Friday, March 26, 2010

untung rugi menjadi seorang Melayu

selamat pagi. jam dah 2 pagi. bahana daylight time saving lah ni. untuk mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari katanya. tak pelah, bukannya effect sangat pun. tapi sedikit leceh lah kan.

beberapa hari kebelakangan ni, tajuk inilah yang bermain2 di sekitar kepala aku ni. aku faham, ada orang bangga habis bergelar melayu. ada orang malu. nak malu pun, boleh buat apa... dah Allah suratkan kita ni jadi Melayu kan. aku pulak, kadang-kadang malu jugak, most of the time nya, "tidaklah begitu bangga". tapi, jauh di sudut hati bersyukur juga. 

ada orang berpendapat, bangsa tidak diciptakan sia-sia. betul. Allah bagitahu dalam al-Quran, untuk berkenal-kenalan. tapi bagaimana pula dengan sentimen kebangsaan. kenegaraan. dan kita semua pun maklum, negara bangsa ini bukanlah satu ideologi yang dianjurkan oleh Islam. in fact, Islam datang membawa satu slogan keadilan, yang mana, satu-satunya perkara yang membezakan manusia adalah ketaqwaan. cina muslim, india muslim atau melayu muslim. it doesn't matter. hakikatnya dia Islam, aku Islam. okey, jadi... faham sekarang, kenapa aku memang tak suka sentimen bangsa? 

ini tidak. sampaikan arab sama arab pun ada juga nak berbeza dek garisan atas peta itulah. aku arab jordan, dia arab palestine, engkau arab kholij (negara teluk) -okey, sentimen tidak suka arab kholij adalah satu-satunya sentimen bangsa yang aku amalkan. tak dapat dikesan for what reason. astaghfirullah..

Untung dan Syukur seorang Melayu

lidah. ini aku bahagikan kepada dua subtopik perbincangan. yang pertamanya, bahasa. aku rasa melayu telah dikurniakan lidah yang cukup fleksibel. mampu berbahasa dengan baik, regardless bahasa apa sekalipun yang ada di dunia, asalkan melayu itu berlatih menggunakannya, maka ia akan fasih, dan mampu bercakap, tanpa pelat, mahupun bunyi "melayu" yang kejelasan. kalau orang US kata, "u speak english without any particular accent, awesome!". sedangkan orang texas pun cakap english pelik semacam. contohnya hannah montana. forgive me darl! tapi yang aku lagi pelik tu, kalau melayu jumpa cina, dia akan cakap melayu pelat cina. jumpa india, dia akan cakap melayu pelat india. serius. aku boleh buat. tapi setiap kali aku cuba untuk tidak buat, sebab aku rasa that's insulting. daripada aku cakap pelat dia, baik aku cakap cantonese terus. mesti dia suka. barulah tak sia-sia aku tengok drama cina. bangsa lain ada kekurangan. arab susah nak cakap P, jepun tak boleh cakap huruf L, cina semua R jadi L. ha. melayu sebut dhod agak sukar. sukar, bukan tak boleh.

yang keduanya dari segi makan. satu hari aku duk fikir nak masak apa for dinner. dalam kepala dah nampak gulai rempah terung, ataupun gulai nenas ikan masin. oih, kalau gulai rempah ikan yang ada bendi pun sedap juga ni. walau macam mana wannabe sekali pun aku, gulai ikan masin nenas never fail to make me tambah nasi. never. melayu ni, semua makanan dia boleh makan. chinese ke..indian food ke.. pasta.. pizza.. mukhallal pun ramai melayu boleh makan. aku je tak boleh. paling hebat sekali boleh makan durian. aku rasa tak ada bangsa pemakan seperti melayu, dan aku bersyukur lahir sebagai melayu sebab ada nikmat makan.

kesopanan dan kesusilaan. alhamdulillah, sebahagian isu-isu moral yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat di negara-negara yang so-called "maju", masih lagi taboo dalam masyarakat kita. which is, in a way, bagi aku, memelihara tumbesaran anak-anak. sopan pun memang bagus melayu ni, berbudi bahasa. jadi sebagai orang Melayu, memang rugi besarlah jika tak berbudi, mahupun berbahasa. jangan tau nak maki tak tentu hala. teringat kata singh dalam seniman bujang lapok.

