Islam itu biar hidup dalam diri, beserta dengan nilai-nilainya sekali.
jangan hanya pada pakaiannya.
jangan hanya pada namanya.
jangan hanya pada ijazahnya.
jangan hanya pada blognya.
macam ni lah senang katanya; beramal dengan nilai-nilai yang baik itu, semuanya adalah nilai-nilai yang dianjurkan Islam. sebab tu kadang-kadang kita dengar, masyarakat di barat, yang bukan Islam, lebih mengamalkan nilai-nilai Islami berbanding muslim yang tercatat pada kad pengenalannya beragama Islam.
agaknya sebab "budi bahasa budaya kita" nampak too closely-attached kepada budaya dan mungkin jugak bangsa, orang tak berminat nak berbudi bahasa? macamlah agama tak menganjurkan berbudi bahasa ni ye..? baca sirah nabi, biar ambil pengajaran, bagaimana cara berkomunikasi yang dianjurkan. jangan selambeeeee je weh. (ha, sebenanye ni je point aku malam ni)
aku pun bukan baik sangat, sebab tu aku tulis ni, bagi ingat sket kat diri sendiri. jom la kita sama-sama berusaha mengamalkan Islam secara total dan tidak lagi sekerat2. aku lah jugak tu yang sekerat2 tu kan. bila orang kata, yang tak tutup aurat, tak solat lagi baik, lagi ada common sense, lagi bertimbang rasa, lagi berhemat dari yang solat cukup aurat tutup ni, kau jugak yang marah. habis tu, dah yang solat-cukup-aurat-tutup tu yang tak mau beramal dengan nilai-nilai Islam, kita nak marah/salah kan sape??? ha.. jawap cik-cik puan dan tuan-tuan sekalian. yang buka ruang untuk kena hentam tu kita juga, bukannye orang lain..
sekian.
3 comments:
jika kau mengingatkan, aku juga merasa diingatkan.
tenkiu one!!
huahua
miss u. :D
i miss u too =)
Post a Comment