Sunday, May 15, 2011

cendawan celup tepung : sepetang di irbid

hello everybody.. sempena nak exam ni... u either tend to eat more than usual, or less than usual. biasanya tak ada orang eat normally macam tak exam. ada orang kalau exam, dapur dia tak dikunjungi langsung, hari-hari mkn beli je, and ada orang akan lebih aktif ke dapur bila menjelang exam berbanding musim-musim yang lain. faktor utama masih gagal dikenalpasti. 

So...kalau kita setahun kat Irbid ni ada 10 kali je minum petang, at least 6 dari pada 10 taburannya meningkat ketika menjelang exam.. sebenarnya harini I minum petang cucur udang carrot, tapi tak adventure langsung nak share resepi tersebut kan.. jadi harini I nak share resepi cendawan celup tepung, yang diambil dari my cousin.

Bahan-bahan
Cendawan tiram
4 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
garam dan gula 

Cara-cara
so, basuh2 je cendawan tu. boleh didapati di kedai-kedai sayur berhampiran supermarket zamzam, atau ctown, atau safeway.

untuk tepung salut tu, campur semua bahan, air sehingga konsistensi dia menepati citarasa, dan garam and gula to taste. untuk buat lebih banyak lagi, senang je, ingat nisbah 4:1.. kalau pakai 4 cawan tepung gandum, letak 1cawan tepung beras.

tips menggoreng :

ok, ini memang teringat nak tulis sebab goreng cucur tadi.. PASTIKAN minyak panas dan api kuat masa nak masukkan cucur/cendawan.. baru tak melekat.. agak-agak dah terangkat dari dasar kuali, baru switch kan ke api sederhana - kalau goreng benda yang susah masak guna even slower. then nak angkat nanti, kuatkan balik api supaya tak "tangkap minyak" gorengan you all tu... tapi pastikan ada skill lah, silap-silap dah api kuat, ko terkial-kial lagi nak angkat, gelap la jawapnye... 

terima kasih kepada kakak saye kerana mengajar saya cara menggoreng yang betul, walaupun bila dia mengajar dulu i rasa was-was.

p.s : tiada gambar sebab cendawan mmg belum sempat hidang dah separuh kena makan. haha.

No comments: