Thursday, May 27, 2010

looking to finger point

hai hai hai, hai hai...

one datang lagi...! (nada tora datang lagi okeh)

jadual exam i adelah seperti berikut

2 jun : UGS midterm
6 jun : UGS final
10 jun : CNS 1 final
15 jun : CNS II final
16 jun : management final
17 jun : ethics final
tolong doakan ye.

last one month was awesome, roller coaster dan ape sajelah yang sewaktu dengannya. I swear. dan sekarang nak exam, 2 minggu tempohnye, lepas tu cuti. exam ni memang satu benda yg kita memang nak sudahkan dy cepat, tapi kita nak lebih banyak masa utk study, tp masa tu mmg tak akan kesian kat kite. laju je dy menonong-nonong. hari ni kakak is going back to ipoh, esok angah dan along pulak balik. aku balik malam karang kot dalam mimpi. ye, kpd cik husnaMeon, sy tidak dapat pulang june, kerana tiket habis. tinggal bisnes klas saje, dan sy tidak pula ade boyfren kaye spt donald trump utk menaja tiket pulang sy.

aku nak cakap pasal rasa ralat dan terkilan je harini.

selama harini, aku tahu masyarakat di Malaysia sekarang memang sangat keterlaluan dalam berhibur. org Jordan pun apa kurangnya, tiap2 minggu ada iklan party party kat aqabah lah, dead sea lah. hmmm. memang kita suka hiburan. aku pun suka tgk TV. cuma aku tak pernah pergi konsert je ataupun sureheboh, abah kata tak boleh pergi join benda-benda maksiat camtu. 

semalam aku telah tertampar akan kesan hiburan terlampau ni terhadap masyarakat. tertampar macam mana, tak yah la aku citer plak kan. tp aku rasa hiburan melampau ni melekakan masyarakat dari agama. bila ilmu serta penghayatan tu kurang, masyarakat mula lah buat perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. tapi, aku ada secebis simpati, sebab ramai orang tak tahu. mmglah kita kata itu dikira cuai dalam menuntut ilmu, tapi aku tetap kesian. sheikhah kata haritu, nanti di akhirat kita akan dipersoalkan kenapa kita tak nasihat org sekeliling kita. sebab tu kita kena usaha semampu kita menyampaikan dakwah. 

aku baca artikel ni semalam, klik sini . memang relevan. aku pun dulu ada stigma jugak bila belajar ttg ethics towards AIDS patient. emo betul aku. haha. tapi bila baca artikel ni, aku insaf lah jugak. aku siapa nak hukum orang kan. aku pun belum tahu esok lusa aku ni macam mana. Allah...Allah...

kalau ada family, kita usahakan dulu dengan family kita. ataupun kawan-kawan. ataupun sape2 lah yang kita sayang tu kan. bagi kesedaran, kenapa pentingnya kita dekatkan diri dengan agama. aku rasa tak ada penawar yang lebih baik lagi untuk kebejatan (kannnnn dah keluar perkataan kebejatan. ciss) sosial ini melainkan agama. 

sekian.

berkenaan tajuk tu, maksudnya, aku pun tak tau nak menuding jari kepada siapa. hah. itulah maksud aku.

Monday, May 24, 2010

boycott facebook???

assalamualaikum.

sepi lagi blog ni ditinggal tak berpenghuni. tetamu datang lalu je lah tengok motor takde parking kat porch, balik je lah kan.

imtihan pun mendekat. doakanlah aku. housemate aku. dan kawan-kawan aku.

untuk pengetahuan u all, cuti raye aku dah dipendekkan. 12 sept dah kena balik jordan. jadi, aku tengah nk bodek2 along spy aku boleh balik bulan 6 ni je ha. lama sikit cuti kan.

entry ini ditulis bagi meraikan pertanyaan seorang tetamu tentang pandangan aku terhadap usaha memboycott facebook. kurang jelas di sini, maksudnya boycott tak guna langsung ataupun boycott pada 20 mei haritu saja..?

nak bagi rujukan ke blog lain, macam tak proper pula sbb tanya pendapat saye, bukan tanya pendapat org lain kan. boleh klik sini, entry lama ttg kemusykilan aku tentang boycott ni. aku musykil je, ade lah orang lain bagi pandangan masing2.

