alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
tipu kalau kata aku tak risau tentang result exam immunology. lagi tipu kalau kata jiwa aku berbunga-bunga gembira walaupun aku rasa soalan public health td lagi kompleks dari 2nd. arab kata 2nd lagi susah. eh, ape2lah. yang penting imtihan final dah tamat, aku tinggal nak berdoa pagi petang siang malam le ni mintak Allah mudahkan semua urusan.
bondong2 manusia melayu tadi dekat standard chartered dengan western union money changer. kat zamzam pun ramai, itu yang pelik tu.. semua pakat buat last minute shopping. dah macam raye pulak. aku gi zamzam beli cheese, qishtah, chocolate, tamar sket + selendang org kirim. tu je. lain2 adalah buku2 + baju2 sahaja.
tipu jugak kalau kata aku tak sedih. harini last berbuka puasa di csi setelah bertahun2 (poyo....). sedih sebab lepas ni tak berterawih dengan sheikh ma'moun lagi. (btw,ustaz akil pun dah takde nak datang surau al-falah dah) .
plan dah macam2. driver pun dah setting. cewah. tunggu nak mintak izin abah je. yela, nak mintak permission, pembentangan kena convincing, that's how we work. mati kata-kata lah dah hepi sangat ni kan. taktau sape plak lusa datang menjemput di airport. abah n mama sure la, inshallah. yang lain2 tu kalau dah tak menahan dah nak jmpe ikah, sila2lah mengikut ye...dengan membawa bunga, coklat dan air sirap. eh takyah sirap.. itu berbuka nanti la kan.
bye lah semua. hidup biar penuh dengan rasa cinta~
No comments:
Post a Comment