Friday, February 12, 2010

meninggalkan comfort zone secara temporary

meninggalkan rumah untuk satu journey yang panjang tanpa individu-individu yg signifikan (hpusemates lah maksudnya tu) adalah sangat discomforting bagi aku. haish~ lebih2 lagi 2 malam tak tidur katil sendiri, biasanya akan end up tak lena tidur/tak tidur langsung dan mungkin mata akan mem"panda" dan muka akan sembab. tapi, kadang2 kita terpaksa juga keluar dari kepompong selesa ini untuk kepentingan2 mahupun keperluan2 semasa. i am a home person, boleh survive duduk di rumah saja, asalkan sesekali ada jalan2 petangnya. traveling is not something i minat sangat, sebab meninggalkan rumah memang satu perkara tak best.

kadang-kadang, hidup ni memang memerlukan kita keluar dari comfort zone kita. kesian kalau ada orang yang rumah bukan comfort zone nye, macam mana la nak hidup ye?

making new friends dengan Melayu jugak adalah satu yang diluar comfort zone aku. haaaaa... adoi sangat.

aku packing2 sambil minum tropicana twister sedap melampau tu. ada adik prihatin tolong bawakkan dari Malaysia. ada 2 botol 355 ml. memang nikmat sangat. Jenama jus no 1 di dunia katanya, macam tipu je. tak ada pun kat Jordan. huh!

beg aku boleh tahan besar, padahal nak tidur satu malam je pun. errrr. malu la jugak. tapi aku mula sedar, hal ini menggambarkan sifat orang perempuan yang prefer to be ready for things to go wrong, and kalau macam aku, trying as best as possible as i can to make new place as comfy or at least as convenient as home. kalau sakit dah siap ada ubatnya, kalau sejuk dah siap ada selimut + pakaian yg mencukupi. kalau ada yang yg tertumpah kuah ke ape ke, ada bergantinya. perempuan mmg suka pandang jauh ke depan dan kadangkala expect the worst jugak. which, in some situation may be beneficial. dan mungkin jugak sebab perempuan mmg lebih banyak neccessities nya.

lelaki lain. sehelai sepinggang pun dy boleh. carefree. ke careless? huahua. bukan, memang pemikiran org lelaki tu tak complicated kot. dan aku rasa inilah perbezaan yg kita kena appreciate, saling melengkapi katanya. mungkin bg lelaki when thing goes wrong and they have to struggle a bit as a result of not being prepared, it's adventurous. tp untuk org perempuan itu adalah satu perkara yg menyusahkan. 

jadi, sekarang aku faham kenapa mama punya preparation utk travel biasanya tak terfahamkan dek akal aku zaman kecik2. contohnya pisau multipurpose yg abah guna dulu bila ada operasi dalam hutan, mama bawak untuk bekalan pergi snorkeling??? dan roti gardenia? dan kek pisang? sampai tgh laut aku jugak yang, "mama...lapar..." dan pisau tu boleh digunakan untuk memotong kek and also ada can opener if u need any. roti gardenia boleh dimakan oleh manusia dan of course utk umpan ikan2 colourful datang ke permukaan sebab ada org tu tak nampak ikan kat dasar laut sebab bila pakai goggles ko tak boleh pakai cermin mata.

oh, rindu rumah dan orang kat rumah ;).

called home this afternoon, actually, kakak's home lah. sebelum mama berangkat ke rumah cucu sulungnya si muaz itu. baby azam is okay, alhamdulillah... CT scan revealed hydrocephaly but katanya akan subside with brain growth. still, he's going to need follow up at HKL neurology department. kakak kata dy dah kurang muntah2 and all. jenuh kakak nak sebut sub-arachnoid hemorrhage and i was like, "eh, panggil mama lah senang" haiyyo.. 

and, planning to text my siblings my birthday wishlist hehehehehhhh... 
ok, akhir kata, selamat tinggal untuk few days. i hutang u all entry al-ain w al hasad. nanti lah ye. cik sopiah dah depress sbb skolah nak bukak dah this sunday. aku feelingless sebab ada jugak excited nak kelas, dan of course rasa tak puas cuti - i was supposed to feel boring sebenarnya... ini adalah cuti yg takde main game langsung. farmville pun tak bape sangat. gud3...

tgh tggu instax mini 7 tiba dari Malaysia. weeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~

eh, akhir kata pun panjang jugak.
take care n see u pasca mu'tah nanti. ;;)

p/s: lupa mention pulak semalam ustaz hasrizal saifulislam.com datang berceramah kat Casa Spektrum Iman. suka sangat.

3 comments:

imah said...

i agree with the part that org pmpn ni ske nk bwk brg bnyk2 even sekejap,haha, sbb kite pun jenis mcm tu, sgl bnd ada, senang la wat prep awal2 ni, nt dah terngadah, takyah susah2 nk pnjm org punye la hape la sgl bagai.esp, bwk air n fud la time jenjalan. pnah stu kali nk g kl nek tren sorg2 suh fawwaz masakkn hotdog,kui2 cam lawak je. pndg ke depan eh...i like that huhu. another matter, kite same la one! tak ske nk travel jejauh, lame2. sbb pnat! bek duk kat bilik (ni time weekend kat hostel, seme org rajin gler outing g mid valley!) n i duk snyp kemas bilik o wat pe2 yg patut spertinye, menapak ke onebonez.blogspot....hui3

atiqahdahalan said...

imah, i on the way to mu'tah tu, habis bengkak kaki... edema

imah said...

oh jauh ke tempat tu? em..bnyk bdiri ek? smoga baik2 aja