Tuesday, June 30, 2009

ingat-ingat lupe..

short entry je lah sekarang ni...
letih wooo nak menaip panjang..
lagipun, dolu-dolu aku percaye...kite ni cakap
kena straight forward
buang masa orang je bace panjang2
ataupun pasni, wat garis, atau bold pada isi penting
-macam buat rumusan
yang kita ingat-ingat lupe ni...
maksud aku, kadang-kadang ingat, kadang2 lupe
bukannye ingat yang tak bape ingat
yang aku selalu ingat-ingat lupe
azab Allah esok kat hari akhirat
yelah, kalau ingat selalu
takdelah buat dosa... eh, ade ke orang yang ingat selalu, tp dy tak takut???
musykil jugak tu.
see...dah semakin memanjang
haritu ustaz sebut pasal tunggu turn nak kena hisab
jadi, masa tu umat manusia ni
ada yang lemas dalam peluh sendiri
aku dah mula rasa-rasa sesak tak leh bernafas
lemas dalam swimming pool pun seram
inikan peluh sendiri
matahari senjengkal dari kepala
orang kafir masa tu, mintak kalau boleh taknak tunggu dihisab,
nak masuk neraka terus - punyalah tak tahan, tak tahu neraka lagi pedih azabnya
mulalah manusia mencari Nabi masing-masing mintak syafaat
tapi yang ada syafaat itu hanyalah Nabi Muhammad SAW
ha... hidup kalau tak ingat Nabi, tak cinta Nabi, tak hidupkan sunnah Baginda SAW
esok, tak ke malu weh nak mintak syafaat??
haritu, bila bincang maksud bacaan selepas azan tu, otak tipis iman aku ni berlegar-legar... kenapa pulak Nabi SAW minta kita mendoakan Baginda(masa tu maksud baru halfway the journey). rupanya, kita doakan supaya nanti Nabi dikurniakan syafaat untuk selamatkan kita.
subhanallah.

p.s: fikir-fikir lagi. kalau tak tertanggung, jangan buat. kalau dah buat. mintalah ampun dari Tuhan yang Maha Pengampun, again and again.

oh, bakal cikgu!!!!

4sc2, with our beloved physics master. en.rafhan. the only candid yg ak ade

orang kata ini terlalu awal untuk dirisaukan. (ini ayat penyedap, takde pun orang cakap sebenarnya. aku andaikan saje) aku jalan-jalan ke blog orang. orang yang aku kenal, x kenal, orang yang kenal aku, x kenal aku. macam tu lah. kewujudan blogs bagai cendawan tumbuh selepas hujan ni, sedikit sebanyak menjadikan aku lebih kenal (tahu, bukan berkenalan) manusia-manusia lain. jadi seberapa lama aku ada menanggung sedikit kebimbangan.

tapi, aku bukan nak bimbang saja-saja. aku rasa kebimbangan ini perlu disalurkan supaya apa yang aku bimbang tu, tak berlaku. aku risaukan, anak aku nanti. ye, anak aku kalau aku ada kesempatan. kalau bukan anak aku, aku risaukan muaz dan azam. sekolah macam mana lah agaknya budak-budak ni akan pergi. cikgu macam mana agaknya yang nak mengajar anak-anak ini nanti.

cukup-cukuplah sistem pendidikan yang exam-oriented ni merisaukan aku, dan bakal-bakal ibubapa masa hadapan. sekarang nak kena risau orang macam mana pulak yang akan spend 6-7 hours a day with my children. maaf kalau apa yang aku tulis selepas ini mengguris /gores hati sesiapa. aku cuma risau.

oh bakal cikgu!!!!

terima kasih. cikgu adalah pengubat kerisauan saya. saya lihat cikgu bersemangat, bicara soal membina generasi rabbani. ya... saya berharap cikgu dapat mendidik anak saya. saya perlu cikgu bantu saya mendidik anak saya. saya perlukan cikgu yang risaukan anak saya, bukan sekadar pada kertas examnya semata. bahkan pada perilaku dan sahsiahnya.

terima kasih cikgu. tapi cikgu, sebagai rakan seperjuangan dengan cikgu-cikgu yang bakal saya nyatakan... saya berharaplah cikgu boleh membawa satu gelombang di pusat latihan cikgu, supaya saya dan bakal-bakal ibubapa yang lain boleh berasa tenang seketika, menarik nafas lega, masa depan pendidikan anak-anak kami nanti insyaAllah terpelihara. bukankah anak-anak cikgu juga.

cikgu bicara soal pembinaan modal insan secara holistik - persis cikgu yang mendidik saya dulu. terima kasih cikgu.

tapi, ada pula di celahan bakal cikgu ini yang menimbulkan risau di hati ini.

oh bakal cikgu!!!

satu hari nanti, saya akan hantar anak saya ke sekolah, sebab saya tak mampu nak ajar 12 matapelajaran kepada anak saya itu. walaupun dulu saya mengaji sampai tingkatan 5, habis SPM, tapi saya mungkin tak ada apa yang cikgu ada - tools dan techniques untuk mengajar anak saya. saya kata mengajar, sebab saya rasa mendidik itu, adalah tanggungjawab saya juga, bukan tanggungjawab cikgu semata. sama-samalah kita.

tapi bakal cikgu!!!

saya khuatir sikit. saya takut tengok gelagat bakal cikgu sekarang. yang bagus, alhamdulillah. saya berkira-kira "alhamdulillah kalau anak saya nanti dapat jadi anak murid you,". tapi ada juga bakal cikgu yang saya berkira-kira "ish...macam mana ni nanti nak duduk 6jam sehari, 5 hari seminggu dengan anak aku".

oh bakal cikgu!!!
persediaan nak mendidik anak itu, kata orang bermula 10 tahun lebih awal. persediaan cikgu nak mendidik anak saya nanti, saya kira begitu juga. cikgu berhak ada personal life, tapi kalau cikgu pun tak jaga tingkah laku dan pergaulan cikgu, nanti bila anak murid cikgu juga jadi begitu- saya juga yang menanggung susah hatinya. saya risau kalau2 satu hari anak saya bertanya, "cikgu, tak apa ke saya bercinta masa sekolah?" cikgu akan kata, "jangan, nak. lepas SPM nanti baru boleh!" ya cikgu, saya boleh counter di rumah, "bukan macam tu sayang..." dan saya pun berjela-jela dengan suami menjelaskan garis panduan hubungan antara lelaki dan perempuan menurut Islam -kalaulah kami mampu- lalu anak saya, kalau yang darjah satu agaknya menjawab, "tapi cikgu kata macam ni!!!!". saya pun menggaru kepala yang tidak gatal, menyesali setiap satu yang saya patut dah lakukan masa cikgu masih training dulu.

itu kalau saya mampu counter - alhamdulillah. jadi, classmates anak-anak saya nanti yang mendengar jawapan cikgu tadi, tapi tidak pula dia bercerita kepada ibu-bapanya kerana ibu-bapa masing-masing sibuk, siapa pula nak counter statement cikgu tadi. saya berdoa supaya saya mampu mendidik anak saya nanti dengan baik, supaya dia boleh membezakan yang baik dan yang buruk, tapi, dia akan menganggap cikgu adalah yang paling betul sekali. primary sources yang paling reliable. kerana saya percaya begitu. cikgu saya, cikgu kepada cikgu juga begitu kan, dulu!!!
wahai bakal cikgu...
kalau cikgu tersalah fakta bahawa cahaya bergerak menyerong dan bukan lurus, tak apa cikgu. itu saya boleh buktikan dengan buku teks SPBT tu. tapi kalau cikgu terberi impression yang salah untuk anak saya nanti, satu kesukaran melampau pula untuk saya betulkan.

saya dulu cikgu, karangan bahasa inggeris kadang-kadang saya berkhayal juga, tulis cerita cinta. memang saya suka, kawan-kawan pun suka baca. tapi, teacher saya selalu ingatkan saya, buruk-baiknya, jangan bercintan-cintun. bahkan beri saya amaran bahawa perkara itu akan mengecewakan pendidik-pendidik saya juga.

saya memang nak sentuh isu inilah cikgu. sebab soal dressing cikgu, atau lain-lain saya rasa cikgu pun tahu etika-etika seorang guru. tapilah cikgu, kalau cikgu ada facebook, friendster, myspace dsb. cikgu tolonglah jangan bagitahu pada anak saya nanti. saya tak mahu dia tengok personal life cikgu. saya takut anak saya keliru. saya tak mahu anak saya fikir, bergambar "head-to-head" dengan kekasihnya itu adalah sesuatu yang dibolehkan, kerana cikgunya pun dulu buat begitu.

maaf cikgu, saya doakan cikgu tamat latihan dengan jayanya.

p/s : aku salute rakan-rakan yang telah mengambil tanggungjawab mendidik anak bangsa satu hari nanti. betapa bersyukurnya aku kalau kamu menjadi orang yang mendidik anak aku nanti. tapi, tolonglah kamu faham, kerisauan aku ini, dek kerana rakan-rakan seperjuangan kamu yang lain.

