Sunday, April 5, 2009

ulangkaji ikhtilat sifar

selongkar-selongkar file lama... terjumpa entry lama masa hangatnya kempen ikhtilat sifar... rupanya, by time, manusia banyak berubah. aku pun berubah. ya Allah, terima kasih atas peringatan seperti ini... p/s: also found more good entries from my fs blog. to be posted soon.

Thursday, January 3, 2008

ikhtilat???
finally...semuanya takdir ALLAH..maka, belakangan ini, sudah ada ym2 jua email2 yang saya terima...kadang kala saya sendiri yang terbangkitkan isu ikhtilat..ada juga rakan2 yang saya kira sudah tidak tahan lagi dengan persekitaran baru yang janggal...(yelah, kat taayah dulu, mana nak cari orang bercouple, berkawan2 antara opposing genders dan sebagainya...)

maka, di irbid ini, sudah dilancarkan kempen ikhtilat sifar..juga sudah selesai majlis penutupnya. bagi saya, pengisiannya cukup berkesan lagi mengesankan...mudah2an, jika tidak sedikit maka ramailah yang memperoleh manfaat dari program ini..apapun, yang lebih penting adalah saya kira apa yang dapat saya kongsikan bersama sahabat2 yang tersayang sepanjang program ini.

adapun, yang ingin ditekankan adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. saya yakin, ramai yang menyedari kalau pergaulan antara lelaki dan perempuan yang dibolehkan hanyalah bagi tujuan seperti jual-beli, pendidikan,persaksian(kehakiman),perubatan dan pernikahan.
definisi ikhtilat
pergaulan di antara lelaki dengan perempuan tanpa mengikut syarat2 yang dilunaskan oleh syara'.adapun pergaulan, melibatkan perkenalan..contohnya i kenal u, u kenal i...kalau percampuran, mungkin tidak berlaku perkenalan.seperti program2 ataupun di tempat awam seperti di pasar. seterusnya, tidak ada ikhtilat sesama jantina. maka ikhtilat melibatkan unsur lelaki dan perempuan. dan sudah pasti, pergaulan yang dimaksudkan adalah di antara bukan mahram.
hukum ikhtilat
jaiz(harus) atau haram???yang pasti ia bukan sunat muakkad!asal hukum ikhtilat adalah harus mengikut syarat2 tertentu.apabila tidak mengikut syarat2 ini, maka ia menjadi haram. ataupun, boleh dikatakan ikhtilat dibahagikan kepada ikhtilat yang harus dan ikhtilat yang haram.
syarat2 ikhtilat yang diharuskan
tidak ada dalam ikhtilat itu tabarruj yang diharamkan. (tidak menarik perhatian dan mestilah menutup aurat)
tidak boleh sama sekali melihat apa2 yang haram. (sebab lain orang lain pandangannya. maka, depends pada diri sendiri,jika ia tahu memandang sesuatu mengundang ghairah dalam dirinya, maka dia tidak boleh memandangnya kerana ia menimbulkan dosa.)
hendaklah wanita itu tidak merengek2(melunakkan suara) dalam pergaulan itu. hendaklah berkata yang baik2 yakni perkara yang perlu atau mustahak dan perlu akan pergaulan tersebut sahaja.( kepada pasangan2 bahagia budget islamik... kejut qiam mahupu kejut subuh..tidak termasuk dalam perkara2 yang baik mahupun mustahak mahupun perlu...)
tidak berlaku di sana khalwat. tidak semestinya berdua-duaan di tempat yang tidak dilihat orang. perlu juga diambil kira jika keadaan pergaulan itu boleh membawa kepada fitnah. maka, makan KFC ataupun melepak di taman bunga pun...tak bleh juga..maka, x perlulah pegi makan kfc dengan sweetheart anda...ajaklah teman sejantina saja...ataupun belanja adik beradik..kita perlulah menolak sesuatu yang membawa fitnah. Jadi, sangat penting mengambil kira pandangan orang lain.(memang kena jaga tepi kain orang)jadi, apa relevannya mesti berstudy group dengan kaum berlainan jantina ini...

mestilah tidak berlaku dalam pergaulan itu perempuan menarik perhatian. dari segi pakaian, tingkah laku, berwangi-wangian yang berlebihan.
hendaklah ada pengasingan.gap, hijab dan yang sewaktu dengannya.(jadi jangan komplen pasal mesyuarat yang hanya pengerusi saje yang boleh tengok belakang-mengadap akhawat-inilah anjuran islam)

janganlah ada bersentuhan kulit, tampar menampar, usap mengusap.
tidak ada berasak-asakan.so, next time berprogram... janganlah berlaku keadaan berasa-asak nak keluar kat pintu...

ikhtilat jaiz terkandung didalamnya dhorurah dan hajat.
dhorurah-kalau x buat membawa mudharat yang besar kepada individu. contohnya, melibatkan keselamatan, nyawa dan maruah seorang wanita.contohnya, kalau seorang wanita tu dalam keadaan bahaya(ada orang nak memperlakukan sesuatu yang tak baik)lepas tu, hero pun datang selamatkan. maka ketika itu kita katakan dhorurah...maka di sana, adakah dhorurah nak berstudy group atau makan KFC bersama si dia

hajat-apabila tidak buat sesuatu perkara itu menyebabkan kehidupan menjadi kelam kabut. ikhtilat yang hajat contohnya muamalat seperti pergi ke kedai...ke pasar..tawar-menawar harga (perlu menggunakan suara)-jangan la mengorat plak pakcik jual daging tu..lain2 seperti beratur di kafe, tempat duduk fixed dalam lecture hall...ataupun, nak naik bas, memang tak ada bas lain nak pergi kelas, dan terpaksa bersesak2 dengan kaum lain jenis tu...TETAPI...jangan lah melampau2 pula...berpada2...
...cinta...
sebut tentang cinta...maka tidak dapatlah kita lari dari isu hati...mainan perasaan.
jika seseorang itu berniat untuk melakukan satu perkara yang baik, maka Allah memberikan ia satu ganjaran dan jika ia melaksanakan perkara itu, maka ganjaran berlipat gandalah baginya. Tetapi, jika seseorang berniat melakukan perkara yang jahat, tidak ditulis baginya kejahatan melainkan setelah ia melakukannya. malah, jika ia tidak jadi melakukan sesuatu itu kerana takutkan Allah, maka baginya ganjaran pahala.TETAPI, jika ia tidak melakukannya atas halangan2 lain..maka tidak ada ganjaran pahala baginya.

cinta, adalah sesuatu yang terbit di dalam hati, berasal dari pandangan.mungkin juga dari pendengaran.cinta merupakan satu perbuatan hati. dan cinta adalah sesuatu yang amat penting kerana sesuatu perkahwinan tidak akan bahagia tanpa adanya cinta. dan cinta itu berputiknya dari pandangan. maka pada satu ketika,apabila al-mughirah bin syu'bah ingin bernikah dengan seorang perempuan setelah mengikat tali pertunangan, lalu dikhabarkan kepada baginda Rasulullah SAW, baginda bertanya sama ada al-mughirah telah melihat wanita itu. maka jawab al-mughirah bahawa dia belum pernah melihatnya. maka Rasulullah SAW menyuruh al-mughirah melihat wanita itu kerana "akhirnya,nanti kamu melihat dia kamu akan rasa cinta kepada dia dan kasih kepada dia."--->maka bagi yang tak mampu berkahwin hendaklah menjaga pandangan.

cinta datang tanpa diundang..(cewah..ayat...) sebab tu lah, perasaan cinta ni, kalau dia datang, maka dia datang lah perasaan tu..macam perasaan lapar...maka satu-satunya cara yang digariskan dalam islam bagi melepaskan rasa cinta adalah perkahwinan. jadi persoalannya di sini. adakah cinta itu dosa???
cinta ini tidak boleh dihalang.maka ia tidak berdosa.tetapi, yang dikira berdosa adalah perlakuan kita selepas itu. bagi memupuk cinta itu..kita adakan pertemuan, hantar msg, buzzing2 di ym..letak kat status ym..shoutout kita..blogging dan sebagainya... cinta bukan sesuatu yang kotor.kerana ia adalah fitrah.
aku tidak melihat orang yang bercinta ini lebih hebat daripadaorang yang berkahwin-Rasulullah saw
...RINDU...
nak sms tak boleh...nak call tak boleh... maka ingatlah, bagi orang yang bersabar meskipun ia punya perasaan, menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri lantaran takut kepada ALLAH, maka ia diganjari pahala..imam as-sayuti mengatakan, orang yang mempunyai perasaan tetapi ia menjaga dirinya, jika ia mati dalam keadaaan demikian, maka ia diganjari pahala.
...Pertunangan...

Pendahuluan ikatan perkahwinan.yakni permintaan seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi.bukanlah pertunangan seperti yang lazim kita saksikan sekarang..hantaran berdulang2..belanja yang tinggi...jadi yang penting adalah persetujuan wali untuk menikahkan anak perempuannya..maka, dari sinilah bermula proses perkenalan untuk pernikahan. hukum meminang adalah sunat.supaya dapat kenal dahulu pasangan yang ingin dikahwini.bertunang bukan satu contract wajib kahwin. jadi, jelas, pertunangan bukan lesen untuk berkepit ke sana-sini...hmm..jadi dalam tempoh inilah nak pastikan keadaan pasangan. waktu inilah..lelaki boleh melihat wanita yakni muka dan tapak tangan...(aurat masih sama ye macam belum bertunang) dan bolehlah dihantarkan wakil untuk melihat aurat perempuan seperti rambutnya, ada penyakit kulit ke tak..camtu la...adepun gambaran2 yang tak sepatutnya, tak boleh...dan perempuan pula bolehlah hantarkan wakil untuk mengetahui keadaan pasangannya..

dan jika tidak bersetuju, tidak mengapalah dibatalkan pertunangan jika ada sebarang kekurangan yang besar. kewajarannya, perkahwinan bukan dengan individu itu semata bahkan, keseluruhannya..ia juga bukan untuk sehari dua, bahkan selamanya...jadi tak bolehlah main redah saje...nanti timbul pelbagai isu di belakang hari... tak serasi dan sebagainya.
dan akhirnya perhubungan diakhiri dengan ikatan suci yakni pernikahan...

sesungguhnya content posting kali ini saya cedok fully dari pengisian tafaquh edisi khas kempen ikhtilat sifar yang saya kira sangat jelas penjelasannya.
maka, dengan ayat paling mudah...coupling itu tak boleh.ym, sms saje2 pon tak boleh.perhubungan rapat, mesra antara lelaki dan perempuan itu juga tidak boleh.kitalah bertanggungjawab menjaga diri kita supaya tidak membawa ke arah maksiat dan perzinaan... mudah2an sebagai peringatan bagi tuan punya jari yang menaip juga tuan punya mata yang membaca. barangkali, kempen ikhtilat sifat bakal mencetus satu anjakan paradigma buat seluruh warga irbid. wallahua'lam
observed and expressed by one_munawwarah at 6:02:00 PM

postCount('3474084660107151746');
p/s: setiap kita juga melakukan kesilapan, dan masih sempat untuk kita mengubahnya. it's a funny thing about mistake, you know them and you know you did it, and u know u can change and correct it, yet funnier ; most of the time we dont.

1 comment:

Jefferson said...

Salam

Saya rasa fitnah yg ingin dimaksudkan oleh saudari ialah Buhtan, iaitu tuduhan yg tidak berasas. (sy merujuk ayat : "Jadi, sangat penting mengambil kira pandangan orang lain") Ramai ahli Permai dan MUNGKIN Permai sendiri (sy tidak pasti) tertukar antara fitnah dan Buhtan, Fitnah adalah sesuatu yg berbeza dari buhtan.