Friday, December 18, 2009

Pertahankan Izzuddin Taayah


di situ ada 1001 kisah cinta.
di situ ada 1001 kenangan.
bahkan mungkin lebih dari itu.

aku orang biasa-biasa. sekolah di sekolah yang biasa-biasa. tapi pengalaman yang aku ada di sekolah taayah tu mmg luar biasa. ada cinta. ada kasih sayang yang tak terhinggakan. sumpah aku sayang cikgu-cikgunya, kawan-kawannya. pendidik aku itu, bagi aku keluarga juga.

aku tak kisah kata orang, budak taayah keluar free-hair. atau budak izzuddin keluar tak jadi orang. aku tetap bangga juga dengan sekolah aku. aku terbentuk di situ. dan selalu orang kata, sekolah agama kebanyakannya, menjadi agama hanya kerana bahasa arabnya. tapi izzuddin taayah lain. taayah itu adalah satu pusat yang baik untuk melahirkan manusia berkemahiran pelbagai.

tahun ni nak sambut jubli emas SISTA, tak sangka pulak timbul isu perubahan pentadbiran. sini untuk maklumat lanjut.

sayangnya, tak nampak wakil2 dari Taayah yang terkedepan.

aku cuma ada satu pesanan untuk kawan2, mungkin kakak2 juga adik2. Ini adalah warisan yang perlu kita pertahankan, sayang sangat kalau I'dadi dan Thanawi dimansuhkan dari Taayah/Izzuddin. sesiapa yang ada kelapangan dan kemampuan, sama2lah sertai usaha PERTAHANKAN IZZUDDIN TAAYAH. jangan sibuk love life dan almari baju masing2 je, kita masih ada kerja yang lebih penting untuk dilakukan. dengar2 ceritanya akan buat petition dan memorandum untuk dihantar ke istana. wallahua'lam. sapa2 ada maklumat lanjut boleh roger2 lah.

susah hati.

4 comments:

Hakim Mohd Nor said...

salam....

nurul atiqahh dahalah

mari kita gerakkan sahabat2 dari taayah untuk isu ini bersama-sama

atas kepentingan sekolah..... jom~


hakim
setiausaha
badan bertindak pertahankan izzuddin dan taayah (tahan)
019-4505360

Abdul Munir Sanusi said...

benda sudah lama saya dengar sejak dua tahun lepas. ramai guru-guru yang buat mogok untuk masukkan taayah & izzuddin sebagai SABK. so, sekolah akan dapat kemudahan yang sangat lengkap dan guru-guru dapat elaun lebih.MoU telah siap, hanya tinggal nak ditanda tangan sahaja MoU itu. tapi, disebabkan PR menang pada pilihan raya lepas menyebabkan PR tidak meluluskan rancangan itu.


tetapi, sejak transisi kerajaan dari PR ke BN ini menyebabkan suara-suara belakang untuk meneruskan rancangan ini. mereka kata bila masuk SABk sekolaha kan lebih maju.


ya, memang benar maju dari akademik. tapi, belum tentu dari segi tarbiyah. pentadbiran dan sosiopolitik dalam sekolah akan kerajaan masuk campur dan cuba synchronize seperti sekolah kerajaan biasa. jadi, macam sekolah biasa. cuma nama dikekalkan. apa cer?


jangan lupa saifulislam.com ditarbiyah dari SIS. saya memang sangat respect sistem pentarbiyahan semasa di SIS. naqib yang kehadapan, usrah yang segar dan ustaz-ustaz bagai murabbi yang cukup hebat. moga mata kita dicelikkan

Sumaiyah said...

dah lama dengar isu ini. tp dah naik balik dan gaya mcm serious gile je one. ape ke jadah sume ini?

xmo xmo :(

atiqahdahalan said...

Sdr Al-Hakimi : Ya, tapi masih kurang jelas sebenarnya pergerakan TAHAN, harap ada sebaran yang lebih jelas + meluas ttg perancangan usaha mempertahankan SISTA.

Sdr Muneer : Sejak dari penubuhan Sekolah Raja Dr. Nazrin lagi memang sudah kedengaran cerita2 tentang tukar pentadbiran/pindah (pernah juga) sekolah ni. Mudah-mudahan Allah pelihara kelanjutan pendidikan SISTA.

Sue: ada contact ustazah fatimah, ustazah mintak kita semua doakan supaya tak berlaku perpindahan pentadbiran tu. mudah2an usaha ex-SISTA ada manfaatnya.

to all : ini adalah ujian, oleh jadi juga peringatan untuk kita semua. selepas sebegitu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk kita di SISTA, sejauh mana kita membuktikan kesyukuran kita atas nikmat2 ini. personally, bg saya kualiti tarbiyah di SISTA semakin merosot bila melihatkan keluaran kita tidak jauh bezanya dgn keluaran sekolah2 agama lain. Sementara masih berkesempatan, kita sebenarnya punya tanggungjawab untuk mengembalikan 'izzah pada dua institusi ini. dan kita juga berdoa supaya tidak berlaku perubahan pentadbiran, supaya kita boleh meneruskan usaha menambahbaik tarbiyah SISTA.

wallahua'lam