Monday, June 29, 2009

penyesalan itu tiada gunanya

ini adalah entry pendek
aku sedang menyesali keadaan wardrobe aku
4/5 ruangannye setelah aku mampat2kan
mengandungi winter coat dan wind breaker dan sebahagian sweater
membazir giler - aku baru perasan
ape lah banyak2 sangat ni
aku tak boleh terima
3 wind breaker warna hitam
sama colour is unacceptable
i need more space
or i should sell off my coats.
urgh
-menyahut seruan makan-
bye

Sunday, June 28, 2009

Rascal Flatts - I'm Movin' On - Official Video

aloha. ada yang mengetuk kepala aku. jiwa tersentuh sekejap.
lagu ini untuk kamu. kalaulah kamu tahu.

hey.
dunia ini sedang menjerit kepada aku
untuk melihat dengan mata ini
tapi aku memandang dengan mata hati;
aku optimis
kalaupun dunia ini seisinya membuang kamu
percayalah Tuhan ada
dan aku tidak akan membuangmu, aku janji
kamu akan jadi seperti yang kamu mahu
hari-hariku ada doa untuk kamu
supaya kamu lupa yang lalu
dan bina kamu yang baru
sebab aku tahu
kamu mampu.

aku ada harapan
supaya kamu yang baru, yang aku nanti-nantikan
jadi kenyataan.
kamu yang lama atau kamu yang baru
kamu yang kini atau kamu yang dulu
tetap kamu.

dunia, kau tak ke mana dengan judgmental kau tu
kau tak akan menjadi bertambah baik
dan dia tidak pula kekal buruk selamanya.

hope to see you soon.

what happened the on the day i was alone at home?



kata orang picture tells a 1000 words. ke stories tah. haha. obviously. MY HOME IS MEANT FOR 4 PEOPLE (sometimes 5 when we receive si mar as guest) or else it would be just an apartment. it was freaking silence - aku tak de kawan nak lawan cakap, unless sometimes ade mom mom ataupun si abuzzalaf ym2. (classmates aku lah ni) mlm tadi mom mom kata harini sekolah so that exam final untuk summer ni will be before ramadhan, so ramadhan cutilah sampai 2 october. waheyyyyy. aku excited giler. dy macam sure gile harini sekolah (walhal dia bukannye pergi sekolah pun). tapi, aku rasa semuanya rumours saje.



sunyi lah. cuti memang senyap sunyi sket rumah aku ni. time exam. haaaaa... barulah happening. time kelas ke... yela, balik masing2 nak hot story je kan. hihi. anyway. u know the feel when you the home have all to yourself - macam kononnye bebas la nak buat ape pun - itu aku tak rasa lah. sebab bila xde orang, xde ape yang nak dibuatkan. jadi aku cuma, makan n masak dan membaca sket. nak main game - semua game aku ada unsur pembunuhan so, aku takut nak main. amende...



so, petang semalam tu aku buat cuppies lah. balik2 maka mereka terperasan cuppies yang belum aku decorate, so una ingat aku buat muffins. so, aku suruh dia tengok dalam fridge, pastu semua pun terharu lalu menangis seperti aku lepas tengok drama melayu atau filem hindustan. kami pun berpelukan, lalu aku berkata -woi, ko percaya ke??? haha. xde lah.mane ade nangis2 bagai... ingat ni ape... rumah drama Queen ke. LOL



hodoh jugak cuppies ni. yelah tak cukup tools and creativity. cewah... dapat plak cuppies time2 dah ending tu, aku pun dah blur dah nak buat ape lagi. apepon, ini adelah buttercream icing x payah crisco (sejenis shortening). sangat senang buat dia (giler penipu....susah la.. masa nak cream butter with sugar tu....)


okie dokie lah. aku letih ni. harini mata macam panda. tidur lewat semalam and bangun pagi. aku amik tender memasak (YA ALLAH!!! maka kamu pun mula rasa seperti bermimpi, betul ke blog si one ni...) biaselah dik, cari makan... amik tender kecik2 je pun.waheyyyy. tolong member lah... dek kerana tukang masak hebat2 di irbid ni dah dawaam dan ada yang pergi holiday. maka tinggallah orang seperti saye saje. hihi. walau bagaimanapun, aku exciteed la jugak sebab first time.


dan tiba-tiba aku rasa lightheaded dan perlu segera menekan publish post sebab ada rasa-rasa nak tumbang ni. i mean it.


terimalah tazkirah yang aku dapat dari wahid kat melodi. haha. bagus betul melodi panggil wahid jadi pengacara, dah macam dengar tazkirah pulak aku.


derma bukan tontonan- herman tino dengar je, sila abaikan video clip. hahah.


take care.

Friday, June 26, 2009

tidur itu nikmat, bukankah?

aku tak bleh tidor malam tadi. padahal nak bangun awal. pening kepala aku (maksudnye, aku risau la kenapa tak leh tidur). agaknya aku takut kot. haha. masa sekolah dulu pun selalu aku takleh tidur. takut punye pasal lah. kalau takut ni, minum decaf ke, tak minum langsung caffeine ke... makan piriton ke... same je. takleh nye tidor. dulu masa form 2, chronic giler masalah tidur aku ni... hari-hari aku tidur dekat nak subuh baru boleh lena. lights off kul 11 aku dah pejam, terkebil2. tidur sekejap, kul 2-3 aku jaga. pastu kejut ati ahmad.
"ati, ati. bangun. hang kate nak study kan,"

weh, aku duk katil atas, ati dok katil atas setentang dengan aku. aku berdiri la antara dua katil tu. giler berani. kadang2 meon duk tido dgn aku pun aku boleh terjaga. meon kalo terjaga lagi lawak. tak bergerak. nyamuk gigit pun takpe. tapi, mudah2an masa ko teman aku tido tu ko takdela terjaga.

aku jadi camtu sebab trauma. cewah. trauma. yela, tengok depan mata beb. member dorm berdarah2, kena tarik rambut dia, pastu kena kelar kat tangan. aku pulak tu kena bawak gi hospital. sampai kat pondok polis, nak bg nama kawan tu pun dah tak tentu arah dah. seram tau. seminggu lebih budak asrama aku takyah gi semayang subuh dekat musolla. hehe. pagi tu pegi kelas pun 8 lebih, semua pakat takut je nak keluar dorm.

sejak dari tu, aku mula paranoid tahap dewa. 18 hb je, sekolah akan jadi senyap, sebab asik je 18hb orang nak masuk. aku penah gak terfikir, kelas aku tu dah la paling dekat ngn koridor, buatnya ornag tu datang lagi nak revenge. maunye die amik aku ke. ye lah, meja aku sederet ngn pintu. KENAPA KELAS TU MESTI PINTUNYE KAT TENGAH? sekali tu aku balik training pantun dekat bilik gerakan (jauh sikit dari kelas2). biaselah, mesti balik agak lambat. tapi selalunya area camtu ade lagi orang kat kelas. skali senyap sunyi. rupenye 18hb. semua pakat balik awal. baru-baru lepas kes tu, ade lagi orang tu masuk (mmg dia asik masuk je.kawan dia kot) kitorang kejar ramai-ramai. bodoh betul. ade orang terputus sandal (tak ingat sape, tapi kisah benar ni)

aiyyo... seminggu tu aku buat-buat rilek je. masuk hari jumaat tu, mama abah datang. aku pun nangisla ketakutan for the first time. so, aku pun dapatla balik rumah. hehe. malam tu ade pulak orang masuk lagi, kawan2 semua tidor bilik kakak2. pastu beramah mesra bersilaturrahmi lah kan. aku, fobia sampai pergi makan malam tu, nak basuh tangan kat kedai makan pun aku pegang je tangan (sape tah, abah ke along ke angah). takut tau.takut.