jika soalan ini berkenaan boycott fb pada 20 mei, saya tidak menyertainya, malah masih menggunakan fb seperti biasa. mungkin saja saya kurang sensitiviti bg sesetengah pihak, tp lebih besar lagi isunya, sy sendiri tidak meyakini effectiveness tindakan sebegini.

jika isu yang ditanyakan adalah boycott facebook secara total, tidak menggunakan facebook, maka sudah jelas lagi bersuluh saya seorang pengguna facebook. untuk dalil dan justifikasi fiqhnya, silalah rujuk kepada blog-blog agamawan yang memang ahli, kerana saya tidak punya peralatan menghuraikan isu ini satu demi satu.

walau bagaimanapun, saya juga percaya bahawa it's the effort that matters, not the outcome. setiap orang punya pilihan, pandangan dan kemampuan yang berbeza, saya raikan saja semuanya.

wallahua'lam.

Sunday, May 23, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/onebonez

Saturday, May 15, 2010

cerita kerbau dengan burung mynah

selamat hari sabtu. =)

tahun 3. 3 tahun. hampir 3 tahun. dan musim bunga kali ini datang membawa buah tangan pollen allergy. sebulan bersin-bersin. sebulan mendatang, mungkin dua bulan pula nak menelan anti-histamine setiap hari lalu memasukkan nasal spray ke dalam hidung. mmg tak best lah nasal spray. tp rasanya lebih sedap berbanding rhinocort. eh, sedap bau lah bukannya aku telan spray tu. gila.

apesal lah sekarang suka sangat nak mention 3 tahun. haiz.

haritu aku terbaca lagi tentang hubungan kita dengan manusia ni mestilah win-win based. tapi, kita dari kecik cenonet lg dah terdoktrin untuk situasi win-lose. there's only one who can be at 1st place. jadi, orang yang periksa dapat #2 akan benci pada #1, dan pada #3 dia pandang hina? ataupun dia berjaga-jaga takut kena potong. anak yang dapat nombor banyak2 takut nak balik rumah kalau mummy dan daddy dia garang, tapi ada mak ayah baik hati akan pujuk anaknya kata, "banyak nombor lah bagus". jadi kita semua pergi sekolah, belajar pandai-pandai sebab nak dapat nombor cantik, and the essence of learning and education adelah terpinggir. we lost the flavor of life di sekolah. okay, hidup begini memang pathetic.

nasib baik skrg markah exam simpan masing2. jadi kita boeh berfikiran win-win, kita nak berjaya sama-sama kawan kita. tapi perbuatan rubbing off your success in my face : NOT HELPING. haha.

eh, selingan je tadi tu. nak kata muqaddimah macam tak ada kena mengena pula.

Kerbau dan Burung Mynah.

Semalam aku tanya-tanya pada adik-beradik serumah aku itulah. burung apa yang makan kutu kerbau, semua orang tak ingat ni. una kata burung kelicap. aku search kat internet burung mynah atau burung kerbau. jadi kalau ianya kelicap, silalah maklumkan aku.

Tarik tali. sukantara ke sukaneka? semalam aku nak cakap pasal manusia yang bertarik tali. tapi lepas tu ak terfikir, rugi betul sukan tarik tali ni, satu team akan tersungkur, satu team lagi mungkin akan terlentang. jadi aku rasa, tarik tali adalah satu contoh hubungan manusia yang lose-lose dah, bukan win-lose. (oih, baru aku perasan patutla aku taip yang kat atas tadi. haaa..ada kaitan, ada kaitan). pasukan yang terlentang tu, menang sorak lah. dia pun lupa dia pun jatuh sama. tapi mungkin dia tak jatuh sebab dia dah buat lubang kat tanah guna tumit dia sebelum pengadil tiup wisel.

