Friday, April 22, 2011

the awaited thinker

Masih lagi berlegar sekitar isu pilihanraya Permai yang tak berapa lama lagi dah ni. Terkejut juga tengok sampai enam penarikan diri calon yang diterima. Itu yang diterima, belum lagi kita tanya berapa yang mengemukakan permohonan.

ENAM

Dari 20 nama yang tercalon, ENAM penarikan diri yang diterima adalah satu angka yang besar. Ibaratnya 1/3 daripada calon-calon mempunyai alasan munasabah sehinggakan JPR meluluskan permohonan tersebut. Figure yang agak signifikan ini hanya salah satu daripada indikator-indikator bahawa sistem pencalonan yang kita gunapakai sekarang sudah tidak relevan. 

Enam yang menarik diri ini akan diganti pula oleh enam yang seterusnya, yang entahkan juga akan memohon untuk menarik diri dari dipertandingkan. Dari mana datangnya angka enam? Dari sikap ahli Permai sendiri, mencalonkan nama tanpa asas yang kukuh. Tanpa pertimbangan yang wajar. 

Thinker does not necessarily has to be the doer.

Saya tidak pernah berada dalam majlis tertinggi Permai mahupun majlis mesyuarat Permai. Tetapi, bayangan yang tergambar setiap kali disebut soal memegang tampuk kepimpinan Permai, mestilah work load yang banyak, bilangan ahli yang meningkat saban tahun, ragam ahli yang pelbagai dan sebagainya. Boleh jadi (boleh jadi je lah) ini adalah satu kesilapan yang menyumbang kepada angka enam di atas tadi. Masih ramai di antara kita yang mencalon/mengundi muka-muka yang menjadi penggerak kepada program-program Permai. Maka sebagai akibatnya, kita melihat AMT Permai MESTILAH terdiri daripada orang-orang yang kuat bekerja, rajin menghadiri program...

Tapi sebenarnya kita memerlukan PEMIKIR untuk berada dalam MT Permai. Satu think-tank yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat Permai yang lebih 50% bersifat dormant. Konsepnya mudah, kita kembali kepada subjek Management ( subjek 1 jam kredit untuk pelajar perubatan yang selalu di-anak-tirikan). Satu hari saya bertanya kepada Dr.Okour adakah manager yang baik tidak perlu turun padang dan sama-sama bekerja dengan orang bawahannya? persoalannya timbul apabila kita membincangkan isu low-level manager dan high-level manager. I was confused, the best Manager, beloved Prophet p.b.u.h should be classified in which category because he fits in both criteria. Kata Dr. Okour, a good manager doesn't do the work, he delegates the work and SOMETIME he would do them to MOTIVATE or to TEACH his workers.

So it occurs to me, mungkin sebab tak faham konsep of being a good manager, calon-calon yang layak bertanding merasakan berat dan terbeban untuk berada di dalam AMT Permai. Talk is cheap kata orang, tapi nak buat macam mana, that is all I have. Mungkin kalau ada mantan-mantan yang berpengalaman boleh mengemukakan pula bukti-bukti yang support the theory or go against it. 

Saya cuma ahli biasa yang cuma ada harapan, dan ruang sempit ini untuk mengemukakan harapan. Kalau setiap tahun sebelum ini saya mengharapkan manifesto calon, dan calon yang dengan penuh kerelaan mahu bertanding, tahun ini harapan saya adalah menyaksikan perubahan dalam pola mengundi masyarakat Permai. Mudah-mudahan tahun ini kita menyaksikan lebih ramai PEMIKIR berada dalam saff kepimpinan Permai.

Tapi, bila sudah ada PEMIKIR sebagai pemimpin, maka perlulah kepada tenaga kerja yang besar untuk melaksanakan perancangan-perancangan. Orang banyak berfikir biasanya banyak ideanya, jadi besarlah keperluan tenaganya, which should not really be a big problem sebab ahli kita pun dah hampir mencecah seribu orang. 

Ataupun, mungkin saja kita perlukan ahli-ahli untuk menjadi lebih proaktif. Ahli yang ergerak sendiri Ahli yang tidak menunggu suapan dari Permai lagi. kalau ada keperluan kepada sesuatu program, siapkan kertas kerja, dapatkan kelulusan dan laksanakan. Bukan lagi ahli yang terpaksa bekerja bagi melaksanakan 1001 program yang memenuhi takwim Permai. Dan tidak ada lagi program yang "Kita kena buat sebab sebelum-sebelum ni memang buat..Nanti orang kata kita tak buat kerja.."Mudah-mudahan ini juga dapat mengatasi masalah LAMBAKAN PROGRAM yang saban tahun menghantui mesyuarat agung Permai.

It's a fair give and take. Meringankan beban pemimpin, dalam masa yang sama memuaskan hati banyak pihak. 

But then again, saya hanya mampu berharap dan punya satu suara undi sahaja. My one vote will not make much difference, but OUR voice will. Jom lah turun mengundi, and choose right! Not to forget, jom attend AGM jugak :-)

3 comments:

Syahida Majid said...

Alahai, tak de button laikee

Terutamanya, manager ialah think tank dan motivator. Yes, that is it.

Kalau PERMAI adalah perancang dan juga dialah pelaksana, maka jadilah ahli permai gemuk-gemuk belaka.

Tahun depan PMK kena buat kupasan, siapa dan apa sebenarnya pemimpin. Lebih spesifik permai. Skali jadi AGM terus.

Nice written cik senior one =). Tulis lagi tulis lagi!

atiqahdahalan said...

lol...
haritu ter-remove..dah letak balik dah...haha

c's said...

kesimpulan yg sy dpt:

pendefinisian pemimpin perlu sesuai dengan keperluan semasa