kitorang outing tak boleh pakai baju batik. yela. nanti kot2 pesalah tu, tak habis2 lagi. maunye kena attack kat luar pulak. it was a horrible year. naik form 3. sape ingat, mase awal tahun tu ade ornag masuk asrama pastu kita seme ingat orang kantin. haha. poyo. masa tu mama kata, kalau ada lagi gangguan boleh tukar sekolah - ye la, camne nak belajar kan. asik ketakutan je. tapi masa tu ada SINAR BARU. haha. sorry la nak tukar sekolah. aku pulak yang tak nak. hihi. ketuk kepale.

form 3, tidur dengan ain mohd. time kasih la ain. aku tau ko pun takut. haha. x lame pun ancaman2 ni. aku pun menjalani persekolahan dengan riang ria dan memakai baju kurung berwarna-warni berlainan pasang setiap hari.walaupun pergi makan hanyelah bbrp minit sahaja. (grinning) sedangkan kawan2 mula memakai baju prep indah (baju prep skolah aku warne pink,ok) dengan tudung aneka warna. yela, pergi prep kena tudung putih.

form 4, time kasih naem. walopun dia kadang2 hilang.ade ke patut, kalau dy terjaga, dy gi lari tidor katil lain. pastu aku plak terjaga, tak ke satu kerja plak aku nak kena gi tidor katil lain jugak. (aku balik dr gombak, aku request kat ustazah fatimah nak duduk bilik RPBB sbb naem dok situ). takkan aku nak gi tidor bilik yana plak, mau lemas. nak balik bilik kena lalu dorm form one. hahahahah.

by this paragraph, aku sedar aku kena tukar tajuk posting (kepada yang anda saksikan sekarang) dan apesal lak ak gi citer pasal sekolah ni. form 5 aku tidor dengan zack & miros. aku kat tengah la kan, as always.(zack- ZAKIAH bt Hamzah). apela budak skolah aku ni semua nak nama glemer. hihi. pindah bilik sbb sistem baru, maka aku tidur dengan wani yu (tengok, name kena ada nama ayah plak sebab banyak sangat wani.) wani rosni walaubagaimanapun bertukar namanya kepada waro setelah senior yang menggunakan nama waro keluar tamat tingkatan 5. fuhh. di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan, tahniah kepada wani Ha, wani yang paling sy sayangi, kerana telah berjaya tamat pengajian. kalau ada secretary week, dan boss ko panggil anuar zain, TOLONG.TOLONG DAN TOLONGLAH amikkan autograph dan kirimkan salam aku. ok, tidur dengan wani yu dan eina.

tidur itu nikmat. malam tadi, tak tau la pasal apa aku takleh tidur..panas pun ye. pagi tadi, angin tak bergerak. panas bermula jam 7 lagi. aku naik teksi je pergi tafaqquh. mengade. yela, terlambat plak nanti.perasaan pun lain macam. janggal pulak iklim hari ni untuk aku. siang ni aku tak tidur pun, biaselah cuti2 ni banyak kerja nak buat. kemas-kemas sikit. petang dah buat aktiviti berat, makan makanan berat. mata tak mau pulak mengantuk. ke sebab dah biase tidur lambat.

tapi hati aku kuat mengatakan, aku ni takut. appoda.

masa sekolah dulu, aku nak tidor, panjang jampinye. abah bagi kertas doa2. mostly aku dah lupe. yang aku ingat, "Allahumma ghaaratinnujuum. wa hada2til 3uyuun. ya hayyu ya qayyuum.ahdi2 laili, wa anim 3aini." yang lain lupe. biaselah manusia. lama2 dah takde masalah tidur, malas la baca doa panjang - tapi masa sekolah aku tak berani tidur tak bace doa. hihi. biaselah tu.

jiran atas rumah aku ni apehal, banyak sangat pergerakan. rimas aku dengar bunyi2.

kalau tengok id YM aku "menyala" pada waktu2 lazim pertiduran. tegurlah ajak bersembang. boleh jadi malam ini pun aku tak boleh tidur. at least ade kawan ajak sembang2. amira syahirah, dilarang guna IMvironment orang utan. bluwekk.

ape nak ditakutkan atiqah... kata beriman dengan Allah. ha.... aku terfikir sejenak.

(^_^)

what happened to me that i disappeared.

if i delay this post - i might actually stop blogging for quite some time. so, here it goes.

i sent the girls off at the door this morning and hit my bed again.lol. they went to syria, the trip was supposed to go to syria & lubnan, for 120JD - really worth it. but i didn't join them, i didn't get the permission, and i remember mama's "jangan pergi Lubnan ye sayang...." when i called, few weeks before my finals. but, we're refrained from entering Lubnan due to the H1N1, so they are going to spend the 3 days in syria. syria is an old issue - abah doesn't approve holidays in middle east. "kalau nak pergi bercuti, mesti tengok kesesuaian masa dan tempat". i tested and asked if i could visit europe next time, guess what - he says OK. mama even ask how much the tickets are going to cost - she's interested. Note: my parents are "travellers tegar". i'm cool with it, i had not develop the confidence to travel without people i know would care for me and able to take care of me.

anyway. something ripped off the blogging fun out of my life this few days. i bought "CSI 4: Hard Evidence" pc game CD. so, i was stuck to my laptop solving cases - like the real csi - only that i dont have to drive or walk back and forth to the labs, crime scene and morgue. the game was AWESOME. and i finished within 2 nights. i didn't check my emails or blog updates. i even stopped facebooking. hell, life was different. i was like in another world.

after i finished those games, i was occupied with other stuff like - more games and some dvd and some reading on the internet. hey, i found online "tamar jalis" siri bercakap dengan jin. lol.



last night i watched this so-called documentary movie "where on earth is osama bin laden". revolves around morgan, who's going to have a baby soon. so, in order to make world a safer place, he thinks he had to look for osama so terrorism would be put on an end. this is the kind of movie - u dont just watch and accept everything. it makes u think, u have to look at it in a critical eyes. not just as a stupid viewer. so he went (i think he went to many places but they only shows middle east countries). i was amazed when morgan attended surviving class - hey, u never know what tips they have to still safe - he even learn how to survive from sniper's attack!!! and where to sit when u go into a restaurant.
i'm telling you fellas this is a MUST WATCH. learn what people think of muslims, and what muslims think about themselves and the americans. you see people who understands, and people who speak without knowledge. i would love to quote a pastor in Jordan's word "I have no problem whatsoever with the Muslims majority in Jordan. We, the Jews, Christians and Muslims worship the same Allah, the one and only. The muslims are majority, but their voices are not loud enough,". ini untuk kita fikir sama-sama.
Morgan didn't get to see osama. he stopped in Pakistan, before entering Peshawar. he thinks it's not worth it - but he earned something even more valuable. he got to see the real muslims and learn what is in our minds instead of "crazy things" he saw on TV.
and an Imam in Saudi ( i think ) expresses his disagreement and dislikes to the American, so morgan tells him "why you hate us so much, we came to bring peace," the Imam replies , "you came with ambulance or you came with tanks???" and Morgan reflected, that - that was a good question. and he gets to see how much destruction had been done in middle east countries.

and people of egypt finally open up on how they don't have the freedom. and Morgan admits that to assure their freedom (the Americans) they sacrificed others' freedom. this is one honest criticism to their government - in my opinion. way to go...!!!
and some, even myself wonders if osama bin laden is a real thing is just something the America come up with. i once watched a sinical vid trying to imply that Americans just need something to be afraid of - all the time. well. im not saying anything. but, it's good for us to start thinking and stop accepting everything brought into our home via that black box. flat or freaking huge. =)
u can borrow my dvd if u want too watch this.
i'ma have to hit my sack or i might end up missing something i don't wanna miss tomorrow. till then, cherish life. tomorrow is never guaranteed.

Thursday, June 25, 2009

delayed awards entry.

aloha~(mood hawaii meskipun aku cuti kat irbid je)
here's two awards i got recently. thanks yeaaaaaa.
i'm terribly sorry for the delay. cause of delay will be explained in the coming entry.

this one from ajie

1. Copy&Paste the award.
2. Put the pictures tat you had ever cooked before. [masak air pun tape]
3. Named the food tat you had cook

this one - i think is quite difficult, cuz i dont really take pictures of food i make cuz i dont "cook & tell" -if u know what i mean. so, i have to search my phones if i had taken any. haha.



obviously this is a pizza. first few times when i started to make my own pizza. i think this one is tuna - that week we ate pizza like crazy cuz i was so excited that i can make it.haha.

next award is from peridotsepi - she found me in thesaliq's blog. anyway. thanx for this award, i'm flattered - wohaaaa macam menang oscar plak dah...


and i think ajie did give me another award but i failed to search the award in her blog. sorry my dear. but it's the thought that counts.

happy day everyone.
p/s: i might consider to start making awards for others too. lol.

Sunday, June 21, 2009

malamku di irbid

petang tadi sohib(ah) tuan rumah aku datang. bawak pizza. yela, kitorg kan dah habis exam. maka harini aku pun mulalah menghafal nama anak2 beliau yang lima, suhaib, arin, sajeh, hammoude & ru2a. kerana arin selesai paper arab untuk tawjeehi, (spm untuk orang jordan) jadi ummu suhaib nak pergi picnic la dekat share3 betra, on the way pergi universiti aku yang tercinta.

so, plan2 nye pukul 9..alih2... 10.15 baru suhaib datang dengan sajeh amik aku and housemates ke tempat kejadian.aku sebelum pukul 9 lagi dah siap, yelah, karang lambat takut marah lak si suhaib. adepon masa 1st time jumpa dulu tengok dia macam tak suka je kitorang kan. tapi, rupenye itu hanyelah salah sangka. sampai2 je... arang tengah terbakar lagi. ramai giler orang picnic kat situ... kitorang punye port tu belakang funfair. sape tak boleh bayang, contohnya macam jalan raya 4 lane, kiri kanan tu padang pasir, dan ada sebuah funfair. ha. kat tepi jalan tu bersusun la kereta orang berhenti picnic2.

1st thing 1st, kitorang buat 3rais. ya3ni... roti bulat (macam roti pita, tapi teksture dy lain), kita buka supaya jadi macam poket, (jangan expect aku ada gambar, satu gambar pun takde, khusyu3 sangat makan) pastu kita lumur2 minyak zaitun. mestilah bukan aku yang lumur. pastu kita sapu minced meat yang dah digaul dengan rempah (baharaaat). lalu dipanggang lah atas api. aku mula2 ingat bukan taste kite, sekali... sedap giler pulak. aku makan 2 tau. maximum la can go. nak kena makan salad (salatoh) arab lagi... aku cuit 2-3 sudu je. pastu ade ayam bBq. yeay. pasni nak bBq, takpayah susah2 marinate segala... beli yg dah siap marinate je kat safeway - sedap macam ayam percik, i tell you..

kitorang bawak biskut mazola (walawey..macam raya dah) dengan brownies. ummu suhaib suka giler mazola... dia kata kalau kuih arab namanya "3'raybeh". pastu bertukar-tukar resepi la pulak. hoh. adepon ummu suhaib sangat best sebab beliau mengambil kira selera kami rakyat Malaysia, kalau tak suka cakap, jangan nanti dia buat pastu kita tak lalu makan. jadi, makanan tadi kira semuanya menepati lah citarasa nusantara.

makan2... sambil tengok kuda lalu lalang, orang naik kereta pasang radio macam kat al-kalabu-malami (rujuk movie ahmad albab). weather - very nice. sejuk2 tak lembab. aman je. bila rasa sejuk, amik la arang tu, buat pemanas. pastu sembang2... ilmu geografi dan semasa. hah???

eh. aku takde idea la nak kata apa. sebab best sangat melepak tadi. ummu suhaib kata lepas arin abis semua paper, jom kita picnic tiap2 minggu. aku pun buat muka excited je la kan. tapi, takkan la tiap2 minggu plak nak picnic.

ada 2 orang budak cedera naik motorbike mini malam tadi. gile ngeri. it was an awesome night. 12.37 kitorang pun selamat sampai ke rumah.

p/s: ajie, i'll do the award post tomorrow.inshalla.

Friday, June 19, 2009

tagged

tag by ajie.
Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..
note: i consider primary as "masa kecil" jugak.
  1. i talked too much that people recognize me as "atiqah, yang kecik2 mulut berek tu". i can talk non-stop - this is true until the tag is being completed.
  2. i once asked an auntie, "auntie, what is this called in tamil or hindi???" ponting to a black dot she has on her forehead, she tells me, "it's called pottu" i never call it "tambi" anymore ever since. then i asked her what does "vanakkam" means - too bad, i forgot already. =P
  3. i used to be REALLLLLY scared of sikh men and boys, no matter how their "serban" are fold around their head. i still can't recall the causing occassion, tapi aku pernah lari balik mengaji dari rumah ustaz mad macam orang gila, kunci pintu (orang semua kat luar) sebab terjumpa benggali tengah bagi lembu makan. lama-lama aku tahu bahawa mereka juga rakyat Malaysia, and wont do any harm.
  4. i can't look at abah/mama getting dressed without asking, "gi mana bah/ma??? nak ikut!" again, this is true until the tag is being completed.
  5. abah called me "hantu paku" referring to number 4. a term we use for a child like me.
  6. i have a teddy bear, made of kain licin, i called him didi. i would rub him with my fingers until it gets cold than put it on my cheek while hisap botol. or another girl doll i dont remember her name, i will rub her feet and take it to my cheek. suka la sejuk. they both were thrown into sungai perak by opah, after i refuse to throw them away. i still can't forget that day.
  7. i stopped hisap botol at 7 because kakak says i might be "jongang" and no one will like me. i was beauty-concious back then.
  8. i made this joke to my guru kelas darjah 2 , en.zamry "cikgu, ana kirim salam." "ana mana?" "anaconda". but i'm still his favorite despite being such a pain in the u-know-what.
  9. an ustaz came when i was in darjah 4 and asked, "siapa boleh cakap cina" i thought he was trying to be a loyar buruk, i proudly stand up and say, "ci-na" then he was so pissed off, i think he kept the grudge for me until i finished primary, perhaps he' s still mad at me.
  10. i rode a kambing from kuil. (kuil punya kambing) and days after that i got demam. perhaps i was so terkejut. and we (my siblings and i) called him candu. he ate mama's plants.oops
  11. i fell in a stinking smelly drain belakang rumah, and smelled like longkang even after i mandi. i can still remember the smell. i was riding bicycle on the adventurous alley behind our terraces.
  12. a duck shitted on my feet. it was WARM.
  13. opah called me manja, then when i-think-i'm-big-enough i told her to stop calling me that. i'm bad.
  14. i found in kakak's folio that i started to read at 3 1/2 years, this is siblings pressure because all of them can already read TV subtitle so, i need to catch up - or so, i think.
  15. i learnt to read with doraemon comics.
  16. i had ambitions to be FBI, CIA agents ( i watched too many TVs) and one day i looked up in along's text book to see what are they really about, and i told him - i will do anything to get the job. thanks to Secret Agent Man and X-files.
  17. i was the only girl at mak's (my mak bela) . there was aie, fizi (adik), zahir and syakirin with me. i remembered i promised mak, "mak, when u're old, i'll bring beras to your home". i have no idea why i said that.
  18. abah a.k.a pakcik mahmud have to take me on vespa ride every morning. now he's not so well, mak also... i hope to see them this holiday. or hari raya.
  19. i cannot climb a tree. so when we play "aci duduk" i'll be the 1st to duduk, because if i have to jadi, i can't chase people who were on top of the trees.wan can climb to the finest branch, so the game wont end la if i have to jadi.
  20. i took almost a year before my new friends (i moved to batu 8) ask me to join them play. why so long la... i was darjah 2 by then, and at the end of darjah 4 abah made a rule i cannot go and play with them anymore.
  21. i sneaked out and play everytime abah and mama went out (if u're reading, u caught me red-handed, but i was only a little girl, sorry eh...) i dont remember got caught.
  22. when my ustazah, (allahyarhamah ustazah rokiah) moved nearer to my house, i walk back and forth to her home to mengaji. pergi masa maghrib, balik dah gelap sikit, i would run holding quran/bag with quran inside on my back. because i was afraid hantu will come from back. when i feel hantu is coming from front, i hold it in front.
  23. my cikgu tadika really loves me. she give me rm10 for my birthday,everyone else got 5. kawan tadika, if you read this please give sokongan to the statement.
  24. when abah come to pay yuran, i would fake sakit perut (i think everyone knows that) and cikgu ana will let me go home early. haha. bosan weh, i got into tadika since 3 1/2 years because there's no one to babysit and the tadika accepted as long as i can wash my own poop. yeay
  25. i cant believe, already 25 and someone might actually read this. i played senapang kayu with peluru terung. i missed those days, and also mengail guna mata kail made from bamboo and nilon, and just that. sometimes can get ikan potak. it's so sedap i can eat it like kerepek. but if i want to eat a lot, have to take abah fishing, he spit on the umpan - he said the enzyme will make the fish more attracted to it - i thought he had some kind of jampi. if any relatives come from bandar, so i can eat only one ika potak because everyone is so jakun. abah, i want ikan potak. this raya let's go back to pahang and mengail.

