Wednesday, November 25, 2009

-erti cinta-


eid adha datang lagi. personally, setiap kali aidul adha datang, setiap kali aku memandang dengan perspektif yang berbeza. tapi, yang aku takkan lupa adalah pesanan abah untuk merenung sifat hamba pada Nabi Ibrahim alaihissalaam serta putera baginda, Nabi Ismail alaihissalam. kata abah, " Hari raya korban, bukan untuk kita tengok kepada ibadah korban itu sendiri, pengajaran yang lebih besar dari itu adalah melaksanakan perintah/suruhan Allah tanpa mempersoalkannya". Lihat cinta seorang makhluk kepada Khaliknya. apa yang lebih indah dari satu ikatan seumpama ini.

hari ni, aku melihat aidil adha, dengan skop pengertian "Allahu Akbar". dari lafaz takbir yang kita gemakan setiap tahun. untuk pertama kali agaknya, aku memahami Allahu Akbar dari satu sudut pandang yang berbeza masa ceramah ustaz wan yusrizal tadi. Sejauh mana aku, dan kau membesarkan Allah. apakah takbir yang kita lafaz saban hari, beratus kali dalam sehari, kita implimen juga dalam kehidupan seharian. apakah aku dan kau meletakkan Allah sebagai keutamaan paling utama, atau Allahu Akbar itu, aku lafaz hanya dalam solat, dan setiap kali raya, tapi tidak aku terjemahkan dalam kehidupan aku seharian.

kita fikir sama-samalah, aku sekadar berkongsi apa yang aku dengar tadi je.
sama-sama puasa esok, hari Arafah, mudah2an kita semua memperoleh maghfirah dari Tuhan yang Maha Mengampun. aku doakan kita sama-sama jadi hamba bersyukur.


manila kad ini tertera di bulletin board faculty of pharmacy

Terjemahan : Pelajar-pelajar perempuan kuliah Pharmacy intake 2007 mengucapkan tahniah dan mabruk kepada Sarah Dbajeh yakni sempena dia memakai tudung, dan kami mengharapkan baginya kejayaan di dunia dan di akhirat.

ini adalah satu point ajak berfikir saja. aku melihat ini sebagai satu perbezaan yang ketara amat antara orang Melayu dan orang Arab. boleh jadi, ini satu tasyji' untuk mereka, tapi ala-ala memalukan bagi kita. boleh jadi ini satu galakan, boleh jadi bagi sesetengah orang ini adalah satu perosak amalan. boleh komen2 jika sudi nak berbincang dan kongsi isi hati. bagi aku, perkara macam ni, aku raikan sebab waqi' kita berbeza, boleh jadi ini sesuatu yang berhikmah bagi mereka, siapa tahu. tapi aku rasa, kalau kat universiti kat malaysia wat camni, mau bukak balik tudung orang tu. oh ya, kadang2 ada jugak ucapan tahniah untuk akhawat yang mula berjilbab. ha... amazing tak?

terpaksa aku berhenti di sini. sebelum tu nak bagi pesanan penaja. duduk di luar negara, adalah satu kemestian untuk anda, blend in dan dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim. jangan hidup macam pelancong, instead hidup lah sedaya upaya seolah2 anda adalah sebahagian dari komuniti yang sedang anda tumpangi. boleh apply kepada konteks kehidupan masing2 ye. kalau keciciran, jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak ada usaha untuk menjadi tahu.

mengantuk sungguh malam ni. huuu~
selamat malam dunia.

5 comments:

Musafir diri said...

cool...

org mesia camtu sbb kite ni byk brfikir ikut adat dan kebiasaan... kurang sgt brfikir ikut syariat...

wallahualam...

Sumaiyah said...

selamat menyambut aidil adha buat one di kejauhan. bila jauh rindu menggamit tp bila dah jumpa lidah ku kelu.

ada gaya x? hihihi

atiqahdahalan said...

musafir : mungkin. dan impact nya berlanjutan entah sampai bila

sue : ada gaya ada gaya.hhaha

aisyahrkh7 said...

salam alaik one..
wish u a blessed eid..
mtx maaf salah silap ak kt ko..
merepek2 kt cbox ko..huu..
bg komen x membina..hii..
insyaAllah sedang dan akan berusaha ke arah membentuk peribadi yg lebih baik..
moga dijauhkn dari kehidupan yg sia-sia..
salam aidiladha one..

psst..ak rindu umah ak..wpn kampong..

atiqahdahalan said...

u too aisyah,
jumpa lagi ba3da eid.haha..
jemput2 dtg raye