 kuku la..."

sepatutnya menalipaun encik along juga, tapi sbb tahu kalau bergayut dengan beliau mungkin akan lagi lama dan mahu beli ayam, masak dan sebagainya. tak jadi calling2 lah. kalau tak boleh kita bahankan our beloved brother tu. har har har.

by the way, sangat konfius aku selepas membaca nota2 gastritis yang pelbagai serta peptic ulcer. sebab, setiap kali mengadu heartburn, abah akan kata "abah rasa kamu nak ada gastrik ni... minum la susu ke.. soya ke..." that's his answer -->all the time. cuz he has gastrik (or so he said.) kadang2 aku pergi pharmacy beli something for heartburn saje and it helps lah kan, most of the time minum susu strawberry saje. (can tolerate susu strawberry saje, susu coklat mahupun full cream cannot maaaa).

so... persoalannya skarang, dan masih juga tidak berjawapan adelah : abah tu ada gastrik ape maksudnye. H.pylori ke..autoimmune ke..hypertrophic ke.. atau sebenarnye peptic ulcer? tapi kalau ianya adalah peptic ulcer, should be duodenal kerana relieved by food/milk ingestion.. tapi yang disebut2 gastrik tu ape??? ha.. mungkin esok perlu bertanye pada encik abah doctor abah kata apa. tapi apekah abah akan ingat sbb ini cerita zaman abah muda-mudi dolu??

confronted mama and she responded : eih, jangan konfius2 la..kena tanya la pada lecturer.
me : ma, macam mana nak tanya, org sini bukannya ckp mcm org kita.
ma : okey2.. nanti tanya pada doc2 kat sini. tapi  yela, kalau makcik2 kat kampung mana nak di tau kannye penyakit apa.. ate dy sebut le "sy gastrik..."

oit, laymen's language pun kena improve jugak oke. mama sgt jaga her PR that she learned how to say "sila makan ubat, minum air ni" , in tamil and cantonese as well masa beliau muda2 dulu. then, u start to listen to her komplen on how nurses zaman sekarang tak mengamalkan 5 S (ke tujuh?) senyum, salam.. apa2 lagi tah.

entry ini sedikit merapu kerana sangat rindu keluarga.
heat blower mmg sangat nyaman.

here's some snaps from muazam gathering few weeks ago, before abah,mama, along, kak ida, kakak dan abg saiful berkonvoi to kak long ami's wedding. abah n mama really enjoy turun KL skrg kerana boleh berjumpa dengan budak berdua tu.

muaz and azam in comparison.


muaz and his obsession : kissing azam

my latest fb profile pic, suddenly a lady who was not even on my friend list sent me msg on fb : comelnye baby u tidur.

azam getting back at muaz - perhaps tensi sbb muaz keep kissing him. see muaz's eyes - pasrah


muaz and azam shaking hands. rumor has it that he learnt this political skills from his diplomatic dad. i started the rumors. hahah.


see the difference, in few months time, muaz is believed to be bullied back by azam.


overrated snap. the boys demam. abah's comment : muaz demam, azam sikit je.. but kepala sapa ada tuala? maybe babe risau sgt. haha.muaz mula menunjukkan muka2 along ketika gonjeng. teknik menurunkan suhu badan budak without medical intervention. boleh dibuat selagi tak mencecah 39.6 celcius.

here's what kakak has got to say about me graduating :
"ikah sabar, tak lama dah lagi.. berapa kali balik je lagi ha..."

p/s: missing everyone home. 1.30 am irbid.

Sunday, December 6, 2009

batal cuti I!!!


hehe
*tersengih2 malu sebab dah blogging semula, tapi ada urgency lah!*

btw, aku terpaksa membeli heater electric baru sebab exam dah dekat. so on thursday, aku terus jalan kaki dan beli sebuah heater. yang menjadi pilihan aku adalah sejenis heater yg ada radiant quartz (palang berbara tu) + heat blower. mmg menarik ye. ada yg blower saja, ada yg quartz saja, blower yg ada skrin bara2 api, ada aircond yg heat saja.. mmg menarik ye. sebab membeli : heater gas aku menghasilkan bau gas yang amat kuat sehingga terasa di tekak, dan aku juga risau kalau2 mati keracunan gas.

day one : pasang pada extension kodi di dapur. function well.

nite one : pinjam nobonobo punya pemuat 2->2, sebab kepala soket tu tak fit dalam extension cap KHIND, dikenali sebagai extension (wasal kahraba2) terbaik skali di jordan, hahah. bau hangit lain macam, rupanya pemuat tu dah cair dan habis satu slot dekat extension kHind aku tak bleh pakai.

nite two : gamble. bilik aku ada satu je power supply yang berfungsi, so aku buat penyambungan lah. satu ke katil untuk charger phone, ubat nyamuk, kipas + lampu ---> tak guna serentak pun dan jugak satu extension panjang ke desktop dan printer. aku tutup desktop dan pasang heater tu pada extension desktop. alhamdulillah. semuanya ok.

nite three : balik kelas bahasa arab, singgah ghazzawi untuk beli ganti pemuat nobonobo yg dah cair. lalu ternampak extension made in turkey, murah pulak tu, 2JD. beli. jadi aku tak guna khind, aku sambung extension panjang ke desktop tu, pada extension turki. malam yg indah. baca2 blog bvulgari girl (tak faham kenapa aku boleh baca blog tu tiba2). perasan phatroco reply email aku kat medistjust. x lama lagi nak tidur, so aku pun nak panaskan tempat tidur, tukar function radiant 1000w kepada radiant + heat blower 2000w.

sedap je aku menaip, pup!

meletup beb. meletup.

aku tgk extension khind aku tak menyala. extension desktop pun. (masa menaip ni baru aku sedar - memang la khind tu tak menyala...sebab aku tak pasang! hadoi). aku gelabah bak kata phatroco dalam entrynya. memanggil2 nabkah dan phatroco. guess what. wayar extension turki tu dah lembik semacam dan ada kesan terbakar pada kepala extension panjang tu. panic...panic.. mmg meletup.

ya. memang aku tahu heater kena guna direct supply.

habis terbatal cuti sabbatical aku.

p/s: ye, kalau kita ym kdg2 kite terbaca kuat apa yg kite nk taip, tapi kalau smpai kedengaran pada org yg sdg kita ym-i ??? huahuahuahua...

Wednesday, December 2, 2009

on sabbatical leave!


ianya sesuatu yang kita lakukan tanpa berfikir terlebih dahulu. itulah akhlak. tapi boleh jadi jugak akhlak kita adalah "berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu". jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah, akhlak macam mana yang sedang kita punya. dan tak ada salahnya kita mulakan berakhlak mulia tu, dalam keadaan kena berfikir dahulu, sebab lama2 akan terlazim juga.

Tuhan, jauhi aku dari sifat menyakiti orang lain. baik dari segi kata-kata, perlakuan mahupun diam aku.

sabbatical - any extended period of leave from one's customary work, esp. for rest, to acquire new skills or training, etc. http://dictionary.reference.com/browse/sabbatical

jadi, diumumkan, aku bercuti sabbatical sempena exam GiT yang bakal mengunjungi aku tak lama lagi. (u all pun tahu kalau aku kata aku cuti 2 minggu, baper hari lagi aku pun akan kembali blogging balik kan).

jangan lupa saling mendoakan =)

Monday, November 30, 2009

butter to my bread =)

"You are the butter to my bread,
the breath of my life."




some would be nice, too much of it, i'ma need another cholestrol check! kidding, you can never have too much of butter - learnt a lot from Julie/Julia movie few weeks ago - Meryl Steep as Julia Child and Stanley Tucci as Paul Child. it was rather inspiring, i made myself buttered chicken tho it was only a few seconds shot in the movie. was nice, and I reflected- not speaking of the cooking context, kidding me?. the only in common we have (between me and Julia Child would be - we both love to eat. hahah).

new favoo, some old flavour : the glory of love.



