Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

dua ratus lima puluh enam : day 17

bismillah.

"cukuplah maut itu sebagai peringatan"

Semalam, pada hari kedua rotation forensik, I dah syak dah kemungkinan nak tengok autopsy disebabkan sampai-sampai je pagi tu terdengar alunan ayat suci alquran entah dari mana. Orang ofis kot pasang. Dan bau kemenyan arab or setanggi. (This is my theory, sebab on Sunday, and today Tuesday tak ada pun, dan tak ada kes for us to see). Also when we walk pass one of the rooms nampak macam ada ramai-ramai orang pakai kot putih tengah duduk semeja macam morning report je kan.

 Then Dr. datang bagitau pagi ni kita ada dua kes, satu RTA, satu cardiac arrest. Dua-dua umur 27 tahun, one male, one female. Bila kita rotation forensic ni, autopsy is priority. Kalau tak ada autopsy, kita proceed dengan seminar, kalau ada kita turun pergi tengok dulu, then only kita sambung dengan seminar. Sebab bukan every morning ada kes kan. So, we were told to leave our stuff, and took barang penting je untuk turun. No laughing and smiling allowed. So, kalau excited pun jangan nak buat muka excited eh.

Nervous jugak la kan, tapi tak de la takut rasa nak pengsan macam first time masuk morgue dulu. Rasanya semua orang pun ada perasaan yang bercampur baur pagi tu. Kita teruja nak belajar, at the same time kita tak tahu what to expect, dan perasaan ingat mati pun datang menyapa jugak sekali sekala. Lepas tu kita pun masuk dan mayat tu masih berbalut dengan cadar dia, lepas tu Dr. suruh kita keluar dan panggil staff untuk prep kan mayat tu untuk autopsy. Remove her clothes and basuh-basuh skit kan.

Lepas tu masuk balik, dan proceed lah dengan teaching. Tengok hypostasis, primary rigor mortis and stuff like that. As for me, I do have this feeling takut bila tengok mayat yang mayat. (ha?). Kalau tengok movie pun, mayat, especially yang berkapan, berselubung ke, muka pucat lesi tu, I memang tak berani - I blame it on the fact that I jarang ikut pergi ziarah orang meninggal - well vicious cycle of fear. Once the Dr. cut her open, rasa takut memang hilang sebab I detach from the fact it's a mayat sebab I dah focus dekat the anatomical details of her internal organs. Ok now I sounded creepy - tapi kalau benda fresh memang I rasa macam tu. Fresh blood is OK for me, even kalau banyak pun, tapi kalau darah kering dekat dressing luka, or cadar I memang tak berapa selesa nak tengok. I have to admit, memang jaaaaauh beza tengok organ waktu autopsy dengan organ dalam lab anatomy kita tu. Walaupun dalam lab kita pegang-pegang kan, tetap tak sama. 

Walaupun I was hoping to see more autopsies masa first day of forensic, after that one autopsy rasa macam hmmmm... cukup lah kot dulu. Sebab post-traumatic distress syndrome dia...Ha.. sampai ke malam nak mengenangkan. Sampai balik rumah, dah nak masuk tidur pun dok terbau-bau lagi ye. Selama ni what I perceived as bau mayat is actually bau kapur barus. Abah kata sepatutnya tangan tu siap-siap sapu belacan, so that bila dah masuk dalam bilik mayat, agak-agak nak bau tak best, just bau je belacan kat tangan sendiri. Malam tu before abah n mama tidur masing-masing pesan supaya tidur je dan jangan ingat-ingat dah pasal autopsy t - heh, ye la tuuu.

We didn't get to stay sampai habis autopsy doc dah suruh keluar for some medical reason - which doesn't really make sense. Tapi kiranya masa tu heart, lung, spleen, liver, kidney, uterus semua dah bawak keluar for investigation. Besar jugak kidney ye rupanya. Isi perut pun doc amik sikit specimen. 

Terkedu jugak ye lepas tu. Laki ke perempuan ke semua sama je. 

