Monday, May 25, 2009

gambar bekas pensel


jika pernah kau perhatikan, kerap juga orang sampai ke blog aku ni sebab dia search "gambar bekas pensel" kat yahoo ataupun google. walaupun, hakikatnye, xde pun gambar tersebut kat blog aku ni. semuanya gara-gara entry aku yang lepas ttg pensel warna LUNA milik UNA...ha..

entry ini, tribute untuk sang pencari gambar bekas pensel, simpati aku untuk kamu, tiap-tiap bulan cari gambar itu x jumpe ( kalau kamu orang yang same lah) atau boleh jadi ada art student mana-mana institusi ada assignment bekas pensel???

anyway, tak ada perkara penting pun, cuma aku nak mengimbau sejarah pensel case - pensel case yang aku pernah ada (sukati la nak eja camne kan)

kakak adalah idola zaman kanak-kanak yang ter-cool skali dalam hidup aku. so, semua pensel case style kakak, adelah WAJIB aku miliki. dia menang pertandingan kat sekolah ke, dia buat ke... kakak sangat kreatif, dia selalu buat sendiri pensel case die.

pensel case besi - sangat bosan, pensel case ribena best ade cermin pastu ade tempat boleh tegakkan pensel... pastu bile besday peminat selalu bagi kotak pensel plastik berserta pembaris, pemadam dan sharpener...giler bosan...time kasih la tapinye kan... kadang-kadang rembat pensel case mama....haha... mama ada pembaris nurse's day, gambar nurse pakai skirt - zaman dulu-dulu... aku rasa mama masih ada pembaris tu sebab ianya besi.

paling hip skali, aku ikut rakan sebaya, pensel box guna kotak video tape tu... huhu. ini masih jelas dalam ingatan, aku guna pembalut warna-warni ada gambar ketam sket. selit pembalut tu dalam plastik cover luar tu, voila!!! satu pensel box... pastu aku letak gamba karisma kapoor dengan rambut dia masa tu yang sangat aku minati, lipstik dy warne ungu pelan pastu gambar westlife. (note:aku darjah 5) pastu ustaz X sound, "atiqah, ni kakak dan abang kamu ke?" ok, ustaz ini memang tidaklah menyayangi aku seperti guru-guru lain. ustaz saufi sameon - guru praktikal dan ustaz borhan a.k.a kluang man adelah ustaz maktab paling best sekali. ye, mase sekolah rendah aku sangat baik dengan cikgu praktikal...lepak2 kat library. dan cikgu suzilawati, orang pertama menyebabkan aku tahu ada tempat nama kuala kubu, pastu everytime lalu je, excited...haha..

pastu aku dan rakan-rakan sekelas panggil ustaz X itu bigshow, aku darjah lima... satu family tau, hari-hari balik aku asik citer kena marah je dgn ustaz X tu.walaupun cikgu-cikgu lain semuanya baik-baik je dan aku bukanlah pelajar bermasalah MELAINKAN BILA NURSE GIGI DATANG. sampai guru disiplin terpaksa datang menenangkan keadaan..pastu bila along pulak ngajar sekejap kat skolah aku, aku buat pengakuan, along kata tak baik. pastu aku kata, "tapi, betul kan ustaz tu macam bigshow?" -putih dan besar. dan ada raut wajah. in fact, selepas aku masuk taayah dan jadi orang yang lebih baik dari semalam, dia masih datang padaku dan berkata "tak sangkanya". kerana di mata ustaz, hanya (we use to call the girls "budak2 AG" sebab thats how u write pendidikan islam in jadual) diorang je ke baik??? kawan aku sanmugaraj a/l shaunmuganathan pun hafal asma2ul husna dan alfatihah. boleh tulis jawi jugak.

p/s: yelah, sebenarnya abah memang tak bagi menerima rawatan di sekolah tapi abah lupa tanda, so.... saye suruh cikgu kelas saya darjah 2, cikgu zambry tolong tanda pada kotak itu. so, warna pen tu tak sama, itu pun nak kecoh ke makcik nurse gigi. saye masih ingat peristiwa itu.

pastu, kakak buat kotak pensel macam kotak mancis, tapi besar. pastu dia balut dengan bersungguh2.aku tak tau buat macam mana, aku suruh je kakak buatkan. terima kasih kakak. tulisan kakak cantik jugak. sekali tu, kakak bagi je yang dia punya. lagi sekali aku suruh kakak buatkan warna hitam. pastu tampal sticker otomen, atau edisi siasat (yelah, aku suka wan kamaruddin wan ibrahim. ko ingat kenapa nama aku one???) pastu lama-lama ada kotak ape tah warna hitam, lebih smart tapi lembik skit.yelah yang kakak buat tu, putus nyawa membalutnye bagi keras. aku tampal kepala otomen lagi. pastu yang hitam lama tu aku buat jadi "inbox". yelah... kat taayah masa tu selalu main pass-pass surat ni... baik secara secret pen-pal persatuan, atau dengan ku fasehah ku zahari... =) atau farahah samsuri, kawan baik yang selalu tak dapat ku spend waktu bersamanya, jadi dia hantar surat - SAMA KELAS NI

aku, otomen dan LK.sebab pensel box aku ade otomen, maka dia tahu aku suka ultraman, dan dia kata dia pun suka tengok ultraman jugak (ok, mula lah dia kedengaran seperti tak masuk akal) dan dia suka sangat pegang pensel box ultraman aku untuk dijadikan contoh-contoh dalam penerangan. dan dia panggil pensel box aku ultraman. jadi, sebab dia ingat aku suka sangat ultraman, aku didik semula diri aku untuk meminati ultraman secara bersungguh2. aku juga gabung nama ultraman dengan aku. haha.-kawan2ku, boleh imbau memori lalu, penggunaan nama yang terlalu jelas dilarang sama sekali-terima kasih waniha dan ili dan yana dan naem, atas sokongan kalian.

anyway. lepas tu aku ada pensel box jeans - masa tu jeans was the in thing, purse pun jeans - hilang kat kuala kubu baru dalam prebet sapu - pensel box tu, ada tulis-tulis dengan fabric paint yang glow in the dark. hodoh giler, tapi sebab masa tu semua orang nak buat, aku buat la kan. masa tu semua barang aku ada "chocolate RuLeZ!!!" yelah, aku masa muda-muda dulu guna nickname chocprincess kan.ada dua side, jadi aku boleh masukkan jugak kalkulator saintifik - kakak punya.

nak masuk dQ aku beli pensel case baru. ianya kain jarang yang ada stripe warna-warni tu... ala, ramai orang ade tu.beli kat ipoh parade... ianya hilang ketika berpindah dari csi1 ke csi2. jadi sekarang aku beli pensel box baru yang ala kadar saje. habislah sudah cerita aku dan pensel box ku...

aku nak upload gambar tapi failed. mungkin next time . atau kau boleh tinggal email kat sini, nanti aku emailkan.

8 comments:

Fez said...

Oooh dah nak jd doc pun still pakai pencil case? bagus la. kemas2. akk bawa sebatang pen + 2 btg highliter je gi hosp. itupun campak je dalam beg. bila nak menulis dah kena korek2 beg. haha.
dulu masa pakai pencil box, bila jalan dengan beg sekolah, ketung ketang bunyi pencil box tu. tau la dari jauh anak dah balik sekolah. akk tau jugak zaman org guna vid tape bt pencil box tu, tp akk x buat la. maklumlah hadiah pencil box byk kat umah. hehe. malas nak susahkan diri menghias vid tape bt pencil box. Lol.

Yankum3~ said...

ko simpan lg ke pensel case otomen 2???
xbawak gi sne??
ahakz!!

one said...

k.faezza: biaselah, saye berjiwa muda..ngeh3

yana:inbox tu aku ade lagi... tapi yang buat pensil case tu dah buag rasenye... giler dah x fit dah pensil box tu... (oi, ejaan macam kehape)

Milimilo said...

ingatkan nak letak gambar bekas pensel yg di describe tu untuk puaskan hati yg menggoogle..hihi..kotak pensel aku xbyk kngn so dh xingat.. ;)

one said...

hoho...kotak pensel yang di describe tu seme dah gone with the wind dah..

theHusna said...

one.one.one.i miss jugak pencil case ko yg itam tu.LK??hehehhehehehhe..sori

atiqahdahalan said...

huhuhu... aku baru je baper hari lepas mimpi L.K... giler syahdu kan..

Yankum3~ said...

mimpi???
ape jadah nye??