Thursday, March 19, 2009


gambar tertera adalah lukisan erythropoiesis aku yang dikaler menggunakan pensel kaler LUNA. sekarang LUNA dah improve, macam faber kastel...bleh larut2 air tu. i dont like that. pensel kaler luna dah tak sama cam dulu.

dulu pensel dua belas batang, warnanya putih, kuning, oren, merah muda, merah tua, ungu, biru tua, biru muda, hijau muda, hijau tua, coklat dan hitam. sekarang, x de warna putih, dan tempat kaler tu dah berubah sebab dia masukkan warna oren pelik sebelum merah muda.

pensel kaler ni, una yang punya. sebagai dentistry student, dia perlu kepada pensel kaler sbb dia nak sketch gigi ke ape tah..aku x beli pensel kaler balik haritu... x terpikir pun ada gunanya. una tak guna lagi kaler pensel ni. so, masa dia bagi tu aku tanya, "una, x pe ke aku rasmi dulu ni?" kata una, "guna je la..." see, now old people...rilek je. masa sekolah rendah, aku gerenti xde org akan bg orang lain guna dulu kaler dia. kalau nak bg pinjam pun x ikhlas.

contoh pesanan orang yang bg pinjam kaler.
  1. weh, jaga leklok aaa...jangan bagi jatuh!
  2. x boleh sharp. [asah pensel]
  3. susun balik ikut warna
  4. eee..dah pendek dah kaler kite...kamu la suka guna..

amende ntah... tapi kalau aku personally, aku just x suka pensel kaler aku x berada dalam susunan, dan paling sedih kalau ada kesan pensel kaler tu tertarik kat penutup tu... [ bleh bayang?]

masa tadika, aku paling tak suka matapelajaran tulisan. buku macam nota sains tu, atas kosong, bawah garis satu. kena lukis. hoh. kalau warna pun, aku kaler asalkan setiap space ada calit je. sorry la nak kaler "mesti satu hala"ataupun "penuh-penuh". tapi masa darjah 2 cikgu bawak jugak aku pergi jaya jusco masuk pertandingan mewarna, walaupun dia tahu aku x lawa mewarna. saja nak bawak jalan kot. itulah first time aku makan mcDonald, beef burger beli sendiri. mama n abah mmg x ajar gi jusco2 ni... beli belah kat pasar bulat je. [sekarang dah terbakar pasar bulat tu] dah muda remaja baru la aku reti jusco2 ke...ipoh parade ke... ha... time kasih abah n mama kerana memelihara saya dan adik-beradik lain. sekarang kalau pergi ipoh parade, budak darjah 4 pun ada pergi boyfrien-girlfriend.

colour craze ni, ada masa darjah satu je kot. bagi aku la. bila exam, aku mintak hadiah kaler. mama n abah x biasa bg hadiah x bersebab.. hihi... so, mula-mula nombor dua aku mintak pensel 24. pastu nombor satu aku mintak 36. 36 bekas besi x salah aku. kaler 24 ada warna merah jambu dan oren pelik. masa tu aku panggil oren tu grey. aku tak tau gray adalah kelabu. and warna kelabu ada shading pelbagai. sukanya aku pensel warna banyak... pastu lama-lama hilang-hilang atau kotak dah rosak2, bubuh dalam penselbox kain. mama punya.

naik darjah dua aku rasa dah matang, so aku mintak chess set bila exam. kadang2 aku mintak roller blade - sentiasa abah tolak permintaan ini sebab abah kata roller blade bahaya. nanti jatuh berdarah. so, kita nampak sekarang di mana letaknya "ikah nak pergi jalan dengan kawan" di mata abah n mama. aku tak pernah mintak pun dengan abah n mama nak berjalan overseas setakat ini dengan kawan2. tapi SETIAP kali pergi amman, aku call/ sms abah dulu. mintak izin. tapi x pernah lagi rasanya abah tak bagi. dan aku masih mintak setiap kali.

kenapa budak kecik dulu kedekut pensel warna? sebab kalau macam aku, bukan senang nak dapat pensel kaler sampai 24...36... so, aku sayang. semua benda yang susah dapat aku sayang. jadi, anak aku nanti [inshaAllah], aku ingat aku belikan je dia pensel kaler apa dia nak dan pesan "guna elok-elok, kalau kawan nak pinjam bagi je. share ok. habis mama beli yang baru!" dia pun senang hati, kawan-kawan dia pun senang hati.

p/s: di jordan saja, dah 2 kali aku dapat glass chess set. dan chess set yang aku dapat masa darjah 2 tu masih ada lagi sampai sekarang, tapi ada orang dah patahkan lambang salib kat kepala king tu. aku x de la marah, tapi terkilan, kenapa buat camtu tak bagitahu aku dulu.

2 comments:

afiq raya said...

aku ngat lagi masa standard 4 (kelas tingkap kayu besar2,ada tempat dak2 men guli. men galah panjang. dekat ngan kelas ada tiang2 utk murid2 main rebut2 tiang. keterlaluan ke? masa tu korang pinjam crayon aku..hakhak. time tu pun ada dua orang je guna oil pastel dalam 40 lbey murid. mujur aku ikhlas..

one said...

hoho...baru perasan komen ko ni... "korang" tu sape ek?

aku pun ingat jugak kelas darjah 4 tu. best giler ade tanah lapang sebelah tu. xde orang main cop tiang kat situ sebab tiang ada sebelah je kan...main bende lain yang tak mampu aku nak describe.

p/s: ko selalu ada barang best2 masa sekolah rendah.aku xde.