Wednesday, August 17, 2011

karipap-karipap cinta : ini bukan film review!

This is based from a real-life experienced, if you happen to know Kak Nil, please keep this to yourself.
“Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)” – Surah Al – Isra’ Ayat 15
"Assalamualaikum... Auntie..!! Assalamualaikum...."
Suara itu sudah lama tidak kedengaran. Semenjak pulang lebih 2 bulan yang lalu, masih belum bertemu mata. Saya cepat-cepat masuk memanggil mama keluar, memakai tudung dan turut serta menyambutnya di muka pintu. Lain. Sangat lain. Saya hulurkan tangan, genggam erat tangannya.

Wajahnya bersih tanpa secalit make-up pun. Boleh jadi dalam 15 tahun saya mengenalinya, inilah kali pertama saya melihatnya tanpa alat solek. Tudungnya labuh menutupi dada, ungu sedondon dengan jubahnya. Subhanallah... 

Apabila habis jodoh.

Baru beberapa hari lepas saya menonton Selami Jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah bertajuk "Apabila Habis Jodoh" yang mengupas isu-isu perceraian. Hati mana yang tidak hancur jika perkahwinan yang sudah terbina belasan tahun berkubur di tengah jalan. Memadamkan mimpi-mimpi to grow old together. Awal kepulangan dulu mama telah memaklumkan saya yang kak nil (bukan nama sebenar) telah berpisah dengan suami. Saya terkejut juga disamping simpati kerana anak-anak masih kecil, tapi apabila Allah mendatangkan kesusahan, nescaya ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti disebalik ujian itu.

Yang lebih baik.

Bukan saja lebih baik, malahan yang terbaik untuk kak nil. Her current husband adalah orang yang belajar agama, dan mahu membimbing kak nil ke jalan-Nya. Suami yang tahu tanggungjawabnya memastikan isteri berada di landasan yang betul. Suami yang tahu dosa-dosa isteri terbeban di bahunya. Dalam pertemuan ringkas itu kak nil menceritakan rasa syukurnya tentang penghijrahan ni. "Seronok auntie...sekarang banyak Nil belajar, apa-apa tak tahu Nil tanya dan tanya... Setiap waktu solat Nil dengar dia mengaji, Nil ikut sikit-sikit.. Nanti dia check al-fatihah Nil, makhraj-makhrajnya... Alhamdulillah auntie.."

Kasih tanpa syarat.

"Tapi, suami kata Nil ni tak kuat lagi auntie, jadi dia nak fokus betul-betul bimbing Nil... Nil ingat nak masuk pondok sekejap.. Bina amalan dari sini, baru Nil nak ke tanah suci..Taknaklah tunggu balik umrah baru nak berubah...Mula-mula Nil nak bagi dia pergi dulu, yelah Nil tak sihat.. tapi dia kata tak apa, dia jaga Nil, kalau dia pergi (ke tanah suci) dulu pun, Nil kat sini tak sihat buat apa... Dia kata jaga isteri ni pun amalan untuk dia juga..." . Kak Nil was diagnosed with breast cancer after her new marriage,(very few people knew about this)- Cantik sungguh aturan Allah untuk Kak Nil. Dikurniakan pasangan yang mengasihinya tanpa syarat, mencintai insan yang menemukannya dengan cinta kepada Pencipta. MashaAllah. 

Kak Nil memang kuat. "Nil sihat?" tanya mama di awal pertemuan.
"Nil sihat auntie... baru balik dari chemo ni..." I was mesmerized. She doesn't look like a cancer patient who just went home from chemo! Siap boleh hantar karipap rumah ke rumah lagi. 

Lebih aman

"Nil sekarang rasa lebih aman auntie.. Bila Nil pakai macam ni.. Orang pun lebih hormat kita. Cakap, pulang duit baki ke apa, semua elok-elok... Dulu auntie, kalau Nil keluar pakai macam ... ish! Orang tengok pun jeling-jeling je auntie... Alhamdulillah, hati ni rasa tenang macam ni sekarang. Kalau nak pakai balik baju dulu-dulu rasa lain macam lah auntie.. Sekarang Nil memang tak ada nak apa-apa lagi dah auntie.. Nil nak itu (akhirat) je... tapi kalau nak diambil nyawa, tunggulah amalan Nil cukup dulu..."

Petang itu saya bersyukur dipertemukan dengan Kak Nil, motivasi petang sebelum berbuka dengan karipap-karipap cintanya...
sumber : google

Selamat meneruskan perjuangan di bulan bersusah-payah. Semoga beroleh apa yang diimpi, semoga bertemu apa yang dicari.
“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87

3 comments:

kueh bakar said...

ini bukan karipap cinta.karipap biasa yang berinti cinta.heh!

Noorul (SiaJNaD) said...

yup memang perubahan yang ketara pada kak nil... hehehe

atiqahdahalan said...

kueh bakar : menarik sungguh ye istilah tu.

kakak : shhhhh