assalamualaikum.
sebelum kita bermula, jom kita flashback apa yang dibebelkan cik tam onebonez di ruang kecilnya ini setahun yang lalu, untuk occassion yang sama di sini. (baca dengan discussion dekat komen2 die skali)jadi sekarang aku ada bukti mengatakan, aku dari dulu lagi pun mintak perkara yang sama saja. tidak lebih. tidak kurang.
mengapa sehelai kertas itu berharga?
metaphorically speaking, kertas lah. tapi, zaman dah canggih ni, mungkin saja manifesto itu dihebahkan melalui blog-blog berkempen, note-note di facebook wa imma video-video di youtube sekalipun. kepentingan pewartaan manifesto calon ini sangat penting bagi pengundi seperti aku, yang mengidamkan calon, yang bertanding kerana dia tahu apa yang ingin dia bawakan dalam PERMAI.
itu yang pertama. yang keduanya. marilah kita sama-sama berfikir sejenak. aku kategorikan pemimpin dalam masyarakat PERMAI ada tiga. yang pertama, yang apabila terpilih, ia menyedari itu ketentuan Allah, maka atas sebab itu, dia perlu melakukan sehabis baiknya, menunaikan amanah dan yakin, Tuhan tidak membebani hambaNya dengan apa yang tidak mampu hambanya tanggungi. yang kedua, juga menyedari ketentuan Allah, dan yakin,Tuhan tidak membebani hambaNya dengan apa yang tidak mampu hambanya tanggungi, tetapi terlupa pada bahagian "maka atas sebab itu, dia perlu melakukan sehabis baiknya, menunaikan amanah". kedua-dua kategori ini wujud. aku katakan DALAM MASYARAKAT PERMAI, bukan dalam Majlis Mesyuarat PERMAI sahaja, sebab dalam jawatankuasa gerak kerja yang kecil2 pun berlaku juga senario yang sama. bahkan, i admit, i myself sometimes, bila buat kerja untuk permai pun termasuk dalam golongan kedua juga.
Calon Pilihan
dan kita juga ada golongan yang ketiga, yang kita impi dan idam-idamkan. yang bertanding kerana mahu membawa perubahan dalam PERMAI, kalau tidak banyak, maka sedikit penambahbaikan. yang berharap, jika layak untuknya bergelar pemimpin, maka mudah-mudahan Allah mengurniakannya kemenangan. yang tahu, kalau bukan dia, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. maka inilah calon pilihan saya, yang kalau ada, mintalah dikhabarkan yang mana satu calonnya.
kalau perlu, apa salahnya kalau kita adakan speaker's corner, mendengar dari calon-calon kita sendiri, ke mana hala tuju PERMAI kalau dia menjadi terajunya. apa yang ingin ditawarkan, apa benefitnya untuk pengundi, setelah meluangkan sedikit masa untuk mengundi, bahkan mungkin juga yang turut sama berkempen.
tempoh berkempen ini patut dimanfaatkan secara optimum oleh calon, memberi sedikit bayangan tentang masa hadapan PERMAI, what to expect, what not to expect. kalau tahun lepas kita ada kempen yang tertumpu pada biodata/profil calon, tahun ini nampaknya ada sedikit perubahan bila ada testimonial dari figure-figure tempatan. tapi, musykil juga bila bahagian "harapan calon" persis ucapan pasca kemenangan. nanti dulu, hari ini, khabarkanlah pada saya, mengapa perlu mengundi anda, hujung minggu nanti baru boleh anda nyatakan expectation anda pula kepada insan-insan yang telah mengundi anda. nak mintak kerja bersama-sama anda ke...kerja untuk anda ke..
saya seorang pengundi. saya tidak minta sistem keselamatan baru di kawasan perumahan saya. saya tidak minta disediakan perkhidmatan bas dari jamiah ke kawasan penempatan. saya tidak minta kain batik atau kain pelikat cap gajah duduk. saya cuma mahu tahu yang calon yang akan saya undi itu, benar-benar MAHUKAN undi saya itu.
saya pilih untuk mengundi, tolong yakinkan saya undi saya itu bermakna.