Rugi dan Sesal seorang Melayu.

mudah terprovokasi. memang mudah. tengok di kem-kem motivasi contohnya. memang boleh je nak buat LDK yang ada unsur provoke, mesti jadi punya. yang sedihnya, time provoke tu, marahnya bukan main. nak berjuang, nak berjuang. lama sikit sebulan dua, udah lupa!! baliklah kepada keadaan asal, ibarat  pahat dengan penukul, sekali ketuk sekali jalan. cepat melenting pun iya juga. tak boleh diusik sikit, cepat rasa tergugat. budak-budak sekarang kata "sentap". apa yang sentap entah. implikasinya, orang nampak orang Islam ni tak ada sifat sabar. la...kenapa orang Islam pulak kena ni? sebab melayu dan islam itu telah wrongly, unwillingly associated. haih~

sebut pasal mudah terprovokasi. aku juga syahdu melihat melayu mula menggunakan facebook. kenapalah mereka tidak kekal saja menggunakan myspace ataupun friendster ataupun tagged. ataupun lebih bagus lagi kalau melayu semua guna orkut? hah sudah, orkut??? semua pakat google orkut pasnih. sila.sila. apa-apa social network, bila dihuni oleh melayu, memang jadi ridiculous dan pathetic semuanya. tapi, sebab facebook bukan aku punya, tak boleh nak buat apa lah kan. 

cuma aku nak sebut, sebelum nak post status, agak2 berapa ramai yang berfikir panjang? mungkin ramai. hehe. tapi yang pentingnya, kenalah fikir implikasi dari status tu. let's say kau bengang kat kawan kau. sekali kau post status, kau hambur dia, baik punya hambur. niat kau memang nak bagi dia baca, dan terasa, kau puas hati, dia mungkin makan hati. ataupun menangis teresak2, dua tiga hari kecil hati, menangis memohon pertolongan dari Tuhan. tapi, secara tidak langsung, kau telah membuat withdrawal dari relationship bank account kau dengan dia. dia akan mark kau sebagai orang yg tidak baik. kejam. pemikiran cetek. eh? orang lain pun tengok kau macam tu juga nanti. kan lebih baik, kau tak post kat status, kalau kau marah sangat, hantarlah personal msg kat dia. ha, all out. tapi, anehnya kita memang suka buat benda-benda for short-period satisfaction, dan mendatangkan kerugian yang berkekalan dan berpanjangan. aku kata, extreme moronic behavior.

tidak memahami bahasa arab dengan sebenarnya. ha.. ini satu kerugian besar yang aku agak tak boleh terima. rasa perit dan terseksa yang dahsyat. bahasa arab adalah satu bahasa yang bagi aku, tidak boleh difahami secara literal sahaja. masalahnya disebabkan, bahasa arab ni terlalu kaya, sampai direct translation biasanya gagal membawakan maksud yang tepat. kadang-kadang terjemahan pun masih tidak tepat. lebih stress lagi bila dari kecik kita faham macam tu, suddenly arab kata maksud kita tu salah ataupun silap context. macam bila belajar muscles, sekali doc kata "buku pun salah". camtulah stress dia. ataupun ingatkan nama kita tu maksud dah baik, sekali rupanya there's no such word in arabic language?

ketandusan nilai dan jatidiri. mungkin inilah sebabnya, aku nak sangat jadi orang bukan Melayu. sebab aku tengok orang bukan Melayu tu ada nilai-nilai yang aku nak tu. sekejap kita kagum dengan barat. sekejap lagi karang kita kagum tengok orang Jepun? sebab tu aku tak tengok cerita Korea. takut kecelaruan nilai, nak ikut omputih ke nak ikut dasar pandang ke timur. nguahaha... ha..jadi timbul persoalan tentang kolej-kolej persediaan untuk ke luar negara. aku pun pelik. sepatutnya kita kena ada pengukuhan jati diri untuk mengelakkan culture shock. tapi, aku rasa most prep college memang buat asimilasi budaya sebenarnya. macam kau nak pergi US, so sedikit demi sedikit kau akan siap-siap berbudaya macam orang US. supaya tak kena culture shock tu. dalam erti kata lain, bila kau pergi sana nanti kau boleh adapt. dalam bahasa mudahnya, sebelum pergi sana lagi kau dah jadi orang sana? so...apa kita nak pelik bila orang balik dari overseas jadi lupa asal usul? sekarang, aku rasa most universities kat Malaysia (based on my observation on fb kawan2) semuanya dah sangat aneh. ada PROM night, annual dinner pun theme hebat habis... sampai aku rasa kawan-kawan kat Jordan adalah kuat nilai melayu sebenarnya. tak penah lagi program Permai buat theme "arabian night" meskipun duduk kat negara arab.


truth that hurts.
ada orang dressing, lifestyle, language usage semua dah western habis dah. eastern pun boleh lah, (nanti marah pulak peminat jepun n korea kan). tapi mentaliti dan budaya kerja tak ambil kira. itulah poser namanya. paling pathetic sekali of them all. tapi, nak kata apa kan, masing2 punya life...  