i would wanna tag

  1. akak hawtttt, kak qilah
  2. yana - i know ajie tagged u as well.i'm making it double so u got 50.haha.
  3. sueya
  4. mili
  5. QN

selamat~

lost & found. atau los&faun



(patutla selama hari ni.aku biar kat edit html bukan compose.ciss.abaikan)

balik, aku ikut jalan jauh. bagi panjang sikit berfikir, exercise pun sekali. sem ni aku asik naik teksi je pergi kelas. giler pemalas - sebenarnya nak kata "semangat giler aku pergi kelas, naik teksi pun takpe, asalkan tak ponteng" dan mungkin jugak sebab bas hospital itu lebih selesa keadaannya, cuma boleh bikin aku sakit hati bila kena potong que dan akhirnya terlambat sampai. bukan aku yang keluar lambat - tapi ada orang tak bersivik mindanya memotong barisan. (denial.denial)

anyway. bersedia. cuti ni, aku tengok sikit je dvd. tipu - aku tengok the sniper, pastu aku terus rasa sniper adalah satu kerjaya yang cool. lebih cool dari surgeon, dari dr. iyyad dalam citer lahzah wada3. lagi cool dari wan kamaruddin wan ibrahim. BEST GILER dan cerita tu bukan dibuat nak bodohkan aku, penonton. sutradara dy dah buat homework, macam mana nature seorang sniper, sharp shooter. siaplah, balik aku nak cakap dengan abah, "abah, saya fanatic sharpshooter, tolong beri restu". hah????? setiap nafas sharpshooter tu akan beri kesan pada tembakan dia, aku bajet2 nanti bila aku jadi surgeon aku akan amalkan teknik pernafasan tu mudah-mudahan tepatlah belahan aku. cewah... sniper jugak perlu ilmu anatomy dan physiology. nah, bezanya sniper tu kerja dia bunuh orang, surgeon tu nak selamatkan nyawa orang, bak kata aku, perfect compensation. sekian. p/s: edison chen! edison chen! cik Sarah tolong jgn ape-apekan saye.

keduanya. aku baca "honk!if you're malaysian" by lydia teh.Malaysian giler!!! aku teringat pulak betapa aku pernah sangat suka membaca. dan aku dah lupa betapa seronoknya membaca. aku dah lupa nikmat ketawa sorang2 bila membaca. aku rindu. jadi cuti ni aku membaca. ada buku aku beli, aku pinjam. best. best. dan aku tertanya-tanya sapa tau sabun popinjay??? aku rasa macam ada nampak dekat pasaraya paradise. atau mungkin hanya khayalan aku

ye, cuti ni aku menghuni bayt csi di irbid saje. sebab, aku tak ada permission dari big boss untuk ke negara-negaran timur tengah, senang kata syria ke lubnan ke... abah kata itu negara-negara yag ada kemungkinan / memang bergolak. jadi, walaupun orang pergi beramai-ramai ikut trip, aku tak de lah ikut. aku adalah anak taat yang tak pernah rasa sedih bila tak dapat permission pergi jalan. abah kata pergi negara-negara yang aman seperti beberapa negara yang telah kami bincangkan, boleh. tapi duit aku belum cukup lagi nak ke situ. dan aku pula telah menyedapkan hati dengan hujah, "Islam telah bagi kelonggaran aku bermusafir ke Jordan tak ada mahram, jadi tak patut pula aku melebih-lebih" walaupun ada orang rasa ini satu pegangan yang so-called syadid (aku tak rasa syadid). aku belum develop confidence nak berjalan tanpa parents/ siblings/ spouse. orang yang akan jaga aku bila apa-apa berlaku.


aku selalu nak pergi new york, nak pergi american museum of national history, tengok anthrapology exhibition, ini pengaruh terlalu banyak menonton. tapi aku memang suka. aku nak naik teksi kuning. aku nak tengok muslim in US hidup macam mana. suka hati lah, aku punya dream kan. dan aku teringin nak ke istana chiragan dan beli chocolate dari situ, ini aku dah teringin dari darjah 2, pun sebab aku tgk tV. dan aku nak pergi summer palace in china - ini sebab aku tak puas hati along n mama dah pergi. note: parents aku adalah travellers tegar bagi rantau asia. sebab ada air asia, now everybody can fly.






ketiga. ini yang aku fikir panjang sangat ni. aku fikir nak tulis, ke tak payah. tapi, aku harap ada hati-hati yang rasa apa yang aku rasa. aku terlupa. aku terlupa betapa signifikan sesuatu itu pernah dalam hidup aku. (benda tu pernah sangat signifikan dalam hidup aku).dan tiba2, entah kenapa aku tak rasa dah signifikan tu. hilangnya, lepasnya tak merunsingkan aku. kadang aku pegang, kadang aku lepaskan, tapi ianya bukan tali layang-layang. it doesn't work like that. ini kalau kau lepas, kau tak rasa bestnya lagi. sebab itu ramai yang lepas sekali, dua kali, lama-lama terlepas terus. bukan senang nak tangkap balik.


mula-mula aku rasa aku ni dah sesat jalan. baik aku patah balik ke pangkal jalan sebelum Tuhan menjemput aku pulang. aku tak ready. aku perlu GOSTAN. lepas tu aku bersyukur, setidak-tidaknya Tuhan bagi aku rasa ini. aku mahu hangatkan kembali significance nye ia dalam hidup aku. aku futur lah dalam erti kata lain. gila. sakit woo. kau tak tahu. macam kau bercinta bagai nak rak, pastu tiba-tiba kau tak rasa cinta. tak ke pening tu, tak cinta sesuatu yang perlu kau cinta.

kalau kau pernah lepaskan macam aku lepaskan dengan niat yang sudah pasti bukan lillahi taala, cuba kau knock knock sket...tanya. hati, oh hati...kita ni...ape cerita ye??? kalau kau tak pernah lepas dan kau selalu hold on tight, jangan cuba-cuba nak lepas - itu kerja bodoh. kalau kau tak pernah pegang, kau cuba. jangan nafikan hidayah Allah. =)


p/s: pagi tadi aku tak boleh tidur lepas subuh walaupun aku cuba nak lelapkan mata. aku takut terlepas tafaqquh.

p.p/s: jangan malas cari ilmu. u'll never be able to quench the thirst. i swear.

Monday, June 15, 2009

movies, law of attraction

alhamdulillah. exam dah selesai. maka aku sekarang cuma tinggal result. entry harini, mungkin panjang.

lepas exam RS haritu tgk "the uninvited".convinced una and ain to watch today dan mereka nampaknye kecewa.haha.kesian. oh. aku dah berhenti tengok thriller ever since that. sebelum tu aku tgk Friday 13th. sebabnya, aku dah takde rasa takut bila tgk thiller. bosan. mungkin sebab dah banyak sangat tengok thriller. mungkin effect dr movie autopsy - ini giler geli... dan aku pun tak tahu macam mana aku boleh tadah mata je tengok citer tu.

so, harini aku bermula dengan Body of Lies. Leonardo de Caprio cakap arab beb. ammi (colloquial) pulak lagi tu!!! aku rasa lak. tak notice plak dia dubbing. russel crowe n de caprio dua-dua dah gemuk. lol. bestnye sebab setting dia adalah around middle east. dan mostly Amman. (teringin jugak nak pergi refugee camp-tapi belum ada kesempatan lagi) basically ceritanya pasal suicide bombers, jordanian intelligence (mu5abaraaat) and CIA. malu lah kita duduk sini bertahun-tahun kalau tak mau improve bahasa arab - de caprio tu siap baca ayat quran pulak dekat orang dalam movie tu. dan ada interracial love story sket. taboo. rugi kita ni kalau menonton tak belajar apa-apa. itu aku pantang sekali. kalau tengok movie tak dapat apa-apa jangan tengok. ini bukan masalah movie tu je, ini masalah pemikiran orang yang menonton, kita sebenarnya boleh create lesson dari each movie we watch.



body of lies nampaknya nak bagi hint, bahawa the US mampu create satu situasi untuk manipulate pandangan dunia. dia boleh bina dari watak seorang arkitek menjadi seorang jihadist yang membuatkan satu lagi kumpulan yang merencana suicide bombing jadi kaget. eh,sape pulak lagi hebat, lagi dapat pujian dari aku nih??? ha... tapi aku rasa, salah la tu. mana pulak ada konsep macam tu dalam perjuangan Islam. dan, aku puji jugak bila dia mention, Islam mana ada bagi kebenaran untuk bunuh orang tak berdosa. tak ada.sebab itu, bila kamu dengar perkhabaran dari orang munafik, siasat dulu...jangan main terima saja. dan dia point out, jangan manipulate ayat Allah. dan jugak message the end does not justify the means. kalau suka berfikir, boleh tgk movie ni.

kalau malas, tengok hannah montana. aku suka. yela, aku tengok hannah ni dari 1st episode lagi, so jagan ketawa la aku dah 20 pun suka lagi cik hannah kite ni. life's a climb, but the view is beautiful. mula-mula ada timbul sikit rasa menyampah bila miley melebih2 ke-hannnah-an nye disebabkan publicist beliau (wilhemina from ugly betty). menyampah betul bila tgk hannah ada unsur-unsur terharu... biasenye gelak besar je kan. lagu-lagu sangat best. sape tak suke HM, jangan nak bising-bising. i respect the differences.

setahun dulu. ada seorang kawan cakap ngn aku. "saya tak nampak macam mana baca blog boleh meningkatkan keimanan". wohaaa. masa tu, aku mengangguk je lah. aku memang takde nye nak berhujah panjang kalau aku memang tak ada apa nak direspon. sebab, aku perlu masa berfikir dan fikiran itu datang malam nak exam HLS. aku tahan je, ada beberapa isu lagi. jadi, sekarang aku ada jawapannya kalau kau membaca.

sama ada meningkatkan keimanan atau tidak, terpulang pada mata dan hati yang membaca. aku baca blog orang. tertentu sahaja. ada yang sebab aku nak tahu perkembangan, ada yang meransang aku berfikir, ada yang sebab aku terjumpa pastu tiba-tiba rasa best. macam tengok movie. bila tengok movie, ada orang tengok sebab saja-saja. aku suka bila tengok movie, berfikir, jadi kritikal. lepas tu cerita dengan housemate aku yang sabar aje dengar aku membebel. dari apa yang aku tonton dekat tv ke, movies ke... aku belajar culture, setidak-tidaknya gaya bahasa. yang boleh memukul jiwa, memukul. yang menagih air mata, aku tangiskan. in fact, aku belajar banyak untuk bahasa arab dari series yang best melampau kat mbc4. tp sekarang dah takde tv la pulak. haih~

budaya, perlakuan, penerimaan dan pemikiran manusia yang berbeza-beza. itu baru la tak rasa ralat masa kau berjam-jam tengok... tapi, ada la jugak movie tahap murahan, dibuat bukan untuk masyarakat, tapi saja nak bodohkan masyarakat. ha...ini kerja orang tak bijak - buat duit pandai, tapi tak nak fikir manfaat untuk masyarakat. YES MAN - itu citer lawak penuh message. aku suka. bermotivasi gitu. tapi, orang kita kat Malaysia, kurang nak buat cerita macam tu. bila yasmin sentuh sikit sensitiviti - ramai melenting. bagi aku, itu semua trigger, kasi otak jalan sikit. jangan asik nganga, ketawa-ketawa.. hafal 2-3 pick up lines, and that's it -sebab tu kita tak maju!!!

mendiang cikgu aku pernah berkata. lab technology yang dalam movies/series like CSI, minority report tu semuanya bukannya real. ataupun masih dalam pembinaan. ha, sekarang aku masuk bab law of attraction. bila barat buat macam tu, (masukkan benda yang belum terjadi dalam movie) dia sebenarnya menghasilkan satu tenaga, kepercayaan yang mengikut law of attraction akan menyebabkan sesuatu itu betul-betul terjadi. tapi, silap la mat salleh buat citer pasal terrorism and suicide bombings - lagi banyak la jadi bila you buat filem-filem macam tu... alamak tuan... news are the worst negative vibes sebab asik nak tunjuk yang buruk-buruk saja. sebab readers memang lagi suka baca yang tak elok, cerita rompakan, rumah terbakar etc. we create the vibes by thinking too much of things we don't want instead of the things we want.

mula-mula lepas tengok dvd "the secret" yang membincangkan law of attraction, aku memang semangat giler. betul lah. betul. kita memang selalu fikir benda kita tak mau - and the universe can't tell wether u're saying no to it or you actually want it. but the universe will bring it to you. apa yang kita yakin, kita percaya kita ada duit, kita percaya kita akan cemerlang - itulah yang berlaku. semenjak dua menjak ni aku terpukul. dia kata universe, tapi sebenarnya ALLAH!!!! dalam hadith Qudsi,(kalau salah, dibetulkan ye..) "Aku adalah apa yang disangkakan oleh hambaKu" kita yakin Allah akan bantu, Allah akan bantu. kita berdoa dalam keadaan tak yakin - what do u expect, walau macam mana pun, ingat -zat Allah tak akan luak dengan perbuatan hambanya.

adapun, dalam bab menarik wang dan kekayaan, mahupun apa-apa saja yang kita inginkan, law of attraction kata kita kena be grateful for things we possess. dalam bahasa Melayu nya, BERSYUKUR. ini pun Allah dah mention dalam kitabNya, "Kalau kamu bersyukur Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur sesunngguhnya azabKu sangat pedih". eh, jangan-jangan Rhonda Byrnes ni kaji al-Quran untuk cari "the Secrets" tak mustahil. bahkan, idea dia nak menulis tu kan datangnya dari Allah juga.

itulah kamu atiqah. lambat sangat baru relate.

balik pada cerita blog yang meningkatkan iman tadi. ada banyak blogs/sites yang offer "islamic materials" yang kita pada mata kasar rasa "perkara-perkara meningkatkan iman". berapa banyak pula mata yang membaca dan tidak merasa / beroleh apa-apa. semua tu, letaknya pada hati. ada berapa pula blog yang tak ada unsur islami, tapi boleh buat manusia berfikir, mahu mengenal Tuhan. bukan salah isi, tapi salah hati yang membaca. Oh Allah, bukalah hati-hati kami supaya bila kami membaca, meningkat iman kami.

Friday, June 12, 2009

forno pizza : a re-review

Good day. (i managed not updating for few days). one more paper to go.
Dear one_munawwarah:

... Thank you for your comment.
I am the owner of Pizza Forno restaurant in Irbid, Rami,
would like to apologize for what happened with you. I was not satisfied with the Pizza you bought,but there was a technical problem at that day which is already resolved now.
We use the best quality pizza ingredients and we have highly qualified staff.
It is sad to know that you had a bad experience , but we assure you it is only one time incident .
To change your experience to better one, I invite you to come back to the restaurant and select any pizza you want for free.

Please feel free to come and collect your free pizza at any time.
When you go to the resturant ask for our cheff, Mutasem, and ask him for your free pizza.

For your future comments, please feel free to contact me directly at pizzaforno@hotmail.com



anyway. this entry is made in honour of the newly set pizza parlor, FORNO PIZZA. i received a notification email regarding a comment in my previous entry where i put the picture of the amore pizza i ordered. so,the owner of pizza forno, offered me A FREE PIZZA, of any topping i wanted. well- at first i kinda hesitate on claiming my pizza, cuz it could be just anyone playing pranks on me. but, what is it to loss. i set my feet for the second time in red-white-black themed shop. with a printed version of the message. then after short conversation, a staff came and apologize for my previous pizza. well, it was their 2nd day of operation, so perhaps there's some technical problem or something. and he promised such pizza accident WILL NEVER NEVER happen again in the future.

about 7-10 minutes. voilla. here comes my new amore pizza. satisfactory is the word that suits the pizza this time. he even offered me to snap a shot of it. i promised i'll upload this new amore pizza. i asked a friend and she said, she once ordered amore, and this is how the pizza looked like. so, amore pizza looks like this, and my previous one, was an exceptional case. the chef even come out and the staff introduced him to me. cute, i would say. (^_^)



the effort made by the owner, and the staff really impressed me. even without the pizza, i would just blog about their effort. i wish a good future for forno pizza for this effort and detrermination. they deserve some kinda recognition. again, i dont say this things simply because i got free pizza.if the pizza was not satisfactory, i will still mention it. but, i guess they proved themselve this time.

i asked and found out that other menus will be available within two weeks, plus minus - they will be serving the rest of the menus for summer semester in yarmouk uni. grab your pizzas today (because they are not charging taxes for the time being)
p/s: but i've never tried ordering online.

p.p/s: i might consider food critic as my second career.

Sunday, June 7, 2009

postcards that made my day.i mean our day

WARNING : THIS ENTRY MAT BE OFFENSIVE TO SOME AUDIENCE

saye ulangi ye... entry ini mungkin offensive. exam was hard, bas al7amdulillah 3la kulli 7aal. jadi perjalanan dari lab 10H3 (aku exam online) ke mujamma3 disulami dengan perbincangan pasca-exam. biaselah. jalan, sebab ade postcrosser dari IPOH asik msg aku tanye postcard dy dah received ke belum. aku pulak dah 2 minggu tak gi jami3ah. setiap kali pergi pun b4 ni, asik xde je postcards. so, harini, amik kau... lima terus. keluar2 terus baca lah kan. and sebabkan aku kononnye bz, jadi, aku letak satu je dulu untuk berkongsi.



kelakar giler. terus tutup lah citer exam. dan kami pun ketawa mengekek-ngekek dan lupa our exam misery. huhu. ayuh study cardiovascular system.

ini part yag offensive to some people tu.kalau x ready jangan scroll.haha.




adepun postcards lain were from Taiwan, IPOH, finland and one direct swap from Spain. sebut pasal direct swap... disebabkan sangat sikit postcrossers dari jordan, so aku dihujani banyak email direct swap request... masalahnye, ade yang aku dah pos kat dia, dia sebenarnya x pos pun kat aku. so, pasni, sebarang direct swap hanye akan berlaku selepas aku menerima sahaja. atau no more direct swap sebab through the system pun - aku masih dapat banyak postcard. mwahahaha (evil laughter)

so, jemput lah join aku jadi postcrosser di www.postcrossing.com slightly costly kot hobi ni, tapi best. dan sape2 yang nak bersurat-menyurat ngn aku pun, amat dialu-alukan. percayalah aku dah hantar berpucuk surat ke rumah tercinta di kampung melayu batu 8 tu, tak pernah dapat balasan. kecuali parcel ngn kad birthday. (T_T)

Thursday, June 4, 2009

forno pizza review

ok. sejam, plus minus 20 minutes, pizza pun sampai. aku pun dah makan 1 slice pollo and 1/2 slice amore.

excitednye aku dibalas tuba. inilah pizza2 nye.beli ajin (doh) kat kedai pastu tepek2 pun best lg. maksud aku appearance die lah kan. aku maafkan lah sebab hari ni 1st day meniaga weh...



medium size besar ni. pollo tu ok lah. amore (nak sangat heart shape kan) kecik la jugak. kalo small, mau nye besar jantung real tu je ha,

tapi sangat ikhlas cheese.dan pepperoni. tahniah. aku nyaris2 menyifatkan forno as a disgrace to italian cuisine place. tp, boleh lah. rasa pun not bad. skian. there's always a first time for everything. kalau nak mengorder tu, amik la medium buy 1 free 1 tu, x le ralat sangat nak try2...

sorry la kalau aku dah buat kau excited pastu keciwa macam kalau tgk drama, hero tak kawen ngn heroin (eh, pulak)

internet tgh subsidi,,,so gambar tak leh upload lagi. harap maaf.tapi pollo pizza tu senget bulatannye.

ini kire ok lah offer, 5.2 je 2 piza ni. kalau tak offer 10jd ++. orang kat mesia ketawa guling2 je tgk kite bayar rm50 untuk pizza camni. malu...malu...

disclaimer: aku bukan typical melayu nak jatuhkan bisnes org je kerjanya. aku mereview sbb aku dah terlebih2 promote tadi. (^_^)

terhangat di Irbid!!


*berita lebih panas di bawah

ok.aku dah excited terlampau. pertamanya, ada accident dekat umah aku tadi. depan fourcats. cepat giler, baru 1minit accident, emergency,ambulans ngn polis dah sampai. hebat2... tahniah jordan. pemandu kereta cedera. tapi boleh berdiri tapi kena jugak naik stretcher. bleeding kat kepala ape... pelanggar die bawak pikap..boleh la bang, kereta u tegap. pastu masuk fourcats beli topup. aku ketawa jap. pastu pakcik fourcats tak kuar2 pun. yelah, dia tgh tgk drama (aku baru je kuar dari kedai tu masa accident tu)dan terimalah gambar ini buat mereka yang x pernah tgk irbid.-pasni tukar la...buat blog isu semasa irbid-wohaaaa...budget up to date sgt.




lebih hangat!!!!!!

ada pizza parlor baru bukak dekat2 ngn umah aku ni semalam. Pizza Forno. WITH F. semalam bagai nak rak opening die, aku lalu je lah. harini rasa nak gi try. "ela.ba3da sa3a nuballesy" lagi sejam baru nak bukak ni. tapi tgk order dah berderet dah. aku pun order forno special. pastu dia ragu-ragu suruh aku amik pizza biase je.ade offer katenye. ok lah. aku amik pizza amore (macam pepperoni tp bentuk heart) dan pollo pizza (tapi bahasa arabnye bitza djaaj) ciss, aku terpedaya. ingat kot sbesel sangat. aku mintak spaghetti (mknn feveret aku) xde. pastu lepas sejam baru siap. yela dia baru nak meniaga kan. takkan aku nak melepak kat Jennifer's plak sejam. balik la. singgah fourcats cari minuman bergas yang tak perlu boycott.

pastu aku cakap ngn akak tu. ada delivery kan? hantar rumah je la kak. aku bagi nombor fon, alamat seme. oraito..adios. ngeheh. pastu aku amik la flyer dia. korang seme bleh pergi try. beli satu medium pizza dapat free lagi satu medium. 5.2 jd. tp tulis kat harga dia 4.5 jd. apehal, kedai kat ceruk pun nak main tax2 jugak. tgk golden spoon-xde cukai2 de. pekerja pun mesra. (^_^)

yang lebih hangaaaatttttttt lagi. ko boleh jugak order pizza ni ONLINE!!!!! serius. http://www.pizzaforno.net/ kalau tahu tadi, aku order online je lah. tagline dia "For the First Time in Irbid, order online!!!" ha. Malaysia aku taktau ada ke tak perkara sebegini. awesome giler. atau call 027258855 oih. iklan free plak pizzaforno. silelah mencuba. alternatif baru kepada pizza hut. dan bagi budak umah aku, pasni boleh gilir-gilir ngn italian pizza. tempat lepak paling best bg aku.


ok.dah setengah jam. kalau dah dapat pizza nye boleh aku review pizza dari pizza forno. selamat mencuba. i love jordan =) along kata aku dah tak ada jatidiri the moment aku rasa janggal dengan duit syiling malaysia.

p/s: budak melayu amik order online, tak kira la ek...

Wednesday, June 3, 2009


ok. lagi skali aku nak buat entry hari ini. esok2 mana tau ak tak buat dah. yela, tomorrow is never guaranteed. ak balik ngaji jalan kaki je sebab hari dah redup. aku mmg suke jalan2 share3 jame3ah dalam bahasa penjajahnya University Street. ada banyak kedai dan jalan paling banyak CC di dunia. wooo... x caye sila search wiki.

singgah beli ink. ini lah masalahnya. ink aku hanya ada dijual di kedai FUTURE mujamma3 nadi 3rabe. tapi, kadang2 aku jalan jugak sampai isharah iskan (dulu umah aku kan dekat je ngn situ) carik ink. pastu semua kedai aku akan pergi walaupun setiap kedai kata ada jual kat future tu. yela, kalau kita banyak kali tanya, lama-lama skill bertanya tu jadi makin baik. eh. betol2.

pastu, aku setiap kali pergi, abang tu akan suggest aku refill, beli refill. jangan beli cartridge baru. printer aku harge JD 100 (Rm500). aku beli summer last year. cartridge baru, sekali beli, hitam 12jd tak salah aku (rm60). colour 21jd (seingat aku last beli). setiap kali pergi aku akan tanye, mana-mana kedai pun. "aku pakai HP ni, orang kata rosak kalau pakai ink tak ori. pastu kalau refill pun rosak" org semua akan jawap "Boleh, tak ada masalah. kawan2 kau pun semua refill aje" semua kedai. aku dalam hati, "Mungkin dia tak faham maksud soalan aku" walaupun hakikatnya aku tanya in English.

atau kadang2 ada kedai offer nak jual cartridge XL yang lagi murah dari cartridge ori size regular. sungguh aku takkan beli. tapi, sebab baru2 ni aku rasa konfiden ngan abang Future tu dan die dah tutor aku camne nak refill dengan baik, aku beli la refill ink hitam. kalau refill ink colour... aku tak rasa aku akan beli. haha.

sebabnya. kakak aku kata (kakak aku kerja company printer) "HP ni bagus, printer murah tapi ink dy mahal. kalau pakai ink tak ori, rosak le. jawabnya kena beli printer baru" setiap kali aku tanya kali kedua, kakak kata "try la kalau berani.rosak akak tak jamin". disebabkan kakak sangat hebat. aku sangat percaya kakak. jadi semua pengedai ink gagal meyakinkan aku untuk beli cartridge tak ori dan refill. err.

balik kpd kedai future hari ni.

"nak ink, 141. eh. cartridge" -masuk2 tu aku dah bagi salam dah
"ada yang original je"
"ok. mo mushkile "(no problem)
"22 jd"-RM110
aku sambil beliakkan mata : "yeke 22? bukan 18???"(walla 21???mo 18?)
"jap. kawan aku haritu kata 18?"
aku teragak-agak. "yela, lebih kurang"
"ko penah beli kat sini dulu 18?"
"ye rasenye"
"ok. 18"RM90

(baru aku pasan. 20 hengget je beza nye pun) tapi minda aku berkata, jangan2 17 je biasanya. takpelah, next time aku tanye balik. tapi, kira-kira dalam setahun aku beli ink ini. dah cukup dah duit beli ink buat beli printer baru. serius la aku tak tipu.

p/s: aku singgah jugak beli dvd dekat movie box. kalau cartridge yang tak ori printer rosak, kalau cd pirate takdenye rosak plak driver tu. jadi, sebab tu aku xde masalah beli. hihi.

wohaaa...aku tumpas

air ini untuk kegunaan membasuh sahaja.bukan untuk diminum/makan

terpakse lah beb. sebab ni kalau disimpan jadi tak best.ok, i broke my 2 weeks leave.



(rupenye, aku update lagi kerap dari total2 blogs yang aku follow.mwahaaaha)

bangun-bangun pagi takde air. alhamdulillah haritu aku dah spare air dalam botol. wash-up, aku call haris bangunan yang best. abu omar. haris = penjaga bangunan. hah? janitor pun bukan. tapi dia la yang aku hubungi untuk sebarang kemusykilan. tapi pasang paip mesin basuh aku buat sendiri okeh (ini satu pencapaian yang membanggakan!bendenya...bukan susah pun.hoho)



zohor, sempat lagi amik air semayang dengan air botol yang masih berbaki tu. yelah. Islam itu praktikal. =) lepas zohor abu omar tepon soh naik sutuh ( rooftop) aku pun excited la... wohaaa... aku ke kena angkat paip??? yela sebab abu omar tu nak kena tahan paip kat tebing bangunan so aku la angkat paip tu kan bawak masuk tangki. bajet2 adventurous, ringan je sebenarnye. ngehee

air pun masuk.excitement pun bermula sebab dah mula nak ada pressure la kononnye. aku dah mula bayang kalau paip tu(hoi,betul ke istilah paip???)yang warna biru tu la kan. kalau terpelanting pastu air terpancut seluruh alam. wohaaaa... mau banjir plak bangunan aku. berangan. pastu labun2 la dgn abu omar, weh- die main jalan2 je atas tangki2 tu. aku sekali sekala seram gak kot tergelincir henpon masuk dalam tangki tu. lemas wo.

ok.pastu dah stabil. tak payah la pegang dah warna biru tu. panas tau duk rooftop summer2 ni. tp mengenangkan nikmat air masuk tu - who cares anymore. pastu mencabar sket nak halakan ke tangki 2nd. of course bukan aku yang buat, aku tgk je la. kalau aku yang buat sorang2.. ade can gak la nak main air... suke sangat. katanya Irbid mmg tgh takde air,so supposed air masuk smalam, tunda malam ni.

tgh nak exam ni, xde masa nak fikir dah air masuk bile. panggil water tank tu ha senang. penuh tangki senang hati. Alhamdulillah atas nikmat air.

sape berminat? nombornye aku takde. yang penting, 3 meter 12 jd. :-) salam soiffi. aku cuba lagi tidak berblogging hingga abis exam. internet pun dah tinggal speed subsidi. jumpe lagi. orang mesia sila bersyukur bila guna air, ingatlah bahawa ada insan yang ada masalah seperti aku.

Monday, June 1, 2009

maaf,aku perlu berehat. mampu ke????




aku tidak ada masalah kopi seperti kebanyakan orang. satu, sebab aku tak rajin stay up malam2. aku tidor awal. dua, sebab aku memang minum decaf sahaja kat rumah. skali skala keluar, baru aku minum unsur-unsur caffeine sebab masa tingkatan dua aku ada insomnia jadi aku minum decaf ever since that. maksud aku, pada waktu malam. caffeine juga tak elok untuk kesihatan. ini betul, aku dah tanya Dr.Nidhal Khabbaz yang sangat comel lagi aku sayangi. hewah2


ok. entry ini matlamat nya nak bagitahu : aku nak exam ni, 6,7 - respiratory system. 11- cardivascular system. 15 hematolymphatic system. kerajinan aku blogging dan merayap tak tentu hala kat jaringan komputer gergasi ni (masa tingkatan 5 dalam buku iT aku tulis camtu) aku terkandas kat lecture microb yang hanya ada lapan itu dekat seminggu lebih dah. tapi takpe lah.


jadi, aku mohon maaf kalau 2 minggu tak berupdate rumah aku ni. langsir dah baru. tapi bersawang esok... tapi aku minta maaf lebih-lebih lagi pada diri sendiri dan abah mama di kampung, sebab leka. hehehehe.... bukan membazir masa, tak bazir cuma buat perkara berfaedah yang bukan aulawiyaaat yang nombor satu. eh. ke nombo satu la jugak???


ok. aku rindu semua orang. dan akan rindu ramai orang. entry ini hanya valid sehingga next entry. kalau aku mengada2 lagi sebelum 2 minggu - kita lupakan saja entry ini. .


aku tasjil sociology 821211. kali ini aku nekad. kalau bahasa arab, aku stay je lah jugak. aku nak sangat amik socio. sekian harap maklum. tapi kalau kena halau, aku drop lah kot. aku ada impian nak merawat society. bukan merawat diseases atau symptoms semata-mata. wellness and lifestyle ada kosong semalam, aku lah yang mengada sangat tak nak register sbb aku... kau tahu kenapa. aku suka subjek wellness tu. sangat. tapi bila ramai sangat... aku jadi kurang selesa. sekian.♥


tak sabarnya tunggu cuti. ngeh2... cuti summer lagi tak sabar.

aku kononnya nak berehat dari blogging. tapi mampu ke???

dikala hati mu gundah gulana - berzikirlah. hingga setiap denyut nadimu menyuarakan "Allah..Allah"

audio tafaquh ustaz fakhrurrazzi (sesi kongsi rasa,maulidurrasul 1430) credit to JKK PR permai