err. semuanya kerana tindak tanduk dr.yousef menjemput Dr. Husam Albakri menjadi guest lecturer dua hari ni.
INSPIRED
adalah perkataan sesuai amat untuk kondisi aku 2-3 menjak ni. aku mula discover secara lebih spesifik perkara-perkara yang memberi kepuasan dalam hidup. cewah.
ever since aku nak jadi tabib ni... which i can hardly recall bila, sebab dari kecik mmg ak takde cita-cita lain. tapi aku pernah ada cita-cita sampingan nak jadi macam scully x-files, kerja dengan FBI, lepas tu tengok secret agent man, nak kerja dengan CIA, tapi nak jadi doctor yang berkhidmat dengan agency ni. habis buku text along aku geledah nak cari apekah FBI dan CIA. huhu. pernah jugak dalam kad 001 skolah tu, aku punye cita2 1-doktorm 2- perdana menteri 3-surirumah. kadang2 cikgu tadika.
balik semula...ever since aku nak jadi tabib ni, aku tak pernah fikir kerja sendiri atau bukak klinik. aku memang berazam nak keja gomen je sampai pencen. wohaaaaa. kalau nak wat speacialist aku nak scholarship gomen, keja dgn gomen lagi, sampai dapat parking space aku sendiri - everytime ak gi IGH aku usha je spot parking idaman aku tu. tertera di situ... KETUA PAKAR BEDAH. kelakar lak kan bunyi dy bahasa melayu. zaman aku nanti dia tukar kot english. chief surgeon ke kan. ha...
sebab-sebab nak keja kerajaan adalah, aku rasa tak patut amik duit orang yg sakit. tak sampai hati, aku kan orang susah. dari kecik gi klinik gomen je, klinik private tu suka bagi ubat lebih2, mama kata sebab dia nak bg habis ubat dia. tp kalau kakak sakit kena bawak gi hospital private sebab hospital gomen suka amik remeh temeh je. itu pun satu isu, setiap kali aku mengalami insiden2 mengecewakan dengan health care providers, generally speaking orang ipoh GH and greentown clinic tu, aku rasa aku kena duduk dalam society itu, untuk pulihkan semula keadaan.
jadi, aku memang nak lah keja gomen. ataupun kalau Allah bagi rezeki lebih dan aku mampu provide free healthcare untuk orang susah. itu impian aku. cita-cita.
bila dengar lecture Dr.Husam yang inspiring lagi motivating, tak payah pergi kem motivasi bagai... primary health care center adalah tempat paling strategik untuk mencapai impian aku nak bagi better experience in healthcare experience pada patient. doc kata, kalau surgeon, kita jumpa skali dua, pastu x de dah. kalau general practitioner/family doc kita leh bina hubungan yang berpanjangan dengan patient. dan aku mula sedar dari point2 percakapan doc tu. kalau aku nak bantu masyarakat untuk dapat pengalaman yang lebih baik dalam sistem kesihatan negara kita, aku perlu train future docs supaya faham macam mana yang aku faham bila keluar dari hall semalam.
yang aku tak mahu hanya memberi 1/3 sahaja dari rawatan yang pesakit aku patut dapat dengan duit yang dia bayar. jadi semalam aku decide, by the age of 40 aku akan join education field, most preferably in community medicine sbb aku rasa this field might benefit people the most, in terms of quantity of people we can help. so, up till this morning, aku nak kerja, jadi surgeon, jadi chief surgeon, parking dekat spot yang aku nak tu, 40 masuk mengajar,
9.15 pagi tadi, nerves2 dulu takut turn aku present. mintak ain tolong beli cup of coffee, mesin tu belum refill creamer plak. tawar mulut aku dek nerves. doc husam masuk, alhamdulillah. xde doc yousef. 10- takut kot2 doc yousef masuk, aku bertekad kalau dr. husam habis awal, aku akan tanya soalan untuk lengah2kan masa tamat. akhirnye, ia berlaku tnpa perlu aku usahakan apa2 mmg doc habis 10.15. lega. dan aku ada plan baru. sambil jadi surgeon tu, aku jugak nak duduk di klinik, buat family medicine. dr.husam kata ramai kawan2 dia macam tu. family doc, tapi at the same time neurosurgeon. dia pulak buat family medicine, and specialized dalam OnG. so, dia kata dia tak de refer2 patient dy sangat.
jadi, pendek kata, aku nak jadi surgeon sambil meneruskan khidmat di primary health care center, lalu menjadi chief surgeon, dpt spot parking itu, dan mengajar bila usia 40 sambil anak-anak aku masa tu pun tengah gigih belajar. eh , tibe... Tuhan, bantulah hambaMu ini. hidup adalah indah bila kita tahu apa yang kita inginkan, dan mudah2an Tuhan bantu aku untuk memberi selagi mampu.
kamu boleh kata aku mengimpikan sesuatu yang idealistik. tapi, aku tak rasa mustahil pun. cuma perlu lebih usaha daripada biasa. dan sekarang, aku juga telah jumpa jala2 lain untuk memberi dan memberi. aku tak mahu asik menerima lagi. sekian.
1 comment:
sis...moge tercapai cita2 nk port parking tuh! hehe
Post a Comment