Monday, May 30, 2011

three is the number

year three. 

InshaAllah three years to go before i can finally tell my mom, "Alhamdulillah, congratulations mama, your daughter is finally a doctor".

setiap kali tengok seniors year six graduate, mesti akan rasa terinspired. not to mention the overwhelming emotion during convocation nanti. masing-masing semua rasa teruja, tak sabar nak graduate jugak. Ya Allah, permudahkanlah.


p.s : Tq cik aisyahrkh7 :-) jom kite same-same banyak-banyak berdoa dan melipatgandakan usaha selagi berbaki masa.

Wednesday, May 25, 2011

treat others the way you want to treat them

assalamualaikum...

Selamat Study Sempena Exam Final. Ada masa lebih boleh teruskan baca, kalau tak, lain kali pun boleh. Dia bila kita tengah tak ada masa nak menulis, idea memang banyak, lepas tu kita buat donno dan, berlalu sepi je idea tu kan. Saya memang suka menulis tentang manusia dan hubungan sesama manusia, sebab i think it's one of the effort I can do to make the world a better place to live in.

selalu kita dengar 'treat others the way you want to be treated'. So, kalau kita nak orang layan kita elok-elok, kita pun kena layan orang baik-baik. Tapi, benda ni akan membuatkan kita cepat kecewa. Kita layan orang baik-baik, in the end, kuberi susu dibalas tuba jua.. So, kita pun macam, sedikit sakit hati lalu menyesali berbuat baik dengan orang. so, this is not going to encourage kita terus berbuat baik, and we're leaving an option for others to hurt us, in a way lah kan.

'treat others the way they deserve to be treated'. okay, this one sounds a lot more promising. at least, memang kita ni obliged untuk treat orang yang baik dengan baik, dan memang puas hati kalau boleh berlaku jahat kepada orang yang jahat dengan kita. Lepas tu kita boleh kata, "Padan muka ko... memang patut pun ko kena macam ni... mwahahahaha (ketawa macam shaytonn)". ok, stop right there.istighfar dulu. Some people, very few people memang akan rasa sangat relieved, and boleh move on dengan tenang. But I believe more often than not, kita akan regret benda yang kita buat tu. It won't even make you feel good. And sometimes it will hit you hard in your head, "I really shouldn't have done that". But if you're among those yang gagal untuk berasa demikian, okey jom banyak-banyak istighfar lagi dan berdoa Allah lembutkan hati.

Obviously, it is not akhlak Islam untuk berbuat demikian. Mana ada kita baca dalam sirah, bila Nabi Muhammad S.A.W dibaling dengan batu, Baginda baling balik batu ke ape ke. In fact, Baginda S.A.W refused untuk malaikat balas perbuatan diorang tu. You see? And if that doesn't get to you, just remember you are of higher class untuk balas orang jahat dengan perbuatan jahat. I mean, buat apa nak downgrade status dengan involve with silly argument. Okay, masa ni baru penting kita ingat soal taraf-taraf ni, walaupun it's not healthy at all, at least it will stop you from doing things you will regret later. Ibaratnya macam kita stress dan pergi shopping therapy, lepas tu balik rumah you feel even worse for spending so much on things you don't even need.

So, what's with "treat others the way you want to treat them". Sukahati kita je ke nak treat orang macam mana sekali pun? Well, the answer is YES! If we decided to treat everyone nicely, we can treat them the way we want to treat them. It's not because you're obliged to do it. So, tak ada unsur keterpaksaan. It's a value you instill in yourself, and you live by it, regardless orang tu buat kita macam mana pun, kita tahu, this is how i will treat you. This give you total self-control. Walaupun there's a possibility untuk orang tu keep menyakitkan hati kita, tapi at the end of the day, kita akan rasa lebih bahagia bila tahu yang kita ada self-control yang tinggi, and it will boost our self-esteem too. :-) 

Tapi, we also have to remember, kita kena tahu "Where you end, and I begin". Tak bermaksud kita ni biar je orang buat apa-apa kat kita. Bila orang buat sesuatu yang kita tak suka, kita kena jugak tegaskan that dia tak patut buat macam tu, but still, kita tak adalah membalas perbuatan tu with something similar. Let's say orang tu cakap bukan-bukan pasal kita, we let them know, dia tak patut buat macam tu, dan it ends there. Kita pun tak perlu nak balas balik ke ape ke. In a way kita tak panjangkan isu, dan mudah-mudahan akhlak yang baik tu akan menyentuh hati orang lain.

p.s : i am soooooo excited about going home. please pray for me that everything goes smoothly so I can benefit others during my holidays. 

p.p.s : meng-italic kan perkataan bahasa inggeris dalam sesebuah entry adalah kerja sia-sia. I loss the real intention of italic-ing them. pfft.

Sunday, May 15, 2011

cendawan celup tepung : sepetang di irbid

hello everybody.. sempena nak exam ni... u either tend to eat more than usual, or less than usual. biasanya tak ada orang eat normally macam tak exam. ada orang kalau exam, dapur dia tak dikunjungi langsung, hari-hari mkn beli je, and ada orang akan lebih aktif ke dapur bila menjelang exam berbanding musim-musim yang lain. faktor utama masih gagal dikenalpasti. 

So...kalau kita setahun kat Irbid ni ada 10 kali je minum petang, at least 6 dari pada 10 taburannya meningkat ketika menjelang exam.. sebenarnya harini I minum petang cucur udang carrot, tapi tak adventure langsung nak share resepi tersebut kan.. jadi harini I nak share resepi cendawan celup tepung, yang diambil dari my cousin.

Bahan-bahan
Cendawan tiram
4 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
garam dan gula 

Cara-cara
so, basuh2 je cendawan tu. boleh didapati di kedai-kedai sayur berhampiran supermarket zamzam, atau ctown, atau safeway.

untuk tepung salut tu, campur semua bahan, air sehingga konsistensi dia menepati citarasa, dan garam and gula to taste. untuk buat lebih banyak lagi, senang je, ingat nisbah 4:1.. kalau pakai 4 cawan tepung gandum, letak 1cawan tepung beras.

tips menggoreng :

ok, ini memang teringat nak tulis sebab goreng cucur tadi.. PASTIKAN minyak panas dan api kuat masa nak masukkan cucur/cendawan.. baru tak melekat.. agak-agak dah terangkat dari dasar kuali, baru switch kan ke api sederhana - kalau goreng benda yang susah masak guna even slower. then nak angkat nanti, kuatkan balik api supaya tak "tangkap minyak" gorengan you all tu... tapi pastikan ada skill lah, silap-silap dah api kuat, ko terkial-kial lagi nak angkat, gelap la jawapnye... 

terima kasih kepada kakak saye kerana mengajar saya cara menggoreng yang betul, walaupun bila dia mengajar dulu i rasa was-was.

p.s : tiada gambar sebab cendawan mmg belum sempat hidang dah separuh kena makan. haha.