Monday, August 3, 2009

cuti raya~

berikut disertakan jadual peperiksaan akhir adinda (sbb my sis je yg bace kan) penggal ini.



Immunology - 26 Ogos
Wellness and Fitness - 27 Ogos
Introduction to Community Medicine - 29 Ogos

dengan ini, adinda bercadang untuk pulang lebih awal dari tarikh yang adinda maklumkan kepada abahanda serta mamanda sebelum ini. dengan harapan mamanda belum lagi mengambil cuti untuk menjemput adinda di lapangan terbang. harapnya, kakakanda dapat memaklumkan kedua abahanda serta mamanda tentang perkhabaran gumbira ini secepatnya. walhal adinda nak kirim mesej ringkas sebentar lagi.

aku tak jumpe lagi sape yang same flight dgn aku 2 sept. so, esok aku nak ke nefertiti gi tukar tiket ke 30 ogos, oh genap 2 tahun kemudian aku balik semula ke KLiA.

semangat2. belajar rajin2 supaya tenang2 saja cuti kali ini. ai ken do wit! soo ken yuuu.!!! anyway. cuti januari haritu, masa aku tolong abah ikat peria kat pancang-pancang kayu. bibik tanam, tapi takde tempat pokok tu nak menjulur, maka abah n i pun pergilah menyempurnakan projek tersebut.

abah dah tebang2 pokok rambutan dekat homestay tu. lapang giler. mama asik suruh wat kan landscape (ha...last summer berlagak sangat amik home garden kan...) aku tengok abah kumpul kayu-kayu.

"Tahun ni kamu balik raya, abah ingat kita bakar lemang." syahdu seyh. 1st time okeh nak bakar lemang kat umah batu 8, before ni kalau balik umah wan kat bukit je bakar lemang, and masak rendang serta dodol bagai. tahun ni kat umah sendiri beb! kayu api abah dah start sediakan dari awal tahun lagi. dah 2 tahun mama abah raye takde si kecik ni (meskipun last year ade si kecik muaz). tahun ni, ade si kecik ikah, si kecik muaz serta si kecik azam. kite geng lah tengok sape dapat banyak duit raye. pak ngah pun boleh join sbb tak kawen lagi. oraito.

aku pun sms along, "i'm going home this eid, let's wear same colour this year - i say green". somewhere early this year lah. then along decided blue is the colour for this year. so, sebagai PR aku pun text semua orang "Along kata tahun ni raya semua orang kena pakai baju biru" wohaaaa. manipulative giler.

raya itu bukan sekadar semangat baju baru dan makan2 serta bersama keluarga semata2. tapi aku rindu sangat nak beraya dengan semua yang tersayang itu. maka inilah, hasilnye. =P tak sangka, rumah sekarang dah jadi kampung tempat semua orang gather. dulu kitorang je yg kena balik kampung pahang or kampung kuala.

mama already asked where do i wanna go this hols.

"ha, cuti ni nak ke mana?"
"puasa la ma...mane nak berjalannye.."
"after raya we can go..."
"mana sempat.."
"oh... kita balik pahang lah nak.."
"nak nak nak!!!" - dengan gaya semangat tak hengat2.

lame gile tak balik bukit. (panggil umah wan kat pahang tu "bukit" sebab umah tu memang atas bukit)


muaz n abah (pengarah program Jom Raya Keluarga Dahalan 2009) notice ade lemang sebatang kat sliding door. baju raye mozomozo itu telah digosok sekurang2nya 8 kali oleh perindu2 beliau. yelah, cucu first kan. pasni baju2 digosok 4kali je agaknye sbb cucu dah ade dua. =) masuk 10 cucu, semua gosok sendiri lah!

2 comments:

Laila said...

raye nie adalah raye yg syahdu bagi sye...:,(

Ain Mardhiah said...

one, aku ngan mai balik 2 sept. rasanya ada lagi sorang dua org balik 2 sept gak tapi aku lupa..