Kesimpulan

sebelum apa-apa, disebabkan aku memikirkan implikasi sesetengah perkara yang aku nak sebut, tapi tak tersebut, maka itu je lah yang dapat aku luahkan. tapi, sebagai seorang yang dilahirkan Melayu my dad ada lineage rawa, and mama ada lineage jawa - aku dah buat satu kesimpulan yang win-win untuk semua orang Melayu yang senasib dengan aku.

kelebihan, keuntungan kita itu, harus kita raikan. kita hargai dan kita syukuri, dengan mengoptimumkan manfaatnya. kekurangan dan kerugian kita itu harus kita tampung. aku rasa, kita tidak perlu ada lineage bangsa untuk mengamalkan nilai yang kita percaya. cukuplah aku punya Islam. yang menggariskan setiap satu nilai yang aku kagum dan puja sangat dari barat tu. isunya sekarang, barat jauh lebih Islami dan mengamalkan Islam dari kita yang mengaku Islam ni. sayang kan. aku tak perlu jadi cina untuk jadi rajin, tak perlu jadi American untuk jadi outspoken dan courageous. aku tak perlu jadi mexican untuk pandai menari salsa (hah, apa statement niih?)

untuk menjadi seorang melayu yang untung. aku hanya perlu jauhi nilai-nilai melayu yang aku tak mahu, dan hidupkan nilai-nilai lain yang aku mahu. nilai 3 la jual kain murah2.. aku boleh jadi orang yang tahu berfikir sejenak sebelum bertindak. and as for bahasa arab tu. memang aku rasa, baca kitab arab perlu berguru. baru kefahaman tu boleh dipupuk dengan kemas. belajar...apa pun mesti berguru kan.

okay. kesimpulan besar kita, it doesn't matter pun bangsa kau apa. kau boleh jadi apa yang kau mahu, there's no such pre-requirement. berpeganglah dengan Islam, dan jalani hidup dengan lebih baik. kau boleh, aku pun boleh. ;)

p/s: u can stay a poser if u like, i just wanna think, act, walk, talk like those i wanna be like.

10 comments:

imah said...

salam. alhamdulillah...'membuka mata' yg separuh terbuka ni, tidak mahu mengulas ape2, tapi saya suka dengan cara penyampaian anda ttg post kali ni. tahniah! :D

hensem said...

setuju dengan artikel saudari.cuma nak berkongsi sedikit pendapat.

aku amat2 menyokong negara bangsa.sebab?tak semua orang dalam negara tu muslim kan?tp semua orang dalam negara tu boleh diletakkan dalam satu bangsa.contoh macam di indonesia,org keturunan cina pun dikira bangsa indonesia.jd tiada diskriminasi di situ.

tipikal perangai orang melayu yg kau senaraikan tu dah betul.kadang2 memang 'kebangsaan; itu membentuk personaliti seseorang.tp hanya sedikit.pada zaman moden ni,pergaulan dan pembacaan menjadi semakin luas jadi manusia lebih terbuka dan sedikit sebanyak mengikis sifat2 tipikal melayu itu.poinnya pergaulan dan pembacaan yg mempunyai bahagian terbesar dlm pembentukan personaliti.

pasal nama dalam arab tu,nampak sgt org melayu mudah terikut sgt dengan arab.nama arab dikatakan islamik padahal nak letak nama dalam melayu pun boleh.dah laletak nama arab lepas tu takde maksud.'bunyi' arab je lebih.

atiqahdahalan said...

-imah-
thank you dear.

-hensem-
for me, negara bangsa itu relevan dari sudut nak merapatkan jurang bangsa. walaubagaimanapun, semangat negara bangsa ini juga, bukan satu ideology yg dikemukakan dalam islam. semangat asobiyah kenegaraan ini nanti bimbang juga boleh menyebabkan kemudaratan yg lebih besar.

eatyu said...

are you taking medic or scieec politic?
cause i'm pretty messed up and confused after reading this.haha

nak gak tulis pasal ni.tapi tak cukup observation lagi.

im sure it is pretty obvious for a 3rd year medical student yang dah lama duduk negara luar kan?eheh eheh

hebat :O

atiqahdahalan said...

medic tu passion, human sciences ni, life interest kot. huhu..
i've always believe, "to treat human nation, u have to first understand them." unfortunately, dah 3 tahun pun tak penah bepeluang amik elective sociology lagi.

hensem said...

jadi menurut anda apa yang dapat menyatukan rakyat dalam sesebuah negara?btw nationalism berbeza dgn chauvinism.kita tak diskriminasi org2 cina kerana mereka malaysian seperti kita.dan di peringkat global kita besarkan lagi skop kita,warga dunia.indah bukan?

atiqahdahalan said...

for the time being, it has to be nationalism, just as u proposed. but, i resent nationalism, or to some extend is chauvinism as practiced in middle eastern countries.

penyatuan yg ideal bg saya adalah atas dasar agama dalam keadaam mempraktikkannya. kerana Islam menganjurkan umatnya menghormati pengamal agama yang lain. mungkin nampak idealistic, tapi masih bukan mustahil.

di Malaysia, melayu memang tidak mendiskriminasikan bangsa lain, bukan kerana ia tidak mahu, tapi kerana ia tidak mampu.

tapi, sentimen bangsa itu masih menebal, boleh kita lihat pada sikap masyarakat kita yang cepat membuat kesimpulan hanya berdasarkan bangsa seseorang.

wallahua'lam

atiqahdahalan said...

tambahan

"taalau ila kalimatin sawa' bainana wabainakum"

penyatuan total tidak akan mampu dicapai di mana-mana negara sekalipun, perbezaan pendapat/kepercayaan akan tetap wujud.

tetapi dengan titik persamaan ini, kita bersatu dalam isu2 universal.contohnya; good governance, transparency, people empowerment. pokoknya, kesatuan ini kita capai atas dasar nilai, bukan bersatu atas dasar perbezaan garis sempadan yang terlukis di atas peta.

hakikatnya, semua nilai ini adalah yg dianjurkan Islam, tidak perlu kepada label, regardless of siapa juga pelakunya, nilai ini menepati apa yang dibawa oleh Islam.

Anonymous said...

saya adalah warga dunia, penganut kebenaran, penutur bahasa persefahaman dan berbudaya toleransi.

saya sependapat dengan karl marx, agama adalah 'candu'.sama ada anda mempelajari cara menggunakannya dengan betul(salafi), menggunakannya sesuka hati selagi tidak memudaratkan(liberal) atau tidak menggunakannya(sekularisme).

antara salah faham agama yang membawa kepada extremis atau terrorisme dengan sekularisme, saya lebih menyebelahi sekularisme.sekurang-kurangnya mereka masih lagi menggunakan akal waras mereka.

bukankah lebih molek kalau kita luaskan skop umat islam kepada umat manusia?kita tidak memusuhi yahudi mahupun atheis, tapi kita memusuhi kejahatan dan penipuan.kita tidaklah bersahabat atau bersaudara dengan muslim sahaja tapi saudara kita adalah pencari dan pencinta kebenaran.

allahu a'lam

p/s maaf kalau saudari tidak memahami poin yg saya berikan disebabkan bahasa saya yg kurang tersusun

atiqahdahalan said...

bahasanya masih boleh saya fahami.

respon ini sebagai tanda penghargaan saya kepada perbincangan ini, dan tidak berbentuk defensif.

sekiranya agama adalah "candu", seakan mustahil pula rasanya kemajuan yang dikecapi di zaman kegemilangan ketamadunan Islam satu ketika dahulu. agama hanya akan jadi candu bila berlaku ketaksuban, atau "keterlampauan yang melampau" dalam kehidupan beragama. boleh jadi, "sebaik-baik amalan adalah yang pertengahan" itu adalah satu ramuan terbaik sebagai antidote kecanduan beragama seperti yang saudara nyatakan.

nilai adalah nilai tanpa mengira pada skop mana sekalipun ia dibincangkan. tetapi, saya pula berpendapat lebih cantik apabila Islam dikaitkan dalam perbincangan ini, supaya lebih ramai yang dapat melihat Islam telah lama dahulu menyediakan solusi kepada permasalahan yg kita hadapi hari ini. siapa pun yang mengamalkan sesuatu nilai itu, nilai yg baik tetap nilai yg baik juga. totally agreed upon. dan inilah juga yang berlaku hari ini bila umat manusia yang tidak Islam itu bahkan lebih islami berbanding umat Islam itu sendiri.