Saturday, November 21, 2009

bungkuslah!

kadang2 hidup ni, kita berhadapan dengan masalah2 yang nampak gayanya macam dead-end. yang kita tak boleh nk buat apa-apa. dan ramai orang susah2 juga memikirkan penyelesaiannya sebab tak ada masalah tanpa penyelesaian. saja aku buat entry pendek ni, mata sudah berat amat walaupun jam belum pun 10pm. dulu pernah ak tonton di astro oasis, kata 'alim dari indonesia itu, "BUNGKUS lalu serahkan pada Allah masalahnya".

jadi, seandainya Tuhan menyuratkan anda membaca entry ini ketika sedang kusut dirudung masalah, aku kata "BUNGKUSLAH!"

serahkan saja pada Tuhan. yang memegang setiap hati-hati. yang menguasai setiap ketentuan. tidak ada tempat pergantungan yang lebih baik berbanding zat yang MAHA AGUNG.

p/s: jika terdetik nak merespon, "one, ada masalah kah?" jawapannya takde for now, alhamdulillah. sekadaR  teringat kata2 ni dan i hope it'll make ur day like it made mine. =) selamat hari ahad.

No comments: