NOTE: kali ni nk menulis gaya ibu-ibu bloggers.haha,
Jumaat adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu dalam setiap minggu. hari jumaat biasanya peluang untuk masak lebih istimewa untuk keluarga (kawan2,konteks ibu bloggers).Maklumlah, hujung minggu... peluang untuk menyempurnakan kerja-kerja rumah setelah 5 hari dihimpit kesibukan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. dalam kelas terakhir khamis lalu, subjek microbiology saya hilang fokus sebentar, membayangkan kerabu mangga kegemaran saya. sampai saja di irbid, jalan jam jadi saya minta pemandu teksi menghantar saya ke zamzam saja untuk mencari mangga. malangnya, satu mangga pun saya tak jumpa. dah habis musim agaknya.
pagi tadi, selepas kelas tafaqquh di masjid taal saya ajak cik jah menemankan saya ke safeway. minggu lepas saya terjumpa mangga yang sedang elok strukturnya untuk dikerabukan. pagi ini, hanya tinggal dua biji mangga sahaja, itupun yang bersaiz besar sudah masak sangat untuk dibuat kerabu. bakul mangga pun dah mula diisi dengan buah avocado. saya nekad ingin mengkerabukan juga mangga kecil tersebut.
menu tengahari tadi adalah ayam masak merah madu dan kerabu mangga. dengan nasi putih dan oren sunquick tropika(angkut dari malaysia,he he). jadi, inilah resepinya. maaf akak x letak gambar, x sempat snap lagi dah kena makan.
Ayam Masak Merah Madu (resepi dari atuk, telah diamalkan sejak tahun satu)
Bahan-Bahan
Ayam
Bawang merah, bawang putih, halia & cili kering
kulit kayu manis & bunga lawang
madu
sos tiram
kunyit
asam jawa
Cara-cara
Gaulkan ayam dengan kunyit, sos tiram dan madu, dan biarkan seketika
goreng ayam dan toskan
tumis bawang2 dan cili kering.
(tak perlu blender bawang kalau ada masalah pahit bawang mcm akak)
masukkan madu, asam jawa, garam dan air secukupnya untuk kuah
masukkan ayam yang telah digoreng tadi
gaul2 dan masukkan hirisan daun limau purut jika suka.
tutup api dan sedia dihidang.
kerabu mangga
Hiris mangga halus-halus
racik bunga kantan
tumbuk udang kering, cabai masak dan sedikit gula
gaulkan kesemuanya dan taburkan kacang tumbuk
selamat mencuba!!!
dessert pulak ada strawberry and creamer. sila guna creamer yang non-dairy kerana tak elok campur buah dengan susu oke.
berbalik kepada onebonez.
sila ingat pesanan dr.ziyad seme ye... "good doctor doesn't eat salads from restaurants. rugi nobonobo x pandai makan kerabu. wohohoho...
berbalik kepada tajuk di atas. saye ingin mengucapkan selamat pengantin baru untuk Kak Long Amie, saudari Aminatun bt Daud yang akan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya (tatau nama) esok, sabtu bersamaan 21 november 2009.. semoga pasangan ini diberkati Allah hingga akirat kelak.. amin.
so, basically semua org akan balik kampung kecuali ikah. =( sedih...sedih.. i really enjoy attending weddings sebab boleh jumpa everyone, especially my beloved cousins (we rarely get to see each other ok) and weddings seems to be the best occassion to gather everyone. family belah abah mmg sgt besar, and mmg ramai lg tak habis kenal... abah dan sepupunya mostly adalah adik beradik susu, so, i jadi ada 2nd cousin who is also my cousin, in a way. and my cousins dan 2nd cousins ramaii dah besar2 dan ada anak masing2 n most of them pernah jumpa once or twice saje, atau tak pernah jumpa langsung. bahkan ada yg sebaya ak dan lebih tua pun ada. best2.. cuma tak best sbb my anak sedara pupu call me makteh ikah (sangat sadis oke...) perhaps at that time they were expecting another kid from mama n abah that they didnt address me as maksu. aiyooh~ dan sangat2 nak jumpa macik2 dan pacik2 -- diorang mesti eager jugak nk jumpa "ikah yg dulu potpetpotpet" huhu.
apa2pun.. i hope everyone had a good time at the wedding. i'm supposed to call them, but nampak gayanya i dont have their number.. hopefully next weddings in the family will be during my vacation.
sgt jeles dgn encik along kerana beliau kenal terlalu ramai sedara as compared to me. sigh~
i really do love weddings, don't u?