Okey, yesterday was the day. Saya ingat saya akan lulus ujian memandu JPJ, layak memohon lesen P dan tidak perlu berpanas-panas lagi selepas ini.
Ujian Bahagian II :
Elemen yang diuji
Bukit : Lulus
Parking dengan gerakan belok : Kandas
3-penjuru : Tak buat pun.
Masa parking tu, masa nak keluar dari petak parking, tiang kanan hadapan disentuh bumper kereta, bergoyang tetapi tidak jatuh - KANDAS. Pegawai JPJ panggil saya naik ke pondok. Tapi saya musykil kenapa berulang kali dia katakan pada saya " Tak boleh adik ye.... " menunggu respond saya, which will be, "Memang tak boleh ye encik, sikit je kena?" - at least five times, baru dia menanda KANDAS pada kertas ujian saya. Too bad I will not offer whatever he expects me to offer.
Ujian Bahagian III : Jalan raya.
Mula je bawak pakcik JPJ dah ada gaya tak yakin. Kena perli boleh tahan jugak lah kan. Abah kata benda-benda tu semua cuma untuk kasi pressure, tengok kita menggelabah atau tidak. 3 minutes away from litar, nak terlanggar benteng. GSM. Gagal Serta Merta.
"Ok dik... bagi signal ke kiri, kat depan ni berhenti. Free kan gear, tarik hand-break, tukar pemandu".
Arghhh tidakkk... I've become one of those yang balik dibawa JPJ???
Disebabkan gaya JPJ tu perli-perli dan menekan saya, saya memang ada rasa nak menjawab, I've got few phrases in my mind already. But I kept silent. Kena jaga integriti. So bila tukar pemandu, despite hati yang hancur luluh dan sedih, I asked him anyway, "Jadi... Apa saranan encik terhadap pemanduan saya ni, ye?"
1- Kawalan stereng - kesalahan mandatori - sebab tu gagal serta merta.
2- Gear
So, he "basuh" sikit lah kan. Tapi tak apa lah, at least I learn something new. Tapi what bothers me the most, if my driving is incompetent, kenapa lah dah disuruh pergi buat test JPJ. Memang patut pun gagal, I don't want to be a threat to other drivers, dan pengajaran yang lebih penting lagi : You think you're good to go but you're not.
I nearly gave up, ingat nak ambil tahun depan saja. Tapi abah dan mama suruh habiskan juga this year. We'll see lah how after this. I seriously want to change cikgu, sebab I think I need cikgu yg lebih strict lepas ni. Menangis pun tak apa asalkan tak gagal. RM150 for ulangan tau! So people, next time make sure you're well prepared before attending test JPJ.
Mula-mula memang sedih, my parents were surprised too I didn't make it - tapi abah kata it's ok, ada orang 6-7 kali test baru dapat lesen P. Let's not give up and keep working!
Thank you for all your prayers!
No comments:
Post a Comment