stratum (plural: strata) layers.
source : google
sebelum aku memecahkan rekod sendiri dengan satu entry saja untuk bulan ini, baiklah aku mula menaip semula. ade lah dekat sebulan isu stratum ni bermain kat kepala aku. tapi keadaan kurang kondusif dan kemalasan tahap raksasa (rasaksa?) menyebabkan tergendala lah penulisan entry ni.
marilah kita bermula. cewah.
ini semua sempena MSS (muskuloskeletal system) lah kan, belajar layers of the skin, stratum corneum, stratum basales, stratum lucidum, stratum .. sila lengkapkan sendiri pelajar2 medic sekalian. jgn malas. yang coincide dengan few issues yg aku observe, experience dan dealt with, dealt-half-with.
kalau kita tengok cerita dulu-dulu, zaman skarang pun sama, selalu jugak dibawakan isu lapisan masyarakat ni. antara dua darjat gitu... selalu bila kita analyze, mesej yg tertonjol, orang susah tapi baik hati...orang kaya raya tak ada hati perut.. kalau filim lama2, contohnya titanic ataupun antara 2 darjat (yg tengku azizah tu...) orang bangsawan jahat, jack dan p.ramlee sebagai tukang baik piano, adalah golongan yang teraniaya.. kecuali ayoub, dia kaya2 pun baik hati... walaupun ayoub nyaris2 buat perjanjian dengan shaytonnnn. ok, ayoub nanti entry lain.
bila kita tengok dari movie or drama, biasanya layers yang kita nampak adalah based on pangkat, kekayaan, perhaps knowledge sometimes. tapi, sistem layers yg ditonjolkan tu akhirnya membawa kita kepada satu aspek yang menjadi benchmarknya, iaitu nilai. lebih simple lagi akhlak la..lebih jelas kita cakap soal akhlak. jadi, kita datang kepada satu kesimpulan, kaya tidak menjamin akhlak yg baik. pangkat tidak menjamin akhlak yg baik. knowledge pun tidak menjamin akhlak yg baik. sebab tu ada org kata, belajar universiti bertingkat2, bodohnya berlapis2. ha... agak kasar di situ ye. on the other hand, miskin, hina dan tak berpelajaran pun tak semestinya berakhlak jugak. jadi siapakah yang possess akhlak yang baik ni??
kita balik pada basic. akhlak itu selalu kita dengar sebagai buah iman. ataupun hasil dari aqidah yang sempurna, so kita dapat akhlak yang cantik. no question about it. kalau kita tgk orang tu nampak mcm baik2, gaya org beriman, tapi akhlak takde, means tak settle lagi lah basic. takyah kata orang la, kita tgk diri masing2.. tapi, doesn't mean kita giveup plak kan, aku ni tak berakhlak, aqidah tak sempurna.. kita sama-sama try to improvise lah kata omputih...
so, bagaimana pulak dengan orang tak beriman tapi berakhlak? ok itu argument lain pula. tapi silalah dan marilah berasa malu jika mengaku beriman tapi masih tak mahu berusaha berakhlak dengan akhlak yang baik. dulu, aku pernah dengar, akhlak ni adalah apa yang kita lakukan tanpa berfikir, spontaneous. tapi, nak sampai tahap spontaneous haruslah melalui intensive training, conditioning dulu...mudah-mudahan one day it will come to us.
selalu dulu aku ingat tak bagus sebut lapis2 ni...kuih lapis dan kek lapis takpe.. tapi, baru lah aku perasan (baru nak perasan) tingkatan atau layers ni tak salah. bahkan dalam Islam, kita pun ada layers, tapi layers itu untuk dinilai oleh Allah, based on taqwa. kita kena berusaha untuk berada dalam stratum yg tinggi, tetapi tidak pula kita berhak memandang rendah pada org lain. kita mana nak tau dia duduk stratum mana pun. entah2 lagi tinggi dari kite ke kan. ingat ye JANGAN MEMANDANG RENDAH kepada orang lain. esok lusa kita ni tak tau lagi ending nye macam mana. sedangkan ayoub lagikan nak terpesong. haha.ni pesan kat diri sendiri ni.
layan orang gila jadi gila. layan orang bodoh jadi bodoh. layan orang tak berakhlak jadi tak berakhlak. jadi kalau kena maki jangan maki balik. orait. now i'm done. =)
apekah selepas ini kita boleh panggil kek lapis dan kuih lapis sebagai kek strata dan kuih strata..?
apekah selepas ini kita boleh panggil kek lapis dan kuih lapis sebagai kek strata dan kuih strata..?
source : google
No comments:
Post a Comment