assalamualaikum.
sepi lagi blog ni ditinggal tak berpenghuni. tetamu datang lalu je lah tengok motor takde parking kat porch, balik je lah kan.
imtihan pun mendekat. doakanlah aku. housemate aku. dan kawan-kawan aku.
untuk pengetahuan u all, cuti raye aku dah dipendekkan. 12 sept dah kena balik jordan. jadi, aku tengah nk bodek2 along spy aku boleh balik bulan 6 ni je ha. lama sikit cuti kan.
entry ini ditulis bagi meraikan pertanyaan seorang tetamu tentang pandangan aku terhadap usaha memboycott facebook. kurang jelas di sini, maksudnya boycott tak guna langsung ataupun boycott pada 20 mei haritu saja..?
nak bagi rujukan ke blog lain, macam tak proper pula sbb tanya pendapat saye, bukan tanya pendapat org lain kan. boleh klik sini, entry lama ttg kemusykilan aku tentang boycott ni. aku musykil je, ade lah orang lain bagi pandangan masing2.
jika soalan ini berkenaan boycott fb pada 20 mei, saya tidak menyertainya, malah masih menggunakan fb seperti biasa. mungkin saja saya kurang sensitiviti bg sesetengah pihak, tp lebih besar lagi isunya, sy sendiri tidak meyakini effectiveness tindakan sebegini.
jika isu yang ditanyakan adalah boycott facebook secara total, tidak menggunakan facebook, maka sudah jelas lagi bersuluh saya seorang pengguna facebook. untuk dalil dan justifikasi fiqhnya, silalah rujuk kepada blog-blog agamawan yang memang ahli, kerana saya tidak punya peralatan menghuraikan isu ini satu demi satu.
walau bagaimanapun, saya juga percaya bahawa it's the effort that matters, not the outcome. setiap orang punya pilihan, pandangan dan kemampuan yang berbeza, saya raikan saja semuanya.
wallahua'lam.
2 comments:
one.pls balik jun taw...................................
try http://www.millatfacebook.com
Post a Comment