Thursday, July 28, 2011

apa itu GSM sewaktu test JPJ?

Okey, yesterday was the day. Saya ingat saya akan lulus ujian memandu JPJ, layak memohon lesen P dan tidak perlu berpanas-panas lagi selepas ini.

Ujian Bahagian II : 
Elemen yang diuji
Bukit : Lulus
Parking dengan gerakan belok : Kandas
3-penjuru : Tak buat pun.

Masa parking tu, masa nak keluar dari petak parking, tiang kanan hadapan disentuh bumper kereta, bergoyang tetapi tidak jatuh - KANDAS. Pegawai JPJ panggil saya naik ke pondok. Tapi saya musykil kenapa berulang kali dia katakan pada saya " Tak boleh adik ye.... " menunggu respond saya, which will be, "Memang tak boleh ye encik, sikit je kena?" - at least five times, baru dia menanda KANDAS pada kertas ujian saya. Too bad I will not offer whatever he expects me to offer.

Ujian Bahagian III : Jalan raya.

Mula je bawak pakcik JPJ dah ada gaya tak yakin. Kena perli boleh tahan jugak lah kan. Abah kata benda-benda tu semua cuma untuk kasi pressure, tengok kita menggelabah atau tidak. 3 minutes away from litar, nak terlanggar benteng. GSM. Gagal Serta Merta.
"Ok dik... bagi signal ke kiri, kat depan ni berhenti. Free kan gear, tarik hand-break, tukar pemandu".
Arghhh tidakkk... I've become one of those yang balik dibawa JPJ??? 

Disebabkan gaya JPJ tu perli-perli dan menekan saya, saya memang ada rasa nak menjawab, I've got few phrases in my mind already. But I kept silent. Kena jaga integriti. So bila tukar pemandu, despite hati yang hancur luluh dan sedih, I asked him anyway, "Jadi... Apa saranan encik terhadap pemanduan saya ni, ye?" 

1- Kawalan stereng - kesalahan mandatori - sebab tu gagal serta merta.
2- Gear

So, he "basuh" sikit lah kan. Tapi tak apa lah, at least I learn something new. Tapi what bothers me the most, if my driving is incompetent, kenapa lah dah disuruh pergi buat test JPJ. Memang patut pun gagal, I don't want to be a threat to other drivers, dan pengajaran yang lebih penting lagi : You think you're good to go but you're not. 

I nearly gave up, ingat nak ambil tahun depan saja. Tapi abah dan mama suruh habiskan juga this year. We'll see lah how after this. I seriously want to change cikgu, sebab I think I need cikgu yg lebih strict lepas ni. Menangis pun tak apa asalkan tak gagal. RM150 for ulangan tau! So people, next time make sure you're well prepared before attending test JPJ.

Mula-mula memang sedih, my parents were surprised too I didn't make it - tapi abah kata it's ok, ada orang 6-7 kali test baru dapat lesen P. Let's not give up and keep working!

Thank you for all your prayers!

Tuesday, July 26, 2011

mak, malulah mak...!

so, harini i went to see ENT specialist in hospital ipoh. 1 month ++ tau tunggu appointment date. Kes-kes baru semua memang lama sikit tunggu giliran, sempat pergi minum dulu pun tak bergerak-gerak jugak gilirannye. the reason why I went to see the ENT specialist adelah kerana my mom thinks I should remove my tonsils kerana terlalu kerap sangat kena tonsillitis - setiap kali exam - which means, monthly, dan kali-kali tambahan jika ada stress-stress yang lain seperti kali pertama bawak kereta dan perubahan cuaca. haaa...

Masuk-masuk je, doc tu tgk je mama, mama senyum.
Mama : Actually doc... this is my daughter... I suruh dia masuk sendiri, dia nakkk jugak I ikut...
Doc : Oh? sudah besar pun mau mak masuk... malu la mak... malu... kalau 22 bulan tak apelah, ni 22 tahun dah...
(well, memang I insisted mama came in with me, in case tak dilayan dgn bersungguh2 kan...)
Mama : Itulah, I dah cakap dah... *giggles*
Doc : Nemind - nemind (malaysian for never mind)... But mak don't say anything, let her tell her problem.

so, i told him my problem and he asks me about my phlegm. and I innocently told him, "Oh, saya mmg tak pandai buang kahak, "
Doc : Ha???? tak pandai buang kahak? mak??? tak pandai buang kahak lah.. malu lagi mak... anak tak pandai buang kahak..
....blablabla.... history...history...history...
Doc : (looking at mama) so mak, there's nothing much to worry about, mostly because of the stress and changes. very normal for people who came back from abroad. very simple, tak payah jumpa doktor pun tak apa... ok mak? dah habis dah......

Outside while waiting for prescription 

Mama : Tak payah jumpa doctor pun tak ape?? selamba je doc ni ye... next time kamu jangan cakap macam tu dekat orang... tak baik... mana tau orang datang dari jauh, penat-penat tunggu, dia kata tak payah pun tak apa... at least kita dapat explanation, kamu jumpa doctor kat klinik tu dia bukan tahu benda-benda, bukan bidang dia...

wow. bila tulis ni baru la terasa mama is also telling (selain daripada isu manners) GP doesn't know very much. and terbukti people don't have much confident in "doktor biasa".  omg.


my mama and abah yesterday, memotong kain untuk buat white coat... sebenarnya ni kain uniform mama tukar dengan uniform kaler putih beberapa tahun lalu, cari balik kat stor... terharu betul semalam masa tengok ni, and I was like,
Me : wah, terharu gila tgk mak ayah semangat potong kain buat lab coat anak.
mama : ish, mestilah...harapan mama dgn abah... kamu lagi pulak mengharap...sebab dah penat-penat belajar. ambik gambar, letak kat facebook.

memang menyentuh hati. ko jangan kat sini je kate tersentuh, belaja la rajin-rajin. 
If I know my parents very well, I'm sure on my first day of service nanti, kalau panjang umur, they will be the one to drop me off di hospital tempat berkhidmat. mesti punya, even if it's not in Ipoh. kalau Sabah apetah lagi. jauh nye lagi perjalanan, tapi tak apa, asalkan diiringi doa dan dorongan keluarga tercinta. go go go !!!

esok test jpj, pohon doa daripada anda yang membaca. tenkiu...

Wednesday, July 20, 2011

Drama Tahajjud Cinta TV3





Entry ini adalah based on my personal view, feel free to have your own different POV walaupun this is myblog.hihihihi.

Good morning everyone...Pagi-pagi ni susah betul ye nak akses nikerunning, jadi kita blogging saje dulu. Sebelum ada yang nak mengumpat, let me clarify first, I memang layan cerita-cerita melayu ni. Semenjak duduk di Jordan, memang ada follow series from Malaysia, walau macam mana cliche pun sesuatu cerita tu, I believe I will learn something from it, because it's all about how you look at things. Jangan main-main, cara basuh ikan keli pun boleh dapat belajar dari tengok cerita melayu tau. I learn about people and culture from things I see on the screen. Memandangkan drama memang dibuat based on what happens in the real world, walaupun some of them were just too good to be true, I still watch them anyway.

So, bila start je promo Tahajjud Cinta, I was very excited, dengar-dengar pulak they shot parts of it in Jordan, and got Fazura in it... Memang nak tengok sangat. And everyone close to me know how much I love Fazura :-) Unfortunately, I missed the pilot episode, jadi terpaksa streaming tengok di tonton.com.my je.

Episod 1.

I think Fazura looks so cute speaking colloquial jordanian arabic. If only they have called someone to train her better, she would've sound so real! Walaupun she was portrayed as belajar di Egypt, we can hear her friends and the dean - absolutely Jordanian! I look forward for the next episode, this series will be different than Nur Kasih, of course.

Episod 2.

I was doing some work for my mom, and the episode was aired. I was so excited tengok they went to places in Jordan - places I haven't been myself, dan cepat-cepat cakap pada mama dan abah - you have to take me there next year, hehe.. Cuma bila dah ada babak berjalan berdua, pegang tangan dan menyelak purdah tu, I felt discouraged to continue. Only few days later, I streamed on tonton.com.my lagi sekali. Of course many will be in disagreement with scenes from the series.

Yesterday I saw this group membantah penyiaran rancangan tersebut, and I was like, Malaysians are really funny when it comes to facebook. hihihi. Okay, it wasn't that funny, it slightly made me feel uneasy. I wonder what will be the message received by other people. And I wonder too, what's the point of mentioning "kami pelajar jordan". I thought "pelajar Mesir" have more right to go against the airing of the series sebab those in the series are all from Cairo - going for holiday in Jordan. But then again, that's individual choice to choose the way the want to express themselves.

My POV

Regarding the series, I think it's a good opportunity to educate the people. It gives me reason to come up with another entry "batas-batas pergaulan dalam Islam". And if people talk to me about the series, I can tell them, some things were overlooked in the making of the series. My abah taught me that way, abah kata bila sekian-sekian penulis buat kenyataan yang salah/bertentangan dengan Islam, ianya adalah ruang untuk ustaz-ustaz reach out kepada audiens mereka dengan penerangan yang lebih jelas. It creates opportunity for "orang yang ahli" untuk memberi penerangan yang betul kepada masyarakat. 

No offense, but I think kita semua perlu muhasabah kembali tahap kematangan kita. Sampai bila kita nak beri peluang kepada orang untuk kata kita cepat melatah dan sangat reaktif dan tidak proaktif. Memang lah sekarang ni musim kita berkata soal suara kita mahu didengari, tapi, bagi setiap apa yang hendak di kata itu ada tempatnya, and vice versa. My main concern adalah sekiranya ia menampakkan kesempitan dan negativity dalam kalangan pelajar timur tengah, khususnya Jordan. It will only bring you loss in your own game.

I grow up believing, kalau kita tidak berpuas hati, kita cari medium paling efektif untuk didengari. When I go to restaurants and I'm not happy with it, I don't go scold the workers in their face, or tell people not to come to the restaurant again (okay,sometime I tell people don't go jugak la ) - I'll look for comment card / suggestion box, I'd write and put it in. I know someone will read them and do something about it. And I don't believe in getting angry at pekerja bawahan tentang sistem sesuatu hypermarket, sebab they don't even get to say anything in their mesyuarat, so I prefer making official complain to the rightful person. Scolding seorang cashier will only ruin her day, and it's not fair. Tapi kalau memang cashier tu yang buat salah, I won't hesitate to tell her that too.

So, my suggestion untuk kita yang ambil berat tentang apa juga mesej/babak yang dirasakan tidak sesuai dalam drama Tahajjud Cinta tu, apa kata hantar surat ke ruangan-ruangan di akhbar tempatan. That way, you will be heard, dan mungkin akan membantu pengarah dan penerbit untuk improvise. Menulis kepada surat khabar ni perlu kepada latihan, tapi zaman sekarang, people hardly do that, lebih-lebih lagi student. Budaya ini sudah semakin terhakis, walhal nak menulis kepada akhbar jauh lebih mudah sekarang, sebab ada email, tak perlu beli envelope, stamp pergi post office dan sebagainya. Tapi, sebelum pos tu, bagi dulu kawan-kawan atau senior-senior yang berwibawa baca, sebab kadang-kadang kita ni terlalu excited dan tulis merapu-rapu.

Jom lah kita jadi orang yang berguna, cari medium paling efektif untuk bersuara. Jangan sekadar berbunyi bising yang tak membawa ke mana. Dan paling penting sekali, to educate masyarakat di sekeliling kita :-)

And this is one of the good respond I've read regarding isu tahajjud cinta ni. klik sini.