ok. lagi skali aku nak buat entry hari ini. esok2 mana tau ak tak buat dah. yela, tomorrow is never guaranteed. ak balik ngaji jalan kaki je sebab hari dah redup. aku mmg suke jalan2 share3 jame3ah dalam bahasa penjajahnya University Street. ada banyak kedai dan jalan paling banyak CC di dunia. wooo... x caye sila search wiki.
singgah beli ink. ini lah masalahnya. ink aku hanya ada dijual di kedai FUTURE mujamma3 nadi 3rabe. tapi, kadang2 aku jalan jugak sampai isharah iskan (dulu umah aku kan dekat je ngn situ) carik ink. pastu semua kedai aku akan pergi walaupun setiap kedai kata ada jual kat future tu. yela, kalau kita banyak kali tanya, lama-lama skill bertanya tu jadi makin baik. eh. betol2.
pastu, aku setiap kali pergi, abang tu akan suggest aku refill, beli refill. jangan beli cartridge baru. printer aku harge JD 100 (Rm500). aku beli summer last year. cartridge baru, sekali beli, hitam 12jd tak salah aku (rm60). colour 21jd (seingat aku last beli). setiap kali pergi aku akan tanye, mana-mana kedai pun. "aku pakai HP ni, orang kata rosak kalau pakai ink tak ori. pastu kalau refill pun rosak" org semua akan jawap "Boleh, tak ada masalah. kawan2 kau pun semua refill aje" semua kedai. aku dalam hati, "Mungkin dia tak faham maksud soalan aku" walaupun hakikatnya aku tanya in English.
atau kadang2 ada kedai offer nak jual cartridge XL yang lagi murah dari cartridge ori size regular. sungguh aku takkan beli. tapi, sebab baru2 ni aku rasa konfiden ngan abang Future tu dan die dah tutor aku camne nak refill dengan baik, aku beli la refill ink hitam. kalau refill ink colour... aku tak rasa aku akan beli. haha.
sebabnya. kakak aku kata (kakak aku kerja company printer) "HP ni bagus, printer murah tapi ink dy mahal. kalau pakai ink tak ori, rosak le. jawabnya kena beli printer baru" setiap kali aku tanya kali kedua, kakak kata "try la kalau berani.rosak akak tak jamin". disebabkan kakak sangat hebat. aku sangat percaya kakak. jadi semua pengedai ink gagal meyakinkan aku untuk beli cartridge tak ori dan refill. err.
balik kpd kedai future hari ni.
"nak ink, 141. eh. cartridge" -masuk2 tu aku dah bagi salam dah
"ada yang original je"
"ok. mo mushkile "(no problem)
"22 jd"-RM110
aku sambil beliakkan mata : "yeke 22? bukan 18???"(walla 21???mo 18?)
"jap. kawan aku haritu kata 18?"
aku teragak-agak. "yela, lebih kurang"
"ko penah beli kat sini dulu 18?"
"ye rasenye"
"ok. 18"RM90
(baru aku pasan. 20 hengget je beza nye pun) tapi minda aku berkata, jangan2 17 je biasanya. takpelah, next time aku tanye balik. tapi, kira-kira dalam setahun aku beli ink ini. dah cukup dah duit beli ink buat beli printer baru. serius la aku tak tipu.
p/s: aku singgah jugak beli dvd dekat movie box. kalau cartridge yang tak ori printer rosak, kalau cd pirate takdenye rosak plak driver tu. jadi, sebab tu aku xde masalah beli. hihi.
1 comment:
k.heti,n kak mel beli dakwat trus..murah..satu botol penuh...
try la tnya dorg..
Post a Comment