Itulah, mati tu tak mengenal usia kan. Mama kata actually ini semua rezeki. Sebab ada jugak mama pernah jumpa doktor yang tak pernah tengok autopsy dari sejak belajar sampai dah 25 tahun kerja pun. Ha.. ada tau. Bak kata along pulak yang  moleknya kalau peluang tu kita guna untuk mengingatkan diri kita tentang kematian. 

One more interesting thing tentang morgue ni, adalah cara dia susun tempat tu. We won't bump into family members. I don't think people will be comfortable knowing 20+ med students are there to see the autopsy. Kalau kat sebuah hospital di Malaysia tu, mayat masuk ikut situ, family pun tunggu situ, student masuk ikut situ, pekerja masuk ikut situ. Ada ka patut... Apapun semoga Allah ganjari lah si mati dan keluarga dengan balasan yang setimpal, kita ni dapat ilmu pulak dari dia kan.. 

Yang sayunya tu sebab muda lagi kan. Lepas tu, bila doc bukak tu, aku terfikir pulak. Mintak-mintak bila aku mati nanti tak ada kena autopsy, nak-nak orang arab yang buat, kasar nampak gayanya.. Takde beradun macam ko tengok dalam CSI tu...tipu daya je semua tu... Dan terasa sangat nak jaga kesihatan sebab malu rasanya kalau mati, memulangkan barang pinjaman dengan keadaan tak sempurna.. 

Sekian.. renung-renungkan dan selamat beramal!

Friday, July 15, 2011

kenapa saya pergi AGM setiap tahun?


Wah wah wah...aktif betul update blog minggu ni ye... Sementara masih ada kesempatan, ruang, perlatan dan idea, kita jangan bertangguh... Entry malam ini ditujukan khas untuk ahli permai yang berada di Irbid, ini je sumbangan yang termampu disumbangkan bersempena Mesyuarat Agung Permai tahun ini... 

Sebab-sebab entry ini ditulis adalah kerana kejadian yang amat tidak wajar berlaku, telah berlaku pada AGM yang lepas, di mana kita tak cukup korum pada mulanya.. Kehadiran ahli masa tu sangatlah mengecewakan and kita yang datang ni pun kena lah contact kawan-kawan mana yang ada tu untuk hadir sama, sebab perlembagaan kita dah menyatakan kena ada 2/3 ahli baru boleh buat pindaan perlembagaan. So, sebab pertama saya pergi AGM adalah tidak mahu menyusahkan orang lain yang telah bersusah payah seadanya untuk menghadirkan diri.

Sesiapa yang attend AGM permai ni, boleh lah kita katakan mempunyai nilai altruistic, cewah. Yelah, dah dia pergi, orang lain belum tentu. Selama 4 tahun jadi ahli permai ni, I think I've been all kind of ahli, I have been, bukan I have met ye, I myself had been ahli aktif, ahli buat kerja, ahli yang datang program je, ahli mandom, hatta ahli tak bernyawa-almost-pupus pun pernah I jadi. Tapi, of all program yang Permai buat, AGM adalah satu-satunya program yang kalau kita tak pergi, besar kemungkinan kita menyusahkan / menyakitkan hati orang lain yang datang program tu. Program-program lain tak ada impact macam ni, habis kuat pun bila tak pergi kita menyusahkan/menyedihkan AJK program je..ish ish ish...

sebab yang kedua, saya rasa orang tak datang AGM adalah ahli yang tidak bertanggungjawab. Tidak menyertai program-program permai menjadikan kita ahli yang tak melibatkan diri dalam persatuan, tapi tidak hadir AGM makes us irresponsible. sebab, permai bukan persatuan untuk AMM, AMT, sepertimana mengundi adalah hak kita, menghadiri AGM dan bersuara dalam menentukan halatuju permai juga adalah hak kita. So, perumpamaannya, kalau kita tak pergi, macam kita ni tak kisah lah apa nak jadi dekat permai ni, which, sangat menyedihkan kalau ahli permai ada perasaan permai is none of his/her business.

