Alhamdulillah.. Sedar tak sedar ini adalah pilihanraya Permai yang kelima buat saya, dan tahun keempat menulis tentang harapan seorang rakyat marhaen terhadap Permai. Terasa juga culasnya tapi mengenangkan kemeriahan pilihanraya permai tahun ini saya tidak mahu keciciran.
Menyingkap kembali transformasi pilihanraya Permai, saya baca kembali karutan-karutan lama 2009, 2010, 2011 rasanya cukup bertuah bila dapat menyaksikan perubahan ketara yang dilakukan pada tahun ini.
Akhirnya impian memilih pemimpin dari calon pilihan, kini kesampaian.
Calon Pilihan
yang kita impi dan idam-idamkan. yang bertanding kerana mahu membawa perubahan dalam PERMAI, kalau tidak banyak, maka sedikit penambahbaikan. yang berharap, jika layak untuknya bergelar pemimpin, maka mudah-mudahan Allah mengurniakannya kemenangan. yang tahu, kalau bukan dia, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. maka inilah calon pilihan saya, yang kalau ada, mintalah dikhabarkan yang mana satu calonnya. - 2010
Lebih menarik lagi calon-calon yang tampil pada tahun ini masing-masing menunjukkan kesungguhan di samping team-team mereka yang turut sama bertungkus lumus mengempenkan calon.
Kerusi MMJ & MMY
Walaubagaimanapun, di sebalik keghairahan kita berkempen dalam pilihanraya kali ini, saya gemar menarik perhatian semua ahli Permai supaya memberikan perhatian terhadap kerusi MMY & MMJ. Saya kira lebih molek sekiranya dua kerusi ini turut dipertandingkan secara stand alone instead of kita mengundi menerusi kerusi AMT sahaja. (terlepas borang usul lah pulak!) Atas rasional pelajar JUST tidak tahu siapa yang paling layak untuk kerusi MMY dan sebaliknya. Dan sebenarnya suara pelajar JUST terlibat juga dalam proses penentuan Pengerusi MMY, dan suara pelajar Yarmouk terlibat dalam penentuan Pengerusi MMJ, saya sarankan agar kita semua saling berkongsi pendapat dan bersungguh-sungguh kempenkan calon yang kita harap-harapkan menerajui Majlis Mahasiswa masing-masing.
Calon MMJ saya?
Kalau untuk Pengerusi dah ada orangnya, tapi untuk Timbalannya masih merisik-risik khabar lagi. Bagi saya kerusi MMJ ini bukan untuk orang yang ulat buku dan cemerlang saja. Sebaliknya, bagi saya kerusi MMJ ini adalah untuk mereka yang punya kemampuan untuk empati terhadap rakan seperjuangan. Orang yang boleh manage masa study untuk kebaikan orang lain. Orang yang ada rasa cinta kepada pendidikan. Orang yang ada kemahuan melahirkan doktor-doktor yang bertanggungjawab. Orang yang ada diplomatic skills sebab perlu kepada berhubungan dengan pihak luar. Macam tu lah sedikit sebanyak.
Rasanya cukup panjang dah entry malam ini. Selamat berkempen semua! Jangan lupa turun mengundi dan datang AGM.
No comments:
Post a Comment