buang masa, buang tenaga. jadi, sukan tadika tak perlu buat acara tarik tali lagi. merosak minda semua tu. jadi aku teringat hubungan sesama haiwan, kerbau dengan burung kerbau yang makan kutu-kutu pada kerbau. dan sekarang aku terfikir lagi, haiwan-haiwan semuanya dalam keadaan saling membahu, tapi manusia tidak. ada hasad dengki, ada iri hati, ada menyakitkan hati. sebab apa? macam tak logik pula, sebab nafsu aku ada, kerbau pun ada. aqal aku ada, kerbau tak ada. jadi apa pulak aku yang tak reti nak hidup saling membahu ni? aku pergi tadika 3 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun, haih, belajar apa aku kat sekolah ni? patutlah tarzan lebih berhati mulia dari that guy yang nak dekat Jane tu. sekolah rimba ni bagus jugak rupanya.

apalah ertinya jadi manusia. jom lah kita fikir sama-sama.

dan mula membina hubungan dan aura-aura mutualism dengan hidupan di sekeliling kita. lebih baik dari terkadang jadi pemangsa, terkadang menjadi mangsa. ada cacing duduk dalam badan pun bukan parasit (relationship-based speaking). sebab cacing memang tergolong parasite, maksud aku parasite baik? hahahahah.

panjang lebar pulak kan. nah. amiklah gambar kerbau dan sahabatnya ini.

Tuesday, May 11, 2010

say what you mean, mean what you say

cliche sungguh tajuk tersebut.

sebelum apa2, selamat hari 11 mei, kakak tersayang, happy birthday babe. ye, i call my sister babe, sebab terpengaruh tgh beat TV rentak evolusi warna ape tah. dan, yea, i hate not-blogging-me. okay, honestly last few weeks was kinda fun, (fun???????) mencabar dan things were kinda unusual than they used to be. hahaha. and im currently trying to get things back to where they are. but, of course some changes are kinda permanent or predicted to last for quite some time.

okay, last sunday we learnt about effective communication. jadi kesimpulannye (wth?) nak kata, kita tak perlu lagibuat status2 facebook atau messenger bila nak menyampaikan sesuatu msg kepada seseorang/ sesuatu kumpulan  manusia. untuk fb mungkin relevan kalau nk menyatakan pandangan, atau respon ataupun lontaran idea. tapi, kalau nk cakap pada orang kau tak suka dia , kau suka dia, kau tak suka apa dia buat, maka silalah sertakan namanya, facebook boleh tag apa. tak dilupakan metode yg lebih relevan lagi, send a private message. mudah kan? mesej yang nak disampaikan pun lebih berkesan penyampaiannya.

tak kira lagi orang yang beremosi dan memaki hamun di fb, terlajak perahu boleh diundur, terlajak status fb, orang sempat baca kot. hahaha. tapi yelah, orang kita memang cakap berlapik. tapi memang rugi betul bila benda yang kita nak sampaikan tu, kita sampaikan dengan cara yang negatif. satunya, ada orang yg tak ada kena mengena dengan situasi tu rasa dia kena tuju, tapi orang yg kita nak tuju tu, tak dapat tangkap, tak tahu dan tak heran pun dekat status kita tu.

jadi saya tegaskan, menggunakan status fb untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pihak yg terfokus, adalah tidak efektif sama sekali.

sekian, terima kasih
contoh komunikasi berkesan. and i'll get myself the cartoon cake.mwahahaha

caption original : kek bob dari abg muaz
(well, he may be the one who named it kek bob, but it's his abah that pay for this cake)

hero-hero kite terkandas menonton upin dan ipin.

hugs and kisses,
maksu

p/s: keluarga encik saiful sambut birthday saje bulan 5 nih. happy birthday abg saiful, kakak and azam.

Tuesday, May 4, 2010

tagged

tagged by adik junior : Luqman

baik sungguh aku melayan tag2 ini yaaaa..

1) Adakah anda rasa anda hot?
- err..i think i prefer being a cool person than a hottie. hahah


2) Upload wallpaper/desktop PC yang anda guna sekarang




3) Cerita pasal gambar
-i "pimped" my desktop somewhere in december for fun, (last2 langsung jatuh hati plak dgn style baru ini), and this turns out to be the one HD wallpaper that caught my eye. sebenarnya i memang suka sangat black and white/silver thingy.

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
-thursday dinner, friday dinner. memang wajar menggemuk.

5) Lagu terakhir anda dengar?
-a love that last by Renee Olstead

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-texting. intensive texting.

7) Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
-one, tam, kak nab?

8) Tag lagi 8 orang.

  1. As (not sure if she even read my blog)
  2. ayyash (hahaha)
  3. phatroco (obviously ak just nak penuhkan 8 org)
  4. luqman (boleh ke tag balik?)
  5. yana ( i think she did this one, tp tak kisahla kan)
  6. bella (my cousin)
  7. sue ya
  8. imah
9) Siapakah Num 1 kepada anda?
-junior sekolah taayah (hillarious pula aku rasa bila sebut sekolah taayah, macam mak2)

10) Katakan sesuatu tentang orang Num 5
-loudspeaker. haha

11) Num 3 ada hubungan dengan siapa?
-no comment

12) Bagaimana pula Num 4?
-dengar cerita dy ada special girlfriend, ambil dentistry di usim. hah sudah!

13) Pesanan buat orang Num 6
-life is all about prioritizing, what matters and which one comes first

14) Kata kata cinta untuk orang Num 2
-terima kasih, untuk setiap hari-hari yang kita lalui bersama. hahahahahah sebelum ada gosip liar,  ayyash adelah seorang perempuan.

15) Adakah Num 7 dan 8 punya persamaan?
-ya. they're both from same high school, same state, dan keduanya telah selamat hafaz 30 juzuk.

16) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang tag anda
- dia rasa dia comel, kacak dan yang sewaktu dengannya
-his dad got facebook account
-sukamelompat2 sambil tangkap gambar
-tidak mempunyai instant camera seperti aku
-tahun lepas sambut birthday di turki, obviously birthdaynya bukan minggu ini.

17) Persamaan antara lembu dan kambing.
-empat kaki, boleh dibuat mansaf. *drools*

18) Perasaan anda buat tag ini.
berbunga-bunga dan berdebar-debar sebab sambil2 tengok drama melayu ni. haih~

19) Adakah anda tahu si Rizamn tu sengal?
-okay, soalan ini tidak dapat dijawap. who the well is Rizamn

20) Gay or less?
-yeay chrolli. hah, sudah lagi!

Saturday, May 1, 2010

Peluang Keemasan !!!

okay, minggu ini adalah sangat roller coaster. weekend ni, apetah lagi kan. mom and dad was scheduled to fly to beijing tonight, pergi tengok musim bunga katanya. this time mmg going to jalan2 kot sbb lama sikit pergi.. haih, jeles betul tengok orang dah 33 tahun ++ bercinta ni kan.. haha.. anyway, just nak berkongsi kebaikan (ecececeh...) dengan geng2 especially dari irbid sekalian. nah, copy paste dr email ak kat group.


Assalamualaikum WBT.
Selamat hari jumaat sabtu. Alhamdulillah, i was given the opportunity to help a group of doctors and medical students from India and Pakistan who's conducting a survey research on "perception of medical students and faculty about the disease mongering or selling of sickness by pharma companies". 
We are collecting data from different countries. A sample size of around 300 med students and 100 faculty members would be good enough. So, I will be supervising the data collection in Jordan, more specifically in JUST. So, dengan rendah dirinya, saya inginmenyeru kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai my team to conduct this survey. We'll be distributing questionnaires and compute the data afterwards. Jangan risau, I've already got the approval from Dr. Yousef Qoud untuk buat survey ni and he's more than happy to help us with it.
Timbal-balik untuk anda
- Experience, Experience and Experience
- You'll get to mingle with more people
- Improve language skill + other soft skills
Terbuka kepada both akhawat dan syabab. If interested you can contact me via email / facebook.
Tidak ada limit bilangan, no worries. =)
Sekian, terima kasih. thank you for your time and attention.
NURUL ATIQAH BT DAHALAN
okay, jadi sekarang i'm offering the spot to join my team kepada sesiapa saje lah di JUST. kate ilmu nak kena amal, penat2 belaja biostatistic & public health, nah inilah masanya. kalau nak praktis bahasa arab ammi or English pun, inilah jugak salah satu peluangnya. ya, dental students pun boleh join juga. =)

selamat sekolah esok, distracted betul aku semenjak dua ni. blogging pun macam hidup segan mati tak mahu. kahkahkahkah