Wednesday, January 6, 2010

what are you carrying along?

Amaran : entry ini adalah rangkuman dua entry. panjang woo.

Aku teringat sebuah citer cina tv3 petang2 kul 6 tu. Ada dua orang sami ni berjalan2 sampai kat tepi sungai. kemudian, ada seorang perempuan tua kat situ. lalu seorang sami ni pun mendukung atau mengkok-kong wanita tua tu di atas belakangnya. sampai kat seberang sungai dia pun turunkan perempuan tu. dua orang sami berbalut kain kuning, berkepala botak dan ada tasbih bulat2 ni pun meneruskan perjalanan. let's say nama sami tu seorang Xiao Yun seorang lagi Xiao Fei (aku reka je ni, untuk memudahkan cerita). Xiao Yun ni susah hati sebab Xiao Fei telah mendukung pompuan tu. yela, mana bleh pegang yang bukan mahram, haram tu beb! dalam kegundahan dia tu, Xiao Fei ni pulak nampak rilek je.. lalu Xiao Yun pun menyuarakan rasa gundahnya itu, dan dibalas oleh Xiao Fei "Aku dah menurunkan perempuan tua itu lepas kita seberang sungai tadi, tapi nampaknya, kau masih "mendukung"nya. ". lebih kurang camtula citer nye.

citer kedua. aku dengar beberapa minggu lepas di Hayaat FM. segmen cerita tauladan.

Seorang cikgu tadika buat satu game untuk kanak2 kat raudhah dia. setiap murid disuruh bawak kentang dan menulis nama orang yang mereka benci atas kentang tu. kalau u benci seploh orang, bawak seploh kentang la kan. so, setiap hari selama seminggu, mana-mana adik-adik tu pergi, diorang kena bawak kentang tu. kentang tu dalam plastik la kan. masuk minggu kedua, kentang tu mula berbau busuk. budak2 pun lama-lama tak tahan nak bawak kentang tu lagi. so, cikgu dia pun suruh buang la kentang tu. cikgu dia pun kata, macam tu lah kebencian kalau kita dok simpan, ia akan memburuk dan menyusahkan kita. bila kita buang kebencian/kentang tu, maka satu beban telah terangkat dari hidup kita .




************************************************************************

Amaran : entry ini mungkin tidak berhikmah. Mungkin jugak emosi.

Email , singkatan kepada electronic mail adalah salah satu medium komunikasi super significant dalam hidup aku. I have three in-use email accounts for different purposes. Yang unused lagi lah tak terkira. Contohnye mase darjah 5 ada britneymail lah, citymail lah. Ish, malu mengenangkan. Haha.

Walau selewat mana pun aku untuk ke kelas, email tetap kena check dulu. Spam pun kena check jugak sebab kadang2 ada important mails yang masuk ke situ. Untuk pengetahuan, kalau yahoo mail je aku kena ada beberapa folder dan filters untuk memudahkan urusan. Folder facebook, medistjust, mep7,  atyaf 2007 utk approval msg baru, atyaf lama untuk msg2 penting atyaf yg dah approve. email morphine terpaksa guna akaun lain. Hidup memang berlegar sekitar email. Sebab tu bila tak ada internet, aku mmg takkan teragak2 mail browsing via phone je. Sebab emails adalah sangat signifikan. By this time, aku harap orang dah faham tahap kepentingan memeriksa inbox dalam hidup aku. Hakikatnya memang email adalah ketiga penting selepas cellphone and messenger.

Akaun paling penting mestilah yahoo, sebab kat situlah aku melanggan group2 penting seperti atyaf, mep 7, permai, newsletters lagi, jugak seratabest. Tapi, bila bangun pagi je tengok ada berpuluh2 unread (mmg sangat jarang berlaku sebelum ni, sbb aku mmg cepat check), dan yang banyak itu bukan folder facebook. Memang panas  sikit lah. Sbb facebook x penting pun.

Tapi bila yang penuh tu inbox. Dan yang banyak tu bukan email yang penting, memang sedikit kecewa, sebab sangat menyampah bila nk kena go through one by one utk tgk email mana yg perlu dibaca, filter pulak bab2 group tak terfilter dgn baik.. Dulu aku rasa, orang kalau lambat check email ni mmg akan ketinggalan dan susah wooo hidup kalau tak up-to-date. Tapi susah jugak hidup bila x ada common sense. Sebaik2 perkara adalah yang pertengahan. Berpada2 lah. Aku tulis ni 25 disember 2009. Saje draft dekat word supaya emosi maintain dan ade entry lain yg aku nak biarkan kat onebonez.

Boleh jugak kata aku poyo. Tapi, memang runsing lah! Nak-nak pulak tak boleh nak mendaily digestkan sebab kadang2 ada jugak maslahat penting nak datang dari satu2 subscription tu.

Yang penting adelah common sense. Mungkin ada jugak orang nak tak puas hati, tapi aku pun manusia dan untuk sekali ini aku rasa mush ma3qool kepesatan email yang sedemikian. Ini pun ok lah, aku letak kat blog je.  Sebab rasa sini yang sesuai. Akhir kata, aku sampai sekarang tak tahu bila medistjust gathering tu. Sekian.
Berukhuwah bagi aku bukan sekadar havoc2 di YG saje. Yang penting dalam hati beb. Ada banyak lagi cara lain untuk manifestasi ukhuwwah, contohnya dengan tidak merunsingkan seorang kawan dengan masalah seperti yang tersebut.
*stroke lah, ,masa publish ni, aku dah selamat pergi pun gathering tu!
***********************************************************************
ini adalah contoh "kentang" yang malas aku nak bawak ke hulu ke hilir. jadi kentang ni aku longgokkan di onebonez. teheeee. aku dah lebih calmed, tapi aku tetap juga suarakan sebab aku rasa kita kena jugak bagi kesedaran pada masyarakat ttg common sense nih. nak post kat YG kang, takut menggores dan menang hati orang pulak.

p/s: keplastikan mmg tidak sihat untuk kehidupan. but being considerate is something good, i think.


p/p/s: dah banyak giler email dari YG tersebut tidak aku baca lagi. kalau masih berlanjutan, aku ingat nak consider mengundurkan diri saje dari YG tersebut. haih~

3 comments:

aisyahrkh7 said...

salam one..

ak mtx maaf la sekiranye ak trmasuk dlm org yg memenuhkn inbox ko..terpaksa..

tp nk dijadikn ceritanye, ak ada terasa hati sket la dgn satu YG ni..kecik hati sungguh2 ni..sampai hati..ha amek, dh bape byk pekataan hati dh ni..ak yg muka stone ni pon ada hati jugak..hoho, takut tak ayat ak? hehe..

details kite cite blkg..

psst..idribuu ya atiqah!!

atiqahdahalan said...

wsalam.

no hal lah weh setakat poll dan iklan jual jaket..huahua.. tapi email2 penyambut tu..haih!

tak sabar lak aku nk jumpe ko esok.. (walhal bukan banyak benor YG kat irbid ni..hehe)

psstt: esok aku plak kena "ma darrabti ya atiqah???mazbut???" tamo2.. bila tak mengaji ni memang aku akan palpitation untuk tasmi3 esok. haih~

Unknown said...

salam~

yup..
benci hnya menyakitkn ati sndri..
chil n forgive is the best way..