Tuesday, July 19, 2011

Neonatal Resuscitation Program : Part Two

Okay..harini kita blogging dari Hospital Parit Buntar ye... Maklumlah ade broadband celcom : internet everywhere, kaedahnye... 

Alhamdulillah today selesai la Neonatal Resuscitation Program... Mula-mula sekali harini kena test lah kan. Alhamdulillah I passed bahagian teori. Lepas tu ada practice session, nak prepare for megacode.

My Pneumothorax newborn

memandangkan my group adalah bersama kumpulan sokongan, so the main assessment adelah in assisting. Tengok akak-akak misi semua macam pro je anchor endotracheal tube kat baby, I think I should try as well, nanti dah kerja takkan dokter pun tak reti nak anchor kan, semate-mate sebab mase belajar dulu ingatkan benda ni misi yang kena buat. no no no... so this morning, tried la assist, lepas kite assist, kita pulak yang kena conduct resuscitation ni.

So, instructor pun bagi scenario... baby full term, amniotic fluid clear, doesn't cry or breathe, no muscle tone. ok, ak pun dry kan baby, suction sket mulut pastu hidung, stimulate breathing. breathing, tp central cyanosis pulak dah... ok, bg supplementary oxygen... still cyanosis, bagi positive pressure ventilation.. cyanosis lagi, intubate la ape lagi...bagi oxygen...assess lagi, heart rate pulak jatuh...Ok, buat chest compression, still low, bagi epinephrine pulak.. heart rate dah stabil, tp baby still cyanosis, chest movement sebelah je, right lung dah tak naik.

Dr. Maizura : kenapa chest rise on left side only?
Me : Maybe ETT tadi termasuk ke dalam sangat.
Dr. Maizura : Tapi dah auscultate tadi, betul kan ETT masuk?
Me : haah. (sambil memikirkan ape sebenanye instructor plan ni..maybe pneumothorax, tp takkan nak tanye tu kot)
Dr. Maizura : Ok, selain tu?
Me : Congenital diaphragmatic hernia

I swear she didn't see that coming, sebab semalam Dr.Saiful dah ckp it was VERY RARE, and kalau ada pun mesti kita dah tahu awal, area sini kalau expected baby ade diaphragmatic hernia kena hantar Alor Setar - ade pediatric surgeon. I was panic, jadi I thought dy memang nak bg yg susah2 je.

Dr.Maizura : No bowel sound on right chest. Bukan diapragmatic hernia, lain?
Me : Pneumothorax?
Dr. Maizura : Yes, so kalau penumothorax you nak buat ape?
Me : guna syringe and stab ....
Dr. Maizura : Kat mana nak buat tu?
(assitant pun dah panic same)
Me : (playing safe) margin of 4th ribs
Dr. Maizura : Yelah, kat mana? (sambil tgk aku tak tau).. dekat safety triangle, axillary line, below pectoralis, dekat situ...
Assistant & kawan-kawan : oh kite tak payah tahu...kite tak payah... (menarik nafas lega)

aiyo...never expected my assessment will get that complicated. but i know then to expect anything on my megacode.

Megacode : the too good to be true newborn

wah, start-start je : baby term, clear amniotic fluid, crying and good muscle tone? macam tak payah buat ape-ape pulak kan. hehe. kering-keringkan baby terus stimulate, terlupa nak suction mouth and nose. aaaaaaa... mula panic sekejap, baby cyanose, bagi supplementary oxygen pun still no improvement. buat PPV also no improvement. Bila PPV also no improvement, kena check secretion kat mulut, and peralatan, mase tu dah perasan dah, tadi mula-mula tak suction...ha..padan muka... dah ade sikit chest rise, HR drop.. standard lah, dia mesti nak tgk kita buat chest compression punye.

Dr. Maizura : HR 70, baby slightly pink, ada respiratory effort.
Me : Ok, continue PPV, send patient for post-resuscitation care.
Dr. Maizura : HR 70?? terus nak hantar post-resusc?
Me : Ha, yelah.
(teammates kat belakang geleng-geleng buat gaye pam PPV)
Me : continue PPV for another 30 second, assess colour, HR and respiration.
adelah 2-3 kali kena ulang sebab HR tak naik-naik to above 100. lastly dah habis tu, Dr tanye, dah tahu dah ape silap awak buat tadi?
Me : Ye, saye tak buat suction mula-mula tadi.

dan akhirnya berjaye lah saye menghabiskan megacode saye, dengan 0 markah untuk initial steps sebab tak buat suction. ape-ape pun, alhamdulillah I made it, layak dapat lesen for 2 years. :-) certificate coming in 3-4 months.

too bad tak ada peluang nak duduk labor room lagi. hihi.

Monday, July 18, 2011

Neonatal Resuscitation Program : Part One

hello hello people of earth...

harini saye bersiaran nuuuuun jauh dari Parit Buntar - I have no idea apa nama taman perumahan rumah sewa mama ni.hihi. So, dalam banyak-banyak perancangan musim cuti sekolah saye, one of it was to attend Basic Life Support Course by AHA, Advanced Life Support, dan kursus-kursus adik beradiknye yang lain setelah dicadangkan oleh a friend of mine, who had taken his BLS last week..

Tetapi, disebabkan others on the list were : pegi kelas deco cupcake, kelas menjahit, dan ambil lesen, I was scared to come up with it in the beginning. My parents even doubt I can do so many things, and memandangkan harapan nak pegi kelas cupcake dan kelas menjahit semakin tipis, I finally come up with it. Mula-mula just nak suruh mama tanyakan her friends in Ipoh, tp rupa-rupanya parit buntar also got... So my mom put my name for neonatal resuscitation program. sebab itu paling terdekat nak buat... then she gave me this book to study.

all together ade 9 lessons.. malam tadi baru tau ade pre-test and post-test... akibat bertangguh-tangguh dan asyik tido time study, mulelah cuak donat kan nak exam.... tp ok la, not bad..haha.. esok ade lagi post-test.. untuk dapat certificate AHA, kite kena lulus section 1,2,3,4 and 9 dan lulus assessment MEGACODE. kat dalam pendaftaran, nama saye daftar sbg "jururawat", so my megacode assessment for basic level only... MO or HO punye assessment for advanced level.. tp doesn't really matter pun sebab bukan ade nak guna lagi certificate ni, laku pun 2 tahun je.. esok dah keja boleh amik lagi. 

mula-mula tu rasa jugak malas, tapi nama tak boleh cancel sebab dah hantar ke JKN.so, pegi je la. tp it was worth it sebab belajar banyak benda baru. well, 80% of the course material mmg totally new to me. especially yang megacode punya preparation.
the thing is, untuk assessment ni nanti, instructor akan bagi scenario and kita kena conduct resuscitation tu. so aku pun belajar la harini macam mana nak lipat linen, nak position kan newborn, ape initial steps bila sambut baby.. 

malu bertanya sesat jalan.

lipat linen pun salah aku ni mula-mula... sebab ikut je MA before tu main hampar je. sebenarnya semua benda ade teknik2 tersendiri...pegang facemask untuk bagi positive pressure ventilation pun salah-salah, tangan kena kat mata baby..mentang2 mannequin kan, main belasah je. pasang laryngoscope pun tak reti, nak intubate?? tapi nasib baik macik-macik misi berpengalaman semua tolong ajar kan.. ha.. betul cakap mama, kalau dah kerja nanti jangan segan belajar dari orang yang lebih berpengalaman, regardless ape pun jawatan orang tu. dan memang tak payah segan pun bila kite student, memang hak kite lah tak tahu dan nak bertanye seta minta tunjuk ajar kan.

lama-lama, senang je sebenarnye nak meng-intubate sebuah/seorang mannequin baby... kalau baby hidup wallahua'lam...dukung pun tak lepas lagi..

obviously i'm way too tired, sebab tu ade banyak "dot dot dot"

till then, have a nice day everyone.

Friday, July 15, 2011

kenapa saya pergi AGM setiap tahun?


Wah wah wah...aktif betul update blog minggu ni ye... Sementara masih ada kesempatan, ruang, perlatan dan idea, kita jangan bertangguh... Entry malam ini ditujukan khas untuk ahli permai yang berada di Irbid, ini je sumbangan yang termampu disumbangkan bersempena Mesyuarat Agung Permai tahun ini... 

Sebab-sebab entry ini ditulis adalah kerana kejadian yang amat tidak wajar berlaku, telah berlaku pada AGM yang lepas, di mana kita tak cukup korum pada mulanya.. Kehadiran ahli masa tu sangatlah mengecewakan and kita yang datang ni pun kena lah contact kawan-kawan mana yang ada tu untuk hadir sama, sebab perlembagaan kita dah menyatakan kena ada 2/3 ahli baru boleh buat pindaan perlembagaan. So, sebab pertama saya pergi AGM adalah tidak mahu menyusahkan orang lain yang telah bersusah payah seadanya untuk menghadirkan diri.