You've got to give a little, take a little,
And let your poor heart break a little.
That's the story of, that's the glory of love.
You've got to laugh a little, cry a little,
Until the clouds roll by a little.
That's the story of, that's the glory of love.

As long as there's the two of us,
We've got the world and all it's charms.
And when the world is through with us,
We've got each other's arms.

You've got to win a little, lose a little,
Yes, and always have the blues a little.
That's the story of, that's the glory of love.
That's the story of, that's the glory of love


Can also change the "us" and "we" to "you". =)
sweet dream, world.

cerita eid 1430


menaip tanpa telunjuk dan jari hantu kiri kerana telah diletakkan minyak -  terkerat.

skuad ladang dan skuad dewan Adha 1430 telah melaksanakan kerja masing-masing dengan cemerlang, aku kira. untuk julung-julung kalinya, csi seisinya telah turun padang menyertai skuad dewan dalam unit persegaran. tolong potong-potong je pun...dengan sedikit kerja-kerja lain. ini bukan kali pertama aku jadi ajk untuk permai, tapi adalah kali pertama aku dan the girls kerja sama-sama. cik phatroco adelah org paling semangat skali yeh. jadi, kali ni, pengalaman bekerja untuk masyarakat permai tu adalah sangat berbeza.

aku rasa kitorang semua dapat rasa, lain perasaannya pergi program dalam keadaan kita menyumbangkan sesuatu dengan pergi dalam keadaan kita hanya tetamu, datang untuk dijamu dan balik dulu. ha.. kali ni, kita dtg sebelum emcee bermula bicara, balik pun lepas siap kerja. bekerja dgn permai mmg satu pengalaman biasa, tapi being able to do it with people u are most comfrotable with makes it an extraordinary experience. cik phatroco agrees on, it depends jugak on whom we are working with. timb.biro persegaran adelah cik najibah yg saaaaangat best. =) it WAS somehow tiring and time-consuming but we had REAL fun, dan paling penting skali adelah kepuasan berprogram. never been so thrilled.

adepun, mintak maaf pada tetamu yg dapat bungkus lauk je =( . mampu mintak maaf je.

perkara paling bermakna untuk acara dewan tadi adalah sesi ucapannya. aku rasa the directors + mr President tried their best utk prove kan keperluan berkorban untuk masyarakat yg kita diami. tapi, bagi aku, kesedaran akan datang melalui apa yg telah ahli itu rasakan, dan alhamdulillah kami dapat rasakannya kali ini. alhamdulillah. aidil adha mmg best sbb semua org pun turun padang.

in a way, we got to spend time with each other (not that we didnt spend enough,hahah) but lebih bermakna lagi, we spent time to do things for otherS. if u have not tried this- you should!

we enjoyed sup tulang (got the hip joint, and end up identifying vein and artery after meal, LOL). ad of course, we ate KEPALA KAMBING.didnt know kambing tastes as good as this.no headache so far, mungkin sebab masakan bebas ajinomoto. dan dpat makan unta juga.

it WAS splendid! thanx Allah. =)

Thursday, November 26, 2009

eid adha 2009


masih berbaki beberapa eid lagi untuk aku hidupkan di Irbid. bersama-sama dengan keluarga sekunder aku. heh, banyakla aku punya sekunder. walaupun bukan adik beradik sedarah daging, tetap aku anggap macam family aku sendiri. dari day one aku sampai sini lagi inilah dia muka-muka yang hari-hari aku hadap sampai dah masuk tahun tiga ni. tahun satu, raya haji kitorang pegi beraya kat mu'tah dengan kakak2 senior taayah, tahun 2 , raya dekat rumah horror bawah tanah tu, mlm raya aku duduk rumah mar.huahua..sorri lah amat aku lari2 plak malam tu. huhu~ jadi tahun ni, betul2 aku beraya haji dengan ahli csi. ketahuilah, kalau tak dapat makan berempat juga aku rasa kurang selesa, sebab dah 3 tahun aku makan sama2 dgn diorang ni.

sekarang, kita terfikir nak raya dengan family, tapi aku tahu, satu hari nanti mesti akan rindu juga nak beraya dengan anak dara bertiga tu. lepas solat isya' tadi, seawal 6.30 ptg lagi dah start memenuhi dapur memasak untuk raya esok. menu2 adalah ketupat,ketupat palas, rendang ayam, kuah lodeh dan kuah kacang, kek marble dan kek apple. mmg best memasak sambil2 makan kek apple dan minum kopi che'nah yg panas. tau2 je bila dah time makan rendang, perut pun dah nak mencapai limitasi dah. hadeiiii.

beberapa hari lepas aku terfikir, hidup ni memang singkat dan kita selalu kena buat keputusan. biasanya kita tak boleh dapat semua yang kita mahukan. biasanya ada pertimbangan. yang seronok di dunia dapat, akhirat dapat. yang dunia dapat akhirat tak dapat, ataupun yang dunia tak dapat, akhirat dapat. aku rasa korang pun faham maksud aku, so selalunya kita mestilah nak yang dua-dua pun dapat. jadi berdoalah semua supaya Allah berikan yg terbaik saja untuk kita. dan, hidup mmg sekali saja dan kita mmg nak yang terbaik. dan kalau ayat aku pada kaunselor di sebuah sekolah di Gombak dulu, "cik, hidup remaja saya ni sekali je seumur hidup, saya nak saya ada kenangan yang indah, bukan kesedihan mengenangkan kebahagiaan yang saya patut rasakan" -->merujuk kepada kalau duduk di Taayah aku akan ada masa muda yang best, tapi kalau stay kat sekolah tersebut aku akan sedih meratap je...huahua..

insyaAllah csi ada buat takbir raya esok, tapi sampai sekarang aku tak tau lagi akhawat 1st year mana yg nak dtg rumah kitorg..sbb aku rasa motif buat takbir ni adlah untuk mengubat kesedihan adik2 junior tu tak dapat beraya dgn family...jadi bila tahun ni takbir diinjak kepada selepas sembahyang raya dan masih tak tahu lagi sape adik junior nak dtg (tolong masak ke kan) kitorg sedikit hairan juge..

adapun, selamat hari raya aidil adha untuk semua umat Islam. ada yang berkorban, terkorban mungkin juga dikorbankan. huhuhu.. yang penting, semalam ustaz pesan, pengorbanan itu perlu kepada sabar dan mujahadah. mujahadah tanpa sabar akan terhenti, sabar tanpa mujahadah, errr...memang teruk lah. aiyo~

ok lah, sila tidur awal semua sebab esok semayang raya jam 6.45 pagi ok. lagi awal dari time aku pergi sekolah wooo.... selamat malam cinta.

Wednesday, November 25, 2009

-erti cinta-


eid adha datang lagi. personally, setiap kali aidul adha datang, setiap kali aku memandang dengan perspektif yang berbeza. tapi, yang aku takkan lupa adalah pesanan abah untuk merenung sifat hamba pada Nabi Ibrahim alaihissalaam serta putera baginda, Nabi Ismail alaihissalam. kata abah, " Hari raya korban, bukan untuk kita tengok kepada ibadah korban itu sendiri, pengajaran yang lebih besar dari itu adalah melaksanakan perintah/suruhan Allah tanpa mempersoalkannya". Lihat cinta seorang makhluk kepada Khaliknya. apa yang lebih indah dari satu ikatan seumpama ini.

