coconut milk and egg paste. lebih kurang macam tu lah bunyinya resepi yang aku amik kat internet hampir 3 tahun yang lalu. (hampir lah, masa tu di csi yang pertama). first try biasanya mmg menjadi. second try haritu macam hampehs sket, resepi pun dah hilang. terpaksa try n error saje. jadi setelah gigih berusaha, 3rd try telah membuahkan hasil yang memuaskan. terdapat dua cara membuat kaya.
cara yang pertama.
Bahan-bahan
1 cawan santan
5 biji telur
1 cawan gula ---> jadikan gula hangus
sedikit daun pandan
Cara-cara
1. secara double-boiling, panaskan santan dan telur yang telah dipukul. Masak atas api sederhana hingga sedikit pekat.
2. masukkan gula hangus. dan daun pandan jika ada. kalau nak senang, guna santan pandan je.
troubleshoot (paling penting).
jika anda seorang yang sangat lemah multitasking macam i, the odds are your kaya will get lumpy in between nak hanguskan gula, atau mencairkan gula sebab dah siapkan gula hangus dulu. so, jangan panik dengan menjerit2. (cara menjerit ni hanya sesuai bila dapur anda terbakar sahaja). masukkan kaya anda yang lumpy itu ke dalam blender dan kisar. u will be amazed by the wonders it makes.
3. tambah gula lagi jika kurang manis.
4. tadaaaaa... siap. selepas makan dengan roti gardenia atau cakoi, jgn lupa pergi bersenam, 5 biji telur tu...
cara kedua.
pergi kedai dan dapatkan kaya auntie rosie ataupun kaya dalam tin cap nona.
susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan nangis,
emak buat kerja ( takkan emak upah susu??kan salah rima nya tu?)
SANTAN KELAPA VS SANTAN PAKET
setiap kali nak pek barang bawa balik ke Jordan, santan paket is a big must for me. biasanya akan beli 2 jenis, santan pandan dan santan biasa. santan pandan ni penting bila nak buat kuih dan semestinya nasi lemak, sebab tak tau option lain yang ada untuk mendapatkan pandan.
sepanjang karier memasak i, memang i jarang guna santan kelapa yang real. pernah beberapa kali sahaja, itupun hasilnya kurang memuaskan. tapi, tastebud mak ayah, atuk nenek di kampung, mana layan santan paket.. ish ish ish... tapi hakikatnya santan paket memang lebih baik dari santan original. berikut disenaraikan kebaikan santan paket.
1. tanpa kolestrol (ada jenis2 nye lah).
2. lebih praktikal dan portable.
3. tak berlaku pecah lemak, melainkan mmg masak api kuat sangat dan tinggal je gulai kau tu.
4. buat nasi lemak tak mengantuk, tambah sket minyak sapi tumbuhan, yummmmyyyyyy.(tumbuhan punya lemak pun, sapi dapat nama. cis kau sapi)
dan banyak lagi. (obviously, i dah takde idea la tu kan). walau bagaimanapun, lately i discovered something interesting and even much more healthy than santan. that is to substitute santan dalam kari dengan laban. taste awesome, lebih2 lagi kalau tumis awas2 (perak kata :aweh2) nya dengan minyak sapi tumbuhan lagi. ok, mmg i suka minyak sapi cap mazola, harap maklum.
tapi...tapi...tapi... ada satu kebaikan santan kelapa yang original. bila orang kata gulai you rasa aneh you can right away say, "santan tu dah tak berapa elok kot". been there, done that.
okey, renung2kan dan selamat memasak...!!!
p/s: untuk kaya pandan, tak perlu gula hangus, guna gula biasa then letak pewarna hijau. secara aslinya, blender daun pandan dan masukkan pes nya. wow! pes????
p.p/s: cakoi, selain dimakan dengan kaya, boleh juga dimakan dengan kuah kacang ataupun dalam chinese cuisine, cakoi dimakan dengan bubur. kuah durian pun boleh you!!! nantikan cara-cara membuat kuah doyan pula di masa akan datang.
p/s: untuk kaya pandan, tak perlu gula hangus, guna gula biasa then letak pewarna hijau. secara aslinya, blender daun pandan dan masukkan pes nya. wow! pes????
p.p/s: cakoi, selain dimakan dengan kaya, boleh juga dimakan dengan kuah kacang ataupun dalam chinese cuisine, cakoi dimakan dengan bubur. kuah durian pun boleh you!!! nantikan cara-cara membuat kuah doyan pula di masa akan datang.
3 comments:
oii one..
haha..tabik spring kt ko..
makin hebat karier memasak ko..
bagoi bagoi..
btw, time kasih masakkan tuk ak w'pn pedas kaw2 tp tempe ko bejaya berfungsi sbg antidote..[ak blk mesia pon tak mkn tempe]
p/s.. meh tron bwh ni amek daun kesom ko..
ape spring2...
spring pan la..hahahah
skill memasak je ade, skill mengKURUS takde wat ape...stress2..
hari tu aku ckp kat kawan aku yg aku mkn cakoi dgn kaya...diorg punya tercengang pastu gelak kat aku...demer kate cakoi mkn ngan kuah kacang ja...
mybe sbb lain negeri lain cicahnyer kot...
Post a Comment