Friday, July 15, 2011

kenapa saya pergi AGM setiap tahun?


Wah wah wah...aktif betul update blog minggu ni ye... Sementara masih ada kesempatan, ruang, perlatan dan idea, kita jangan bertangguh... Entry malam ini ditujukan khas untuk ahli permai yang berada di Irbid, ini je sumbangan yang termampu disumbangkan bersempena Mesyuarat Agung Permai tahun ini... 

Sebab-sebab entry ini ditulis adalah kerana kejadian yang amat tidak wajar berlaku, telah berlaku pada AGM yang lepas, di mana kita tak cukup korum pada mulanya.. Kehadiran ahli masa tu sangatlah mengecewakan and kita yang datang ni pun kena lah contact kawan-kawan mana yang ada tu untuk hadir sama, sebab perlembagaan kita dah menyatakan kena ada 2/3 ahli baru boleh buat pindaan perlembagaan. So, sebab pertama saya pergi AGM adalah tidak mahu menyusahkan orang lain yang telah bersusah payah seadanya untuk menghadirkan diri.

Sesiapa yang attend AGM permai ni, boleh lah kita katakan mempunyai nilai altruistic, cewah. Yelah, dah dia pergi, orang lain belum tentu. Selama 4 tahun jadi ahli permai ni, I think I've been all kind of ahli, I have been, bukan I have met ye, I myself had been ahli aktif, ahli buat kerja, ahli yang datang program je, ahli mandom, hatta ahli tak bernyawa-almost-pupus pun pernah I jadi. Tapi, of all program yang Permai buat, AGM adalah satu-satunya program yang kalau kita tak pergi, besar kemungkinan kita menyusahkan / menyakitkan hati orang lain yang datang program tu. Program-program lain tak ada impact macam ni, habis kuat pun bila tak pergi kita menyusahkan/menyedihkan AJK program je..ish ish ish...

sebab yang kedua, saya rasa orang tak datang AGM adalah ahli yang tidak bertanggungjawab. Tidak menyertai program-program permai menjadikan kita ahli yang tak melibatkan diri dalam persatuan, tapi tidak hadir AGM makes us irresponsible. sebab, permai bukan persatuan untuk AMM, AMT, sepertimana mengundi adalah hak kita, menghadiri AGM dan bersuara dalam menentukan halatuju permai juga adalah hak kita. So, perumpamaannya, kalau kita tak pergi, macam kita ni tak kisah lah apa nak jadi dekat permai ni, which, sangat menyedihkan kalau ahli permai ada perasaan permai is none of his/her business.

sebab yang ketiga, saya nak ambil tahu perkembangan dan perjalanan persatuan. So far, rasanya minit mesyuarat + lampiran-lampiran lain yang kita dapat sewaktu hari mesyuarat agung memang sangat membantu, and always always always, bawak ye lampiran-lampiran tu, dan jangan lupa bawak perlembagaan :-)
Memang aneh kalau datang mesyuarat agung tak bawak tu, datang nak makan je ke ape?

mungkin perbendaharaan Permai boleh mulakan koperasi, mungkin ahli lebih minat nak datang AGM, maklumlah, nak tahu dividen dapat berapa..kalau datang AGM, mesti dah boleh buat usul ni.. pendapatan boleh dijana, at the same time memudahkan ahli...

sebab yang keempat, kalau saya tak datang AGM, malu lah saya nak tulis lebih-lebih komplen dekat blog saya... ok ini memang tak berapa sedap dibaca, tapi main pointnye, ramai antara kita, kalau dekat belakang bukan main berapi lagi. itu tak kena, ini tak kena, tapi AGM pun tak datang... tak ade menefaatnye cik senah oiii... tak masuk buku... if you really want to change things in the society, mulakan dengan menghadiri AGM.. 

sebab yang kelima, AGM adalah medium paling baik untuk menyuarakan ketidakpuasanhati, cadangan-cadangan bernas dan membincangkan perihal ahli persatuan. Kalau setakat panjang-panjang taip dan komen je dekat onebonez ni belum tentu...setakat bisik-bisik pada AMM pun belum tentu. tapi bila masuk AGM, ada higher possibility to be heard and considered, dan boleh terus dapat tahu respond ahli lain tentang sesuatu isu...

Rumah Siap Pahat Berbunyi

sudah adat kita di bumi Irbid bertuah ni, rumah siap pahat berbunyi... especially bila event besar. kebiasaan yang sangat-sangat tak sihat. jadi, pahat nak berbunyi biar awal-awal kan. walaupun saya tak dapat menghadiri AGM pada tahun ini, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar... Harap-harap tak adalah insiden tak sempat bahas ke, atau tak sempat apa-apa lagi lah yang penting disebabkan kita buang masa pada perkara kecil, ataupun sebab lama sangat tunggu cukup korum. so, peranan semua orang yang ada di Irbid,
  1. Attend the AGM, and
  2. Study the budget sheet, perlembagaan, minit mesyuarat dan lain-lain BEFORE THE AGM, make notes dan ini akan melancarkan lagi perjalanan AGM..
semoga AGM kita tahun ni berjalan dengan lebih efisien, and it's not impossible kalau kita semua tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tahniah kepada saf kepimpinan permai 10/11 atas inisiatif penyusunan pilihanraya dan mesyuarat agung yang cantik macam ni.

Oklah, selamat bermesyuarat :-)

No comments: