selamat hari sabtu. =)
tahun 3. 3 tahun. hampir 3 tahun. dan musim bunga kali ini datang membawa buah tangan pollen allergy. sebulan bersin-bersin. sebulan mendatang, mungkin dua bulan pula nak menelan anti-histamine setiap hari lalu memasukkan nasal spray ke dalam hidung. mmg tak best lah nasal spray. tp rasanya lebih sedap berbanding rhinocort. eh, sedap bau lah bukannya aku telan spray tu. gila.
apesal lah sekarang suka sangat nak mention 3 tahun. haiz.
haritu aku terbaca lagi tentang hubungan kita dengan manusia ni mestilah win-win based. tapi, kita dari kecik cenonet lg dah terdoktrin untuk situasi win-lose. there's only one who can be at 1st place. jadi, orang yang periksa dapat #2 akan benci pada #1, dan pada #3 dia pandang hina? ataupun dia berjaga-jaga takut kena potong. anak yang dapat nombor banyak2 takut nak balik rumah kalau mummy dan daddy dia garang, tapi ada mak ayah baik hati akan pujuk anaknya kata, "banyak nombor lah bagus". jadi kita semua pergi sekolah, belajar pandai-pandai sebab nak dapat nombor cantik, and the essence of learning and education adelah terpinggir. we lost the flavor of life di sekolah. okay, hidup begini memang pathetic.
nasib baik skrg markah exam simpan masing2. jadi kita boeh berfikiran win-win, kita nak berjaya sama-sama kawan kita. tapi perbuatan rubbing off your success in my face : NOT HELPING. haha.
eh, selingan je tadi tu. nak kata muqaddimah macam tak ada kena mengena pula.
Kerbau dan Burung Mynah.
Semalam aku tanya-tanya pada adik-beradik serumah aku itulah. burung apa yang makan kutu kerbau, semua orang tak ingat ni. una kata burung kelicap. aku search kat internet burung mynah atau burung kerbau. jadi kalau ianya kelicap, silalah maklumkan aku.
Tarik tali. sukantara ke sukaneka? semalam aku nak cakap pasal manusia yang bertarik tali. tapi lepas tu ak terfikir, rugi betul sukan tarik tali ni, satu team akan tersungkur, satu team lagi mungkin akan terlentang. jadi aku rasa, tarik tali adalah satu contoh hubungan manusia yang lose-lose dah, bukan win-lose. (oih, baru aku perasan patutla aku taip yang kat atas tadi. haaa..ada kaitan, ada kaitan). pasukan yang terlentang tu, menang sorak lah. dia pun lupa dia pun jatuh sama. tapi mungkin dia tak jatuh sebab dia dah buat lubang kat tanah guna tumit dia sebelum pengadil tiup wisel.
buang masa, buang tenaga. jadi, sukan tadika tak perlu buat acara tarik tali lagi. merosak minda semua tu. jadi aku teringat hubungan sesama haiwan, kerbau dengan burung kerbau yang makan kutu-kutu pada kerbau. dan sekarang aku terfikir lagi, haiwan-haiwan semuanya dalam keadaan saling membahu, tapi manusia tidak. ada hasad dengki, ada iri hati, ada menyakitkan hati. sebab apa? macam tak logik pula, sebab nafsu aku ada, kerbau pun ada. aqal aku ada, kerbau tak ada. jadi apa pulak aku yang tak reti nak hidup saling membahu ni? aku pergi tadika 3 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun, haih, belajar apa aku kat sekolah ni? patutlah tarzan lebih berhati mulia dari that guy yang nak dekat Jane tu. sekolah rimba ni bagus jugak rupanya.
apalah ertinya jadi manusia. jom lah kita fikir sama-sama.
dan mula membina hubungan dan aura-aura mutualism dengan hidupan di sekeliling kita. lebih baik dari terkadang jadi pemangsa, terkadang menjadi mangsa. ada cacing duduk dalam badan pun bukan parasit (relationship-based speaking). sebab cacing memang tergolong parasite, maksud aku parasite baik? hahahahah.
panjang lebar pulak kan. nah. amiklah gambar kerbau dan sahabatnya ini.
No comments:
Post a Comment