jam baru 3.28 pagi. sambil2 menunggu encik akmal berangkat ke mesjid untuk solat subuh ni. berjagalah, baru balik je dari syria. sakan sangat, later will story lah about the syria getaway. hihi.
.
since january lagi, abah mmg dah mention ttg plan nak membakar lemang this year. tapi, memandangkan aku kena balik irbid on the 13th, and arranged a family gathering on 12th, i requested to make the lemangs earlier. kebetulan, encik akmal pun terpakse beraye di perantauan, (beliau baru sahaje berlalu sambil menghafal "mobilecom khomse, tenin" untuk dibeli di on the run, on the way nak ke mesjid sambil perasan beliau seorang student sebab memakai backpack-kedengaran tapak dentuman kaki beliau yg menaiki tangga kerana duit tertinggal, appodaaa). ok back to the lemang.
.
so, the week before, we went back to bukit paya tengang (abah's home) to hantar bibik and mencari buluh. i didnt join the expedition cari buluh lah, busy with something else. i'm not the kind of person who cooks and tell, but this is lemang, and it is sad to see most people has forgotten the art of making this food. and abah had his quick training on how to make the lemang, by mak lang (before this, abah just bakar lemang).
.
then comes my turn to join the adventure. hari yang paling penat sepanjang ramadhan this year, keduanya adalah harini, berjalan2 di syria. tercabut kaki woo.
.
The Buluh
.
Pertama sekali, buluh yang telah dikerat2 itu, hendaklah dibersihkan. refer gambar. pembersih buluh ni dibuat dengan sabut kelapa yang diselit pada pelepah salak. pelepah ape pun boleh as long as keras and cukup panjangnya. buat macam basuh botol susu anak, lepas tu ketuk2 guna pelepah tu pada badan buluh dan saksikan, miang buluh yang kelihatan seperti habuk2 putih akan keluar bertebaran. buat banyak2 kali sampai takde dah keluar abuk putih.
.
Keduanya, dibasuhlah buluh tersebut dengan air, lalu kita toskan.
.
setelah itu, daun pisang adventure pun bermula. sebaik2nya,gunakan daun pisang hutan. tapi, it's very fragile so, kalau tak pandai, berlatih dulu pakai daun pisang lain... sayang je rosak daun pisang hutan tu. org kata lagi sedap ke ape tah. i ruined quite a lot daun pisang that abah had to take daun pisang belakang rumah which is even more fragile. solution : layur dulu daun pisang tu. mula-mula ukur panjang daun pisang dan lebarnya. lebar tu, agak2 muat membalut buluh tu kira dah cantik lah. jangan lebih sangat lebarnya, kalau daun berlapis gulung, susah u nak masuk beras.
.
teknik memasukkan daun pisang ni adalah the most crucial step yang akan mengorbankan daun2 pisang anda. amik bahagian batang ataupun pelepah kata orang, of the daun pisang, belah tengahnya. lepas tu, sepitkan daun pisang yang dah dipotong tu, make sure u sampai ke hujung, kalau tidak alamatnya, koyak le masa u nak gulung tu. then gulung perlahan-lahan. masukkan pelepah yang dah digulung tu ke dalam buluh, pusing2 untuk bagi daun tu fit in the buluh. then tarik pelepah keluar. tadaaaa~~~ siap lah buluh2 berdaunkan pisang,
.
then, pergi siapkan tempat bakar lemang.
.
rendam beras pulut selama 30-60 minit, tos.
.
bancuh santan dengan garam secukup rasa. (2kg pulut 4 kg santan apehal plak lebih santan dari pulut. pembetulan : 4 biji santan- wohaaaa gila tak sihat) dan gaulkan dengan pulut. of course you will have santan yang menenggelami pulut. asing jugak sedikit santan, jangan dicampur dengan pulut dulu. by the way, it's ok to mix your santan with air.
.
lepas tu boleh la kita memasukkan beras ke dalam buluh.. yeay yeay!!! oh ye... kalau nak lemang jagung, tambah je jagung skali.
.
masuk sikit demi sedikit, dan hentak buluh perlahan-lahan. sambil hentak tu, make sure u pegang daun pisang tu, sebab kalau tak, boleh jadi daun pisang u masuk ke dalam buluh.
.
masukkan beras yang bercampur santan, sehingga jarak dari pulut dengan santan dalam 3-4 jari dan pastikan ada ruang dalam 3 jari lagi dengan mulut buluh.
.
lemang is ready untuk dibakar.
.
bakar berjam-jam lamanya, sampai masak, dan berminyak sket. tambah santan dalam buluh bila perlu.
.
then ask your mom to cook rendang / goreng ikan masin (for lemang jagung).
.
masa membakar tu, hentak2 jugak ya.. pelan2, karang terpancut keluar pulut + santan panas tu.. so my abah said, i cant do the hentak-menghentak sebab takut melecur kena pulut panas.
.
selamat mencuba. sila hubungi encik dahalan untuk maklumat lanjut. aku kena masuk tidur sebab kejap lagi nak pergi byebye encik akmal nak ke mesir.
kenalkan, buluh2 dari pahang... nk wat lemang, ko kena tengok jugak ketebalan buluh dia. yg ni, sedang elok je.. kalau tebal sngt raya pun tak siap masak lg lemang ko.
pembersih buluh
.
buluh2 selepas di basuh...buat gaya kudus
encik abah dengan pasukan daun pisang simpanan persekutuan.
daun-daun yang terkorban. abah : "kalau meniaga lemang dengan kamu, habis sepokok pisang"
daun pisang yang dah dipotong, disepit ke pelepah pisang untuk digulung.
encik abah menunjuk skil masuk daun pisang, woopsie terkoyak pula nampaknye
kayu-kayu pokok rambutan yang dah disimpan selama 9 bulan.
buluh-buluh yang dah bersedia
abah memberi taklimat pengisian pulut
sy tiada lebihan daun di kepala bukan sebab tuan blog ni salah ukur daun
buluh-buluh yang dibakar... ini baru panas dunia beb
sekian dahulu karangan saya kali ini. selamat mencuba, selamat hari raya maaf zahir batin.
2 comments:
thanks bro 4 da blog , how to make lemang, now i can make my own lemang .....
u're welcome
Post a Comment