sempena cuti maulidurrasul on last tuesday... kami-kami murid tua ni telah menganjurkan trip kecil-kecilan konvoi 3 kereta chevrolet (nk jugak mention kannnn) ke tempat mandi air panas , shouna shimaliyah and after that ke umm qays, kota tinggalan rome yg terletak di utara jordan.
shouna shimaliyyah kalau untuk perempuan, kalau pergi time tak ada org ok kot. kalau ramai sangat, macam agak (sangat) crowded dan sedikit lemas. dan ada high possibility dapat jangkitan kuman yang airborne. haha. padahal waktu nak masuk kolam bukan main lagi sedapkan hati, "air panas ni, kuman2 pun dah mati ni...". tapi alhamdulillah ahli rombongan yg lain masih sihat sejahtera, kecuali cik tam kerana mendapat follicular tonsillitis. tibe2 terase mcm budak kecik pulak nak kenal tonsillitis2 ni kan... takpelah, winter kali ni alhamdulillah tak ada sakit2 sangat...terima dengan rasa insaf je lah kan..
setelah berlemas-lemas di shouna shimaliyah, terus la ke port makan-makan di ummu qays. kesian sungguh la, aku ni baru first time sampai ummu qays walaupun dah dekat 3 tahun setengah duduk irbid ni.the funny thing is, tempat kitorg port tu betul2 mengadap bukit golan. hee hee. the next day terus call encik abah, "smalam rupenye tempat tu depan bukit golan lah abah.... xde mende pun...rilekkkk je". kate si anak kecik skali kepada abahnya. padan muka harini die sudah mendapat balasan tuhan berbentuk tonsillitis berulam demam.
our main dish for that day was nasi kerabu dan ayam percik... semua pakat lapar, (maklumlah, lame sangat tunggu nak bakar ayam) jadi mase makan takde teringat nak tangkap gambar. and too bad, makan banyak sgt smpai desert ade yg tak sempat rase, ataupun sempat makan sikit je akibat kekenyangan terlampau... astaghfirullah...
tahniah kepada adik-adik mep9 kerana berjaya menganjurkan R.O.J.A.K.S yg turut bertempat di ummu qays. mmg kagum lah tgk dua bas sekali angkut... very impressive. =) dan time kasih kat driver bas akhawat yg menjadi kemudi untuk jalan pulang, kalau tak mau sesat barat dibuatnye... (itupun ade jugak yg sesat..heheh)
okeh. semoga next time kite bleh pegi berjalan lagi...ke tempat yg kurang potensi jangkitan. time kasih lah seme ye.
setakat ini saje laporan kelab untuk kali ini...
p.s : The best thing you can do for your body when it's trying to fight a bug is to give it rest
No comments:
Post a Comment