7 comments:
kalau dapat manifesto dari calon pilihanraya tu, pass ke akak jugak ok :)
kalau ada medium public speaking utk calon2 ni or kalau tak pon, bertulis pon okay la. calon2 ni dah pelbagai, memandang makin ramai org2 kat permai ni, kita tak la kenal pon deme2 ni kan. ade yg nama pon dengar sekali dua je. hmm.
still thinking dan menanti ilham dari pemilik langit he he.
itulah pasal.
i dont know la kak ninah.
next year nak pi volunteer jadi ajk JPR lah (boleh ke???) pastu wajibkan calon sediakan manifesto.
wah!kejam ke?
kalau tak dapat buat public speaking as an event, dpt buat vlog on youtube pun is good enough rasanya.
cepat.. tak sabar tunggu calon2 pilihan hati awk, hahaha.
salam.. anda mungkin tidak pernah menjadi calon, mungkin tidak merasai apa yang calon-calon merasai..bukanlah mereka tidak mahu berkempen, tapi,kerana mereka merasakan amanah yang beratlah mereka tidak mahu mengeluarkan apa-apa manifesto,
ketahuilah,beratnya amanah memimpin ini,dikatakan gunung2 apabila diminta utk memegang tangungjawab sebagai khalifah,terus hancur lebur gunung ganang tersebut. betapa berat nya tugas dan tangunggjawab pemimpin ini.
inilah masalah demokrasi..kononnya rakyat diberi hak utk bersuara..dirasakan calon itu layak diundi,tapi ketahuilah,hanya calon yg lebih mengenal diri mereka sendiri,
lihat bagaimana pimpinan majlis syura dipilih, dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Perlu diingat,siapakah anggota yg berada dalam majlis syura itu sendiri?? Bukan calang-calang org semestinya. Sudah ada penapisan calon khalifah pada peringkat itu. Hanya orang-orang yg berpegang kepada al-quran dan as-sunnah dan berpegang teguh kepada ajaran Allah swt shj yg layak menjadi calon khalifah. Tidak dinyatakan mereka berkempen kesana-kesini mencari undi,mengeluarkan manifesto utk rakyat mereka. Tidak pernah didengari dalam lembaran sejarah.(kalau ada bolehlah bgtahu,mungkin “research” saya masih tidak mencukupi).
tetapi jangan kita lupa kepimpinan adalah perkara yang dituntut oleh iman. dan memimpin bukan hanya terhad sekadar utk memimpin sesuatu persatuan atau negara sbg cth, memimpin diri dan keluarga juga dikira juga sebagai pemimpin utk kita melakukan perkara-perkara yg disuruh,meninggalkan apa-apa yang dilarang. Malah, mungkin apabila seseorang itu merasakn dirinya layak utk memegang tampuk pemerintahan,sudah cukup ilmu politik dan perundangan, mempunyai fizikal yg sihat, otak yg cerdas,mampu menguruskan segala masalah melanda, tidak menjadi masalah utk dia menjadi pemimpin apabila dia telah bersedia segalanya.
tetapi mungkin dalam konteks PERMAI ini, calon-calon tidak merasakan diri mereka cukup bersedia. Siapalah mereka jika hendak dibandingkan dengan khalifah-khalifah terkemuka seperti Umar abd Aziz atau Muhammad Al-fatih?? Sebab itu lah mereka tidak lantang bersuara mengeluarkan manifesto,mengadakan “talk” @ speaker’s corner. mungkin apabila mereka telah memikul amanah tersebut,mereka mampu menjalankan nya dengan baik. Siapa tahu??
Mungkin nmpak seperti ketinggalan zaman, dunia kini memerlukan org yg lantang bersuara, menyatakan pendapat,org yg terkehadapan, sebenarnya, pada saya,ini semua hanyalah pemikiran-pemikiran yg menjadi lumrah dalam keadaan masyarakat sekrng yg merasakan perkara itu benar walhal nya tidak,seperti konsep pemikiran “sistem demokrasi”. Lihat bagaimana calon masing-masing menyatakan manifesto,manabur janji2 agar dirinya terpilih.sekali lagi saya nyatakan, mungkin calon tersebut sudah bersedia lengkap segala,tiada masalah,silakan, tetapi yg merasakan diri nya tidak mampu utk position tersebut,lebih baiklah dia berdiam diri dari dia mengatakan kata-kata yg sia-sia semata-mata hanya utk meraih kepercayaan rakyat agar mengundinya. Sekadar memberikan pendapat… wallahua3lam.. wasalam
waalaikumsalam minyak saji.
respond spt ini adalah seomething i anticipated sewaktu menyiapkan entri ini. untuk satu sudut pandang berkenaan sistem syura. terima kasih atas perkongsian pendapat ini.
disebabkan pemilihan saf kepimpinan Permai dilakukan melalui landasan demokrasi, bg saya, it is best, for the moment, for us to get the best out of it. dan mudah-mudahan tidak keterlaluan jika saya kini, setelah membaca respon minyak saji, untuk mengharapkan pula seorang calon yang ada cita-cita untuk berUSAHA membawakan satu gelombang kefahaman kepada masyarakat Permai berkenaan asimilasi Islam dalam kehidupan seharian, kalau dalam konteks perbincangan hari ini, dari sudut siasahnya. saya mengharapkan calon yang punya cita-cita satu hari nanti pemilihan saf kepimpinan Permai adalah melalui cara yang dianjurkan oleh Islam.
