Friday, November 11, 2011

onebonez kitchen : sup daging halia


sup daging halia

Wah wah wah... lama betul tak update blog ye... ala-ala tak pernah ada blog pulak punya negligence... ingatkan tadi nak buat nasi goreng dengan daging merah, alih-alih tengok daging dalam peti ais pun tak de banyak sangat... (daging korban banyak la tapinye kan, alhamdulillah) so nak masak yang simple-simple je..

Bahan-bahan
bawang putih - dititik
halia - hiris nipis
cili padi
sos tiram
carrot

Cara-cara
  1. Kalau guna daging frozen, rebus dulu sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan goreng sehingga kering ( kalau pakai daging rebus tak payah tunggu kering lah kan)
  4. Masukkan sos tiram dan air rebusan daging.
  5. Kacau-kacau dan masukkan garam secukup rasa
  6. boleh tambah carrot or kentang jika suka.
  7. JANGAN nak menambah aji-shio bagai - will ruin the flavor! 
Selamat mencuba :-) rajin-rajin boleh garnish dengan daun sup.



No comments: