hari tu, semasa and after lung cancer discussion, aku terketuk kepala dan pintu hati sekejap. heh. kadang-kadang (nanti) dalam hidup as a physician, most probably (this one with very high possibility okeh) aku kena cakap pada patient aku, dia ada terminal illness. dan aku tidak mampu berbuat apa-apa (patient lain pun bukan aku yang buat apa-apa-kerja Allah semua itu) dan aku hanya mampu bagi supportive treatment saje. masa discussion haritu doctor cakap pasal small cell carcinoma lah kan yang terminal sangat tuh. (mati itu pasti untuk patient ini, patient lain dan aku juga. so, what's the big deal. mungkin mati nampak lebih jelas kepastiannya untuk pesakit ini.)
okeh. so aku dah terketuk kepala. aku pun fikir. weh, takkan cakap tu semata.. nak kena bagi pencerahan jugak ni... oh, aku akan kata "enjoy life while you still can, make the best out of each day" dan mungkin jugak suruh patient itu bertaubat atas dosa-dosanya yang lalu. skali patient aku tu takde wat dosa. wohaaaa (ayat ini aku xde maksud pape)
weh. itu je ke? semudah itu? kalau aku yang kat tempat dia agak-agak aku nak buat apa. itu kalau aku yang kat tempat dia. kalau orang yang aku sayang yang kena? ha... aku nak buat apa pulak? toing-toing...
kejap: smokers, kalau kau tengok lung yang aku tengok dalam Lab, most probably ko tak hisap rokok. aku berhenti makan red meat sebab kelas patho aku asik point out kalau kita ade hypercholestrolemia kita boleh mati dengan pelbagai complication. hahah.(ini ayat bagi pendek statement aku) tapi kadang2 aku terpaksa gak makan burger kat kafe sbb xde menu lain. hahah
tapi semenjak dua ini. aku mula lihat matlamat hidup ini lebih luas dari itu. bukan sekadar mengejar keseronokan terlampau di dunia semata2. kalau macam itulah makna bestnya hidup, kalau aku tahu aku mati esok, aku balik ipoh pergi makan-makan dan spend every single second dengan orang yang aku sayang.
tapi hidup bukan itu saja. hidup untuk mati. mati untuk hidup yang kekal abadi. bawak bekal beb kata orang. beban dosa kita minta ampun, mudah-mudahan tak payah pikul sekali lepas mati. aku pun kadang-kadang kabur melihat, apa yang aku mahu dalam hidup. selalu aku dengar orang kata, hidup mahukan reda Allah - itu mulut cakap beb. dalam hati kita rasa apa? mudah-mudahan apa yang kita lafaz di bibir itu, kita rasa juga dalam hati. kalau bukan sekarang, esok barangkali. itupun kalau esok kita hidup lagi.
oh, aku belum cukup mengenal Pencipta. dan aku belum jelas matlamat penciptaaan barangkali.
p/s: kadang-kadang aku rasa untung juga orang kena hukuman gantung. sempatlah dia bertaubat agaknya sebelum ke tali gantung. dan maghfirah Allah itu luas tak bersempadan. tak payah tunggu nak mati lah baru bertaubat weh... rugilah sape hari-hari tengok orang mati dan ia tidak merasakan apa-apa daripadanya...
2 comments:
eh.. nurse ker bakal doctor?
huhu.. tu lah.. bila difikir2 kan.. byk lg yg jojie ketinggalan.. byk yg perlu belajar ni..
aish..idup dan mati di tgn Tuhan.. tp kita sbg manusia harus peka apa yg kita lakukan.. bertaubat dan sentiasa berbuat baik dan top up amalan2 kita.. ye x?
=)
bakal doc insyaAllah..
xpe jojie, as long as ade peluang kita kejar mana yang boleh.
semoga sentiasa berada di bawah naungan Rahmat dan kasih sayangNya.dan diberi ingat ketika lupa.
Post a Comment