hari ni, aku melihat aidil adha, dengan skop pengertian "Allahu Akbar". dari lafaz takbir yang kita gemakan setiap tahun. untuk pertama kali agaknya, aku memahami Allahu Akbar dari satu sudut pandang yang berbeza masa ceramah ustaz wan yusrizal tadi. Sejauh mana aku, dan kau membesarkan Allah. apakah takbir yang kita lafaz saban hari, beratus kali dalam sehari, kita implimen juga dalam kehidupan seharian. apakah aku dan kau meletakkan Allah sebagai keutamaan paling utama, atau Allahu Akbar itu, aku lafaz hanya dalam solat, dan setiap kali raya, tapi tidak aku terjemahkan dalam kehidupan aku seharian.

kita fikir sama-samalah, aku sekadar berkongsi apa yang aku dengar tadi je.
sama-sama puasa esok, hari Arafah, mudah2an kita semua memperoleh maghfirah dari Tuhan yang Maha Mengampun. aku doakan kita sama-sama jadi hamba bersyukur.


manila kad ini tertera di bulletin board faculty of pharmacy

Terjemahan : Pelajar-pelajar perempuan kuliah Pharmacy intake 2007 mengucapkan tahniah dan mabruk kepada Sarah Dbajeh yakni sempena dia memakai tudung, dan kami mengharapkan baginya kejayaan di dunia dan di akhirat.

ini adalah satu point ajak berfikir saja. aku melihat ini sebagai satu perbezaan yang ketara amat antara orang Melayu dan orang Arab. boleh jadi, ini satu tasyji' untuk mereka, tapi ala-ala memalukan bagi kita. boleh jadi ini satu galakan, boleh jadi bagi sesetengah orang ini adalah satu perosak amalan. boleh komen2 jika sudi nak berbincang dan kongsi isi hati. bagi aku, perkara macam ni, aku raikan sebab waqi' kita berbeza, boleh jadi ini sesuatu yang berhikmah bagi mereka, siapa tahu. tapi aku rasa, kalau kat universiti kat malaysia wat camni, mau bukak balik tudung orang tu. oh ya, kadang2 ada jugak ucapan tahniah untuk akhawat yang mula berjilbab. ha... amazing tak?

terpaksa aku berhenti di sini. sebelum tu nak bagi pesanan penaja. duduk di luar negara, adalah satu kemestian untuk anda, blend in dan dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim. jangan hidup macam pelancong, instead hidup lah sedaya upaya seolah2 anda adalah sebahagian dari komuniti yang sedang anda tumpangi. boleh apply kepada konteks kehidupan masing2 ye. kalau keciciran, jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak ada usaha untuk menjadi tahu.

mengantuk sungguh malam ni. huuu~
selamat malam dunia.

Monday, November 23, 2009

surat untuk abah n mama

hobi saye adelah menulis surat. yang tidak dibalas org. jadi, lama-lama sy tak tulis address lg pada surat2 saya kerana mmg tak pernah lagi org balas surat sy semenjak sy duduk di jordan. time kasih pada orang2 yang pernah hantar kad raya, postcards dan juga postcrossers, u made my day.

u can too, PO BOX 1113, jordan university of science and technology, 22110 irbid, Jordan. replies assured.


pertama kalinya aku kongsi surat dengan orang.

dan pertama kalinya aku faham kenapa mama tak mampu baca surat aku tanpa bantuan adik beradik lain, it's unreadable!!!! (-_-) sigh~

Sunday, November 22, 2009

cerita Dia yang menyembuhkan aku

kalau terpaksa balik rumah time maghrib DARI JAMIAH mmg tak best. kalau share3 jameah xpe.. huahua. bukanlah ape.. tapi mmg sayu la kan sampai2 mujamma3 dah azan maghrib. dan memang lebih letih dari biasa lah kan. tp disebabkan tadi lambat kerana menghadiri lab histology yang dibintangi Dr.Jamal... aku rilek2 saje lah lambat pun...