sebab yang ketiga, saya nak ambil tahu perkembangan dan perjalanan persatuan. So far, rasanya minit mesyuarat + lampiran-lampiran lain yang kita dapat sewaktu hari mesyuarat agung memang sangat membantu, and always always always, bawak ye lampiran-lampiran tu, dan jangan lupa bawak perlembagaan :-)
Memang aneh kalau datang mesyuarat agung tak bawak tu, datang nak makan je ke ape?

mungkin perbendaharaan Permai boleh mulakan koperasi, mungkin ahli lebih minat nak datang AGM, maklumlah, nak tahu dividen dapat berapa..kalau datang AGM, mesti dah boleh buat usul ni.. pendapatan boleh dijana, at the same time memudahkan ahli...

sebab yang keempat, kalau saya tak datang AGM, malu lah saya nak tulis lebih-lebih komplen dekat blog saya... ok ini memang tak berapa sedap dibaca, tapi main pointnye, ramai antara kita, kalau dekat belakang bukan main berapi lagi. itu tak kena, ini tak kena, tapi AGM pun tak datang... tak ade menefaatnye cik senah oiii... tak masuk buku... if you really want to change things in the society, mulakan dengan menghadiri AGM.. 

sebab yang kelima, AGM adalah medium paling baik untuk menyuarakan ketidakpuasanhati, cadangan-cadangan bernas dan membincangkan perihal ahli persatuan. Kalau setakat panjang-panjang taip dan komen je dekat onebonez ni belum tentu...setakat bisik-bisik pada AMM pun belum tentu. tapi bila masuk AGM, ada higher possibility to be heard and considered, dan boleh terus dapat tahu respond ahli lain tentang sesuatu isu...

Rumah Siap Pahat Berbunyi

sudah adat kita di bumi Irbid bertuah ni, rumah siap pahat berbunyi... especially bila event besar. kebiasaan yang sangat-sangat tak sihat. jadi, pahat nak berbunyi biar awal-awal kan. walaupun saya tak dapat menghadiri AGM pada tahun ini, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar... Harap-harap tak adalah insiden tak sempat bahas ke, atau tak sempat apa-apa lagi lah yang penting disebabkan kita buang masa pada perkara kecil, ataupun sebab lama sangat tunggu cukup korum. so, peranan semua orang yang ada di Irbid,
  1. Attend the AGM, and
  2. Study the budget sheet, perlembagaan, minit mesyuarat dan lain-lain BEFORE THE AGM, make notes dan ini akan melancarkan lagi perjalanan AGM..
semoga AGM kita tahun ni berjalan dengan lebih efisien, and it's not impossible kalau kita semua tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tahniah kepada saf kepimpinan permai 10/11 atas inisiatif penyusunan pilihanraya dan mesyuarat agung yang cantik macam ni.

Oklah, selamat bermesyuarat :-)

to care or not to care

hello everyone.

OK, harini kita nak bercakap tentang jiran. Semalam aku duduk-duduk dekat homestay sempena menenangkan fikiran dan makan buah longan segar dari pokok, and I realized, eh, aku ni dekat kampung ni, ade lah paling banyak pun 8 rumah je yang aku kenal penghuninya. Duduk sini dah 15 tahun. I know more people dekat taman perumahan dulu dari jiran-jiran di Kg.Melayu ni. Lepas tu aku teringat pasal insiden minggu lepas di sebuah kawasan perumahan lain.

Masa tu, mama singgah rumah kawan beliau, so, abah and I just waited in the car. Few minutes later I saw two girls bersiap-siap nak keluar rumah. Mula-mula I was like, sayangnya lah kan, kenapalah budak-budak sekarang ni tak kisah showing to others things they shouldn't have. Kadang-kadang orang lain yang tak berpakaian sopan, kita pun jadi segan sama kan. Then tak lama lepas tu, ada dua motor datang depan rumah tu and the girls hop on, dan berlalu pergi. Adik-beradik ke bukan ke I don't know, but I don't think so - we are all aware how screwed up masyarakat kita harini.

