ok. sekarang aku nak adakan peraduan. sape boleh point out mana-mana entry menunjukkan kesedihan aku. hadiahnye, nanti boleh tuntut. kalau kau orang Malaysia, nanti aku beli something dari jordan. waheyyyy. sebabnye, aku pun tak boleh recall kalau ada. kalau entry yang before aku delete onebonez skali dulu, mungkin la ada kan. tapi seingat2 aku pastu xde dah. ok, jadi sape2 takde exam dan bosan giler dan dah tengok laskar pelangi boleh isi masa lapang dengan menggeledah blog aku. (weh,skali xde org nk sertai peraduan ni)
anyway. aku tak suka merekod sebarang cerita sedih. sbab nanti bila baca semula ia bertanda. hari ni, walaubagaimanapun terpaksa aku catatkan. sekejap tadi aku tersedih tahap dewa. terduduk kejap aku tak mampu bergerak (seyes ni, bukannya aku exaggerate) ok. lepas tu aku get back to myself, pastu aku berkerja lah kan. pastu masa aku berkerja tu aku pikir....panjang pikir tu. pastu i'm getting back to my senses. aku nak sedih ape beb??? things happen. dan aku sekarang boleh blogging lagi dengan rasa gumbira. mula-mula kita mesti la pikir reaction camne kita bagi pada orang sekeliling. aku, tak suka melampias kat orang. kalau aku terbuat- ampun la. tapi memang aku tak suka.dan aku juga tak suka orang free2 marah orang sebab dia tengah marah. yang penting, aku rasa bukan time nye untuk aku lari.
aku rasa bodoh kalau aku bereaksi dengan reaksi memburukkan keadaan. hidup aku ini bukan untuk bersedih atau bergembira kerana manusia. (aku ulangi, bila aku sedih dan buat ayat untuk blog ini, selalu aje aku kembali rasional) tapi bila kamu menyakat aku nak tulis ni, aku biasenye hilang point - dodol. mula-mula sekali, bila kita marah, aku la kan. aku rasa it is best untuk aku tidak menjawab sebarang panggilan atau menulis sebarang msg sbb nescaya aku akan memburukkan keadaan semata. jadi aku kena duduk diam2 dulu. lepas tu aku kena fikir nak tulis apa dalam blog. dan lepas tu aku boleh senyum. lepas tu aku boleh duduk diam-diam dalam bilik aku menulis macam ni.
aku pernah kecewa dengan diri sendiri sebab suka ketawa. pendek kata, kalau aku marah, kau boleh duduk sebelah aku buat lawak - nescaya aku takkan marah lagi. atau bila orang ajak bercakap, adalah hampir impossible untuk aku tak membalas cakap orang itu. aku tak sampai hati beb (ada jugak possibility aku terlaser ape...). pastu baru aku sedar, Tuhan kurniakan aku sifat itu, supaya aku tak jadi orang pemarah lah agaknya. letting go itu adalah sakit biasanya, tapi lepas tu kau akan rasa lega. dan bila kau sedih, banyaklah istighfar dan ingat Allah, sebab aku dah rasa betapa syaitan + nafsu tu, bila kita tengah marah memang suka menyimbah gasolin lagi. kalau simbah air sirap x pe gak la kan. at least tekak rasa best gitu.
tidak ada yang boleh melukai kamu, bila Tuhanmu menetapkan begitu.
hei. kau tak perlu buat jahat untuk Tuhan balas dengan keburukan. Tuhan juga tak perlu kau berbuat baik untuk dibalas dengan kesenangan. Tuhan itu bukan asyik nak berbalas2. boleh jadi Dia kurniakan ujian dan dugaan kerana mahu kau kembali menagih kasih sayangNya. boleh jadi kau dah terlalu jauh dariNya. and just because everything seems to be so beautiful in your life, doesn't mean you're being a good believer already. itupun ujian weh.
kalau kau naik basikal, pastu terlanggar uncle kat taman perumahan kau. pastu kau kena marah. pastu kau tak naik basikal dah sebab takut langgar orang lain dan kena marah lagi - itu perkara paling dungu sekali dalam hidup yang kau pernah buat. sekali makan pau tercekik tulang ayam forever kau takkan makan pau ayam ke?renung-renungkan.
3 comments:
one...aku igt ko nangeh kat skolah...
sedey kan 2??
ahakz!!
oi.mase aku kena dengan "sy rasa tercabar" itu ka...???
sudahlah, aku telah memaafkan semua yang menzalimi aku time tu. nguahahaha
huhu..
igt lg kau akn SRT itu...
wakaka
Post a Comment