"Lihat bagaimana calon masing-masing menyatakan manifesto,manabur janji2 agar dirinya terpilih.sekali lagi saya nyatakan, mungkin calon tersebut sudah bersedia lengkap segala,tiada masalah,silakan, tetapi yg merasakan diri nya tidak mampu utk position tersebut,lebih baiklah dia berdiam diri dari dia mengatakan kata-kata yg sia-sia semata-mata hanya utk meraih kepercayaan rakyat agar mengundinya."
untuk point ini, saya jelaskan di sini, manifesto tidak semestinya menjanjikan sesuatu yang bersifat "absolute". tidak ada salahnya kalau seorang calon pemimpin itu menyatakan apa yang akan/ingin CUBA DIUSAHAKANnya. berbanding dengan janji-jani dalam manifesto pilihanraya yang biasa kita lihat, pernyataan mengenai perubahan/penambahbaikan yang ingin dilakukannya, adalah bersifat unquantifiable, dan it's the effort that matters.
tak tahulah orang lain macam mana, tp untuk saya secara personally, saya kira memadai kalau calon saya itu mampu menjanjikan, yang dia akan berusaha sehabis baiknya, that's good enough for me.
memandangkan "hanya calon yg lebih mengenal diri mereka sendiri,", jadi it's either calon itu mmg ada keinginan menyumbangkan sesuatu kepada Permai, atau dia hanya akan menjadi mangsa penamaan calon dari rakan-rakan sePermainya sendiri.
wallahua3lam.
"manifesto tidak semestinya menjanjikan sesuatu yang bersifat "absolute". tidak ada salahnya kalau seorang calon pemimpin itu menyatakan apa yang akan/ingin CUBA DIUSAHAKANnya." saya rase, tidak semua caln mahu nme mereka naik atas apa yg telah saya nyatakan sebelum ini.. oleh sbb itu, mereka lebih memilih utk bersikap mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa manifesto kerana mereka mmg tidak berminat langsung utk memegang tampuk pimpinan.. TETAPI, sekiranya mereka terpilih, tidaklah bermakna mereka tidak akn melakukan apa-apa dan melakukan kerja sambil lewa.. kerana tugas itu amanah, jd saya rasa mereka tetap akan melakukan tugas mereka dengan sebaik mgkin, berbeza dgn politik di ipta malaysia, masing-masing mahu menyakinkan pengundi melalui manifesto2 yg dikeluarkan kerana pertamanya mereka mempunyai saingan beberapa parti. ke2nya, pastilah mereka mempunyai "kepentingan" dan "agenda" yg lebih besar dan saya rasa tidak perlu dihuraikan disini kerana saya rasa anda lebih memahami tntg situasi ini di ipta malaysia.. sekadar coretan idea..wallahua3lam
point taken.
thank you for your contribution =)
"mereka lebih memilih utk bersikap mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa manifesto kerana mereka mmg tidak berminat langsung utk memegang tampuk pimpinan.."
ha..inilah yg saya maksudkan, kalau mereka pun tidak berminat, maka undian saya bukanlah untuk calon yang "mmg tidak berminat langsung". contohnya, sy mmg suka kereta hummer, (for whatsoever reason), kalau sy dpt kereta hummer tu, sy pun akan jaga dengan sepenuh hati, dan mengoptimumkan manfaat kereta hummer tu. berbanding, orang teluk yang kaya raya (haih, kesian org teluk) dan dapat kereta hummer tu. ya, dia akan guna, mungkin jaga, tapi dr segi passion terhadap kereta itu, pastilah berbeza.
walaubagaimanapun, sy pun yakin, calon2 yang bertanding ini akan berusaha sebaik mungkin seandainya kemenangan berpihak kepada mereka, cuma kadang-kadang dalam hidup ni, kita mmg perlu kepada re-assurance.
p/s: contoh hummer ni nak menggambarkan kesangatan je, sy tahu ianya nampak materialistik giler.
Post a Comment