jumaat hari yang aneh. sebab aku rasa keanehan. (mula la cakap pelik macam alien)
ok. seumur hidup ini, aku tak pernah kurang kasih sayang. cukup bahkan berlebih pula. tapi, hari ini aku rasa aku punya kasih sayang yang lebih dari apa yang aku sedari. terima kasih Allah, kerana mencampakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada hati-hati mereka. hari ini, aku telah merasakan kasih, sayang dan cinta itu, tidak perlu pada sebarang manifestasi.
kalau aku patah balik kepada law of attraction dalam the secret daily teaching, to attract love, you have to start to love and you will radiate love around you. macam tu la mafhumnya. kalau tak percaya, kau cuba. bila hati penuh dengan cinta dan kasih sayang, kau juga akan rasa magis cinta dan kasih sayang itu. tak tahu siapa, di mana dan seramai mana tapi rasa itu ada.
terima kasih ya Allah, terima kasih. lingkungi kami dalam kalangan orang yang bersyukur dengan ini.
hey, kau tak perlu cari, kau hanya perlu rasakan rasa itu.
-cinta agung hanya untuk PENCINTA YANG TERAGUNG-
drafted may 22nd : edited+posted may 23rd
No comments:
Post a Comment