ketika entry ini ditulis, aku baru selesai masak dinner/lunch harini setelah dibantu oleh cik phatroco. sambil menunggu nobonobo yg masih belum pulang.kerana tidak boleh mkn sehingga cukup korum.
setelah 3 tahun berada di irbid, sebenarnya 2 tahun, aku saja bagi ada unsur dramatik. setelah 3 tahun berada di irbid, kira-kira eid yg lalu sahaja baru aku sedar bahawa laban adalah sesuatu makanan yang edible untuk dimakan seorang penggemar tempoyak seperti aku. (oh, sedapnye cik T). selama ni, jika arab bertanya apakah aku makan mansaf, aku akan kata aku tak makan. sebab laban. sumpah selama ni aku ingat laban adalah laban putih tu. laban adalah yoghurt.
kunjungan aku ke daar yousef telah membuktikan laban adalah sedap dan mmg enak dimakan. jadi kelmarin untuk pertama kalinya aku order mansaf di mat3am dhoiah. haha. tadi aku gi pasar MSK dan tak tau nak beli apa, lalu terjumpa begdonese (aku mmg kenal dy sebagai begdonese. mgkn juga pegdonese). ak pun beli la seiikat rubu3, ya3ni sekita RM1.25.. lalu ligat kepala aku berfikir nak masak apa. yaaaa. maqlubah adalah sgt complicated sbb aku kena kuar plak beli terung. jadi ayuh kita masak mansaf. ya. untuk pertama kalinya aku menyediakan wajibah arabi utk ahli rumah yg tak kurang kearabiannya.
ini adalah entry break through, sebab aku tak pernah lagi letak resepi di onebonez. melainkan kat myR saje. jadi, kita buka tirai masakan di onebonez dengan menu mansaf. yeay.
Cara-cara membuat mansaf
- Panggang kacang almond didalam oven sehingga garing.
- Rebus ayam untuk mendapatkan stok ayam.
- untuk nasi, masak seperti biasa dengan ditambah minyak sapi berasaskan sayuran cap mazola. boleh tambah air stok ayam jika suka juga. dan pewarna jika mahu. jangan banyak sangat pewarna. aku jenuh pujuk diri sendiri untuk tidak menumis supaya nasik tak rasa macam nasik melayu. haha
- panaskan laban (plain yoghurt) dalam 400gm, sehingga smooth.
- pukul sebiji telur dan masukkan dan kacau. kacau satu direction saje ye.
- masukkan air ayam sehingga mendapat teksture yang diinginkan.
- adjust2 rasa dengan menambah garam, pepper atau sedikit daun begdonese. ya3ni parsley. huh.
- potong timun dan tomato dadu2 dan hiris halus begdonese. lalu digaul. tambah minyak zaitun jika suka.
- ayam tadi digoreng.
- hidangkan panas. dan telefon ahli rumah untuk pulang segera. taburkan almond panggang tadi di atas nasi.
selamat menjamu selera.
nasik itu terlebih kuning kerana excited sgt pakai pewarna. kids dont do this at home ok. highlight kita adalah laban oke. laban.
-daridapuronebonez-
p/s: thanx semua. exam was ok, alhamdulillah. paling penting sekali, keluar dengan perasaan puas hati.
4 comments:
woiiii!!!! dah gheti masak mansaf! bapak best..a,ko br nk blaja mkn laban ke..?ke dah lame dah..
eee trliur ak tgk gmbar tu...aaaaaaaaa lapar2...mansaf is my favourite taw! laban is awsome delicious...
masak tuk ak satu! hahaha... =)
ya rabbi..aku baru tau je laban tu sedap..
kan dah ade resepi tu.. sila try oke.. bleh cdg kat manja soh meniage.. ha..
laban ade lg, ayam dah habis. ;P
best nye.. dh reti msk middle east!!!
kita ni masak kampong je reti...
nwy laban mmg ManJa x leh masok, ntah bl nk rasi lidah ni...
ye la manja.. nnt balik2 kampung tak reti2 masak arab org kmpung mengata plak.. ha..
masak kampong2 manja pun.. siap bleh bisness lagi kan..
Post a Comment