****bersambung****

tiba2 dapat tahu bahawa NHNE aka nana (budak taayah tau sape) berada di irbid, rumah bawah. bliau study di mansoura oke, ikut her parents datang wat lawatan on behalf of yayasan perak. tibe2 rasa nk bjalan ke mesir..huhu.. walaubagaimanapun harus diingat larangan keluar Jordan tanpa mahram oleh encik abah. sangat tak sangka boleyh berjumpa dgn beliau setelah 5 tawon tak jumpa (she left after PMR).

okeyh. back to our topic for today...

aku telah menemukan cintaku yang dah lama menghilang untuk bahasa Arab. bukan la menghilang, maksud aku, memudar sekejap, maksud nye, tak hangat macam zaman muda-muda dulu. (ya, mmg saye tidur dlm kelas ustazah rotipah secara kerap, tapi sumpah sy suka sangat bahasa arab =)) cuma, bila dah asyik dengan bahasa arab ammi, lama2 jadi terabai pula bahasa arab fusha. rugi...rugi.... alhamdulillah sejak ada multaqa ilmi bahasa arab tu, ak kembali memupuk cinta terhadap lughatiddhaadd ini.

jadi, sejak kunjungan pertama aku ke markaz sihhi di irbid, aku dah tertarik pada phrase
 "و اذا مرضت فهو يشفين"
yang terpampang dekat lobby markaz sihhi tu. seketika aku tertanya2 apakah ini hadith atau dari AlQuran, sampailah aku tak berapa sihat beberapa menjak yg lalu dan cik semplitt tlh bg ayat2 shifa' maka bertemu lagi dengan ayat ini dari surah assyuaraa 26:80. jadi.. sebagai org yg pernah belajar bahasa arab dan lupa pulak apa yg dah dipelajari, (huahuahua) aku pun tertanya2, macam mana boleh jadi
يشفين
instead of
يشفي

kerana tasrif fe'el bagi "dia lelaki" mestilah يشفي . this is Quran we're dealing with, mustahil salah. jadi kebetulan ustaz dah menyentuh bab tasrif ni hari sabtu semalam, maka aku pun kemukakan soalan bernas ni.

jadi jawapannya, seperti berikut bg yang berminat...

يشفين ni semestinya nun pada hujung kalimah itu dibaris bawahkan. nun itu kita panggil نون الوقاية kerana maksud ayat ni adalah "dan apabila aku jatuh sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku" jadi, supposedly jadi يشفيي . jadi adanya nun itu untuk menyelamatkan fe'el يشفي  menjadi يشفيني . toyyib (gaya guru-guru bahasa arab). apabila dimashafkan dalam resam othmani, maka "ya" pada hujung kalimah ini dihazafkan dan diberikan baris kasrah  (baris bawah) litakhfiif...kepada perkataan tersebut. maka itu lah yang terdapat dalam alquran mashaf othmani hari ini... faham kawan2???

memang sangat interesting bila dapat belajar balik semula bahasa arab macam dolu2.. my fav would be i3rab kot sebab mmg ada rasa thrill bila buat i3rab. yeay yeay.. dalam perancangan nak mintak nota2 ustazah azzyati untuk ulang kaji. hmm.. ok lah, sudah mau beradu dek headache yg melanda bagai nak rak.

p/s: tertunggu2 bila cousins seme nk upload photos wedding kak long amie on facebook. sigh~

pps: ketahuilah bahasa arab itu super indah, dan sangat mengasyikkan. walaupun lagu2 dia mungkin tak kena pada selera sesetengah orang, tapi bait-bait katanya mmg puitis habis... memang terawang2 lah kan kalau tgk tu.. mungkin sbab bahasa tu sendiri mmg indah. lelaki arab agaknya mungkin tak perlu kerja keras sangat nak mengayat sebab the language is already sweet by itself.

 كتبت ما تقراءون