Sesiapa yang attend AGM permai ni, boleh lah kita katakan mempunyai nilai altruistic, cewah. Yelah, dah dia pergi, orang lain belum tentu. Selama 4 tahun jadi ahli permai ni, I think I've been all kind of ahli, I have been, bukan I have met ye, I myself had been ahli aktif, ahli buat kerja, ahli yang datang program je, ahli mandom, hatta ahli tak bernyawa-almost-pupus pun pernah I jadi. Tapi, of all program yang Permai buat, AGM adalah satu-satunya program yang kalau kita tak pergi, besar kemungkinan kita menyusahkan / menyakitkan hati orang lain yang datang program tu. Program-program lain tak ada impact macam ni, habis kuat pun bila tak pergi kita menyusahkan/menyedihkan AJK program je..ish ish ish...

sebab yang kedua, saya rasa orang tak datang AGM adalah ahli yang tidak bertanggungjawab. Tidak menyertai program-program permai menjadikan kita ahli yang tak melibatkan diri dalam persatuan, tapi tidak hadir AGM makes us irresponsible. sebab, permai bukan persatuan untuk AMM, AMT, sepertimana mengundi adalah hak kita, menghadiri AGM dan bersuara dalam menentukan halatuju permai juga adalah hak kita. So, perumpamaannya, kalau kita tak pergi, macam kita ni tak kisah lah apa nak jadi dekat permai ni, which, sangat menyedihkan kalau ahli permai ada perasaan permai is none of his/her business.

sebab yang ketiga, saya nak ambil tahu perkembangan dan perjalanan persatuan. So far, rasanya minit mesyuarat + lampiran-lampiran lain yang kita dapat sewaktu hari mesyuarat agung memang sangat membantu, and always always always, bawak ye lampiran-lampiran tu, dan jangan lupa bawak perlembagaan :-)
Memang aneh kalau datang mesyuarat agung tak bawak tu, datang nak makan je ke ape?

mungkin perbendaharaan Permai boleh mulakan koperasi, mungkin ahli lebih minat nak datang AGM, maklumlah, nak tahu dividen dapat berapa..kalau datang AGM, mesti dah boleh buat usul ni.. pendapatan boleh dijana, at the same time memudahkan ahli...

sebab yang keempat, kalau saya tak datang AGM, malu lah saya nak tulis lebih-lebih komplen dekat blog saya... ok ini memang tak berapa sedap dibaca, tapi main pointnye, ramai antara kita, kalau dekat belakang bukan main berapi lagi. itu tak kena, ini tak kena, tapi AGM pun tak datang... tak ade menefaatnye cik senah oiii... tak masuk buku... if you really want to change things in the society, mulakan dengan menghadiri AGM.. 

sebab yang kelima, AGM adalah medium paling baik untuk menyuarakan ketidakpuasanhati, cadangan-cadangan bernas dan membincangkan perihal ahli persatuan. Kalau setakat panjang-panjang taip dan komen je dekat onebonez ni belum tentu...setakat bisik-bisik pada AMM pun belum tentu. tapi bila masuk AGM, ada higher possibility to be heard and considered, dan boleh terus dapat tahu respond ahli lain tentang sesuatu isu...

Rumah Siap Pahat Berbunyi

sudah adat kita di bumi Irbid bertuah ni, rumah siap pahat berbunyi... especially bila event besar. kebiasaan yang sangat-sangat tak sihat. jadi, pahat nak berbunyi biar awal-awal kan. walaupun saya tak dapat menghadiri AGM pada tahun ini, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar... Harap-harap tak adalah insiden tak sempat bahas ke, atau tak sempat apa-apa lagi lah yang penting disebabkan kita buang masa pada perkara kecil, ataupun sebab lama sangat tunggu cukup korum. so, peranan semua orang yang ada di Irbid,
  1. Attend the AGM, and
  2. Study the budget sheet, perlembagaan, minit mesyuarat dan lain-lain BEFORE THE AGM, make notes dan ini akan melancarkan lagi perjalanan AGM..
semoga AGM kita tahun ni berjalan dengan lebih efisien, and it's not impossible kalau kita semua tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tahniah kepada saf kepimpinan permai 10/11 atas inisiatif penyusunan pilihanraya dan mesyuarat agung yang cantik macam ni.

Oklah, selamat bermesyuarat :-)