Being a stranger, all I see is, most probably mak ayah nya tak kisah ke anak dara dia keluar naik motor berdua-dua macam tu. I don't get it, what kind of parents allow that to happen depan rumah. Kalau tunggu dekat stesen bas lain cerita, maybe lah budak nakal, ini depan rumah. Then few minutes later, selang dua rumah pun macam tu jugak, ada budak lelaki datang, hon-hon, budak perempuan keluar, naik motor. Lepas tu ada pulak budak kecik keluar dari rumah tu main pasir depan rumah and I was like, kesian budak ni, she's gonna grow up thinking it's ok and normal to do that.

If it were me, I'm sure the boy's gonna be chased off with parang, and I'll be grounded for life. haha. When my sister was in high school, I've seen how strict my parents were, kalau pergi tuisyen, balik rumah mesti sampai rumah dalam jangka masa yang logik, tak boleh menyinggah. Naik basikal tak boleh beriringan dengan budak lelaki, tak boleh ada kawan lelaki call rumah, hantar surat dan sebagainya. Same thing goes to me jugak walaupun baru sekolah rendah. Kalau ada tiba-tiba kawan datang rumah nak pinjam apa-apa pun, I would be scared to death kena marah dengan abah.

Masuk sekolah menengah, there's no such thing as "keluar pekan" bersama kawan-kawan. my outing hanyalah balik rumah, singgah giant or UO kalau ada barang nak beli. Pernah dua-tiga kali je keluar dgn kawan-kawan, sekali sebab bulan puasa dan abah tahu i won't go merata-rata, beli barang kelas/persatuan dan sekali selepas spm. And pergi Taman Cempaka untuk fotostat soalan. Lepas masuk U pun, kalau kawan-kawan nak jumpa (note that my friends are all girls because i went to girl school kan) suruh datang rumah. Very hardly I'll get to go out with my friends. Lain-lain mestilah diiringi adik beradik atau abah n mama sendiri.

This is definitely how I'm going to raise my kids. As strict as this.

To Care or not To Care

berbalik kepada isu jiran tadi. in the ealy 90's dulu, I believe my parents main concern masa tu bukan sebab isu ikhtilat. dulu mana ada kefahaman lagi tentang ikhtilat-ikhtilat ni kan. mainly just sebab maruah dan malu kalau jiran-jiran nampak dan kata apa-apa. Biasa kan tengok dekat kawasan perumahan dekat taman or depan rumah ada kerusi batu boleh dating tu, my house tak ada kerusi batu tu, jangan kan nak berdating, duduk bersidai dekat luar lama-lama pun tak boleh tau. 

So, I said to abah, "Ish ish ish...macam mana lah satu kawasan perumahan siang-siang macam ni boleh anak dara keluar macam tu dengan budak laki-laki..." abah's response was, "Jiran-jiran semua tak kisah lah tu, tak de amik tahu...semua jaga hal masing-masing...". When I was in taman jaya delima, news spread very fast, which is why parents are really concerned about the children's behaviour. 7 years, and we only know 2 families yang anaknya "huha-huha" istilahnye... dan kalau anak kita buat benda tak elok, memang akan sampai ke pengetahuan mak ayah kita. Nak-nak pulak kalau macam my parents dah lama kat sini, dan dah kenal ramai orang, so, kita anak-anak ni nak buat apa pun kena beringat... sebab tahu dah mak ayah kita ada banyak spy.

Jaga Tepi Kain

The thing is, sibuk-sibuk nak tahu hal rumahtangga orang memanglah tak boleh. Tapi, kalau kita dah nampak anak orang tu siang malam keluar tak tentu hala dengan bukan mahram, pergi la slow talk parents dia... takkan biar je.. esok-esok kalau berlaku maksiat dalam kawasan perumahan kita, bala sama-sama dapat. haaa... tapi zaman sekarang ni agaknya kalau kita cakap kat parents tu pun, silap-silap kita kena balik. Ha....jangan kita buat mesyuarat tingkap lepas tu menganam ketupat pulak, tak ada faedahnye...

Ok bebel panjang pulak kan.

Take-home message

Kalau kejiranan kita tak ada usaha tegur-menegur, nasihat-menasihati ni, kita kena hidupkan kembali. Kalau dah sedia ada, kita kena pastikan it lasts forever :-)

ok sekian terima kasih..