Tuesday, June 30, 2009

oh, bakal cikgu!!!!

4sc2, with our beloved physics master. en.rafhan. the only candid yg ak ade

orang kata ini terlalu awal untuk dirisaukan. (ini ayat penyedap, takde pun orang cakap sebenarnya. aku andaikan saje) aku jalan-jalan ke blog orang. orang yang aku kenal, x kenal, orang yang kenal aku, x kenal aku. macam tu lah. kewujudan blogs bagai cendawan tumbuh selepas hujan ni, sedikit sebanyak menjadikan aku lebih kenal (tahu, bukan berkenalan) manusia-manusia lain. jadi seberapa lama aku ada menanggung sedikit kebimbangan.

tapi, aku bukan nak bimbang saja-saja. aku rasa kebimbangan ini perlu disalurkan supaya apa yang aku bimbang tu, tak berlaku. aku risaukan, anak aku nanti. ye, anak aku kalau aku ada kesempatan. kalau bukan anak aku, aku risaukan muaz dan azam. sekolah macam mana lah agaknya budak-budak ni akan pergi. cikgu macam mana agaknya yang nak mengajar anak-anak ini nanti.

cukup-cukuplah sistem pendidikan yang exam-oriented ni merisaukan aku, dan bakal-bakal ibubapa masa hadapan. sekarang nak kena risau orang macam mana pulak yang akan spend 6-7 hours a day with my children. maaf kalau apa yang aku tulis selepas ini mengguris /gores hati sesiapa. aku cuma risau.

oh bakal cikgu!!!!

terima kasih. cikgu adalah pengubat kerisauan saya. saya lihat cikgu bersemangat, bicara soal membina generasi rabbani. ya... saya berharap cikgu dapat mendidik anak saya. saya perlu cikgu bantu saya mendidik anak saya. saya perlukan cikgu yang risaukan anak saya, bukan sekadar pada kertas examnya semata. bahkan pada perilaku dan sahsiahnya.

terima kasih cikgu. tapi cikgu, sebagai rakan seperjuangan dengan cikgu-cikgu yang bakal saya nyatakan... saya berharaplah cikgu boleh membawa satu gelombang di pusat latihan cikgu, supaya saya dan bakal-bakal ibubapa yang lain boleh berasa tenang seketika, menarik nafas lega, masa depan pendidikan anak-anak kami nanti insyaAllah terpelihara. bukankah anak-anak cikgu juga.

cikgu bicara soal pembinaan modal insan secara holistik - persis cikgu yang mendidik saya dulu. terima kasih cikgu.

tapi, ada pula di celahan bakal cikgu ini yang menimbulkan risau di hati ini.

oh bakal cikgu!!!

satu hari nanti, saya akan hantar anak saya ke sekolah, sebab saya tak mampu nak ajar 12 matapelajaran kepada anak saya itu. walaupun dulu saya mengaji sampai tingkatan 5, habis SPM, tapi saya mungkin tak ada apa yang cikgu ada - tools dan techniques untuk mengajar anak saya. saya kata mengajar, sebab saya rasa mendidik itu, adalah tanggungjawab saya juga, bukan tanggungjawab cikgu semata. sama-samalah kita.

tapi bakal cikgu!!!

saya khuatir sikit. saya takut tengok gelagat bakal cikgu sekarang. yang bagus, alhamdulillah. saya berkira-kira "alhamdulillah kalau anak saya nanti dapat jadi anak murid you,". tapi ada juga bakal cikgu yang saya berkira-kira "ish...macam mana ni nanti nak duduk 6jam sehari, 5 hari seminggu dengan anak aku".

oh bakal cikgu!!!
persediaan nak mendidik anak itu, kata orang bermula 10 tahun lebih awal. persediaan cikgu nak mendidik anak saya nanti, saya kira begitu juga. cikgu berhak ada personal life, tapi kalau cikgu pun tak jaga tingkah laku dan pergaulan cikgu, nanti bila anak murid cikgu juga jadi begitu- saya juga yang menanggung susah hatinya. saya risau kalau2 satu hari anak saya bertanya, "cikgu, tak apa ke saya bercinta masa sekolah?" cikgu akan kata, "jangan, nak. lepas SPM nanti baru boleh!" ya cikgu, saya boleh counter di rumah, "bukan macam tu sayang..." dan saya pun berjela-jela dengan suami menjelaskan garis panduan hubungan antara lelaki dan perempuan menurut Islam -kalaulah kami mampu- lalu anak saya, kalau yang darjah satu agaknya menjawab, "tapi cikgu kata macam ni!!!!". saya pun menggaru kepala yang tidak gatal, menyesali setiap satu yang saya patut dah lakukan masa cikgu masih training dulu.

itu kalau saya mampu counter - alhamdulillah. jadi, classmates anak-anak saya nanti yang mendengar jawapan cikgu tadi, tapi tidak pula dia bercerita kepada ibu-bapanya kerana ibu-bapa masing-masing sibuk, siapa pula nak counter statement cikgu tadi. saya berdoa supaya saya mampu mendidik anak saya nanti dengan baik, supaya dia boleh membezakan yang baik dan yang buruk, tapi, dia akan menganggap cikgu adalah yang paling betul sekali. primary sources yang paling reliable. kerana saya percaya begitu. cikgu saya, cikgu kepada cikgu juga begitu kan, dulu!!!
wahai bakal cikgu...
kalau cikgu tersalah fakta bahawa cahaya bergerak menyerong dan bukan lurus, tak apa cikgu. itu saya boleh buktikan dengan buku teks SPBT tu. tapi kalau cikgu terberi impression yang salah untuk anak saya nanti, satu kesukaran melampau pula untuk saya betulkan.

saya dulu cikgu, karangan bahasa inggeris kadang-kadang saya berkhayal juga, tulis cerita cinta. memang saya suka, kawan-kawan pun suka baca. tapi, teacher saya selalu ingatkan saya, buruk-baiknya, jangan bercintan-cintun. bahkan beri saya amaran bahawa perkara itu akan mengecewakan pendidik-pendidik saya juga.

saya memang nak sentuh isu inilah cikgu. sebab soal dressing cikgu, atau lain-lain saya rasa cikgu pun tahu etika-etika seorang guru. tapilah cikgu, kalau cikgu ada facebook, friendster, myspace dsb. cikgu tolonglah jangan bagitahu pada anak saya nanti. saya tak mahu dia tengok personal life cikgu. saya takut anak saya keliru. saya tak mahu anak saya fikir, bergambar "head-to-head" dengan kekasihnya itu adalah sesuatu yang dibolehkan, kerana cikgunya pun dulu buat begitu.

maaf cikgu, saya doakan cikgu tamat latihan dengan jayanya.

p/s : aku salute rakan-rakan yang telah mengambil tanggungjawab mendidik anak bangsa satu hari nanti. betapa bersyukurnya aku kalau kamu menjadi orang yang mendidik anak aku nanti. tapi, tolonglah kamu faham, kerisauan aku ini, dek kerana rakan-rakan seperjuangan kamu yang lain.

4 comments:

AziraOmar said...

baEeekk tQah~
teguran yg membina..
maseehh!!~

atiqahdahalan said...

eh
ajie nnt jadi cikgu gak ke..hoho
tatau pun

AziraOmar said...

nak jadii~
tp wallhu'alam~~
lihatlah saye berade di kos mane~~
huhuhu~

laila said...

insyaAllah..
terima kasih atas teguran yg sgt membina..
doakanlah kmi dapat mendidik diri mnjdi lebih baik spya dapat nnti kami mndidik anak2 murid kami dengan baik..insyaAllah..