Sunday, February 7, 2010

an evening in Irbid : melazimi alQuran

maklumlah, ada org dapat an evening in Paris..huhu

sangat mengecewakan bila kita analisis kepesatan berblog menjelang exam berbanding ketika cuti sekolah. Irbid masih belum dilanda salji setelah begitu banyak spekulasi dari media tidak rasmi yakni penduduk tempatan dan rakyat Malaysia juga. mu'tah, amman walaubagaimanapun seperti begitu best sekali kerana salji telah mengsaljii mereka. alhamdulillah. skuad csi telah merancang untuk ke ajloun untuk bermain salji, walaubagaimanapun masih gagal melaksanakannya akibat kekangan masa. perggghhhh.. jadi, kami masih mengingati memori salji 2007 sahaja sehingga ke hari ini.

petang khamis yg lalu, diluangkan bersama sheikhah umaimah. jadi anak emas sekejap, harap cik aisyahrkh7 tidak jeles. :P huhu.

Alif Khanjariyyah

cuaca sejuk sangat. sampai2 je, ada kakak beliau yg berkhidmat sbg cikgu di Kuwait sembang2... tak lama tu, mula tasmi'. tak lancar. sheikhah pun berkata, "kamu dah hafal lama sangat ni... agaknya tadi sebab kamu bersembang2, kamu dah terlupa-lupa, murajaah semula. harini tak ada org lain, ambillah masa". habis tasmi', biasanya akan baca untuk rubu' baru yang akan ditasmi' minggu hadapannya. i made a mistake pada satu hukum mad, sheikhah pun bagitahu nama alif tu alif khanjariyyah, cuz it looks like a khanjar. sheikah bawak keluar sebilah khanjar, macam pisau kecil, biasanya dipakai oleh lelaki Yaman. memang sebijik macam alif dalam alquran tu. 

sheikah bertanya lagi, "Bila kamu ma'zurah, kamu tak baca alquran?" aku mengangguk(maksudnya tak baca). mungkin sheikhah gusar bila bacaan tak lancar. "Untuk hafazan tak apa, teruskan baca, cuma jangan baca sebagai ibadah, itu mmg tak boleh. lapiklah tangan bila memegang mashaf, dan baca lah." aku jawab inshaAllah saja. 

Setiap kelupaan adalah disebabkan dosa

"Kullu nis-yan min azzunuub. setiap kelupaan adalah disebabkan dosa. kamu meninggalkan alquran itu satu dosa, sebab itu kamu lupa. dan mungkin jugak kamu ada melakukan dosa lain, sebab itu kamu lupa. sebab itu bila terlupa beristighfarlah. sebab itu bila lupa bacalah "Laaa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzalimiin" - sebagai tanda yang kamu sedar kamu lupa kerana telah berbuat dosa." aku tersentak sekejap. sheikah bercerita lagi tentang seorang faqih yang terlupa lalu ia beristighfar sehingga Allah mengembalikan ingatannya. 

"Kamu baca alquran hari-hari?" angguk. " Satu juzuk?" tak sampai. sheikah menghela nafasnya. "Aku seronok betul tengok kamu semua ramai-ramai nak menghafal, nak ambil sanad. tapi, macam manalah nak hafal kalau tak banyak baca al-Quran. Siapa yang membaca 5 juzuk setiap hari, tiada baginya kelupaan. bacalah sejuzuk atau 3 juzuk setiap hari. teruskan membaca AlQuran. Rasulullah saw berpesan alquran ini (rasanya istilah yg digunakan adalah 7alah murta7il) back and forth. bila kamu habiskan surah annas, terus baca alfatihah dan sebahagian dari albaqarah. kalau kamu berniat untuk mulakan semula keesokan harinya, syaitan akan datang dan menyebabkan kamu bertangguh2 dan langsung tak baca. sebab itu ramai orang, bulan ramadhan baru baca juzuk amma."

"Lazimilah alQuran, kamu akan ingat letak duduknya setiap ayat. setiap ayat yang kamu hafal akan meningkatkan darjatmu, tapi setiap yang kamu lupa, kamu akan jatuh satu darjat." Beliau bangun bingkas menuju rak kitab, sheikah bukakan kitab hadith lalu membacakan setiap satu demi satu yang menyelar hamlatul quran yang meninggalkan amanahnya. "mesti sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari, lebih kurang 1 juzuk lah tu, mana boleh kamu baca kurang dari itu, nanti aku tunjukkan pada kamu bagaimana menghabiskan 1 juzuk sehari" aku mengangguk lagi, MashaAllah... lalu meneruskan bacaan.

usai sesi itu sheikhah membuka kitab "assarimu al-battar fit tasaddi lissa7aratil asyrar". dua minggu yang lepas aku sudah meminta sheikhah untuk membincangkan al-ain dan hasad secara terperinci. which, will be explained in next entry. bermakna sungguh sepetang khamis lewat asar hingga maghrib hari itu. 

ittaqullah w yu3allimukumullah

sebelum balik sheikhah berbual lagi ttg bermusafir perlu ada mahram, pesannya "Tak apalah, ittaqullah w yu3allimukumullah - bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan mengajarkanmu. Kamu tinggal di sini kerana takutkan perintah Allah, maka hari ini Allah memberikan kamu ilmu (yg kita bincang tadi)".

Aku balik dengan satu semangat baru meredah sejuk malam. terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan manusia yang menyayangiku keranaMu. alhamdulillah.

Next entry will cover : Al-Ain w al-Hasad.

p/s: kepada cik aisyahrkh7, tolong doakan aku. dan balik nanti boleh pinjam ar-Risalah by syed naquib al-attas dari aku. aku beli pun sebab teringat kata ko minat nak baca. hehe.

6 comments:

imah said...

moga Allah permudahkan kita untuk bermujahadah sebagai ahlul Quran, insyaallah..Insaf baca , nak wat link la...

atiqahdahalan said...

amin.

Laila said...

"terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan manusia yang menyayangiku keranaMu. alhamdulillah"

smg smkin hari semakin bnyk kite dpt perbaiki diri.thanks one atas segala peringatan yg bermakna.

aisyahrkh7 said...

salam alaik one..

huuu..sayu baca entri ni..
byk sgt kekhilafan diri tp bercita2 tinggi..Allah je sebaik2 sandaran..

erm, Ar-Risalah? kt mne ko beli? wuu, smgt nk blk joden nih..ak tercari2 gak bookstores yg de jual buku english kt sini, tp susah sgt nk cari..sbb dorg mmg pekat sgt ckp bhsa dorg..huu..

antara misi ak jln2 kt sini sbb nk borong buku2..ko doa2 la ak jmpe buku2 idaman ak..hehe..

one, bittaufeq ala kulli hal..
best dgr cite latest ko..

atiqahdahalan said...

minggu lepas sheikhah kata suruh ikut jumpa sheikhah beliau esok, nerves sangat. ak doa2 tak jd spy boleh pergi ngn ko.. huhu

ada budak mafraq jual, bawak dr mesia. =)

Aleen said...

Assalamualaikum One..

Waa, pe kabar?

Bestnyer entry ni, daku merasa pedasnya especially bhgian travelling tanpa mahram tu sbb syeikhaha dah ade tegur, n pasal melupakan al-Quran.

Jazakillah khoiran.

p.s : 3 khamis dah lepas.. rindu kat syeikhah.